Thursday, December 28, 2017

Bath Salt

Hello world!

Today just want to share to you about bath salt or some called it spa salt.

Last week I went home and my sister give me the bath salt as a Christmas gift. And I also had tried her bath salt all the way from Vietnam. I really like it because its smell good, and my skin felt smooth.

My sister gave me two packs of bath salt which is yogurt and milk. And today, I already start using the milk salt. Its so awesome, you know. I really like the smell.

The bath salt main ingredient is Sodium Chloride which is salt. And for us (is it a myth? But I have this belief since long time ago) when we suddenly got skin infection like ringworm or others fungal infection to the skin, we recommended to bathing on the beach because the sea water can cure that disease. Wounds also can be healed kayy. You don't believe it, just go and try. The bath salt believed to wiped off the aged cuticle and dead skin, remove melanin on the skin.

As for the procedure to use it, its actually can be found on their package. But then some may not specified the time of usage.

For body, you can apply proper amount after you bathing using your soap product. After rinsing your body with water, then can apply it for about 3 minutes and rinse off with clean water. Also can use it on your face, same procedure but apply it for 1 minute only before rinse off with clean water. Easy, right??


The gift given by my sister. It can be found at eNoveal

Recommended!



Thursday, December 7, 2017

manusia itu

Susah manusia jenis celupar mulut.

Lepas ni jangan harap ada cerita untuk pendengaran ke telinga anda. Sekali kena, takkan ada kedua kali.

Pengajaran buat diri ini yang ingat semua orang baik belaka.

Masuk bilik kurung diri lah begini. Lebih baik main game candy crushhhhh.

k la bai..



Friday, December 1, 2017

Oh 2017

Hi December!

Kita hanya ada sebulan lagi dalam 2017. Puas hati dengan pencapaian setakat ni?

Cuma mampu senyum. 

Dulu saya boleh buat kerja sampai malam. Tapi masih buat banyak kesilapan. Kepala otak slow dan lambat pick up kan, memang lah hewhewhew. Mau perbaiki tidak dapat, sebab saya memang otak slow pun.

Jadi bagaimana you boleh dapat cgpa begitu baik masa ambil bachelor? Orang tidak kenal saya, mana diorang tau saya lambat pick up? Kau tidak tau camna strugglenya saya dulu? Kau tidak tau tu sedaya upaya usaha saya. Orang lain yang otak laju, siap outing, siap ada boyfriend2 tidak study sangat pun boleh dapat pointer baik. Tau tak dulu saya poreber alone? Pun sampai situ jak usahanya? Tau..hahahaha.

Masa buat final project dulu entah-entah saya jak kot yang ulang alik jumpa supervisor gara-gara buat paper tidak sesaintifik mana. Saya ja kot hari-hari check emel, tengok supervisor suruh ubah itu ini. Orang lain takda pun tau.

Kenapa cakap pasal cerita lama lagi ni? Grrr

Saya rasa dah penat kena tunjal kepala. Baru hari ni fikir penat kan. Camna mau jadi cerdik sikit ni buat kerja? Tinggal sebulan lagi 2017 ni.

Tuesday, October 17, 2017

Dulu & Sekarang

Bukan mengungkit tapi mengingatkan. Setiap kita ada kelemahan. Entah kenapa hari ini rasa dunia suram. Mungkin sebab kena marah lagi dengan superior.

Orang kata biasa lah tu kena marah, kena perbaiki lah kelemahan itu. Tapi entah lah dah enam bulan makan makian. Dan sebenarnya saya pun ada banyak silap sebab setiap kerja tu berbeza-beza ada sahaja lah yang buat dia marah. Kesilapan kecil mahupun besar, mahupun sebab memang dia seorang yang perfect dan tidak dapat terima ketidaksempurnaan.

Selepas enam bulan bergelut dengan data, jangan cakap lah baru perasan sebenarnya tahap kerja dan strength saya macam mana yang sebenarnya. Setahun lebih yang lalu masa down urus safety, involve audit saya tidak terfikir yang bila saya bertukar profession rupanya kerja ini lagi susah dan lagi mendownkan saya. Kerja bergelut dengan data dan kerja yang sentiasa jumpa orang sama lagi susah dari kerja berjalan dalam field, kerja masuk hutan ambil sampel tanah dan sampel daun. I tell you, ia lebih susah!

Itu lah kata bila dapat kesusahan baru ingat yang lama, begitu juga lah saya ni.

Lepas enam bulan menyelidiki diri sendiri yang bukannya pandai sangai bab bercakap dengan manusia dan bab memeriksa details dalam fail, menganalisa maksud tersirat baru lah sedar rupanya diri ini lebih sesuai masuk hutan dan periksa rumah pekerja, check safety, check ubat cukup kah tidak, check pemadam api sudah expired kah tidak, buat briefing safety & health walaupun tahu orang bukan mau dengar pun.

Entah lah.


Simptom orang down memang begini. Minta simpati dengan orang lain bukan ada yang kisah. Mungkin agaknya lebih baik berdiam diri.

Entah lah kenapa dulu boleh bertahan sekarang tidak.

Saturday, September 16, 2017

1st Outstation

Outstation di hutan memang macam-macam experience dapat.

Kali ini dikenakan oleh serangga.

Semalam dalam jam 12 malam belum tidur lagi, tiba-tiba lampu mati. Jadi on la spotlight handphone. Serangga semua terbang pergi arah cahaya. Tiba-tiba ada satu menyinggah di dahi, kuis pakai tangan. Serangga tu sembur sejenis cecair betul-betul tepi mata.

Pedasnya ya ampun.

Kebetulan ada air sejuk atas meja, kawan tolong lapkan sebab tidak mampu buka mata. Pastu perasan memang bengkak.

Lepas cuci muka, letak lah minyak kayu putih.

Tadaaa bangun pagi keesokkan harinya nampak bengkak lagi besar. Terus tak turun office walaupun sebenarnya tinggal di atas office saja.

Sampai sekarang masih ada rasa pedas ni uolls.

Arghhh malasnya turun kerja esok kalau still camni.


Sunday, August 27, 2017

Interview experience

Well, macam orang lain juga saya pun mau share experience interview saya baru-baru ini. Semoga bermanfaat buat kita-kita semua.


Interview kerajaan dalam sini sebenarnya interview dengan RISDA. Dan saya pernah ada experience interview dengan RISDA sebelum ini. My first interview after graduated my bachelor degree in 2014 dan kali ke-2 ini interview untuk penolong pegawai sahaja.


Dan from my first experience, I knew that RISDA interview dia tidak akan tanya pasal fakta-fakta like sejarah RISDA dan yang sewaktu dengannya. Soalannya mesti soalan kena berfikir dan kritis.


So hari tu memang tidak fokus banyak pasal RISDA tapi baca isu-isu semasa dan oleh kerana dah nak hari merdeka dan sekarang SEA games sedang berlangsung, kita lebih fokus kepada tu la.


Dulu dan sekarang rupanya sangat banyak bezanya. Dan oleh sebab itu lah saya hanya ambil cuti sehari sahaja iaitu masa interview sahaja. Sebab dulu datang jam 8 pagi, saya masuk 2nd interview dan dalam jam 9 pagi gitu dah boleh balik. Tapi sekarang dah banyak berubah.


1) Masa registration kena ukur berat dan tinggi

2) Interview session

3) Urine test

4) Examination

Registration pun dah down, pasal staf tu ukur tinggi saya jadi 157 CM. Apakah??? Tinggi saya hanya 154 CM kayyy dan bila ukur berat, terus I jadi underweight. Terus down.

Interview session pula soalannya berbunyi begini,


1) Perkenalkan diri anda.

2) Sebagai seorang penolong pegawai, apakah tugas-tugas anda?

3) Soalan tambahan lain lanjutan dari soalan atas ni, which is

i) Apakah beza kerja kerajaan dengan swasta

ii) Strategi RISDA


Dan interview session kami dalam 45 minit sebab dalam satu group interview ada 5 orang calon dan panel interview ada 4 orang. I believe mereka tu semua orang besar RISDA.


Sebelah petang ada examination session 1 jam, jawab 50 soalan objektif.


Dan akhirnya interview berakhir jam 3 petang dan saya berkejaran balik estate.


Entah dapat kah tidak, yang penting sudah usaha. Kalau ada rezeki Tuhan bagi kan.


Sekian perkhabaran.


Friday, August 18, 2017

Iv kjaan

Tuhan bagi peluang interview dengan kerajaan lagi. Last interview tahun 2014, dan memang my worst interview. Sebab kaku dan blur dan yang sewaktu dengannya.

Interview kali ini ingat tidak mau pergi sebab ia macam nightmare tau. Teringat last interview macam mana. Dengan muka fresh gila dari ladang.

Takpa la kot kita redah saja. Dulu interview pegawai, kali ini penolong pegawai saja. Semoga dipermudahkan oleh Tuhan. Semoga diberi kekuatan.

Dan semoga berjaya!

Saturday, July 1, 2017

Naruko mask 2

Baru pakai mask Naruko warna hijau untuk Shine control & Blemish clear tadi. Rasa macam tidak mau tanggalkan saja. Bestnyaaaa rasa di muka. Super cool and rasa fresh. Dah tu bau pun harum semerbak, bau teh lah.

Cannot wait mau guna mask terakhir which is for hydrating skin. Orang kata mask maximum boleh pakai dua kali sebulan. Betul eh? Kena tunggu 15 hari lagi lah ni.

Saya suka suki pakai mask waktu siang. Bukan kah lebih afdal pakai malam? Sebab saya pakai sleeping mask La Soul setiap malam sebelum tidur, tu lah pasal.

Nampak tak gelojoh di situ? Eh!

Friday, June 23, 2017

Rambut putus

Sejak akhir-akhir ini perasan rambut saya sangat extremely gugur. Luar dari kebiasaan yang buat saya seram sendiri. Bangun pagi dengan rambut berselerak di atas bantal. Tidak pernah lalui sampai sebegitu rupa.

Then check lah di Google kot kot ada apa-apa tips. Tidak jumpa pun, cuma dapat tahu lah kalau bangun pagi rambut berselerak atas bantal itu bukan sebab rambut gugur, tapi rambut putus.

Dan ia disebabkan oleh overdose pergi set rambut lah, pergi rebonding rambut, then pergi curl rambut. Dan saya sendiri sejak kenal fesyen sikit-sikit, zaman 2008 sehingga lah sekarang memang tidak lari dari pergi rebonding rambut. Kalau dah panjang sikit, pergi lagi rebonding. Katanya mau mudah urus rambut. Bukan tu sahaja ntah berapa belas kali warnakan rambut.

Ini lah kot jadinya.

Jadi saya mau rehat kan rambut sekejap kot, biar lah ikat rambut saja selalu. Seram tengok rambut banyak dalam bilik. Orang kata biasa lah tu perempuan akan gugur rambut sampai 100 helai dalam sehari tapi saya ni macam lebih 100 ja.

Dah potong rambut hari tu. Ingat mau potong pendek lagi, tapi pelik lah muka dan saya akan rimas rambut tidak kemas, dan dan dan saya juga suka tarik rambut.

Sekian. Sedih ni. Dah tukar syampu juga. Huuuu

Sunday, June 18, 2017

Naruko Mask

Hello world!

Just bought these face mask at Watson today. Its Naruko brand, from Taiwan. I have tried the  maroon colour which is for CO2 pore minimizing and brightening skin.

I like it because its super cool and your face feel fresh. I don't know much about whether it has an effect on my face hahaha because I cannot see any changing yet.

With three pack of face mask at an affordable price, just try it. You will like it.

Recommended!😍

Monday, June 5, 2017

Odop no~

Ika songulun poinsuang id ginawo ku
Odop no om soroho ku id nipi nu
Sinding diti parangahan ku kumaa dika
Owiton nu modop tuong diti


Lumangad oku poinrikau id toguang nu
Kosorou oku poing'igit di longon nu
Sundung id sodu kasasari ko id ginawo ku
Aiso magantob, aiso kopupuson


Tuong diti odop no koupusan ku
Ogumu lo rombituon pointamong dika
Kopiruba to do insan tadau
Kopi'iso tadau sogigisom
Tadau porilombus, misanganu


Ika songulun poinsaralom id koposion ku
Odop no om igitai iti batos toh
Sinding diti polombuson ku kumaa dika
Owiton nu modop tuong diti


Odop no~Fabian William


Saturday, June 3, 2017

Goodbye dear friend

We lost our dearly friend.


A big condolence to his family, especially to his wife.


I knew him as a good guy, not a talkative friend but sometimes can be a naughty guy.

He was one of the team during our conservation study. I also got a chance to joined them during their night spotting in the jungle.

He was good as a coffee-maker too.

I cannot looking into you picture until now. It hurts knowing that you already gone.


Rest in peace Asii.


Wednesday, March 29, 2017

29 Mac

Hello birthday girl!! Buat semua yang birthday hari ni.


You know what, someone I knew ada yang birthday hari ni. And on this lucky day is Nel!

I knew her during our uni life. Paling banyak kenangan dengan dia adalah kenangan berjalan.

Our 1st journey adalah picnic dia Pantai Similaju, Bintulu. 2 lelaki, 3 perempuan masa semester 2 di UPM Bintulu. Sewa kereta Proton kami masa tu. Kenangan paling diingati sebab kerja gila adalah sewa bilik hotel, lepas tu semua menyempit dalam situ. Hahahaha

Our 2nd journey adalah pergi berjimba di Kuching. That time, only the 3 of us dan all Sabahan. Kami sewa bilik hotel murah-murah saja lepas tu sakan lah berjalan tidak ingat dunia. Saya pun sudah lupa mana-mana tempat kami jalan hahaha tapi tepi Sungai Sarawak tu memang saya ada pergi. Petang mesti lepak situ sambil minum-minum ice blend.

Our 3rd journey adalah pergi Miriiiii. Actually pergi dengan geng lain juga. Ni masa dah masuk semester 5 kot, masa ambik bachelor degree da. Walaupun dah berkali-kali pergi Miri tapi berjalan ke tempat menarik tu tak lagi. So that time kami ke Gua Niah, kemudian masa tu kebetulan ada PetroSains jadi menyempat la juga ni. Pergi Luak Bay petang-petang, jalan-jalan ambik angin dan selfieee mwahahaha. Then tidak lupa juga pergi Crocodile Farm. Entah yang ni apa motipp.

Our 4th journey is going to Johor Bahru. Kebetulan tiket flight murah. Sampai sana stay rumah kawan. Kami berjalan shopping mall yang banyak, sampai jam 2 3 pagi baru balik. Pergi pantai juga. Siap bbq lagi kami. Pastu pergi melawat kuil dll lagi.

Eh ada lagi journey tau.

Our 5th journey pergi bergawai rumah kawan di Engkelili Sri Aman. Jalan masuk kampung mereka pun very tough, lalu jalan balak jak kay. Naik 4wheel, duduk belakang kayyy. One week without communication. The best thing adalah kami pergi picnic di waterfall, nampak lah ni orang dari hulu kampung naik perahu lalu sungai. Pastu petang-petang pergi sekolah tengok budak-budak main bola. Sempat juga pergi tangkap udang. Memang merasa betul tinggal rumah orang Iban. Selepas gawai kami sempat lagi pergi Empangan Batang Ai. Ingat sampai sekarang, the scenery is beautiful okay. Kami jak masa tu masih mamai-mamai sebab bergawai sampai jam 5 pagi.

Eh eh tu jak saya ingat. Selebihnya macam biasa lah, cerita kampus jak.

Happy birthday Nanel! MGBU. Semoga sentiasa sukses ya..


Monday, March 20, 2017

19 Mac

Hello blog! 19th March is my birthday!!!!!

Tidak excited ponn. Feel celebrate birthday orang lain dengan celebrate birthday sendiri tu lain kayyy. Sebab sampai birthday sendiri maknanya umur naik lagi setahun. Hahahaha

My one and only wish is..HAPPY. Happy in everything I'm doing, happy with my family, happy with my friends, my boyfriend of course. I just want to be happy..No more sad story, no more heart break. Its really hurt and I don't want..ever, if I can to feel that 'hurt' again.

You know siapa orang pertama wish birthday saya? Sorry love, saya tipu kau sebab jaga hati kau. Dan ia memang tidak masuk dalam hati saya pun pasal orang itu tidak waras, dalam situasi kemabukan I guess. Sampai jam 2 3 am masih ngirup dengan kawan-kawan dia.

Orang pertama wish my birthday is my ex-boyfriend. Dengan ayat sedih dll but entah tidak masuk hati sebab saya tidak wish pun dia wish birthday saya. Cukup laaa...kan dah cakap saya mau happy saja, jadi benda yang sudah berlalu patut kita lepaskan. Walaupun dulu masa mula-mula break, I hope he will return to me but now..apa mau cakap, kami ada haluan masing-masing. Walaupun kadang-kadang saya stalk him and his new girlfriend but it doesn't mean I want him back. But thanks anyway to him, ingat pula dia.

Orang kedua seawal jam 7 am is my boyfriend. Cehhhh cakap saya tidak ingat birthday kau tapi birthday kawan saya sama dengan kauuuu. Yalaaaaaa Bagang hahahaha. I love you to the moon and back hahahaaa thanks selalu bersama-sama saya, dan thanks sebab tidak kisah saya susahkan kau banyak kali. Jangan marah yaaaa.

Orang ketiga is my ex-boss. Jam 7.40 am. Hahahaa no comment. Saya tidak reply. Sebab saya tau dia hanya ingin berbasa-basi. My friend told me he was checking my personal file after I resigned, jadi faham-faham lah kalau dia tau birthday saya.

Dan itu saja. 3 orang tu saja wish, sebab saya rasa yang lain tidak ingat pun. Hahahahaahahaa

Thanks to God, I'm still alive..I never expect to see this day when I was young. Cuba untuk menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya.


Wednesday, March 15, 2017

Ceritera kasut jeww

Sorry hari-hari pakai jadi sudah nampak buruk. Hahaha.

Never in my life beli kasut sebegini dengan harga lebih RM100+. Nehiii Nehiii paling paling pun sandal termahal dibeli setakat ini adalah berharga RM54 something, wages pernah beli sekali jakkkk pula tu adalah berharga RM61 something.

Saya bukan peminat kasut, sandal, slipper mahupun yang related dengannya. Saya hanya ada selipar jepun 1, sandal 1, kasut ni 1, dan kasut sukan 1. Lols. Tapi kasut sukan memang lah yang termahal, yang cikai-cikai sekejap jak rosak kan jadi baik beli mahal. Pernah beli kasut sukan masa praktikal (lama gilakkk sudah) tahun 2013, dan ia bertahan sampai 2016 wohhh. Masa kerja di estate dulu dia pun merosakkan diri pasal bukan apa kulit-kulitnya mengelupas. Yang part lain semua ok jeww cuma tidak santek. Jadi sebab at that time saya guna sport shoes pergi kerja then buat inspection di plantation, so saya beli kasut sukan cikai berharga RM68 saja di Keningau. Yang cikai sangat dalam RM20 lebih gitu tidak pula berminat, langsung buruk nampak hahahahaha.

So ceritanya ni my kasut kerja ni boyfriend yang belikan hujung tahun 2016. Hadiah new year lah ni, saya jak tidak pernah belikan dia apa-apa. Kan jahat kan. Sanggup beli Pierre Cardin, pastu RM100 lebih. Mungkin sebab dia kasihan tengok saya pakai wages pergi kerja tapi berjalan macam itik. Hahahaha. Tapi mahal pula, lelaki tidak tau beli kasut perempuan.

Btw thanks love. Bulan Mac baru buat appreciation. Hahaha tau kenapa? Pasal semalam dia cakap tidak dapat bagi apa-apa hadiah birthday. Lagipun jauh kan. Jadi saya post entri ni lah, kira dah hadiah birthday dah ni buat apa beli untuk new year. Eeeee

Please jangan muntah depan saya. Kbai. Haha


Thursday, March 9, 2017

8 Mac

Sorry late entry about your birthday!

8 Mac adalah birthday one of my bff masa study di Uni dulu. Ok mari cerita pasal dia.

I knew her since 2007 masa ambil diploma sehingga lah habis study dan sehingga lah hari ni masih on off contact her, since tau lah zaman sekarang ada group Whatsapps bagai.

Her name is Elly. Nama singkat, but since 2011 dia jadi roommate saya di hostel dulu so we start call each other rum8. lols. sampai lah sekarang, macam awkward panggil nama dia sudah. Hahahaha

Ok 2007 masa masuk dulu saya tidak rapat dengan dia sebab kawan-kawan saya ermm......kan my friend circle is small. Saya kawan yang tu memang tu jak kawan saya, tidak mau rapat sangat dengan semua orang. Memang saya begini. So rapat as a classmate sahaja since dia ada boyfriend, kami di kelas masa amali tu jak buat assignment tu jak rapat. The rest..pegi lah dengan haluan anda sendiri. Gitu. Hahaha. Macam saya tidak pernah outing sama-sama dengan dia masa diploma.

Masa sambung Bachelor, baru rapat dengan dia sebab ex-diploma hanya lah insan-insan sedih ini. Baru rapat. Dan kami suka makan sambal timun belacan kak sirah. Pastu kawan pergi kelas masa awal-awal dulu pun dia juga. Sebab last last semester, you know lah lantak lu laaaa hahahahaha sebab kami ada final year project sendiri pastu atur masa sendiri jadi most of the time, you live on your own. Walaupun kami sebilik. Lagi pula dulu dia ada boyfriend, so memang lebih banyak masa dengan dia.

The best part of kenal dia juga kami pernah balik kampung dia, masa gawai. 2012 kalau tidak silap. Hahahahahaha banyak sangat memori macam bila ingat balik, mau pergi lagi. Lucu pun ada ingat memori tu. Kah kah.

Elly sangat pandai bagi nasihat hahaha bagi saya lah sebab antara kami 3 kawan, saya lah paling fail. Apatah lagi bab cinta. Sebab saya bukan banyak pengalaman. Selalu dia tiba-tiba ada sesi meluah perasaan bersama Kak Sirah, kawan kami seorang lagi. Saya kadang-kadang tukang dengar saja, sebab saya tidak pandai bagi pendapat. 

Apa lagi kami pernah buat sama-sama eh dulu? Hurm pergi berjalan di Johor pun segerombolan dengan dia sekali la tu, pastu pergi Miri pun dengan dia juga. Pastu trip study biasa tu biasa lah, kami pergi Trip Lambir, Trip Ladang lembu entah ladang mana, Trip Pengembangan pergi kampung-kampung pun group dengan dia juga..siap ambik Midin haha, pastu kami ada join program keusahawan di Miri sama-sama, jadi field crew masa International Kite pun sama-sama..kami join field crew sekali jaaaa hahahahahaha.

Banyak kenangan bersamanya. Hiiii cannot describe it all sebab kami ada lah lawak dia tersendiri, yang spontaneous.

Happy birthday rum8, I wish your happiness and prosperity. Happy happy selalu!!




Saturday, March 4, 2017

Monotos oku~

Monotos oku momolihu diah
Monotos oku minsodu id diah
Poporuol ko nopo ginawoku
Koilo oku suang ginawonu

Haro lisih haro kataadan
Songira kopisanganu kito

Haro lisih haro kataadan
Songira orikot oh timpu

Au oku otogod, au oku manasal
Aiso nasip yoho om iya kopisanganu

Baino nopo kisanganu ko noh
Yoho nga nasanganu nodi
Id mato nu, tirak nu di olumis
Iri poh tosorou gisom baino

Nakatalib au nodi gumuli
Langad ku id dia poingopi id ginawo
Id nipi ku miagal podi gulu
Sopi irak otood ginawo

Monotos oku~Sheron Tan


*menggamit memori kbai*

Friday, March 3, 2017

3 Mac

Happy birthday my old friends!

Actually saya ada kenal dua orang yang sama birthday, iaitu 3 Mac.

Peny. My classmate masa form 1 to form 5. Lols jadi memang masa remaja ku banyak dengan dia. Masa form 6 sempat lagi kami buat 1 assignment sama-sama. Lepas tu kan I blah p ambil diploma di UPM. Peny is Sino, Dusun mixed Chinese. Dia super cute, dia suka anime. Benda kami pernah buat sama-sama dulu adalah bawa bekal pergi sekolah masa form 2 HAHAHA. Form 3 saya terbabit sama dengan diorang buat kerja nakal kc kena orang. Every year dari form 2 to 5 setiap kali birthday antara kami 4 orang, mesti bagi gift. It is a must sudah kunun. Masa form 4 to form 5 kami ada buat novel gila-gila setiap minggu tukar-tukar tulis. HAHAHAA. Lepas saya bawa haluan pergi UPM, dia masuk form 6, kawan seorang lagi masuk ambik dip di UMS dan seorang lagi ambik sijil kemahiran di ILP. Memang kami lost contact. Peny after form 6 masuk UMS. Dan antara kami, baru dia seorang yang sudah berkahwin. Dan hanya seorang yang dapat attend the wedding reception, while me masa tu masih kerja di plantation.

Peny..semoga panjang umur, murah rezeki dan happy happy selalu with your family!

Anip. My classmate masa ambik diploma di UPM. Saya start rapat dengan dia masa 3rd semester. Masa tu yang famous adalah skype. No whatsapps that time. Hahaha selalu malam chatting dengan dia through skype. Lols. Padahal dalam kelas bukan selalu tegur. Tapi lepas rapat tu entah berapa banyak group assignments or group projects saya satu group dengan dia. Selalu keluar dengan dia pakai motor, saya tumpang jak. Lepas habis diploma, dia continue study di Semenanjung so mula lah lost contact. But I do remember his birthday, yes always remember baaa.. Dia ni banyak gila-gila.

Anip..semoga panjang umur, murah rezeki dan happy happy selalu. Bila kau kahwin? Or ada anak? Hahahaha betul-betul lost contact since I don't Facebook account anymore. I will always remember our old days masa gila-gila remaja dulu. Hahahahaha

Happy birthday to both of you guys!!



Thursday, February 16, 2017

Happy birthday!

Pada 15/2/2017 adalah birthday one of my BFF.

Once I said BFF, I really mean it because I only had a small circle of friends. Apa orang bilang, kualiti bukan kuantiti. Hewhewhew. Boleh kira berapa orang saja kawan rapat saya ni.

Well, her name is Kak Sirah. She is 2 years older than me that's why we called her Kak.

She is amazing woman I tell you.

Dia macam saya juga ada family yang besar. Lebih 10 orang adik beradik, dan dia antara yang ke bahagian sulung-sulung lah. Amazing saya cakap sebab dia tidak makan nasi. Terbiasa dari rumah. Bagi peluang adik-adik makan. Dia makan nasi bila terpaksa sahaja which means masa sakit saja. Pernah dulu macam 2x hantar Kak Sirah naik ambulans malam-malam sebab dia sakit perut. Lupa pasal apa tapi itu first time saya naik ambulans. Haha

Masa Semester 2 ambik Bachelor dulu dia tinggal sebilik dengan dia. Saya bawa sebab dia tinggal seorang dan saya sendiri pun tinggal seorang. Best memories of us masa tu makan sambal ikan bilis dengan timun malam-malam. Hahaha sampai orang bawah migrain sebab Kak Sirah tumbuk sambal. Lols sangat!

Semester 3 macam tak rapat sangat dengan Kak Sirah. Sebabnya mulut beliau memang jenis main lepas. Tidak tahan telinga kot. Lepas kami pergi camping di Lambir Miri baru okay balik. Lepas tu saya dah faham sangat perangai beliau tuuuu.

Dulu malam-malam selalu datang bilik dia mengebas kerepek, tidak pun makan bihun campur sambal, kalau musim buah pergi makan durian beramai-ramai di biliknya.

Kak Sirah lah juga peneman keluar dengan motor pinjam. Ke sana sini dengan dia. Masa final year lagi lah, kami sewa kereta dengan seorang lagi kawan. Then malam-malam lepas siap hantar orang, Kak Sirah pandai datang bilik ajak makan di Marybrown. Dengan dia juga lah hantar pergi siram sayur masa buat final year project. Dengan dia juga lah gigih cari ulat untuk projek saya. Lepas tu saya pun pernah keluar dengan dia malam-malam dalam jam 7 pm gitu cari kulit pisang di gerai mak cik jual goreng pisang untuk projek Kak Sirah.

Banyak sangat memori dengan dia.

Lepas tu apa lagi, dia juga lah orang pertama saya kenalkan dengan my first boyfriend di Bintulu. Lols. Throughout my study saya kan single, last semester baru start bercinta dan dia lah saya kenalkan dulu. Hihi.

Apa lagi eh Kak Sirah, dulu kami pernah pergi rumah orang kampung tepi pantai pergi survey kek lapis. First time rasa rumah bergoyang. Sebab rumah atas air kan. Tidak biasa. Hahaha then pernah kena tahan polis sebab dah jam 7 pm tidak pasang lampu motor sebab lupa. Kan jalan ada lampu jalan. Masa tu renyai-renyai lagi, pakai baju kurung lagi, dan kami baru keluar dari pasar malam di bandar Bintulu. Lols kannnnn.

Semoga Kak Sirah panjang umur, murah rezeki dan happy happy always. Cepat-cepat lah bertemu jodoh. Aminnnnnnnn.

Mengimbau memori pada 16/2/2017


Thursday, February 9, 2017

Sakit menyakit 2

Kesinambungan entri ini.

2nd day makan ubat kencing kotor sehingga lah ke hari ini saya masih haid. Dari 31 Jan 2017 yaaaaa...sedap kan rasa :( :(

Hari itu 6 Feb 2017 saya mengalami sakit pinggang yang sangat teruk. To be specific ia betul-betul di bawah tulang rusuk kanan yang paling last. Google punya Google saya ingat mungkin Batu Karang di hempedu. Ceeee Google mesti nampak gitu juga. Oleh sebab tidak tahan, pagi tu saya pergi klinik dulu. End up kena ambil 2x ujian darah dan check air kencing lagi sekali. Paling sedap kena ambil darah la, tangan kanan dan kiri. Dan dapat MC satu hari.

Kena anaemia! Pasal haid masih heavy on 7th day. Hemoglobin tinggal 7.1. 

Jadi ubat yang diberi ada lah ubat antibiotik untuk kencing kotor, segala mak nenek ubat tambah darah, vitamin, ubat stopkan darah haid dan ubat tahan sakit.

Hari ini masih period. Tapi okay sikit sebab saya hari-hari makan hati ayam, di rumah minum sup sahaja. Tahan kan diri sebab mau sihat.

Pagi tadi sakit pinggang tu muncul lagi.

Arghhhh stresss jangan la sakit lagiiiiiiiiiiiiiii.

Saya rasa sakit kali ini adalah paling teruk dalam beberapa tahun ini. Well most of the time I rasa sihat yew. Tuhan bagi pengajaran dan pengalaman, dan anda-anda yang sihat sila bersyukur.


Friday, February 3, 2017

Dewasa ini...

Anda adalah seorang dewasa bila,

1) Sakit sila faham-faham sendiri pergi urus, jangan mintak kesian dengan mak bapak macam
kecik-kecik dulu pergi hospital kena hantar sampai dalam bilik doktor. Doktor tanya pun taktau mau jawap apa.

2) Masa depan duit sendiri sila fikir sendiri. Duit kau, duit kau lah..lepas potong loan itu ini, duit selebihnya sila guna secara berhemat sendiri. Kalau hujung bulan berkakai, sila berkakai sendiri. Kecuali tidak tau malu mintak mak bapak duit.

3) Makan di kedai/restoran sendirian berhad tanpa rasa diri loser. Tidak kisah orang tengok kah apa kah yang penting perut kenyang. Masa remaja nakkkk juga berteman.

4) Perangai setan haram jadah sekalipun sila lah fikir sendiri. Independent gila sampai kalau buat salah sendiri, sila tanggung sendiri tidak libatkan mak bapak. Kan dah besarrrr.

5) Pergi vacation dengan kawan2 yang sudah bekerjaya. dan guna duit sendiri.

Secara ringkasnya, hidup kau sendiri atur. Tu namanya DEWASA.

Sekian.

Tuesday, January 31, 2017

Sakit menyakit 1

Sudah berada di penghujung bulan Januari 2017.

Cepat kan masa berlalu.

Anywaysss guyss saya kena URINARY TRACT INFECTION or orang biasa kata kencing kotor. Kalau dah nama penyakit, memang lah tidak sedap kan.

Penyebab biasa benda ni berlaku adalah kerap tahan kencing dan salah arah lap bahagian intim, yang mana patut dari depan ke belakang bukannya belakang ke depan. Dan saya rasa saya selalu buat yang first tu. Entah apa yang busy betul kami ni, macam tidak sempat-sempat mau pergi toilet.

Okay, dimulakan cerita ianya bermula dengan kebas kaki sebelah kanan. Ingatkan kena masuk angin sebab saya memang betul-betul duduk bawah aircond di office. Sudahlah kering kan, kena aircond lagi memang bagus sangat laaaaa...lagi mengering diri ini. Lepas tu naik atas sikit lagi, kaki kanan kebas pastu bahagian kanan bawah pusat pula sakit. Dan ingatkan sebab gara-gara minum kopi.

Hari Khamis last week ia jadi semakin teruk sebab saya tidak dapat tidur malam. Kadang sampai belakang pun sakit. Kakak saya cakap mungkin kena angin, sebab saya selalu tidur tidak pakai selimut. Panas ehhhhh di rumah. Jadi kerja kalau sudah kesakitan, bangun malam letak lah ubat gosok biar panas-panas sikit badan dengan tujuan buangkan angin.

Hari Jumaat pergi office sekejap ja, settle hal kerja then blah. Ingat mau pergi klinik lah konon ni tapi rasa dah sihat pula. Inform dengan adik, since dia Medical Assistant dia ada lah tau lebih berbanding kami ni yang hanyalah manusia biasa hahaha main taram ja tau. Dia kata mungkin kena jangkitan, tidak pun sakit perut kah. Sebab he cannot give an answer kalau tidak check sendiri. Walaubagaimanapun dia suruh minum air putih banyak-banyak, then esok kalau masih rasa sakit silakan ke hospital dalam kadar segera.

Hari Sabtu dan Ahad memang masih sentiasa sakit tapi macam ia datang dan pergi. Sebabnya minum air putih banyak banyak banyak. Dan saya google check ada lahh orang-orang bagi tips minum air putih + 1 sudu baking powder every 6 hours untuk neutralkan asid dalam air kencing. Dan saya try.

Malam ahad tidak dapat menahan. Heiiii sakit eh. Esoknya awal pagi dalam 7 am dah ready pergi hospital. Betul-betul tidak tahan.

Result: Kena jangkitan, air kencing menunjukkan ada darah sudah. Ok fine kena bagi antibiotik dan sejenis serbuk yang campur dalam air. Rasa macam lime jewww.

Semalam lepas makan ubat, saya pergi kencing..kencing ada darah. Seram beta. Pagi tadi lepas minum ubat, pergi toilet pun sama. Adik kata untuk permulaan memang macam tu.

Saya harappppppp sangat sangat sangat esok tiada. Saya takut.


Tuesday, January 24, 2017

Kimchi homemade

Hi there!

Long time didn't post about food, right? Bukan lah pro memasak, kampungan ja.

Since I'm a die-hard-fan of Running Man (sigh, the RM will over soon) and knows a lot of Korean food from that show. And juga menyebabkan diri berminat untuk makan makanan Korea. Just to try out betul kah sedap macam Jae Suk makan dalam RM. Sebab dia makan semua macam sedapppppp jew. Kan.


Tadaaaaaa...sorry I malas crop gambar tu jadi kecil kay. Saya telah berjaya membuat homemade kimchi. Itu pun after second trial. Masa mula-mula tu hanya Tuhan yang tau rasanya. Adeii. Bau sos ikan jaaaa.

Yang tidak menjadi tu pun dapat dari blog, tapi tangan tidak sama so you should what it means la. Of course lah yang saya buat tidak menjadi. Namun berjaya di makan campur dalam sup tom yam gitewww.

First trial bahan-bahannya adalah.....
1) Sayur kicai
2) Lobak merah
3) Bawang besar
4) Epal merah
5) Sos ikan
6) Serbuk cili
7) Garam

Cara membuatnya adalah...
Sayur kicai cuci helai demi helai, letak garam dan perap semalaman. Esoknya lobak merah, bawang besar, epal merah dipotong sesuka hati dan digaulkan bersama sos ikan dan serbuk cili. Sayur kicai dicuci semula, potong suka hati dan gaulkan bersama bahan sebelumnya tu. Tadaaaa siap, biarkan dalam sehari dua dan boleh lah dihidangkan.

Tidak sedap sebab sos ikan terlalu banyak, sukatan kena ikut kuantiti sayur-mayur anda sebenarnya. Lagi satu kelemahan first trial adalah masa gaul tu main tuang suka hati serbuk cili dan sos ikan suka hati ke dalam campuran sayur mayur. Mungkin tidak sekata, lalu lah kejadiannya TIDAK SEDAP.

Second trial bahan-bahannya adalah....(ni siap pergi check youtube tau takkkk)
1) Sayur kicai
2) Lobak merah
3) Lobak putih
4) Bawang besar
5) Onion panjang tu
6) Serbuk cili
7) Sos ikan
8) Garam

Cara membuatnya adalah....
Sayur kicai dipotong kecil ikut suka hati, cuci dan gaul dengan garam. Selepas 30 minit gaul sekali lagi (tak payah campur apa-apa). Lobak merah, lobak putih, bawang besar dan onion panjang dipotong suka hati dan digaul bersama. Sos ikan, serbuk cili pun digaul bersama dalam bekas asing. Kalau rasa serbuk cili tidak mampu digaul dengan baik dengan kuantiti sos ikan yang sedikit (sebab kalau banyak, kimchi jadi bau ikan hewhewhew kalau saya tidak suka!) tambah lah sedikit air masak sampai campuran tadi pekat. Ok then selepas sayur kicai tadi perap selama sejam, cuci guna air bersih. Kemudian Bahan sayur mayur selain kicai tadi gaul dengan campuran cili + sos ikan, dah gaul gaul gaul sehingga sebati, gaulkan pula sayur kicai sedikit demi sedikit sampai habis. Masukkan dalam bekas tunggu lah sehari dua dan boleh dihidangkan.

Yang second trial I cakap luuu macam tidak sampai seminggu dah habis. Lols.

Kimchi home made rupanya senang banget dibuat.

Silakan mencuba hasil resepi newbieeee.

Kbai.

Sunday, January 22, 2017

Tips cantik mudah

Kakak saya ada kawan, umur 30-an tapi muka nampak masih muda. Tiada jerawat pula tu.

Kawan tu baru start dalam bulan Jun tahun lalu. MINUM AIR PUTIH 3 LITER SEHARI.
Tu ja. Mudah.

Tapi tu ja la katanya, kena tahan hati balik balik ke tandas.

Saya baru start tadi. Baru habis 350 ml, pun da mau rasa terkencing ni. Hahaha teruskan usaha untuk jadi sihat.

Hewhew. Kbai.

Monday, January 16, 2017

Garnier - Fruit Energy

Baru pakai dua hari sebab Garnier Aqua Defence saya sudah habis. Kebetulan masa pergi Guardian hari tu tiada stok, jadi cari yang lain.

Paling penting untuk produk ini ialah PARABEN FREE kay.

Kegunaan untuk defend acne & brighten your skin. Belum ada kesan, sebab baru dua hari pakai. Tapi saya suka bau dia. Rasa macam letak muka dalam jus buah. Wangi buah...gilaaaa hahaha saya suka.
Kebetulan pula sekarang period, jerawat sana sini memang tidak hairan kalau kulit tidak bertukar flawless serta merta hahahaha.