Tuesday, January 24, 2017

Kimchi homemade

Hi there!

Long time didn't post about food, right? Bukan lah pro memasak, kampungan ja.

Since I'm a die-hard-fan of Running Man (sigh, the RM will over soon) and knows a lot of Korean food from that show. And juga menyebabkan diri berminat untuk makan makanan Korea. Just to try out betul kah sedap macam Jae Suk makan dalam RM. Sebab dia makan semua macam sedapppppp jew. Kan.


Tadaaaaaa...sorry I malas crop gambar tu jadi kecil kay. Saya telah berjaya membuat homemade kimchi. Itu pun after second trial. Masa mula-mula tu hanya Tuhan yang tau rasanya. Adeii. Bau sos ikan jaaaa.

Yang tidak menjadi tu pun dapat dari blog, tapi tangan tidak sama so you should what it means la. Of course lah yang saya buat tidak menjadi. Namun berjaya di makan campur dalam sup tom yam gitewww.

First trial bahan-bahannya adalah.....
1) Sayur kicai
2) Lobak merah
3) Bawang besar
4) Epal merah
5) Sos ikan
6) Serbuk cili
7) Garam

Cara membuatnya adalah...
Sayur kicai cuci helai demi helai, letak garam dan perap semalaman. Esoknya lobak merah, bawang besar, epal merah dipotong sesuka hati dan digaulkan bersama sos ikan dan serbuk cili. Sayur kicai dicuci semula, potong suka hati dan gaulkan bersama bahan sebelumnya tu. Tadaaaa siap, biarkan dalam sehari dua dan boleh lah dihidangkan.

Tidak sedap sebab sos ikan terlalu banyak, sukatan kena ikut kuantiti sayur-mayur anda sebenarnya. Lagi satu kelemahan first trial adalah masa gaul tu main tuang suka hati serbuk cili dan sos ikan suka hati ke dalam campuran sayur mayur. Mungkin tidak sekata, lalu lah kejadiannya TIDAK SEDAP.

Second trial bahan-bahannya adalah....(ni siap pergi check youtube tau takkkk)
1) Sayur kicai
2) Lobak merah
3) Lobak putih
4) Bawang besar
5) Onion panjang tu
6) Serbuk cili
7) Sos ikan
8) Garam

Cara membuatnya adalah....
Sayur kicai dipotong kecil ikut suka hati, cuci dan gaul dengan garam. Selepas 30 minit gaul sekali lagi (tak payah campur apa-apa). Lobak merah, lobak putih, bawang besar dan onion panjang dipotong suka hati dan digaul bersama. Sos ikan, serbuk cili pun digaul bersama dalam bekas asing. Kalau rasa serbuk cili tidak mampu digaul dengan baik dengan kuantiti sos ikan yang sedikit (sebab kalau banyak, kimchi jadi bau ikan hewhewhew kalau saya tidak suka!) tambah lah sedikit air masak sampai campuran tadi pekat. Ok then selepas sayur kicai tadi perap selama sejam, cuci guna air bersih. Kemudian Bahan sayur mayur selain kicai tadi gaul dengan campuran cili + sos ikan, dah gaul gaul gaul sehingga sebati, gaulkan pula sayur kicai sedikit demi sedikit sampai habis. Masukkan dalam bekas tunggu lah sehari dua dan boleh dihidangkan.

Yang second trial I cakap luuu macam tidak sampai seminggu dah habis. Lols.

Kimchi home made rupanya senang banget dibuat.

Silakan mencuba hasil resepi newbieeee.

Kbai.

No comments:

Post a Comment