Sunday, September 30, 2018

facial masker~



I'm a facial masker lover! Eh macam beribu kali sudah saya ulang kan hahahaha. Eh belum habis lagi fikir kenapa gambar di atas jadi up side down padahal check tadi okay jak! Grrr

Anyways, orang asyik tertanya-tanya kenapa I suka sangat pakai facial masker. Apa yang bestnya? Mereka kata muka diorang samaaaa jak tiada beza. Lols 

Saya ni bukan lah macam kulit orang cina yang sedia flawless, putih, takda jerawat dan jeragat. Zaman sekolah menengah jak rasa kulit flawless tau, sampai masuk diploma sem 1, 2 gitu pastu terus boom banyak jerawat sampai malu mau keluar bilik kalau tidak kena tacap muka lols.

Jadi kenapa dengan facial masker? Pasal makcik sudah berumur 29 tahun kayyyyyy..penuaan ketara kalau senyum dan ketawa gelak-gelak, tiba-tiba kau berhenti ketawa sekali ada garis-garis tidak pandai hilang di bawah mata? That garis means kedutssss in the future kan??? Maigadddd. Oleh itu cara untuk menghilangkan kedutsss dan garisan tu melalui facial masker. I don't know others but thats my trick and its working well.

Dan masa best pakai adalah sebelum anda bertemu dengan orang, which means macam saya pagi sebelum pergi kerja saya ambil masa pakai facial masker dalam 15 - 30 mins after mandi pagi. Pastu baru apply lah kosmetik di muka anda. Memang mampu whole day muka rasa awesome! Ada kawan pernah tanya kenapa tiba-tiba muka glowing, pastu nampak segar. Thats the secret!

Apply every 4 days tapi macam mak cik yang pemalas tahap gaban juga ni, every week atau bila rasa tired sangat dengan kerja baru mak cik pakai hahahaha sebab kalau penat memang akan reflect pergi muka juga tau! Memang orang akan perasaan juga anda sedang penat dan stress dengan segala macam di minta, tak gitewww. Dan mak cik tidak kisah lah brand apa sangat pun, kalau pergi Watson memang ke facial masker lah duluan sebab benda lain mahal hahahahahahaa bukan lah maksudnya beli lah 1 2 3 helai untuk stok. Ikut citarasa masa memilih tu jak bukan mesti beli yang branded sahaja or whatever.

Mungkin ada perbezaan juga bagi setiap orang, lain orang lain kulitnya! Tapi cuba laa tips ni manatau kita sama!

Cheers!

Thursday, September 20, 2018

kaktusss~

Siapa peminat kaktus di sini??


Cantik kan??

Ini di gerai tepi jalan di Kundasang Ranau. Murah-murah ajeeee

Bila lah dapat ke sini lagi ni, nanti boleh beli lagi untuk tambah koleksi.

Wednesday, September 19, 2018

Arnab Village @ Kg Kibbas Ranau


This is my first time ever visiting Land of Rabbit :D Saya bukan suka binatang sangat pun tapi nampak ramai yang post sudah datang ke sini. Kalau ikutkan makcik memang tak berapa minat lerrr. Tapi balik kampung hari tu kebetulan lalu simpangnya jadi apa kata kita datang cuci mata saja la owh.




Signboard depannya after kaunter. Bayaran masuk RM 5/person untuk adult. Cute kannnn!



Si rabbit! Saya takut mau pegang arnab jadi gambar dari jauh saja lah. 




Di sini ada banyak rumah-rumah arnab macam ni dan setiap rumah-rumah ni ada arnab berteduh. Kebetulan pula masa datang tu dalam jam 2/3 petang macam tu lah jadi arnab memang malas mau keluar dari rumah mereka.


 Haaaa..rumahnya pelbagai bentuk. Tau tak saya tidak mau pegang arnab hahahahaha penakut tahap gaban.



Ini ada rumahnya yang cute hahahaha. Memang kawasan dalam sini colourful untuk menceriakan suasana. Sebenarnya ada satu lagi rumah rabbit yang comel di sebelah tapi at that time saya mau ambil gambar ada seorang perempuan cina ni duduk situ selfie sendiri bagai jadi kita pun malu mau interrupt dia dengan dunianya sendiri. Hahaha

Di luar Arnab Village ni juga ada gerai menjual makanan dan minuman ringan, jual makanan untuk arnab pun boleh. Recommended untuk dilawati oleh orang yang tidak takut binatang, jangan macam saya jalan-jalan tengokkk saja haha.

Btw di Sabah sekarang macam famous betul benda arnab-arnab ni..banyak tempat ada kawasan pemeliharaan arnab dan dibuka untuk dikunjungi. Kan..kan..

Till next time blog!

Monday, September 17, 2018

Vendor box kiterrr

Update daripada sini.

Hasil pendapatan first month kita dalam 100 + + (mai tepuk tepuk tangan! hahaha). Not bad kan. Harap lepas ni pendapatan bertambah. Walaupun dah 100 lebih dan box rent hanya RM 30 tapi belum balik modal lagi tau sebab kita dah beli berapa banyak barang kan.

Hari tu masa datang bayar sewa box, ada juga check box macam mana. Macam takda kurang ja nampak pasal sarat dengan barang tapi takkan lah kau mau check satu satu kan. Eh tolong lah! Rupanya bila owner kedai, ada juga rupanya yang dibeli oleh customer. Thank you tau!

Sekarang saya dah open page di Instagram untuk box. Tak baca pun takpa, at least ada lah orang nampak. Manatau kebetulan tertengok dan tertawan. Hihi

Thanks tau to all customers. Semoga anda juga murah rezeki!

Update barang di box,

1) Sabun Tawawo
2) Sabun Aloevera
3) Sabun Zuchinni
4) Sabun Kopi
5) Facial masker Bioaqua
6) Charcoal masker Bioaqua
7) Sponge for make up
8) Make up set
9) Mini Brow Class Guide

Cheers!

Wednesday, September 5, 2018

updateeeee

Akhirnya baru ada kesempatan mau update barang jualan di vendor box. Eh harus share sini sebab nanti next next and next year entah entah tidak berkembang, at least kita ada cerita hahahahahaha dan experience.

Entri sebelum ni boleh check sini.

Jadi mak cik sudah tambah barang hari tuuuu lagi. Check it out.



Sudah sampai macam-macam produk : ) :) saya sendiri pun excited tau haha



Ini 1 set make up (eye shadow, blusher, lipstick) dalam bentuk wallet tau. Ada tiga colour, red, pink and peach. Saya sendiri pun in love pasal I ni perempuan juga hahahaha



Tadaaa..ini isinya kayyyy



Ada Bioaqua black mask deep cleansing juga. Nanti I share testimoni since saya pun beli untuk diri sendiri juga. Best pakai.



I know, I know this is viral now. sponge for make up. Dulu first time jumpa benda alah ni masa duduk sebulan outstation di Ranau dan si kawan tunjuk cara pakai. Then mak cik pun alah alah in love juga (pengaruh rakan sebaya betolll) jadi mak cik pun beli untuk diri sendiri juga tau. Best lah pakai benda ni.


Sabun kopi! Untuk buang daki-daki dan segarkan badan since dia ada bau kopi yang rasa badan menyegarkan after guna. You should try!



And then the last one! Mini brow class drawing guide buat anda yang newbie lukis kening. Ada 3 jenis, boleh pilih-pilih. dan ini bukan guna sekali, buang tau.


All of them are below RM 10 except for the make-up wallet. Kita jual murah-murah aje..sila sila ke Vendor box No. 1, Adrin Collection Keningau :)

Till next update blog!

Sunday, September 2, 2018

Kiosk @ ASNB

Mungkin kah diri ku yang ketinggalan zaman?  :D

Minggu lalu kebetulan cuti in week days so sebelum balik kampung tiba-tiba seorang mak cik ni tergerak lah hati mau check buku akaun ASB mak cik yang macam dah dua tahun tidak pernah check. Ada juga transfer sikit-sikit every month through Maybank2U jadi mau check juga la ni walaupun sikit hahaha.

Jadi mak cik dengan penuh keyakinan pergi lah kaunter ASNB ni, tup tup abang kat kaunter tu cakap check di kiosk ASNB sahaja. Padahal memang sebelum mak cik sampai ada kawan pesan check di kiosk juga tapi sampai-sampai tidak nampak pun sejenis kiosk itu hahahaha. End up mak cik maluuuu giler ketinggalan jaman.

Kiosk ASNB ni memang friendly betul lah, lepas ni check penyata di situ jeee tidak payah pergi kaunter. Kalau macam mak cik yang malas dan takda masa, entah-entah kena tunggu the next two years agaknya baru pergi check lagi memang benda ni mudah dan cepat. Boleh print out penyata sekali tau, hanya guna kad pengenalan dan cap ibu jari kanan sahaja. Wow!

Dan mak cik juga sudah update nombor telefon dan alamat dari kiosk, lepas ni boleh sign up untuk online melalui www.asnb.com.my ehh..wow! Memang terbaik laaaa tapi kalau balik-balik check bukan dapat apa pun kan kalau tidak menabung hahaha.

Jom menabung, sikit pun tidak apa.

Cheers.