Saturday, April 18, 2020

Resepi Bihun Sup

Masa PKP ni memang semua sudah try macam-macam resepi baru kan! Hahaha macam saya kepingin Bihun Sup ni pun sebab nampak orang post di IG. Damn!! Oleh itu, ada lah juga resepi baru guna segala bahan yang ada di rumah dibuat memandangkan saya sudah set dalam sebulan, sekali sahaja keluar. Itu pun selepas gaji hahahaha jadi in between tu makan saja la stok makanan di rumah, kalau tidak cukup pergi lah keluar ke mini market terdekat ataupun minta staf tolong belikan kalau diorang lalu kedai runcit.

So here we go!

Bahan-Bahan hidangan untuk seorang:

1) Bihun 1 keping
2) Bawang merah 1 biji (Dipotong halus-halus)
3) Bunga cengkih 2 biji
4) Ayam (Siap dipotong-potong ikut saiz yang anda suka)
5) Lobak merah (Optional)
6) Lobak putih (Optional)
7) Secukup rasa
8) Air secukupnya
9) Garam secukupnya
10) Daun bawang

Cara memasak:

Panaskan kuali, masukkan minyak masak, masukkan ayam dan gaulkan. Bila ayam sudah masak masukkan bawang merah dan bunga cengkih. Selepas ada bau wangi bawang dan bunga cengkih, masukkan air secukupnya. Tunggu sampai mendidih, kemudian masukkan sayur. Sayur tu boleh lah ikut suka masing-masing kan mau masuk sayur apa, yang saya gunakan tu sayur yang ada dirumah. Hahaha. Lepas tu masukkan Secukup Rasa, garam secukupnya. Last sekali daun bawang. Selepas sup mendidih baru lah masukkan bihun. Tunggu ia masak secukupnya baru lah padamkan api.

Lepas tu boleh lah hidangkan :D :D



Bila kau boring dengan makanan berminyak atau lauk pauk yang lebih kurang sama jak setiap hari, akan ada masa kau teringin makan makanan bersup-sup pula kan. As for me jangan tanya lah, memang sejak azalinya makan lauk berkuah atau bersup. Tidak sedap makan kalau rasa lauk kering saja!

Sekian perkongsiann!

Baii.

Saturday, April 11, 2020

how's your weekend?

Baru habis video call dengan bff masa study dulu. Rinduuuuuuuu!

Semua dah makin tua, nampak sangat dah start kedut sana sini. Cuba bayangkan kami tinggalkan zaman universiti tahun 2014 lagi. Lols

Thanks God juga saya masih lagi bercontact dengan bff lepas study walaupun masing-masing ada haluan dan cabaran masing-masing. Tapi tu lah bukan lah selalu yaaaa, boleh dikira pakai jari hahahahahaha sebab semua sibuk dengan hidup masing-masing kan. Ada pula hati konon mau reunion nanti pergi trip di BALI. Lols

Bila lah tu agaknya :D 

Kawan-kawan ai dua orang sambung study ambil Master Degree. Wow! Salute to them! Bukan semua orang ada semangat itu. Macam saya laaaa hahahahaha takda semangat langsung, yang ai tau mau kerja kerja kerja sampai lah umur 40 lepas tu retired duduk kampung. Jadi sekarang lah masanya save money hahahaha.

Thanks to my friends, di ingat juga rupanya. Gara-gara PKP lah semua hidup boring jadi video call lah kunun kita. Satu kawan saya terdampar di hostel UPM Serdang, seorang lah terdampar di rumah with family dan seorang lagi which is me terdampar di estet masih kerja macam biasa. Hahahaha

Happy weekend everyone!

Bai.

Tuesday, April 7, 2020

Of being 31

Hahahahahahaha sudah tua!!!!

Saya tidak sangka boleh sampai seumur ni tau, belum sampai sini lagi jangkauan angan-angan saya mengenai masa depan. But actually I did it this far!

Thanks God!

Appreciation apa lagi tahun ni di kala sekarang wabak penyakit. Semua orang affected. Plan semua terjejas sini sana, ada yang tidak jadi. Kannn....Hopefully cepat-cepat lah Corona Virus ni lenyapppp. Tidak sangka tahun 2020 kita kena suruh STAY AT HOME!! Ingatkan moden sangat lah tahun ni macam dalam Wawasan 2020.

Thanks to my family, fiance, relatives, friends and colleagues. Saya ni banyak ragam dalam diam, cepat kecil hati, cepat terasa, suka bersendirian, hati busuk, suka pendam perasaan, kadang sangat pemalas, mau berkurung saja dalam bilik. Yang semua tidak baik tu, saya lah tu. Rasa langsung tiada sumbangan kepada sesiapa. Sudah sampai umur begini baru terasa jahatnya saya ni hahahahahahaha

To my family...I knew they will always there for me no matter what. We always have each other. Ada masalah, ada apa-apa memang dengan keluarga sahaja dicari. Tiada lain selain mereka. Mereka tidak akan membelakangkan kita. Sebab kita family. I love you all to the moon and back. Sebenarnya tahun ni mau merancang kahwin tapi tidak jadi sebab Corona Virus hahahahaha jadi plan tahun depan lah pula. Tunggu saya kahwin aaa hahahahahaha

Entah macam mana lah fiance saya tahan dengan perangai saya ni? Selalu bikin pusing tanya dia pasal duit, sikit-sikit pasal duit (because I'm kedekut AF) bla bla sikit-sikit pasal duit. Lepas tu banyak benda saya sudah kurang berminat ambil tahu, saya hanya fikir pasal diri sendiri which is very selfish but I think its to protect my feeling. To protect me! Itu lah kami selalu bergaduh pasal benda remeh yang awalnya start sebab saya yang trigger hahahahaha darling I hope you can resist with my habit and perangai begini ni. I hope you can resist for the rest of your life hahahaha because sometimes I can be sweet too, I can be lenient too and I can be your financial controller too hahahaha sebab tunang saya boros macam apaaaa jak.

And to my friends...yaahhh kita makin jauh sekarang. Saya sudah jadi alone di sini. Siapa yang tidak pernah jauh dengan saya adalah family and fiance saja. But I hope, we still remember all the memories, still remember each other. Ingat lah kita pernah berkawan hahahahaha walaupun ada kamu ingat pasal saya yang buruk dan tidak baik. Anggap lah itu sebagai kenangan dulu-dulu hahahaha

To my colleagues...yaahhhh sorry lah kalau buat jiwa kamu kacau hahahahahaha saya memang jahat kadang-kadang. Pandai ada masa buat silent treatment, datang mood sakit hati, datang mood benci dsb semoga kamu selalu bertahan dengan saya. Kalau tidak mampu bertahan, sila lah JALAN hahahahaha siapa paling lama sini kau ingat?? hahahahah anywaysss rekod baru saya di company ni sudah 3 yrs and 1 month hahahahaha. To many years with you guysss...cheers! Thanks celebrate birthday saya tu hari :D :D I love you alll..kbai



Monday, April 6, 2020

Corona Virus #3

Bagaimana update terbaharu di tempat anda?

Setelah sekian lama ehhhh tidak lah lama sangat ba cuma 2 minggu duduk memerap di dalam estet tidak keluar ke mana-mana pasal bekalan masih cukup. Sehingga lah duit cash di tangan sudah habis (sampai terpaksa pinjam duit kawan maiggaaddd) baru lah keluar pergi beli barang di pekan.

Akibat takut sangat lah ni kan plus mau ikut saranan pihak berkuasa suruh STAY AT HOME untuk membendung penularan wabak.

Tapi tau tak apa first experience saya turun Pekan Keningau??? Hahaahha punya ramai orang, punya banyak kereta sampai cari parking di area Public Bank susahnya?? Macam bukan MCO bah! Adalah juga polis ronda-ronda, ada juga social distancing 1 meter untuk every bank and store tapi RAMAINYA ORANG???

Baru imagine Pekan Keningau tu macam Pekan Zombie macam di KB. Lol

Saya keluar dengan housemate tau. Lain-lain kereta since sudah ada labah-labah buat sarang di kereta dan tujuan juga adalah untuk isi minyak kereta. Walaupun duduk dalam estet, kadang berjalan juga kereta pergi isi air di kampung, pergi mini market terdekat jadi minyak kereta habis juga kennnnn.

Entah lah apa yang difikir, macam kami pun ikut trend panic buying juga hahahahahaha macam jak tidak mau keluar sudah lepas ni kan. Sampai rumah baru perasan banyaknya barang dibeli doiiii (tepuk dahi).


Ni baru sampai rumah. Duduk-duduk hilangkan penat dulu.






Stok mee segera tidak boleh blah! Macam lah suka sangat makan mee segera kan hahahahahaha stok mee segera setahun




Saya sebenarnya bukan suka breakfast tau pagi-pagi hahahaha tapi tiba-tiba macam orang sihat lah kunun siap beli oat, siap beli chia seed. Kita tengok lah nanti habis kah tidak tu..harap-harap habis lah sebab saya pun memang bosan makan nasi ni sekarang. Mau try makanan lain pula, tukar selera. As for the Chia Seed?? Sebab influenced by my older sister. Dia breakfast makanan sihat jak semua jadi sebab umur sudah meningkat, tahun ni sudah 31 jadi mari lah juga kita ikut makan makanan sihat sikit.




Apa saya mau tunjukkan di sini adalah krimer tu hahahahaha bertin-tin dibeli. Entah untuk apa lah tu kan. Kebetulan masuk kedai U Plus yang RM 2.50 semua barang tu jadi apa lagi terrrr beli lah pula krimer bertin-tin. Nanti kreatif lah tu masak atau buat jus pakai krimer hahahaha


Dan itu lah pengalaman pertama kami panic buying. Ni belum lagi tengok peti sejuk penuh dengan bahagian freezer pun penuh. Dengan keropok jajan dan biskut yang beli banyak. Boleh bolehnya housemate saya beli biskut + keropok sampai RM 50??? Dia bawa keluar dari kedai sekarung makanan hahahaha seriously. Tu cashier pun masukkan dalam 1 beg plastik besar saja, betul-betul sekarung :D :D 

Sunday, April 5, 2020

Tomyam ayam simple

My version :) :) Sesuai untuk anda-anda yang bujang dan makan single mingle di rumah macam saya :)

Bahan-Bahan (untuk hidangan SEORANG):
1) Bawang putih 3 ulas (dihiris nipis-nipis)
2) Sebatang serai (diketuk)
3) Isi ayam (sesuai untuk seorang)
4) Pes tomyam 1 paket
5) Lobak merah 1/2 biji (dihiris tebal-tebal)
6) Lada putih 3 biji (potong-potong)
7) Sawi (2 kuntum :D kuntum ehhhh)
8) Bunga kantan 2 3 helai sahaja

Cara memasaknya:

Panaskan minyak dan masukkan minyak masak, bawang putih dan serai. Agak-agak sudah wangi, masukkan isi ayam. Gaulkan. Masukkan pes tomyam dan tuangkan segelas air (kalau rasa tidak cukup tambah lah lagi air yerrrrr). Tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan lobak merah, lada putih dan bunga kantan. Oleh sebab tidak mau sawi terlalu masak, agak-agak lobak merah sudah masak baru masukkan sawi. Kemudian tambahkan sedikit garam (Tidak payah ajinomoto sebab pes tu sudah ada perasa). Sudah mendidih, tutup api dan boleh lah hidangkan.

Lada putih tu sebenarnya optional. Kalau suka makan pedas macam I sila lah tambahkan, lebih dari tiga biji pun boleyyyyy



Hasilnyaaaaaaa


Boleh lah untuk buat makan-makan masa MCO ni. Macam-macam dah saya makan ni, mentang-mentang sendiri di rumah makan lah apa sahaja yang ada. Tiba-tiba saya makan oat lah, buat smoothies lah buat jus lah hahahahaha nasib baik esok kerja cam biasa. Masa weekend ni lah masa untuk membalun makanan. Bagaimana dengan anda?? :D