Rezeki tahun ini, officially on 2nd January 2026 jadi penjawat awam walaupun gaji cukup makan, tinggal rumah kerajaan yang tidak seberapa ok namun disyukuri semuanya. Sebab kerja tidak seberat dulu, tidak bikin stress macam dulu..pokoknya mental health terjaga. Jadi ada pro and con juga dengan kerja swasta dulu.
Semakin berumur ni tidak berminat dengan makanan manis-manis, sekarang kita kembali ke pangkal jalan kalau boleh semua yang sihat-sihat sahaja kita consume. Kalau tidak tahan, sekali-sekala makan lah juga makanan dan minuman hipster. Semuanya bermula bila checking rahim, fibroid yang dulu masa tahun 2021 ada 2 sahaja berukuran 2cm macam tu sekarang dah jadi 7cm dan kena detect ada 4 pula tu. Terus blank sekejap, jadi sekarang ni fokus kepada sihat saja. Sihat adalah kekayaan sebenar.
Dan sejak downgrade hidup lebih banyak duduk rumah on weekend, tengok movie, buat house chores, berkebun belakang rumah, jogging petang-petang. Hidup sudah slow down, no more macam dulu-dulu hujung minggu mesti mau keluar.
Kawan pun boleh kira pakai jari, semua dengan kehidupan berkeluarga sendiri. No more mau hang out di luar macam dulu-dulu. Ada yang dah beranak pinak, ada yang masih berdua selalu traveling around the world, ada yang masih berdua selalu post outing with husband, ada yang anak satu. Apapun itu, semoga semua rakan-rakan sebayaku dulu zaman muda-muda sihat-sihat hendaknya, bahagia dengan pilihan masing-masing. Hanya mampu menitip ayat dari jauh, sebab kalau mau berjumpa tu rasanya semua lain-lain daerah, lain negeri pun ada.
Sekian update kehidupan, till next time. Adios~