Thursday, July 29, 2021

Mary Kay Botanical Effect Cleanser

Ececehh lama tidak bersiaran dalam blog ni (acah-acah fames) hahaha baru hari ni rajin update pasal Mary Kay walaupun sebenarnya sis ada kerja office lagi tertangguh, kena buat malam ni. Hahaha harus tunggu feel menulis tu.

Anywayss guys sis sudah guna pencuci muka Botanical Effect Mary Kay dalam 4 bulan lebih. Hanya cleanser sahaja. Penggunaan satu tiub cleanser tu dalam 3 - 6 bulan bergantung kepada kekerapan, dan kuantiti yang kita gunakan. 4 bulan ja sis habiskan satu tiub tu, sekarang sudah masuk tiub kedua. Mungkin sebab kuantiti digunakan banyak sikit kot, pasal cleanser ni tiada buih jadi kadang tu ter over pakai lah pula hahaha. Sis pun sudah konsisten cuci muka dua kali sehari jak sekarang, tidak akan lebih. Kalau tengah hari lepas rehat dan mau masuk office semula, sis cuci muka pakai air ja untuk refreshing semula muka kemudian tap tap dengan compact powder sikit then jalan gi office. Gitchewww..

Okay orang jarang tegur sis makin melawa hahahaha tapi tetiba last week masa video call dengan husband dia puji kulit sis makin bersih dan putih. Ehhh? Sampai dua tiga kali tanya balik dengan dia sebab tidak percaya. Hahaha..memang sis pun perasan ada perubahan muka tapi takkan lah kita tripp lebihhh macam paling cantik di muka bumi ni kan hahaha. Anywaysss thanks to Mary Kay :) jumpa suda produk yang kita mahu. After dua tiub Botanical Effect Cleanser ni, sis mau berubah kepada pencuci muka Timewise Anti Aging dah nanti sebab memang itu lah goal sis hahaha iaitu mengurangkan penuaan since this year dah masuk 32 tahun uolls! Sob sob hahaha.

Kenapa sis mula pakai dengan Botanical Effect Cleanser terlebih dahulu sedangkan kalau BC iklan Mary Kay kan sebenarnya Botanical Effect Set khas untuk remaja? Boleh jeee kita guna sebenarnya terutama kepada mereka yang sebelum ni guna local products ataupun segala skincare timbang kilo gitcewww. Bagi sis pula, sebabnya sebelum ni pakai local products and then sebab mau serasikan dulu produk Mary Kay ni dengan kulit sis. Sebenarnya lepas habis satu tiub mau start guna Timewise anti aging tu tau tapi masa raya hari tu order banyak sikit dapat lah free gift Botanical Effect Cleanser satu tiub, tu lah sekarang masih pakai lagi sampai habis dua tiub.

Okayyy sebenarnya set Botanical Effect ni fungsinya adalah seperti berikut yer kawan-kawan, in case kamu sedang cari pencuci muka kan sekarang terbaca lah pula entri sis hahaha.

1) Sesuai digunakan oleh remaja seawal 11 - 22 tahun. Tapi lain umur pun boleh guna jaaa terutama yang mau start pakai Mary Kay sebelum ni pakai local products.

2) Memberikan kelembapan kepada kuliy dengan serta merta.

3) Mengurangkan kekusaman kulit.

4) Membuatkan kulit menjadi sihat dan lebih seimbang.

5) Membuatkan kulit berasa tenang terutama sekali untuk kulit yang rosak akibat penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia tinggi dan bahaya.

6) Bahan utama dalam set ini adalah bahan-bahan botani iaitu: Silymarin yang berfungsi sebagai antioksida kuat untuk melindungi dan menenangkan kulit dan Luo Han Guo yang dirumus seperti teh tradisi untuk menguatkan sistem imunisasi.

Ada dua jenis formula yerrr..formula untuk kulit kering/sensitif dan formula normal. Sis guna formula normal sekarang.

Let's cantekkk beramai-ramai this year walaupun selalu stay at home sahaja :) Anywayss selain pencuci muka Botanical Effect ni sis sudah guna juga produk Mary Kay lain secara perlahan-lahan.

1) Timewise 3D Eye Cream

2) Timewise Day Cream Broad Spectrum

3) Milky Sunscreen SPF 50+

4) Skinvigorate Brush & Facial

5) Serum C + E


Tapi bukan setiap hari pakai sebab kadang datang malas, kadang lambat bangun pergi kerja jadi pakai ala kadar jewww tapi apa pun sis tidak pernah lupa pakai Sunscreen setiap hari. Baru sis tau it is a must! Jangan luga gunakan sunscreen anda juga tau :)

Kbai. Semoga bermanfaat kepada uolls!