Friday, June 4, 2021

Oh keretaku!

Tarikh yang sis akan sentiasa ingat sampai bila-bila. When you don't have your family on your side, when you're alone in stranger world dan terpaksa kau buat semuanya sendiri. Maka terjadi lah detik seperti ini....



Hahahaha tukar tayar sendiri joo! Tayar kereta sis sebenarnya sudah seminggu pancit dan tiada siapa yang mau tolong tukar since sebelum ni memang sudah pernah pancit tayar sebelah kanan belakang. Masa tu semua mau ikut tolong tapi kali ni tiada yang bersuara aa. Saya minta tolong, diajar lagi pasang jack dan tukar pergi spare tyre sendiri. Tidak kau sedih?

Kecil hati? Tidak la juga cuma terkilan at first kita kan perempuan lemah. Ceii padahal sebenarnya kita boleh ja buat kan. Oleh sebab mau keluar weekend ni dan tayar masih pancit dengan itu rajin lah saya google dan tengok di youtube macam mana tukar tayar kereta hahahahaha sebabnya sampai bila dibiarkan begitu kan. Dalam youtube kau nampak benda tu macam simple jew tapi sebenarnya tidak, kena kerah tenaga perempuan juga. Nasib baik lah ada laki I tunjuk macam mana skill buka nut tayar tu tau. Kalau tidak memang tidak tukar lah sampai bila-bila. 

So tadi sebenarnya sis telah berjaya longgarkan nut ja lepas tu ketatkan semula kepada keadaan yang kurang ketat lah. dah pasang jack dan naikkan sikit pun. Esok tinggalkan naikkan lagi jack supaya tayar tu tidak mencecah tanah and then longgarkan sampai habis nut dan keluar kan tayar dan gantikan dengan tayar spare. And then ketatkan balik nut lah. Nasib baik lah dia buat hal selepas beli nut untuk spare tyre sis tau.

Selama ni spare tyre saya tu takda nut yang sesuai kepadanya. Tengok rim tu laki I yang pergi tukar jadi nut dah berbeza. Nasib baik ingatkan dia hari tu untuk beli nut spare tyre tu sebab sis ni selalu jalan sendiri ke mana-mana. 

Syukur juga ada pengajaran begini, at least kalau ada apa-apa di jalan raya after this. I mean kalau tayar pancit di tengah jalan lah pula, boleh juga tukar sendiri kan. Tapi minta dijauhkan lah :D

Hari kejadian 4/6/2021 jam 5.40 pm.

Tidak dapat siapkan tadi sebab mau gelap sudah. Tu lah esokk after office hour baru sis tukar hahaha. Lagipun segan kepada penglihatan orang ramai yang lalu lalang. But whateverrr lah baa kan.

No comments:

Post a Comment