Tuesday, August 21, 2018

Perempuan cantik itu

There is something in my head, it cannot vanished in my mind since it happen. Yesterday, I saw ini satu perempuan santekkkkk. From a woman eyes to other woman hahahaha how I can describe it ah?

1) Rambut curl kena colour warna brown
2) Kulit putih
3) Tinggi pun yang ngam
4) And that woman pakai baju light blue ada strip putih and pakai seluar jean light blue

Jadi kenapa kah?

Sebab dia cantik. Pakai make up tidak terlalu tebal dan dia cantik hahahaha sampai sekarang saya ingat ba muka dia. Saya pergi pejabat pos hari tu kebetulan dia duduk dua kerusi jauh dari saya. Masuk saja dia memang mata saya tengok dia saja. at last tengok-tengok juga tempat lain sebab takut dia terperasan. Kenapa saya rasa dia cantik sangat aaa

Since dia putih jadi pakai make up lagi tambah cantik, pakai blusher light brown eh pastu lipstick pun orange to brown gitu..sesuai dengan rambut colour brown juga.

Apa saya merapu ni.

Yang penting nama kami sama hahahaha kbai dan saya malu masa tunggu kena panggil giliran ambil barang dia berdiri sebelah saya dan dia sangat wangi pakai perfume while me sudah la muka kusam tidak pakai apa-apa pastu perfume pun tiada hahahaha keluar sekejap masa rehat tukar baju t-shirt dengan seluar jeans coklat yang lusuh dan boleh dikatakan longgar sebab balik-balik masuk mesin basuh and thennn bau estate and thennn tidak cantik muka tidak pandai bergayaaaaaaaa.

Kenapa perempuan tu cantik sangat? Jadi inspiration lah ni every time mau keluar tolong lah jaga penampilan sikit jangan macam mak lampir. Huu


Saturday, August 11, 2018

Mari bertani~

Pasal hidup ku sangat bosan. Balik kerja menghadap dinding saja. Tv rosak, yang ada cuma laptop dan movie ulang-ulang tengok saja. Berjoging? Mungkin tidak seaktif itu. Lols

Daripada duduk buat kerja tidak berfaedah, baring dalam bilik tengok siling rumah. Lagi bagus bertanam sayur di belakang rumah, kan? Tapi tanah tidak seindah yang difikir yang boleh menghasilkan tanaman yang subur lahh..saya cuba jee.



Ni kunyit haha. Di tanam dalam modified rain gutter hahaha hari tu rain gutter rumah kena tukar jadi daripada buang, kita isi tanah dan tanam la apa-apa. Ni saya tidak buat aa, ni General Worker kami yang tolong buatkan. Jadi dah boleh menanam.

Kunyit ni sebenarnya saya tanam untuk dapatkan daunnya tu je, guna untuk masak!



Ni kalau rasa-rasa mau makan bayam petik ja daunnya. Ni pun tanam dari akar sayur bayam yang beli di pasar.



Cekur manis! Pun batang tu tanam dari sayur yang beli dari pasar. Sebenarnya yang ni mama kepada ex-housemate saya yang tanam. Jadi saya waris jaga after dia resigned. I thought ni tidak tumbuh owh sebab nampak macam kering. Tengok lah tanah tempat tanam tu.



Oh I have succeed to grow a tomato! Mampu juga beliau berbuah walaupun daun tidak berapa sihat nampak. Ni pun dari sisa tomato beli di pasar, tidak habis dan rosak jadi kita buang bijinya dengan harapan tumbuh.


This is also a tomato! Beliau sudah berbunga. Yang hitam-hitam tu bukan baja eh, tu tanah hitam. Kalau petang-petang bosan, ada lah tu yang pandai cari tanah yang hitam untuk campur dengan tanah asal saya tanam ni. Oren ba tanah dia ni.



Ini lada putih! Semalam jumpa habuk kayu, kita tabur bawah lada ni manatau jadi subur haha



And this is watermelon! Sebenarnya sebelum ni sudah pernah berjaya tanam tembikai di belakang rumah ni. Buah 4 biji jew, 2 biji makan dan bawa ke office dan yang selebihnya hilang dicuri budak-budak. Tapi tidak kisah lah tu..


Ni pun tomato jugaaaa



Ni pun lada putih juga tapi macam dia malu-malu kucing mau tumbuh. Sini sebenarnya bekas saya bakar kayu-kayu di belakang rumah. Sebenarnya tidak boleh membakar eh hahahahaha


Itu di belakang rumah, ni depan rumah pula. Seorang Chestella memang penanam tumbuh-tumbuhan. Hahahaha dan I memang suka tengok kaktus dari dulu. Sampai pernah cakap dengan boipren I nanti kalau sudah kahwin, rumah kami biar penuh kaktus. Hahahahaha angan-angan tu baa



Ni beli tau di Kundasang RM 10/3 pasu tapi saya berjaya tawar-menawar jadi dapat lah 9 dengan harga RM 20. 


Another collection! 

Buat mereka yang di luar sana yang mau bertanam sayur sendiri, boleh jaaa tak kisah lah tangan hijau kah tangan oren kah. I don't know what type of tangan I have hahahahaha saya main taram ja tanam. At least tumbuh.

Tipsnya mudah saja.

1) Tanam anak pokok waktu petang, kalau kawasan gurun macam rumah I (because sini rarely lah hujan turun) kena lah siram setiap hari. Saya siram sebelah petang jak sebab pagi tidak sempat, I is masuk kerja jam 7 pagi.

2) Oleh sebab saya tidak ada baja organik etc. ada baca dalam FB or mana tu lupa sudah, jadi saya cuci sayur untuk di masak or cuci beras sebelum masak tu air beksa cuci tu simpan dalam bekas. Guna tu jak siram sayur. Sedangkan cuci ayam untuk masak pun saya simpan juga air cucian dalam tu hahahaha jangan membazir :D

Ini tips ka? (roll eyes) Hahaha

Sekian perkongsian.

:)

Thursday, August 9, 2018

Vendor Box

Jadi tahun ini kita mau jinak-jinak dengan berniaga kecil-kecilan. Eceh ceh ceh padahal pun sebenarnya terjebak dengan abang saya. Dia ada join kursus buat herbal soap before ni jadi dia cuba lah buat produk dan pasarkan melalui online a.k.a through Facebook.

Ceritanya bermula pasal dia bagi kami tester sabun Aloe vera. End up saya beli 3 biji sekali gus pasal jauh ba mau ulang alik hometown. And just for that?? Nampak tak malas tu walaupun sekarang ada kenderaan sendiri. Dulu kemain kalau ada kereta sekali sebulan memang saya balik kampung hahahaha sorry laaa mana ada! 

Sabun Aloe vera tu untuk pencuci muka eh. So selepas habis 1st sabun, masuk 2nd sabun banyak sudah perubahan kepada muka. Bukan mau mengkondem produk yang jual kat Watson or whatsoever ya but mungkin kulit muka I terlebih guna produk yang ada kimia so macam gitu laaa dia on off keluar jerawat besar-besar pastu parutnya grrrrr. Pakai produk aloe vera tu memang ada keluar jerawat apatah lagi bila period tapi dia cepat kecut, and jeragat takdaaa (yeah) dan muka rasa glowing (dulu muka I kusam, nampak tuaaaaaaaa).

Then you know what? My brother ada ramai pelanggan area Keningau and Sook tapi oleh sebab kos penghantaran melalui pos ke bahagian sini mahal , ada yang tidak sanggup beli kot. Tidak pun mereka kena collect order dulu pastu baru beli. Tidak kah menyusahkan. So dia sungguh-sungguh suruh saya cari vendor box untuk memudahkan pelanggannya datang beli di Pekan Keningau sahaja.

So yeah I ikutkan aje..

And today is my first day of my vendor box officially open!

Hahahaha

Ada orang Keningau sini?? Jemput lah datang ke Vendor Box No. 1 di Adrin Collection, sebaris dengan IME (or International Money Express kalau tidak silap) berdekatan dengan Pasar Malam Keningau. Masih sikit barang ada situ but tidak lama lagi den akan tambah kayyy...tunggu ada bajet haha.

For now, produk ada situ

1) Sabun Tawawo - daripada campuran daun Tawawo, serai merah, halia dan akar simpul angin yang membuang angin dalam badan. Sesuai untuk mereka yang baru bersalin. Yang mau buang angin dalam badan pun boleh guna sangat-sangat. Lepas guna confirm kentut-kentut.

2) Sabun  Aloe Vera - daripada aloe vera, pandan wangi,  lengkuas, halia dan limau kapas untuk memudarkan jeragat dan merawat jerawat.

3) Bioaqua face masker - sebenarnya beli pun untuk diri sendiri jak. Tapi dah alang-alang beli lah banyak pasal box tu macam besar eh. So ada tiga flavour iaitu Rose, Honey dan Lemon. Boleh pilih-pilih, kita letak harga murah-murah jak tau. Semua harga kasih sayang hihi.

Any update, I put it here.

Kenangan betul ni hahahaha manatau tidak lama duduk di Keningau ni. Kan..kan..kan.

Saturday, August 4, 2018

Desa Dairy Farm @ Kundasang Ranau

My first time kayyy..sila gelak hahahahahaha.

Actually bila my siblings plan pergi sini memang saya sentiasa sibuk dan tidak dapat join. Hanya mampu tengok masa duduk Sarawak dulu diorang pergi sini. 

My experience? Mungkin sebab masa tu weekend and terlalu ramai orang berkunjung sampai kau tiada chance bergambar hahahaha jadi ada lah tidak bestnya sikit.

Kebetulan masa pergi ni saya memang stay di Sabindo Hotel di Ranau, sebab hari sebelumnya saya outstation di Ranau and then esok harinya terus cuti. Kami bertolak awal dalam jam 9 pagi, lepas sarapan di Pekan Ranau terus ke Desa Dairy Farm. Dalam 45 minutes sampai. 

Dalam perjalanan masuk ke Desa ni yang paling bestnya nampak kebun-kebun sayur, pastu angin sejuk-sejuk dari gunung Kinabalu hahaha.


Hai makcik dan pakcik lembu



Harus bergambar di sini kan



Dan oleh sebab makcik seorang ni memang tertarik dengan bunga-bungaan, makcik lebih rela ambik gambar bunga daripada gambar muka sendiri. Hahaha

Ni orkid ungu! ching!



Ni bunga raya! Banyak jenis dan warna bunga raya di sini



Belum search lagi nama bunga ni tapi dia tumbuhan menjalar



Boleh pandang-pandang, tidak boleh petik hahaha kena pagar ni tau, saya ambil gambar dari luar sahaja



Asteraceae family, dalam kumpulan bunga daisy




Sebelum balik, tidak lengkap rasanya kalau tidak beli makanan hasil dari produk susu di sini. Ini Orea Cheese cake! nyum nyum




Even sebenarnya ada jee jual kat market di luar tapi makcik pun ikut berbaris membeli ni! Beli tiga flavour, susu putih@original, sus coklat dan susu + kopi. Dan tau apa jadi??? Den tidak mampu lah minum susu kopi tu uwerkkkkkkkkkkk dibuang begitu saja. Pelik eh rasa dia. Cost us RM 13.00 for the three susu




Dan last sekali!


Ok lah, best nampak lagi gunung Kinabalu. Boleh pergi Mesilau lagi sebenarnya kan, tapi kami tidak pergi. Nampak tak tu saya siap pakai baju lengan panjang, trip nanti sejuk la konon sekali panas kotttt angin saja yang sejuk hahaha. Sempat lagi kami bagi anak lembu makan tapi tidak ambil gambar haha.

Ok lah, sekian perkongsian. Till next time on next destination of cuti-cuti di Sabah!