Tuesday, May 21, 2019

Hi May!

Lama tidak menjenguk blog. Hahahaha 

Anywayss baru balik dari kampung, sempat lah juga menyempat ke Cabana Retreat Kota Belud bersama siblings. Sebab saya kan sejenis orang tua kah apa, hidup ku sendiriiii hahahaha

Ini first time saya balik sendiri, sebelum ni dengan fiance tapi dia turun di Pekan Ranau dan saya teruskan perjalanan balik kampung. At least ada juga peneman dan of course dia yang drive. Tidak lah rasa forever alone.

Kalau sendiri macam-macam boleh jadi tau. Banyak. Lucu pun ada.

Balik KK sendiri masa mau travel pergi Bangkok, jalan pun malam. Boleh-boleh di jalan Pan Borneo sana saya tersesat masuk bahagian tepi jalan raya. Rasa tanah tu gravel baru perasan sudah keluar dari jalan raya. Lepas tu menyalahkan mata yang rabun. Entah bila tah mau buat cermin mata.

Lepas tu hari ni balik Keningau saya rasa paling teruk! Heii apa nak jadi laa nasib baik tiada apa-apa yang sadis berlaku.

Perjalanan dari KB ke Ranau hujan sampai lah Ranau ke Tambunan pun sama. Kan jalan raya kita di Malaysia ni berlubang-lubang. Dan dalam pula tu. Lepas tu penuh dengan lopak kau tidak perasan sudah dia berlubang. Aduhhh I ingatkan bumper kereta sudah tercabut. Punya kuat bunyi. Nasib baik elok juga tapi takut kereta bergerak tayar pancit pula kan. Terpaksa slow. 2 3x masuk lubang. Last-last perasan sendiri macam kereta pancit. Perasaaaaan sendiri.

Syukur alhamdulilah. 

Sorry lah my kereta, walaupun kau hanyalah sejenis Axia yang murahan kata mereka tapi kau tu hasil titik peluh saya. Sedihhhhhhhhh kenapa jalan raya Malaysia ni :( :( 

Monday, May 6, 2019

Trip: Bangkok, Thailand (Day 5)

Day 5 kami join tour ke Ayutthaya, kira-kira 2 jam perjalanan dari Bangkok. Dalam perjalanan tau tak apa yang menarik saya nampak? Hahaha orang isi fuel buka bonet depan isi minyak direct pergi tempat simpanan minyak kenderaan. Betul I bingung kenapa kah begitu? Jadi apa fungsi tempat isi minyak kereta tu? Takpa lah kay mungkin culture mereka.

Ke Ayutthaya ni kami visit beberapa Historic City/Heritage yang telah diiktiraf oleh UNESCO.

1) Wat Yai Chaya Mongkol
2) Wat Maha That
3) The Grand Palace in Ayutthaya (Phra Mongkol Ayutthaya Bophit Palace)
4) Wat Phra Si Sanphet
5) Wat Lokayasutharam
6) Wat Phu Khao Thong

Best tu memang best tapi panasnya ya ampun. Jadi kalau mau join trip sebegini sila lah bawa minuman awal-awal kay.



Gambar di Wat Yai Chaya Mongkol. Mak cik sedang malas download gambar jadi entah apa-apa saja lah gambar sini kay hihihi


Ni masih di Wat Yai Chaya Mongkol lagi ni


Pun masih di tempat yang sama


Ni di Wat Maha That. Kawasan ni sudah musnah disebabkan oleh api semasa Burma menyerang Thailand. 


Ni pun dalam kawasan Wat Maha That. Boleh nampak kan kawasan ni sudah musnah. Tinggal bekas bangunan sahaja.



Ni di Wat Phu Khao Thong. Chedi warna putih dan di puncaknya kita boleh nampak sawah-sawah padi. Kalau masa padi masak mesti cantik.


Ni dalam kawasan Wat Maha That juga ni ya...famous ada kepala Buddha dalam akar pokok. Ceritanya masa zaman dulu orang luar datang ke kawasan tinggalan seperti ini untuk mencuri kepala Buddha untuk dijual. Tapi pencuri tu sempat ditangkap dan kepala Buddha ni terbiar sampai pokok tumbuh dan dia tersisip dalam akar tu. Ia bukan tumbuh dari akar eh. Tempat ni famous betul mau bergambar, susah ambil peluang.



Menarik kan gubahan ni. Ni jak gambar saya ambil masa melawat The Grand Palace. Ceritanya masa kami datang melawat kawasan ni kan Raja Thailand datang melawat kawasan ni dan The Grand Palace ditutup jadi terpaksa ambil gambar ni juga. Sebenarnya dalam The Grand Palace tu ada Buddha besarrr..cee google

Banyak lagi gambar sebenarnya tapi internet dalam hutan tidak memuaskan..Ini sahaja dapat dikongsikan. Well untuk tour ini juga termasuk makan tengah hari secara buffet.  Dan kami sampai di Khao San Road dalam jam 2 petang.

Petangnya jalan-jalan cari souvenir sebab esoknya kami akan balik.

Day 6, awal pagi lagi kami naik Grab Car ke airport sebab flight sister jam 8.50 pagi direct to Kuala Lumpur manakala saya pula jam 9.50 pagi direct to Kota Kinabalu. Jalan bawa haluan sendiri dah sesampai di airport kay.

Tamat trip to Bangkok. Next trip please!