Wednesday, April 28, 2021

walk with Mary Kay

Dari tahun lalu lagi cari produk untuk anti-aging terutamanya di bahagian bawah dan tepi mata sebab sudah mulai ketara garis-garis halus penuaan uolls. Macam beberapa kali bos saya tegur tepi mata saya sudah ada garis-garis halus. Malu uolss! Baru 32 sudah begini apatah lagi kalau lebih tua dari tu, tak gitcheww hahahaha.

So saya pun start pakai Luvqis skincare. Bukan tak okay, dia memang okay dengan saya cuma dia tidak ada jual produk spesifik untuk eye cream. Ada lah beli di Watson konon-konon eye cream tapi macam tiada perubahan pun.

So starting this year kan mencari lagi saya eye cream sebab tidak puas hati. Nampak ramai sudah jadi IBC Mary Kay tapi tidak confident join sebab rasa tidak mampu. Lols yalah gaji cukup-cukup makan saja. Sampai lah one day, my bff share pasal Mary Kay di group kami. Seperti kami wanita-wanita sudah berumur sedikit ini memang akan bincang pasal kulit dll hahahaha jadi dia share kebaikan dia pakai eye cream Mary Kay.

Tu lah sebenarnya sebab utama saya pun join Mary Kay hahaha sebab mau beli product dia saja dulu. Memang sudah aim sedia mau beli dulu Skinvigorate brush..kononnya nanti the next month baru beli produk lain.

Tapi bulan ni saja, sudah grab beberapa item
1) Skinvigorate Brush
2) Lipstick Semi-Matte Apricot
3) Timewise Age Minimize 3D Eye Cream
4) Skinvigorate Massage Head
5) Timewise Firming Eye Cream
6) Milk Sun Care SPF 50+ / PA+++

Masa join Mary Kay tu kan kena bagi starter kit which have sample pack Timewise firming eye cream, Black Charcoal Mask and all I can say is WOW! Tu lah terrr beli lah pula suda.

Pengalaman saya yang baru dekat sebulan pakai Skinvigorate brush ni (masih newbiee hahahaha) is wow! Rasa muka bersih sangat selepas cuci muka. Memang masa mula-mula pakai kan kita rasa pelik tengok muka di cermin sebab nampak pori-pori kulit muka kan luas betol hahahaha sebab berus tu dia membersihkan hingga ke liang pori. Lepas tu apply serum memang best sebab dia absorb masuk ke dalam kulit. Masa mula-mula pakai tu kan tiba-tiba berhenti pakai sehari dua sebab eeee peliknya muka ku besarnya pori lepas cuci muka pun kita perasan ada whitehead terkeluar2 :D

Timewise firming eye cream pula memang wow! tu lah terus mau beli sebab memang ketara perubahan pakai. kita urut-urutkan dia pada bawah mata dan tepi mata, kita pun perasan memang akan mula ada perubahan selepas beberapa hari.

Jadi selepas godek2 produknya baru beli tu lah. Tau kahh apa sebab beli lipstick tu??? sebab saya memang pakai lipstick matte sahaja sebab lagi best pakai, senang apply dan sis hanya ada satu gincu uolss tu pun mau habis sudah. Tu lah sebabnya beli dari Mary Kay jak lah try-try hahaha.


Tunjuk lah sikit gambar Timewise firming eye cream nya kan hahahaha..kawan saya ada puffy and dark circle di bawah mata, sekali pakai ni nampak perubahan ketara. Tu lah dia berani share di group kami.

Semoga bermanfaat entri kali ni guysss, kepada yang sedang cari produk seperti ni boleh try Mary Kay juga. Mahal sikit tapi worth it, lagipun dia tahan lama guyss pencuci muka pun boleh tahan sampai 6 bulan gitcheww.

Until next entry..baii.

Wednesday, April 14, 2021

Hi Mary Kay!

Dan tiba-tiba sis register Mary Kay dan sudah dapat starter kit kelmarin. Gigih pergi ambil di City Link Keningau masa rest. Hahaha

Dan just now sudah try 1 sampel Charcoal Mask dengan Timewise Eye Cream. Tengok lah nanti ya macam mana budget kiterr mau beli.

Saya join Mary Kay sebab aim skinvigorate brush nya. Dan mungkin sekarang Timewise Eye Cream juga :) belum lagi sampai tahap mau serius jual-jual tapi sebenarnya kelmarin sudah promote dengan older sisters juga dalam family group hahahaaha. Kita tengok lah nanti macam mana ya plan :)

What about yours? Apa the next step in your life?

See you again next time blog :) sis sekarang sibuk buat MSPO documentation di samping kerja estet macam biasa.

Kbai.

Thursday, April 8, 2021

Sim Card Tone Wow

Hi baru rasa mau sharing pasal sim card Tone Wow di sini. Padahal sim ni sudah lama pun, ramai sudah guna. And to tell you, saya bukan penjual aktif, saya hanya pengguna biasa sahaja yang kemudiannya terpaksa rela jual hahahaha.




Ni pakejnya sekarang tau, kalau dulu mula-mula saya pakai pakej RM 30 tu sahaja lepas tu sekarang beralih kepada pakej RM 50/month tu. Sangat berbaloi-baloi hahaha free call, pastu kuota internet kalau tidak habis bulan ni boleh carry forward. Dan sis selalu tidak habis pun tapi kalau ada masa-masa tu marathon drama Korea memang terguna-guna la kuota yang kena carry forward tu.

Mula-mula masuk sini dulu pakai line Maxis sebab memang azalinya Maxis lah yang digunakan di kampung sebab tu jak yang line okay. Sini dulu ok-ok laaa, memang ada guna no. digi juga tapi letap sim dalam tab untuk online tengok2 movieee jewww. And then tiba-tiba company tukar line di office pergi Celcom, sebab sebelum tu memang pakai apakah namanya tu tarik line Maxis hahahaha. 

Ada kawan seorang ni sibuk promote Tone Wow ni, sebab line Digi sini kira okay juga jadi beli lah lepas dengar dia punya iklan yang banyak. RM 10 sahaja dan kemudian pakej RM 30 tu laaa setiap bulan. Lepas tu si kawan ni lah pula yang sampai expired dia punya sim card tidak di isi-isi reload. Jadi setiap kali orang mau beli sim card dengan dia, dia suruh saya yang daftar hahahaha. Ada lah beberapa yang saya tolong daftarkan tapi tidak ke mana, sekejap jak tidak aktif sudah diorang. Hari tu ada 2 orang yang lama aktif dengan nombor tu..dan yang bestnya sis dapat komisen hahaha komisen tu kalau dah sampai RM 30, secara automatik akan dimasukkan ke akaun kita yang didaftarkan semasa register sim card. Hanya dua orang sahaja orang yang saya daftarkan, sudah 3x sis dapat komisen tau. Lepas tu seorang tiba-tiba inactive.

Dalam beberapa bulan yang lalu ada daftarkan seorang lagi, dan sekarang masih ada dua orang aktif di bawah saya. So dapat lah komisen setiap kali mereka topup gitchewww. Sim card tu ada untuk beli new number dan ada juga untuk change number sahaja contohnya masih guna nombor telefon yang sama tapi berubah kepada telco Tone Wow.

So siapa yang ada hati mau berubah kepada Tone Wow, memang saya maklumkan semua yang iklan-iklan kata ada komisen lah tu betul. Kalau aktif lagi jual memang boleh jadi pendapatan lumayan juga. Dan pakej internet pun berbaloi (bagi saya lahh) sebab saya ni free call ke semua rangkaian, jadi save sangat terutama yang malas berchat..yang lebih suka direct call sahaja. Dan kuota pun boleh carry forward ke bulan hadapan kalau tidak habis dalam bulan ni.

Semoga bermanfaat perkongsian sissss hahaha. kbai