Sunday, September 2, 2018

Kiosk @ ASNB

Mungkin kah diri ku yang ketinggalan zaman?  :D

Minggu lalu kebetulan cuti in week days so sebelum balik kampung tiba-tiba seorang mak cik ni tergerak lah hati mau check buku akaun ASB mak cik yang macam dah dua tahun tidak pernah check. Ada juga transfer sikit-sikit every month through Maybank2U jadi mau check juga la ni walaupun sikit hahaha.

Jadi mak cik dengan penuh keyakinan pergi lah kaunter ASNB ni, tup tup abang kat kaunter tu cakap check di kiosk ASNB sahaja. Padahal memang sebelum mak cik sampai ada kawan pesan check di kiosk juga tapi sampai-sampai tidak nampak pun sejenis kiosk itu hahahaha. End up mak cik maluuuu giler ketinggalan jaman.

Kiosk ASNB ni memang friendly betul lah, lepas ni check penyata di situ jeee tidak payah pergi kaunter. Kalau macam mak cik yang malas dan takda masa, entah-entah kena tunggu the next two years agaknya baru pergi check lagi memang benda ni mudah dan cepat. Boleh print out penyata sekali tau, hanya guna kad pengenalan dan cap ibu jari kanan sahaja. Wow!

Dan mak cik juga sudah update nombor telefon dan alamat dari kiosk, lepas ni boleh sign up untuk online melalui www.asnb.com.my ehh..wow! Memang terbaik laaaa tapi kalau balik-balik check bukan dapat apa pun kan kalau tidak menabung hahaha.

Jom menabung, sikit pun tidak apa.

Cheers.

No comments:

Post a Comment