Friday, February 3, 2017

Dewasa ini...

Anda adalah seorang dewasa bila,

1) Sakit sila faham-faham sendiri pergi urus, jangan mintak kesian dengan mak bapak macam
kecik-kecik dulu pergi hospital kena hantar sampai dalam bilik doktor. Doktor tanya pun taktau mau jawap apa.

2) Masa depan duit sendiri sila fikir sendiri. Duit kau, duit kau lah..lepas potong loan itu ini, duit selebihnya sila guna secara berhemat sendiri. Kalau hujung bulan berkakai, sila berkakai sendiri. Kecuali tidak tau malu mintak mak bapak duit.

3) Makan di kedai/restoran sendirian berhad tanpa rasa diri loser. Tidak kisah orang tengok kah apa kah yang penting perut kenyang. Masa remaja nakkkk juga berteman.

4) Perangai setan haram jadah sekalipun sila lah fikir sendiri. Independent gila sampai kalau buat salah sendiri, sila tanggung sendiri tidak libatkan mak bapak. Kan dah besarrrr.

5) Pergi vacation dengan kawan2 yang sudah bekerjaya. dan guna duit sendiri.

Secara ringkasnya, hidup kau sendiri atur. Tu namanya DEWASA.

Sekian.

No comments:

Post a Comment