Tuesday, February 13, 2024

Another blessing!

Another blessing this year! Walaupun hari tu pergi interview as a research officer memang failed gila, jawab main hentam sahaja namun guess what? Saya diterima bekerja as a research assistant! Finally, I got a job again starting March 2024. 

Jadinya sis baru mau spill the questions sebab rupanya diterima bekerja kan, kalau failed tu buat sakit hati saja mau spilled tea segala wakakakakaka. Jadi kalau search tips untuk interview, mana lah tau nampak entri ni semoga bermanfaat untuk release your nervous or curiosity apa interviewer akan tanya dalam interview kerajaan. 

Baik laa here we go:

1) Perkenalkan diri anda?

Kalau search di google memang banyak keluar yang ni, skema jawapan pun ada hahaha. Dan before interview pun memang ada ready juga la sebab malu kottt kalau tergagap di situ, pasal diri sendiri pun tidak tau kah? FYI, interviewer masa tu 5 orang which is 4 orang research officer pelbagai gred dan seorang ketua seksyen.

Secara ringkasnya untuk soalan ni:

- Nama, asal, umur

- Education background

- Working experience (gila sis explain ni yaa sebab setiap kali kerja di tempat baru mesti tukar bidang dan tugas XD)

Kalau dapat panjang sikit laa dalam pengenalan ni supaya interviewer tidak dapat tanya part lain XD


2) Pengalaman dalam penyelidikan

Since interview ni untuk research officer jadi kena hadap juga la benda ni..walaupun lupa-lupa ingat pasal final year project masa ambil bachelor degree ku hentam saja la explain.


3) Apa statistical analysis yang pernah guna semasa membuat penyelidikan tersebut?

Ada kan?? Takkan sis mau explain yang ni hahaha tapi saya dulu guna SASS lepas tu pernah lah godek-godek SPSS jadi explain saja laa XD


4) Apa sumbangan yang anda rasa boleh bagi kepada jabatan ini sekiranya diterima bekerja?

Soalan sini tonjolkan kelebihan diri! Memang sudah prepare awal laa jawapan yang ni, bagi yang logik dan jangan melebih-lebih sampai ke langit.

- komited kepada tugas yang diberikan (explain based on experience)

- bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkan (explain based on experience)

- boleh bekerja di bawah tekanan (explain based on experience)


5) Jika pihak atasan marah/mengamuk, apa yang akan anda lakukan?

Sebab memang I'm well experienced on this jadi senang ja jawab LOL


6) Yang lain semua soalan berkaitan experience kerja dan subjek masa belajar di universiti, jadi be prepared. Jangan melebih-lebih explain sampai ke langit bab pengetahuan anda semasa bekerja. Antara soalan:

- semasa mengambil bachelor degree, di mana lokasi praktikal dan apa penyelidikan yang anda buat di sana?

- sekiranya bekerja di dalam hutan, apakah peralatan keselamatan yang mesti dipakai?

- adakah anda mempunyai pengalaman/pengetahuan berkaitan nurseri?

- adakah anda yakin boleh mengurus satu pasukan/orang bawahan sendiri?


Kemudian ada sedikit soalan berkaitan hal peribadi laa sebab sis kan sudah berkahwin,

- sekiranya anda diarahkan untuk outstation/camping dalam hutan sehingga 1-2 minggu, adakah anda sanggup meninggalkan keluarga?

Bahagian sini kan rasa mau cepat-cepat habis ja interview XD


7) Apakah isu semasa global, dalam negara dan alam sekitar yang anda tahu?

Kena baca-baca juga laa yang ni yer..jawapan saya masa tu

- peperangan di Gaza

- peningkatan semula kes COVID-19 di Malaysia

- isu GHG


8) Apakah talent/hobi/sukan kegemaran anda?

Pura-pura jak laa aktif


Last sekali sebab masa interview belum tamat yaa, mau juga kena habiskan 30 minit jadinya sis diberi peluang untuk bertanya. Jadinya saya tanya pasal projek penyelidikan yang akan dijalankan, bila bermula dan berakhir.

No comments:

Post a Comment