Monday, January 29, 2024

Snupee Mall?

Selepas Isharefans, now Snupee! Dah muflis pun semalam, ada dalam group sampai tidak dapat tidur mengenangkan duit masing-masing. Nasib juga limit saya sampai RM 200 sahaja, ada hati juga mau upgrade pergi RM 500 sebab husband bagi permission (yaaa kan saya guna duit belanja dia bagi) tapi was-was itu tetap ada walaupun hati tamak.

Modus operandinya after kita register akan dapat 2 free tasks. Task itu adalah participate in purchasing item sama ada dari Shopee, Lazada, Amazon dll dan kita ini kononnya akan menaikkan traffic untuk items tersebut. Lepas tu kalau kita tidak dapat beli barang tersebut dengan harga murah, kita akan dapat subsidi jualan dan itu lah hasilnya yang kita setiap hari buat task tu. Untuk 2 free task tu akan dapat subsidi penjualan RM 5, hanya 1 task setiap hari untuk VIP. Seterusnya kalau mau teruskan selepas 2 hari free task, kita kena beli VIP mengikut mana yang kita mau laa VIP50 kena bayar RM50 giteww. Yang awal-awal masuk memang untung lahh, kami ni kira yang di tengah-tengah laa tidak untung, tidak juga rugi. Keuntungan kita dengan VIP50 dalam RM 22 something, kalau up VIP200 keuntungan akan naik lagi. Tu lah sebabnya orang akan upgrade VIP sebab semakin tinggi type of VIP tu, keuntungan lagi banyak.

Isharefans dulu saya sampai free task ja pastu malas sebab entah mungkin masa tu rasa tidak berbaloi dan tidak okayy line di estet kan hahahahaa. Semalam aktif group Snupee macam-macam keluhan dan pengalaman orang yang kita nampak. Walaupun sebenarnya tidak kenal pun kan, tiba-tiba semalam boleh pula aktif bercerita dalam group. Hahaha

Yang sedih tu saya ada withdraw duit hari Sabtu dan Isnin pagi sebab sudah berkira-kira selepas habis remaining VIP tu mau stop lah konon, duit dalam Snupee account tinggal RM 0.86 tapi masih in progress of withdrawal masa announcement dari Snupee. Adakah akan burnt? Sepatutnya esok masuk akaun bank tapi entah laaa..kita tengok saja laa.

Lucu pun ada laa join benda begini XD

Sekian quick update! Baii

No comments:

Post a Comment