Friday, January 5, 2024

duit oh duit

Speechless laa sis, muka ku ni macam banyak duit kah? Asal mau meminjam tanya dengan sis, padahal orang tidak bergaji yaaa..hanya minta duit dengan laki saja juga. Por que?? Dalam beberapa bulan ni sis mengelak sudah ni kena pinjam duit sebab duit dalam bank sis sekarang duit belanja laki bagi. Tidak mungkin saya akan mensia-siakannya dengan meminjamkan kepada orang lain yang belum tentu akan membayar balik. Optimis juga ni kawan-kawan akan bayar balik tapi masalahnya sekarang hurmm bukan hasil pencarian saya sendiri gitcheww.

Kalau lah orang tau sebenarnya bukan kau seorang jaa gaji cukup makan, perlu adjust budget sana-sini untuk survive. Cuma orang diam-diam sahaja dan adjust apa yang patut, budgeting is important contohnya berapa kali sahaja boleh makan luar, boleh jalan-jalan outing, balik kampung dan sebagainya. Kamu tidak pernah kah planning sedalam itu dalam kehidupan? Hahahaa. Sejak saya mencari rezeki sendiri semua benda tu saya fikir sendiri budgetnya, inikan pula yang sudah lebih berumur. Hairan juga!

Malah orang yang sama pula tu setiap bulan akan meminjam duit padahal gaji kalau ikut betul boleh menampung hidupnya sendiri since I knew memang dia dan husbandnya sama-sama kerja, means diorang afford untuk menanggung hidup sendiri. Baru bukannya tinggal di bandar, hanya di pekan kecil dengan gaji RM 20++ dan husband dia pun mesti lebih kurang jugaa.

Tidak dapat sis brain, dari tadi berfikir kenapa dia ni setiap bulan mau pinjam duit dengan saya. Hahaha bosan suda mencari alasan, kalau tidak kena bayar balik laki ku menanya laa pula. Tapi rasa bersalah juga sebab tidak bagi pinjam.

Aihh!


No comments:

Post a Comment