Thursday, March 12, 2020

thought

Bila perasaan cinta itu hilang, segalanya berubah. Yang manis sudah hilang, semua nampak pahit. Semua kesedaran muncul. Kenapa lah dulu tidak dapat berfikir waras, benar lah 'cinta itu buta'.

Hargai apa yang kita ada sekarang. Kerana adanya dia, baru kita sedar sebenarnya dahulu kita diperkotak-katikkan, dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri. Baru kita sedar sebenarnya cinta dan bahagia itu luas, bukan hanya dengan dia yang dulu.

Semoga semua yang masih kecewa, sakit hati kerana ditinggalkan ketika ini bertabah, bersabar dan kuat. Kerana cinta yang lebih baik pasti akan datang.

Walaupun tidak sempurna, bahagia yang ada akan lebih baik kerana kita sudah sedar dan belajar dari masa lalu. 

No comments:

Post a Comment