Wednesday, June 1, 2016

rambut

Hi.

Sebagai wanita mithali normal dan yang sama waktu dengannya mesti kita mementingkan penampilan diri kan.

Penampilan rambut bagaimana?

Dulu masa every year tidak missed pergi straightening rambut aka rebonding rambut, saya pakai conditioner pun tidak. Lurus menawan kannnn. Pakai syampu dan serum sahaja. Tambahan pula kalau pakai conditioner nanti belakang berjerawat. Tu yang malas tu.

Tapi sejak mengalami penuaan ketara rambut pun gugur, saya stop segala-galanya salun-salun ni. Siap gunting rambut pendek lagi. Dan sekarang rambut asli dah mana ada kena rebonding lagi. Nasib baik rambut asli memang tidak gerebo. Lurus tapi ada kembang juga lah.

Oleh sebab rambut sedang tumbuh. Cuba bayangkan tengok cermin pagi-pagi macam mana? Kembang berabis weii. Lepas tu pergi kerja tengok cermin...amaaaaa rambut. So sister suggest la pakai conditioner supaya rambut tidak mengerbang sangat sebab kena moisturize.

Kata google pakai conditioner kebaikan dia macam ni:
Menjaga rambut agar lembut -- Ya betul!
Menghindari hilangnya kelembapan -- Ya betul!
Mengawal keriting -- Bagi saya, rambut tidak berdiri dan mengerbang :p
Agar rambut mudah di urus -- Ya betul!

Yang nutrien tu tidak payah sebut lah..saya mau sebut di atas saja.

So sekarang pakai conditioner 2x seminggu. Oleh sebab dia berminyak boleh menyebabkan belakang berjerawat (atau saya sahaja yang mengalaminya?), jadi selepas mandi lepas lap badan saya pakai talc powder. Memang berkesan untuk saya.

Sekarang saya pakai syampu Emeron warna hijau yang plus aloe vera untuk rambut gugur, dan conditioner ni....


Pantene 3 Minute Miracle

Bau sangat lah wangi.

:)

Kbai.

No comments:

Post a Comment