Saturday, May 30, 2020

Random ranting

Kotobian tadau tagazo do kaamatan!!

Bagaimana sambutan Kaamatan di tempat anda?

Saya di estet ni hahaha semalam balik sini sebab ada farewell party dan sambutan raya dan sambutan kaamatan juga. Nasib juga sebenarnya balik semalam, sebab malamnya hujan di sini jadi jalan masuk estet masih licin. Ini lah rintangan paling besar di sini, JALAN TANAH MERAH!

Saya tidak pasti adakah disebabkan saya memang suka hidup bersendirian atau kah memang sudah biasa berjauhan dengan family, tapi bila balik kampung saya akan stress sekejap. Hahaha ini lah itu lah tidak kena di hati. Tambah lagi saya balik kampung tiada air lah hahaha terus saya rindu pula balik estet. Tapi bila sudah sampai estet, rindu lah pula di kampung sebab ada family. Boleh kacau anak buah saya. Hahahaha entah lah kenapa ni tidak reti bersyukur agaknya. Moga dijauhkan dari perasaan yang tidak baik.

Dan hari ni saya dapat perkhabaran bahawa esok ada training clerk akan masuk bantuin gue. Sedang berfikir apa mau bagi dia buat kerja, jadi apa-apa yang pending saja lah saya akan bagi dia buat hahaha maksudnya di sini bagi dia buat the basic seperti taip-taip, tukang call-call sahaja hahahaha. Untuk permulaan lah kan. Semoga kerja ku akan sentiasa update lepas ni hahahaha. Bila kena tambah kerja ni, saya pun sudah start bingung..banyak betul mau dibuat.

Walau apapun, life goes on!

Sekian luahan dan pembebelan. Hi June!

No comments:

Post a Comment