Tuesday, October 17, 2017

Dulu & Sekarang

Bukan mengungkit tapi mengingatkan. Setiap kita ada kelemahan. Entah kenapa hari ini rasa dunia suram. Mungkin sebab kena marah lagi dengan superior.

Orang kata biasa lah tu kena marah, kena perbaiki lah kelemahan itu. Tapi entah lah dah enam bulan makan makian. Dan sebenarnya saya pun ada banyak silap sebab setiap kerja tu berbeza-beza ada sahaja lah yang buat dia marah. Kesilapan kecil mahupun besar, mahupun sebab memang dia seorang yang perfect dan tidak dapat terima ketidaksempurnaan.

Selepas enam bulan bergelut dengan data, jangan cakap lah baru perasan sebenarnya tahap kerja dan strength saya macam mana yang sebenarnya. Setahun lebih yang lalu masa down urus safety, involve audit saya tidak terfikir yang bila saya bertukar profession rupanya kerja ini lagi susah dan lagi mendownkan saya. Kerja bergelut dengan data dan kerja yang sentiasa jumpa orang sama lagi susah dari kerja berjalan dalam field, kerja masuk hutan ambil sampel tanah dan sampel daun. I tell you, ia lebih susah!

Itu lah kata bila dapat kesusahan baru ingat yang lama, begitu juga lah saya ni.

Lepas enam bulan menyelidiki diri sendiri yang bukannya pandai sangai bab bercakap dengan manusia dan bab memeriksa details dalam fail, menganalisa maksud tersirat baru lah sedar rupanya diri ini lebih sesuai masuk hutan dan periksa rumah pekerja, check safety, check ubat cukup kah tidak, check pemadam api sudah expired kah tidak, buat briefing safety & health walaupun tahu orang bukan mau dengar pun.

Entah lah.


Simptom orang down memang begini. Minta simpati dengan orang lain bukan ada yang kisah. Mungkin agaknya lebih baik berdiam diri.

Entah lah kenapa dulu boleh bertahan sekarang tidak.