Monday, March 24, 2025

Ruined

 My first interview with kerajaan negeri ruined, memang begitu lah kan first timer. Even colleague yang sudah masuk staf sementara pun kali ke-2 interview jawatan yang sama pun baru dapat. Tapi sepatutnya menjawab tu mana boleh buat alasan first timer tak gitewww. 

Antara ramai-ramai calon interview tu, saya tidak sampai 10 minit pun di dalam. Interviewer pun malas tanya soalan. Nampak gayanya telah direject dari awal. Penat membaca itu ini sebelum interview tapi tidak kena tanya pun. Takpa laaa aku redha.

Nampaknya kena berharap kepada next harapan iaitu harap disambung kontrak tahun depan HAHAHA.

Soalan yang tadi sempat ditanya

1) Deskripsi tugas kerja sekarang

2) Adakah anda sanggup bekerja di tempat yang jauh dari keluarga sekiranya dapat jawatan ini?

3) Skim Q dalam perkhidmatan

4) Apa contoh spesies untuk penanaman di ladang hutan?


Manatau ada yang kena panggil interview kerajaan kan boleh lahh guna soalan ni sebagai rujukan.

Kbai.

Saturday, March 15, 2025

IV

Lama tidak update pasal temuduga lagi di sini kan. Hahahaa lucu juga la sebab on my 36 yrs old baru pertama kali kena panggil interview kerajaan negeri punya. Sebabnya all those years ada iklan kekosongan jawatan saya tidak pernah isi. Bukan apa, saya tidak cukup dokumen bahagian ibu sebab dia tiada surat beranak walaupun dia Sabahan, ORANG DUSUN. Jadinya memang saya ignore jaa kalau ada iklan pun.

Tapi this year lain ceritanya sebab all my colleagues apply masa ada iklan awal tahun jadi kitonyooo malu sebab tiada isi. Dua hari sebelum iklan tutup baru apply juga kononnya at least bila bos tanya ada juga isi kan. Sebab kena tanya-tanya, orang lain riuh mengisi :( tup tup kena panggil temuduga. Baru lah beria atur surat beranak mama, nasib sempat siap dan copy, minta sah di JPN and now otw kirim ke sini.

Harap ada manis-manisnyaa walaupun sudah lambattttt sangat baru mengapply, dan baru dapat rezeki panggilan temuduga.

Sekian~