Okay hari ni kami join half day tour to Damneon Floating Market dan Maeklong Train Market. Lepas tu baliknya jalan-jalan di Khao San Road sahaja.
Kami menunggu bas datang ambil seawal jam 7.00 pagi lagi di lobi hotel. Perjalanan ke Damneon Floating Market dalam 1 jam setengah. Tu pun rasa ehhh lamanya sampai. Hahaha. Dalam perjalanan kena melalui kawasan kampung dan kawasan pertanian. Nampak tanaman integrasi pokok kelapa lepas tu di antara pokok kelapa tu ada kolam berbentuk terusan/tali air sahaja. Ternak ikan kot. Tidak pun untuk elak penyakit tanaman merebak. Apa pun mesti ada sebabnya kan. Nampak juga pokok jambu batu juga ditanam dan diantara tu ada terusan/tali air.
1) Damneon Floating Market.
Dalam gambar dan post orang lain cantik jak floating market ni. Orang lain tu pergi market lain kott. Dalam trip kami ni first naik sampan dan 2nd one naik longtail boat. Sungai tidak bersih, lepas tu kena lalu kawasan kampung. Eh memang tidak cantik la. Geli hahahaha.
Kami sepanjang tepi floating market tu punya lah gigih mencari makanan. Semua mahal-mahal dan rasa eh tidak boleh makan. Lastly jumpa gerai makan muslim. Makan nasi campur jeeee.
2) Maeklong Train Market
Kami sampai di kawasan ni dalam jam 11 pagi. Train akan lalu setiap 30 minit jadi sempat lah juga nampak train 2 kali lalu. Hahaha. Sini memang best lah. Makanan banyak pilihan, murah pula tu. End up beli buah banyak-banyak sebab 1 pek hanya 20 Baht. Dalam jam 11.30 pagi kami dah bergerak balik ke Bangkok.
Dalam jam 1.30 petang sampai di Bangkok, kami pusing-pusing Khao San Road cari makanan dan souvenir. Oleh sebab masih awal kami lepak dulu di cafe sambil hirup kopi ping dan makan nasi lagi hahahaha. Mau beli Som Tam sebab nampak macam sedap, last-last nampak mak cik tu tuang sup babi sikit. Maigaddd terus hilang selera. Lastly tukar duit di Money Changer terdekat, beli makanan malam di 7 Eleven lepas tu rehat di bilik jewwww. Esok join tour pergi Ayutthaya lagi, 2 hours from Bangkok.
Ni lah rupanya Damneon Floating Market. Sepanjang sungai ni banyak bot menjual makanan. Yang di tebing-tebing tu jual pakaian, souvenirs, bag dll. Harga agak mahal kay. Kami datang cuci mata jewwwwww. Pakej tour kami naik sampan dan 2nd one naik longtail boat. Longtail boat ni lajuuuuu, dia bawa pergi hujung kampung dan dari sana sudah ada bas menunggu untuk destinasi seterusnya.
Ni lah Maeklong Train Market. Train akan lalu setiap 30 minit. Gigihnya penjual dan penjaja barang di sini setiap 30 minit kena tarik kanvas dan lepas train lalu, pasang balik. Di sini pun jual pelbagai barang juga seperti sayur-sayuran, souvenirs, pakaian, buah-buahan, makanan dan yesss ada kedai makan juga ditepi-tepinya. Ramai tourist ehhhh hahaha
No comments:
Post a Comment