Saturday, April 13, 2019

Trip: Bangkok, Thailand (Day 2)

Day 1 boleh klik sini.

Day 2: Wat Saket, Wat Arun Ratchawararam, Grand Palace & Wat Phra Kaew

Hari melawat temple!

Sumpah banyak temple di Bangkok. Yang kecik-kecik di tepi-tepi jalan pun ada. Tapi tak mampu lah weh check semua tu kan. Jadi kita search yang mana famous sahaja. Dan macam biasa lah kami hanya backpacker's style. Semua atur sendiri. Nasib baik ada Grab Car. Sangat panas kayyy di Thailand. 35 Degree Celcius saya rasa sangat panas wehh di Sabah paling tinggi 30 ajeee. Por queeee???

Jadi hari pertama memang sesi menghitam legamkan kulit. Banyak gila gambarrrrrrr lols tapi internet ini sangat menghampakan.


Wat Saket aka Golden Mount Temple aka The Crown of Bangkok



Sight view from the top of the world ececeh from the crown of Bangkok




Dalam temple ni ada bunyi loceng-loceng tau. Dan ini lah penyebabnya. Kena tiup angin terus bunyi berdegung kring kring kring.



Ni dalam kawasan Grand Palace &Wat Phra Kaew. Kalau tidak silap ini adalah bangunan library. Cantik wehhhh hahahaha. Sebenarnya dalam kawasan ni ada banyak bangunan dengan nama tersendiri tapi of course lah den tidak ingat. Sejarah Malaysia sendiri pun tidak ingat apatah lagi negara lain. Hahahaha lepas dari Wat Saket, kami terus naik grab car pergi sini.


Ada orang jadi model hahahaha gate pun dah cantik



Malas weh mau ulas hahahaha saya tidak apa benda ni. tempat sembayang with patung elephant



Ni dalam kawasan Wat Phra Kaew. Ramai orang kan!



Tourists tu perasan mereka kena gambar hahahaha cantik kan bangunan ni. Dan memang ramai orang, sangat sesak!




Salah satu bangunan dalam kawasan Grand Palace & Wat Phra Kaew juga. Cantik sangat bentuk-bentuknya



Haaaaaaa inilah Grand Palace nya. Saya rasa bahagian Cambodia, Thailand memang dalam Grand Palacenya mesti ada sekali temple. Ukiran dan bentuk sangat menarik. Grand Palace ni macam bentuk bangunan British dulu-dulu mix with bentuk temple sikit-sikit. Tidak dibenarkan masuk eh dalam palace ni, jalan-jalan kat luar je. Sightseeing!


Dalam kawasan Grand Palacenya. Cantik kannnnnnnnnnnnn





Dua gambar last ni di Wat Arun Ratchawararam. Colour putih dan sangat menarik juga. Macam mana mereka bina bangunan sedetail itu tidak tau laaa.. Sini tidak ramai orang, sebab jauh sikit dari bandar.


Untuk masuk temple Wat Saket dan Wat Arun Ratchawararam ni kena bayar 50 Bhat per person. Kemudian Grand Palace & Wat Phra Kaew tu 500 Bhat. Diingatkan awal-awal kalau ada hati mau melawat temple mereka kena berpakaian sopan. Means jangan pakai gaun, seluar pendek, baju lengan pendek, legging atau mana-mana lah yang menjolok mata. Sebabnya diorang tidak akan bagi masuk, dan anda kena beli juga pakaian disitu untuk tutup mana-mana yang menjolok mata tu.Hahahaha diorng very strict tau. Macam my sister pakai legging kena suruh beli seluar panjang yang loose aje. 200 Bhat kay. Di gerai tepi jalan boleh dapat 100 Bhat untuk seluar tu tapi apakan daya kena beli juga dalam tu. 

That's all for Day 2. Ringkasnya hari yang panas, hari yang penat sebab tukar-tukar Grab Car untuk 3 tempat tu. Tapi memang cantik lah, berbaloi datang!

No comments:

Post a Comment