Oleh kerana Day 2 sudah penat kena panas dan menghitam legam kan kulit, Day 3 kami masuk mall pula. Boleh tahan juga penatnya.
Planning sebenarnya selepas masuk mall, kami akan melawat temple berdekatan lagi. Tapi tak kesampaian kay. Saya siap pakai sopan masa Day 3 ni sebab mau masuk temple. Sebenarnya mula-mula mau pakai seluar pendek jewww.
Day 3 kami ke Siam Paragon Mall, MBK aka Mahboonkrong Center, Siam Square One dan sekitar kawasan tu. Jam 10 pagi jalan, baliknya dalam jam 5 petang kot. Lepas tu sakit kaki.
Apa yang saya boleh katakan Siam Paragon Mall jual barang-barang mahal. Dalam tu ada jual kereta Ferari kottt siap pamer sebijik kereta. Kalau di Malaysia mana ada shopping mall ada Outlet jual kereta pula kan. Mesti lah satu bangunan sendiri, not in SHOPPING MALL!
Lepas tu kami ke Siam Square One pusing-pusing setiap tingkat dan pelusuk kedai. Di sekitar kawasan ni juga ada outlet Innisfree, Watson, lepas tu sekitarnya juga ada gerai kecik-kecik jual pelbagai souvenir, pakaian mahupun makanan. Mau beli baju tapi tu lah tiada tanda harga. Which means, kalau diorang tahu kita ni tourist boleh diorang suka suki jak naikkan harga. Betul tak? Kalau di Malaysia tu sudah menyalahi undang-undang tau. Tidak pamerkan tanda harga :D
End up tidak beli apa-apa pun di situ.
Last sekali pergi MBK Center. Haaa disini beli baju dan souvenir untuk kawan-kawan office dan baju untuk siblings. Juga untuk my fiance. Haha sebab nampak pula murah compared dengan area kami menginap. Memang harga jauh beza. Dan kita pun beli baju untuk kita sendiri la. Gaun simple boleh guna untuk berjalan. Hahaha
Jenuh juga seorang Chestella mencari Maybank ATM sebab takut habis duit. My sister tukarkan duit saya RM 700 sahaja dari KL, pastu masa mula-mula sampai saya ada tukarkan duit RM 100 di airport untuk beli makanan. Oleh kerana sudah beli banyak souvenir terus jadi risau tidak cukup duit. Hahaha
Baliknya kami naik Grab Car lagi. Okay kita jumpa driver Grab Car yang agak racist. Tidak best okayy. Lebih baik dapat driver yang langsung tidak bercakap daripada bercakap benda yang tidak baik. Driver tu tanya asal mana pada mulanya, dan dia terkejut dengar kami dari Malaysia sebab setau beliau orang Malaysia kebanyakkannya Melayu dan beragama Islam. Dia hairan nampak kami macam Chinese?? :D Dia belum belajar yang negeri Borneo kebanyakkannya non-muslim. Heyy pakcik sebelum bercakap sila baca dulu. Then apa lagi keluar lah racistnya mengata pasal orang Melayu dan Islam yang diberi keutamaan oleh kerajaan Malaysia (roll eyes). No politics, please!
Depan Siam Paragon! Ada landscape Summer Garden dengan air terjun buatan lagi.
Kebetulan ada One Piece Carnival. Ada gerai jual baju dan souvenir One Piece, dan of course tempat bergambar harus ada!
Ini Mini Doughnut kot! Ada gula disertakan sekali tapi doughnut ni pun sudah manis, boleh kencing manis kita joo kalau tambah gula lagi.
Ini Tom Yum Goong! Betul kah ejaan tu hahahaha. Apa yang menariknya tom yum goong ni ada rebung :D makan waktu pagi around jam 10 hahaha orang pun hairan. Well kami orang Malaysia maaa hahaha jam 10 pagi di sana sudah jam 11 pagi di Malaysia, afdal la kan lapar nasi.
Masa day1 and day2 memang sentiasa nampak belia-belia berpakaian kuning macam dalam gambar tu. Ingatkan army sedang dalam latihan sebab ada army jaga diorang ni. Rupanya Volunteer untuk upacara kedatangan king diorang.
Di Siam Paragon Mall ada Summer Garden diluarnya. Of course lah pergi ambik ambik gambar..harus! Hahaha
Ni pun sama tempat jugaaaa
And yesss ada banyak gerai jual makanan dan pakaian di area ni. Nyumss 1 mangkuk ni 20 Bhat!
Di Malaysia selalu kita cicah dengan coklat. Di sini dengan garam + cili padi. Macam makan jeruk ba. Tapi rasanya tetap nyummmmssssssss sesuai juga makan dengan garam rupanya ingatkan jambu jeeeeee. Strawberi dia manissss
No comments:
Post a Comment