Sunday, October 6, 2019

Siem Reap, Cambodia (Day 1)

Hello Oktoberrrrrrr!

Excited sebab mau buat entri pergi jalan-jalan buang duit tapi meluaskan pandangan yang in a box juga kadang-kadang wkakakakaka.

So trip kedua tahun ini adalah di Siem Reap, Cambodia. Next year cakap dengan sister I mau jalan dalam negara jak, sekali saja lah trip pergi luar sebab 1) penat 2) bila lah mau kahwin ni kalau asyik berjoli saja kerja wkakakaka.

First of all hotel untuk trip ni adalah 4 star, sister dapat cari mur mur dalam booking.my di mana 3 hari 3 malam RM 360 sahaja untuk bilik yang ada 3 bed single. Wow! Rasa penat trip ni sebab jadual pack and in a short time which is only 3 days, selalu kalau pergi trip saya cuti dalam 7 hari hahahahaha jadi jadual pun santaiii gitchew.

1st Oct tu flight jam 10 malam dan kemudian kena delay lagi pergi jam 11 malam. Sampai KL jam 1 pagi, lepas tu lepak makan di KLIA jam 6 subuh tu flight tu Siem Reap dan kami sampai di Siem Reap around jam 8 am 2 Oct.

Oleh sebab kami check in jam 2 petang, kami letak beg di hotel dan jalan-jalan dulu tengok suasana Siem Reap macam mana. Dan kami round segala mall yang famous di Siem Reap guna tuk tuk which cost us USD 10 untuk semua empat (4) mall yang kami round. Mula-mula pergi Lucky Mall, then pergi The Heritage Walk Mall, then seterusnya pergi T-galleria. Dan seterusnya pergi lah pula Siem Reap National Museum sebab bersebelahan sahaja.

Okay yang best kat Lucky Mall sebab dia ada supermarket yang jual pelbagai barangan termasuk souvenirs tau. Tapi masa datang tu kami survey ajeeee sebab tujuan utama adalah cari tempat makan. 

Kat Heritage Walk Mall pula macam kosongggg jewwww, ada restoran makanan Jepun, Korea then ada food court. Jadi mesti lah kami makan food court kan sebab mau rasa local food. Hanya berdoa dalam hati harap makanan tidak manis :D macam pengalaman di Phnom Penh lols. Dan memang diakui susah sikit cari makanan halal di Cambodia. Walaupun saya bukan beragama Islam, tapi lebih kurang lah juga tu kan sebab kami tidak makan pork, seafood etc. hahahahaha. Walaubagaimanapun memang ada differences yang ketara on building design mall ni, unik juga lah tu kan.

Kat T-galleria pula jual duty free products tapi nampak mahal juga hahahahahha jadi kita cuci mata je lahhh. Mostly barangan luar negara macam levis, handbag Micheal Korrs etc lah. Memang untuk orang-orang kaya saja la tu.

Then, Muzium??? Apa yang menariknya sebab esok harinya memang kami plan untuk visit temples and so on and so forth jadi pergi muzium ni nampak lah serba sedikit gambaran tentang temples and history tu semua. Yang unik muzium ni dia ada tayang banyak video or documentary mengenai semua sejarah di Siem Reap ni. Tapi tu lah baru jam 1 petang kan kami tengok video tu sampai tertidur-tidur. Masa sibuk belek-belek, baca-baca informations kan tiba-tiba kau nampak your younger and older sister hilang sudah, sekali keluar rupanya pergi berkipas dan tidur di luar hahahahahaha last-last balik hotel dan tidur dulu.

Sebelah malamnya pula kami pergi cari night market, mau naik tuk tuk tapi receptionist di hotel cakap dekat jewwww kebanyakkan orang jalan kaki. Wow sekali pusing-pusing kami sampai night market lepas tu tembus pergi pub street hahahaha tapi tak jumpa makanan. Yang dapat beli Fried Ice-Cream Roll yang nyummmsss sahaja lepas tu balik hotel makan di hotel restaurant jewwww.

Night marketnya bukan macam kat Malaysia yerrr yang kebanyakkan jual makanan, di sini jual souvenirs, baju, hasil kraf. Pub Street jangan cakap lah memang sesak dengan tourists.



Masa tunggu flight subuh hahahahaha trip kali ni bertiga, my older sister, my younger sister and me


Her (younger sister) first flight! hahaha



The Heritage Walk Mall :) :) Tempat makan masa first day



T-Galleria :) Menarik kan!



T-Galleria 





Siem Reap National Museum! 


Pub Street sangat happening, sangat colourful!






Pergi Pub Street beli fried ice cream roll hahahahahhahahahaha but yes, no alcohol please! Ini negara orang kita datang cuci cuci mata dan luaskan pandangan sahaja. 



Nota kaki: Duduk hutan, upload gambar sikit-sikit jew!

No comments:

Post a Comment