Tuesday, April 23, 2019

Trip: Bangkok Thailand (Day 4)

Okay hari ni kami join half day tour to Damneon Floating Market dan Maeklong Train Market. Lepas tu baliknya jalan-jalan di Khao San Road sahaja. 

Kami menunggu bas datang ambil seawal jam 7.00 pagi lagi di lobi hotel. Perjalanan ke Damneon Floating Market dalam 1 jam setengah. Tu pun rasa ehhh lamanya sampai. Hahaha. Dalam perjalanan kena melalui kawasan kampung dan kawasan pertanian. Nampak tanaman integrasi pokok kelapa lepas tu di antara pokok kelapa tu ada kolam berbentuk terusan/tali air sahaja. Ternak ikan kot. Tidak pun untuk elak penyakit tanaman merebak. Apa pun mesti ada sebabnya kan. Nampak juga pokok jambu batu juga ditanam dan diantara tu ada terusan/tali air.

1) Damneon Floating Market.

Dalam gambar dan post orang lain cantik jak floating market ni. Orang lain tu pergi market lain kott. Dalam trip kami ni first naik sampan dan 2nd one naik longtail boat. Sungai tidak bersih, lepas tu kena lalu kawasan kampung. Eh memang tidak cantik la. Geli hahahaha.

Kami sepanjang tepi floating market tu punya lah gigih mencari makanan. Semua mahal-mahal dan rasa eh tidak boleh makan. Lastly jumpa gerai makan muslim. Makan nasi campur jeeee.

2) Maeklong Train Market

Kami sampai di kawasan ni dalam jam 11 pagi. Train akan lalu setiap 30 minit jadi sempat lah juga nampak train 2 kali lalu. Hahaha. Sini memang best lah. Makanan banyak pilihan, murah pula tu. End up beli buah banyak-banyak sebab 1 pek hanya 20 Baht. Dalam jam 11.30 pagi kami dah bergerak balik ke Bangkok.

Dalam jam 1.30 petang sampai di Bangkok, kami pusing-pusing Khao San Road cari makanan dan souvenir. Oleh sebab masih awal kami lepak dulu di cafe sambil hirup kopi ping dan makan nasi lagi hahahaha. Mau beli Som Tam sebab nampak macam sedap, last-last nampak mak cik tu tuang sup babi sikit. Maigaddd terus hilang selera. Lastly tukar duit di Money Changer terdekat, beli makanan malam di 7 Eleven lepas tu rehat di bilik jewwww. Esok join tour pergi Ayutthaya lagi, 2 hours from Bangkok.




Ni lah rupanya Damneon Floating Market. Sepanjang sungai ni banyak bot menjual makanan. Yang di tebing-tebing tu jual pakaian, souvenirs, bag dll. Harga agak mahal kay. Kami datang cuci mata jewwwwww. Pakej tour kami naik sampan dan 2nd one naik longtail boat. Longtail boat ni lajuuuuu, dia bawa pergi hujung kampung dan dari sana sudah ada bas menunggu untuk destinasi seterusnya.





Ni lah Maeklong Train Market. Train akan lalu setiap 30 minit. Gigihnya penjual dan penjaja barang di sini setiap 30 minit kena tarik kanvas dan lepas train lalu, pasang balik. Di sini pun jual pelbagai barang juga seperti sayur-sayuran, souvenirs, pakaian, buah-buahan, makanan dan yesss ada kedai makan juga ditepi-tepinya. Ramai tourist ehhhh hahaha


Saturday, April 20, 2019

Trip: Bangkok Thailand (Day 3)

Day 1 (klik sini) dan Day 2 (klik sini).

Oleh kerana Day 2 sudah penat kena panas dan menghitam legam kan kulit, Day 3 kami masuk mall pula. Boleh tahan juga penatnya.

Planning sebenarnya selepas masuk mall, kami akan melawat temple berdekatan lagi. Tapi tak kesampaian kay. Saya siap pakai sopan masa Day 3 ni sebab mau masuk temple. Sebenarnya mula-mula mau pakai seluar pendek jewww.

Day 3 kami ke Siam Paragon Mall, MBK aka Mahboonkrong Center, Siam Square One dan sekitar kawasan tu. Jam 10 pagi jalan, baliknya dalam jam 5 petang kot. Lepas tu sakit kaki.

Apa yang saya boleh katakan Siam Paragon Mall jual barang-barang mahal. Dalam tu ada jual kereta Ferari kottt siap pamer sebijik kereta. Kalau di Malaysia mana ada shopping mall ada Outlet jual kereta pula kan. Mesti lah satu bangunan sendiri, not in SHOPPING MALL!

Lepas tu kami ke Siam Square One pusing-pusing setiap tingkat dan pelusuk kedai. Di sekitar kawasan ni juga ada outlet Innisfree, Watson, lepas tu sekitarnya juga ada gerai kecik-kecik jual pelbagai souvenir, pakaian mahupun makanan. Mau beli baju tapi tu lah tiada tanda harga. Which means, kalau diorang tahu kita ni tourist boleh diorang suka suki jak naikkan harga. Betul tak? Kalau di Malaysia tu sudah menyalahi undang-undang tau. Tidak pamerkan tanda harga :D

End up tidak beli apa-apa pun di situ.

Last sekali pergi MBK Center. Haaa disini beli baju dan souvenir untuk kawan-kawan office dan baju untuk siblings. Juga untuk my fiance. Haha sebab nampak pula murah compared dengan area kami menginap. Memang harga jauh beza. Dan kita pun beli baju untuk kita sendiri la. Gaun simple boleh guna untuk berjalan. Hahaha

Jenuh juga seorang Chestella mencari Maybank ATM sebab takut habis duit. My sister tukarkan duit saya RM 700 sahaja dari KL, pastu masa mula-mula sampai saya ada tukarkan duit RM 100 di airport untuk beli makanan. Oleh kerana sudah beli banyak souvenir terus jadi risau tidak cukup duit. Hahaha

Baliknya kami naik Grab Car lagi. Okay kita jumpa driver Grab Car yang agak racist. Tidak best okayy. Lebih baik dapat driver yang langsung tidak bercakap daripada bercakap benda yang tidak baik. Driver tu tanya asal mana pada mulanya, dan dia terkejut dengar kami dari Malaysia sebab setau beliau orang Malaysia kebanyakkannya Melayu dan beragama Islam. Dia hairan nampak kami macam Chinese?? :D Dia belum belajar yang negeri Borneo kebanyakkannya non-muslim. Heyy pakcik sebelum bercakap sila baca dulu. Then apa lagi keluar lah racistnya mengata pasal orang Melayu dan Islam yang diberi keutamaan oleh kerajaan Malaysia (roll eyes). No politics, please!


Depan Siam Paragon! Ada landscape Summer Garden dengan air terjun buatan lagi.



Kebetulan ada One Piece Carnival. Ada gerai jual baju dan souvenir One Piece, dan of course tempat bergambar harus ada!




Ini Mini Doughnut kot! Ada gula disertakan sekali tapi doughnut ni pun sudah manis, boleh kencing manis kita joo kalau tambah gula lagi.




Ini Tom Yum Goong! Betul kah ejaan tu hahahaha. Apa yang menariknya tom yum goong ni ada rebung :D makan waktu pagi around jam 10 hahaha orang pun hairan. Well kami orang Malaysia maaa hahaha jam 10 pagi di sana sudah jam 11 pagi di Malaysia, afdal la kan lapar nasi.



Masa day1 and day2 memang sentiasa nampak belia-belia berpakaian kuning macam dalam gambar tu. Ingatkan army sedang dalam latihan sebab ada army jaga diorang ni. Rupanya Volunteer untuk upacara kedatangan king diorang. 



Di Siam Paragon Mall ada Summer Garden diluarnya. Of course lah pergi ambik ambik gambar..harus! Hahaha



Ni pun sama tempat jugaaaa



And yesss ada banyak gerai jual makanan dan pakaian di area ni. Nyumss 1 mangkuk ni 20 Bhat!


Di Malaysia selalu kita cicah dengan coklat. Di sini dengan garam + cili padi. Macam makan jeruk ba. Tapi rasanya tetap nyummmmssssssss sesuai juga makan dengan garam rupanya ingatkan jambu jeeeeee. Strawberi dia manissss

Saturday, April 13, 2019

Trip: Bangkok, Thailand (Day 2)

Day 1 boleh klik sini.

Day 2: Wat Saket, Wat Arun Ratchawararam, Grand Palace & Wat Phra Kaew

Hari melawat temple!

Sumpah banyak temple di Bangkok. Yang kecik-kecik di tepi-tepi jalan pun ada. Tapi tak mampu lah weh check semua tu kan. Jadi kita search yang mana famous sahaja. Dan macam biasa lah kami hanya backpacker's style. Semua atur sendiri. Nasib baik ada Grab Car. Sangat panas kayyy di Thailand. 35 Degree Celcius saya rasa sangat panas wehh di Sabah paling tinggi 30 ajeee. Por queeee???

Jadi hari pertama memang sesi menghitam legamkan kulit. Banyak gila gambarrrrrrr lols tapi internet ini sangat menghampakan.


Wat Saket aka Golden Mount Temple aka The Crown of Bangkok



Sight view from the top of the world ececeh from the crown of Bangkok




Dalam temple ni ada bunyi loceng-loceng tau. Dan ini lah penyebabnya. Kena tiup angin terus bunyi berdegung kring kring kring.



Ni dalam kawasan Grand Palace &Wat Phra Kaew. Kalau tidak silap ini adalah bangunan library. Cantik wehhhh hahahaha. Sebenarnya dalam kawasan ni ada banyak bangunan dengan nama tersendiri tapi of course lah den tidak ingat. Sejarah Malaysia sendiri pun tidak ingat apatah lagi negara lain. Hahahaha lepas dari Wat Saket, kami terus naik grab car pergi sini.


Ada orang jadi model hahahaha gate pun dah cantik



Malas weh mau ulas hahahaha saya tidak apa benda ni. tempat sembayang with patung elephant



Ni dalam kawasan Wat Phra Kaew. Ramai orang kan!



Tourists tu perasan mereka kena gambar hahahaha cantik kan bangunan ni. Dan memang ramai orang, sangat sesak!




Salah satu bangunan dalam kawasan Grand Palace & Wat Phra Kaew juga. Cantik sangat bentuk-bentuknya



Haaaaaaa inilah Grand Palace nya. Saya rasa bahagian Cambodia, Thailand memang dalam Grand Palacenya mesti ada sekali temple. Ukiran dan bentuk sangat menarik. Grand Palace ni macam bentuk bangunan British dulu-dulu mix with bentuk temple sikit-sikit. Tidak dibenarkan masuk eh dalam palace ni, jalan-jalan kat luar je. Sightseeing!


Dalam kawasan Grand Palacenya. Cantik kannnnnnnnnnnnn





Dua gambar last ni di Wat Arun Ratchawararam. Colour putih dan sangat menarik juga. Macam mana mereka bina bangunan sedetail itu tidak tau laaa.. Sini tidak ramai orang, sebab jauh sikit dari bandar.


Untuk masuk temple Wat Saket dan Wat Arun Ratchawararam ni kena bayar 50 Bhat per person. Kemudian Grand Palace & Wat Phra Kaew tu 500 Bhat. Diingatkan awal-awal kalau ada hati mau melawat temple mereka kena berpakaian sopan. Means jangan pakai gaun, seluar pendek, baju lengan pendek, legging atau mana-mana lah yang menjolok mata. Sebabnya diorang tidak akan bagi masuk, dan anda kena beli juga pakaian disitu untuk tutup mana-mana yang menjolok mata tu.Hahahaha diorng very strict tau. Macam my sister pakai legging kena suruh beli seluar panjang yang loose aje. 200 Bhat kay. Di gerai tepi jalan boleh dapat 100 Bhat untuk seluar tu tapi apakan daya kena beli juga dalam tu. 

That's all for Day 2. Ringkasnya hari yang panas, hari yang penat sebab tukar-tukar Grab Car untuk 3 tempat tu. Tapi memang cantik lah, berbaloi datang!

Friday, April 12, 2019

Trip: Bangkok, Thailand (Day 1)

I know ramai yang sudah pernah pergi Bangkok tapi mungkin pengalaman kita ke sana tidak sama. Kennn..

Day 1: Penerbangan dari Kota Kinabalu - Bangkok

Airasia sudah ada penerbangan directly from Kota Kinabalu to Bangkok. Actually dalam penerbangan ni saya duduk bersebelahan saja with my sister tapi rezeki dia duduk di Semenanjung ja sekarang jadi dia burn tiket flight yang ni. Nasib mur mur jew.

Untuk trip kali ini kami sudah decide guna GrabCar sahaja sepanjang jadi saya siap langgan roaming data Digi dari Malaysia lagi. Since previous trip kami guna public transport yang tambang boleh naik ikut suka hati mereka, jadi kali ni try Grab pula. Sebenarnya sudah check roaming data mana paling murah dan jumpa Digi sahaja. Nasib I guna Digi.

Ok. Flight saya dari Kota Kinabalu adalah dalam Jam 2.00 petang dan sampai di Don Mueng International Aiport pada Jam 3.30 petang. 1 jam lebih jak? No okay, sebenarnya penerbangan dalam 3 jam lebih tapi waktu Malaysia dengan Thailand beza 1 jam. Which is contohlah waktu Malaysia Jam 6 pagi, di Thailand baru Jam 5 pagi.

Oleh sebab tunggu my sister lagi, jadi saya pusing airport Don Mueng lagi. Makan, kemudian naik pergi Departure area pergi print boarding pass from Bangkok - Kota Kinabalu. Pun dia masih tidak sampai. Last-last duduk atas lantai depan arrival gate. Ambik kau!

Dalam Jam 7 malam baru dia sampai dari Kuala Lumpur. Kami naik Grab Car menuju ke hotel. Dan hotel kami stay selama 5 days di Khao San Road which is Lamphu House. For 5 days, fee RM 515 untuk bilik yang ada twin beds.

Dan sikit dissapointed sebab sebelum ni dengan harga lebih kurang sama di negara lain kan, biliknya best sangat. Dan cantik. Dan cukup kelengkapan macam heater, freezer, TV. Ni kali semua tu langsung tiada. Hahaha



Ni masa tunggu my sister. Duduk atas lantai seperti orang lain. Sampai pak cik guard datang tanya buat apa duduk depan Arrival Gate padahal ramai jak orang lain duduk bahagian situ.



Lepas hantar beg kitaorang jalan-jalan cari makanan. Makan di Soi Rambuttri. Kawasan tourist, ramai gila orang.



Pad Thai. Makanan manis dan sebagai seorang Malaysian tegar yang suka makan benda masin, pedas dan sejenis manusia hanya suka makan bihun (hahahahha), makanan ni tidak sesuai dengan tekak I.

That's all for Day 1. Nanti buat entri untuk the next day pasal internet tidak okay.

Bye. See you soon :)