Saturday, December 28, 2019

2019 highlight

Happy new year in advance everyone, menjelang 2020 ini apakah azam baru anda? Hahahaha 

2019 been a great year for me, banyak suka duka, gembira benci pun ada. Semua akan menjadi kenangan!

The first highlight was my engagement day on March. Finally selepas berfikir masak-masak, dari tahun lalu my boyfriend ada sebut sebut sebut in our conversation topic tapi belum sampai serunya. 2 days before my birthday, the date of our engagement day :D Finally on my 30th, we tie the knot. Tapi journey masih jauh...perlu cari ongkos lagi wedding day pula.

The second highlight was my trip to Bangkok on April. Kenapa lah masuk dalam highlight kann hahahahaha it was my first time ba. The partner in crime was my sister..we have so much fun.

The third highlight was my car involve in accident. Sedihhhhhh dan sedihnya lagi masa Hari Raya saya meroyan seorang seorang di hutannnnn tidak dapat balik sebab kereta tiada. Kalau balik nanti kantoi kereta rosak! Damn! Habis sudah kena sumpah seranah kawan yang buat accident kereta tu.

The fourth highlight was my future father in law passed away and then after 40 days, my father also passed away. Perasaan kehilangan itu lain, sedih memang ya tapi ia lebih dari itu. Mama selalu bagi nasihat mengingatkan kita semua akan pergi juga suatu hari nanti. And masa my father meninggal pun dia cakap dia langsung tidak menangis sebab ingat macam mana sengsaranya sudah bapak di dunia, melalui sakit itu ini. Memang sudah tiba masanya Tuhan panggil dia. My father meninggal dalam tidur, dan saya percaya dia sudah bersedia dipanggil Tuhan. Masa bakal mentua lelaki saya meninggal, saya ada call bapak bagitau..banyak dia bagi nasihat. Masa bakal mentua lelaki masih sakit tenat lagi, dia pun banyak bagi kata-kata semangat, nasihat pasal keagamaan. Bila fikir balik sekarang, mungkin dia sudah bersedia masa tu. Sedih ingat balik..

The fifth highlight was my trip to Siem Reap! With my older sister and younger sisturrrr. Next year sepatutnya kitaorang mau jalan lagi pergi Yangon Myanmar tauuuu tapi mungkin tidak jadi cause my sister already plan her trip to Italy next yearrrrrr. Takpa lah kot, I memang mau simpan duit untuk kahwin pun next yearrrrr.

The sixth highlight??? Banyak sudah tempat I jalan-jalan di Sabah. Dengan colleagues to Tenom lepas tu paling rare punya trip pergi try naik train from Tenom to Beaufort two-ways. Doiii boleh lah juga experience tu hahahaha. Then mesti lah trip satu dua tempat dengan my fiance hahahaha dia jadi tukang gamboooo gueee joo.

The seventh highlight? Seorang kawan meninggal di usia 26 tahun. Struggling 2 months in hospital lepas accident di rumah dan half body was burnt. Entah kenapa saya rasa sangat sedih masa dia meninggal walaupun sebenarnya kami kenal pun tidak cukup lama, only a few months sahaja. She was too young to be gone, but God loves her more. RIP Amil.

Itu sajeeee lah kot highlight..yang sipi-sipi tu banyak terutamanya pasal kerja, rakan sekerja, kawan-kawan se-uni dulu tapi biasa lah hidup ini banyak naik turunnya, kadang saya pun jahat tidak bertempat juga hahahahaha. I'm sorry if I've ever hurt you all..terkasar bahasa, pertuturan, tingkah laku kah. Kadang datang emosi gila saya ni boleh berkurung dalam bilik sehari macam meroyan kayyy hahaha

Next year kalau ada umur panjang lagi nanti kiterrrr buat highlight lagi Haha :) :)

Friday, November 8, 2019

Siem Reap, Cambodia (Day 3)






On day 3, our tour started at 8 am. Sempat lagi breakfast, naik hotel siapkan diri and then mulakan perjalanan. Siap-siap bawa air mineral sebab tau mesti panas dan penat dan berpeluh-peluh. Dan yang paling tidak best adalah ioll PMS joooo paling tidak best berjalan sebab sakit senggugut, macam tiada mood saja tauuuu.

Basically on day 3, kami visit temples berikut:

1) Angkor Thom - Bayon, Baphuon

2) Phnom Bakheng

3) Naek Paon

4) Ta Som

5) East Mebon





Benda paling famous di Angkor Thom adalah Bayon Temple. Temple ni banyak ukiran face, dan tidak tau lah macam mana orang zaman dulu ukirkan. Faces ni simbolik kepada inner peace, and perhaps even a state of Nirvana. Memang banyak gilaaaa gambar tapi tu lah tidak bagus line di pedalaman ni...sabooo jak lah.





Yaaa kalau pergi visit di Angkor memang lah makin kuat dan cergas lepas kembalinya ke tanah air hahahahahha kalau ikut hati memang den tidak mampu mendaki lagi tapi bila fikir balik susah payah mau datang sini, alang-alang lah kan. Jadi selamat bersenam!


Ni masih lagi di Bayon Temple. And oh! memang ada banyak monyet di sini hahahahaha ada lagi sister saya yang penakut binatang, memang kami cepat-cepat lah masuk dalam. Sebab monyet-monyet hanya ada di luar temple sahaja.


Ni pula adalah di Baphuon temple, maaflah gambar kurang memuaskan hahahahahaha tapi yang pasti walaupun PMS saya masih mampu naik temple ni kayyyy...


Ni masih lagi di Baphuon yerrrr...banyak ukiran-ukiran macam ni di temple dia. Kreatif betul orang dulu-dulu tapi yang pasti semua ukiran ni mesti ada tujuan tersurat dan tersirat.



Dan ini temple yang saya tidak tahu dekat mana hahahahaha pasal kami lalu banyak temple kecil-kecil dan tourist guide cakap kalau mau jalan, yaaa silakan. Jadi kami ni yang excited pun main masuk saja lah sementara ada peluang kan. Sementara masih belum penat. Haha



Haaa dan ini adalah laluan masuk atau keluar ke Angkor Thom. Mesti ada gate begini sama ada di East, West, North mahupun South.





Dan uniknya lagi hari ketiga ni adalah kita pergi Naek Paon. Satu-satunya temple yang ada dalam kolam. Laluan masuknya pun unik sebab kena lalu bahagian tasik dan kawasan berpaya. Sekali sampai rupanya temple dalam kolam. Kita hanya dapat tengok dari luar sahaja.


Ini adalah di Bakheng Temple. Jooo masa ni last temple sudah dan sis tidak dapat menahan kegembiraan lagi kerana dapat balik hahahahaha sakit kaki walaubagaimanapun semua temple sis berjaya naik kayyyyy.

Anywaysss banyak lagi templess kecil yang kami ada masuk but sajeeee ambil gambar jak. Best memang best sebab banyak ja nampak pelik-pelik dan buat kita wonder how they can do these all?? How? How? Yes its good to see others uniqueness right?

Okay last but not least, we only have three days here. Hari keempat subuh lagi dalam jam 5 am bergerak ke airport, awal pagi lagi flight back to KL and tengah hari flight back to Kota Kinabalu.

Done Siem Reap....next????? 

Saturday, October 26, 2019

reward yourself

even it is the smallest or cheaper things :)

harta tidak boleh bawa mati ya kawan-kawan, jangan kedekut sangat untuk pampering yourself. After all its your hard work, isn't it?

nampak kawan-kawan selalu beli barang mahal for rewarding themselves, even ada yang pergi melancong jauh-jauh tengok tempat orang. Yang kita ni hanya mampu wahhhhhh, knew that mereka bukan show off atau menunjuk-nunjuk. Sudah namanya IG tu untuk share adventure and life masing-masing kan.

and for myself kan saya memang suka berjalan tapi tu pun atas kemampuan sahaja, bulan-bulan lah save money kan. kalau pasal pakaian mahal dan berjenama kah, makanan hipster kah memang tidak lah. pakaian saya langsung tidak ikut trend, kalau baju tahun 2011 belum rosak memang masih pakai lagi tu sampai sekarang :D : D seriously banyak sangat pakaian dari dulu masih pakai, ada yang sudah masuk almari pun dicari balik. sebabnya malas beli baju baru, baju lama masih banyak yang bagus. takda orang pakai pasal saya seorang jak yang muat di rumah hahahaha. nampak tak body sentiasa maintain?? hahahaha from 43 Kg, now 49 Kg but still S baaa.

dan itu lah masalahnya saya, saya kedekut pasal kebendaan kepada diri sendiri. saya lebih save money kepada benda-benda besar.

oleh kerana semua di hujung jari sekarang, start lah rewarding myself dengan benda-benda fancy yang biashe biasheee jer tapi bagi saya sendiri, saya langsung tidak pernah kisah sebelum ni.

For example,

Perfumeee??? Hahaha

Seumur umur ku ni paling mahal perfume pernah dibeli hanya Victoria Secret tu pun kawan yang bawa beli satu set lepas tu ambil seorang satu hahahaha ingat lagi kami beli di Imago.

Nampak tak tu??

Kalau sekarang jangan kau harap lah, saya pakai body mist yang RM 3 saja tu beli di market biasa, hanya untuk bagi wangi baju masa iron sebab kadang-kadang baju dalam almari kalau lama sudah tidak dikeluarkan macam dia ada bau-bau semacam.

untuk reward pertama kalinya adalah perfume Victoria Secret. Beli 4 terus hahahahahahahaha reward sangat tu.

tidak sabar tunggu sampai hahaha.

jangan segan-segan, even its the smallest things or cheaper things..yang penting hati suka. kan kan kan

Monday, October 21, 2019

Siem Reap, Cambodia (Day 2)

Day 1, klik sini.

Okay for Day 2, kami tour Angkor temples naik tuk tuk. 1 day tour kay, dengan cuaca panas memang bergelap lah kau balik. Kaki jangan cakap lah memang penat. Di Angkor ni memang famous dengan tour temples, dia ada dua route which is small circuit and big circuit. And you know what kebanyakkan tourist situ from China dan dari Western. Jarang nampak yang pakai tudung, mungkin sebab temples kan. Lagi pun susah cari makanan halal. Ada jak sebenarnya yang visit juga sebab kawan saya seorang dari Semenanjung and he's Malay dan of course muslim pun lagi dulu pergi melancong di Angkor.

So masa Day 1 sebenarnya my sister sudah deal dengan receiptionist dan book tuk tuk untuk tour kami dalam Day 2 ni. Sepatutnya Day 2 start on 8.00 am kami gerak dari hotel but tau lahhh kan ada jak lambatnya jadi 8.30 am baru gerak dari hotel. Kami siap-siap breakfast di hotel restaurant since memang breakfast free pula kan..dan buffet pula suka hati anda makan apa. Dan makanan pun western jadi hahahahaha of course tidak manisssss. Like like hahaha.

Basically, temples kami visit on Day 2 adalah berikut:

Stop 1: Angkor Wat
Stop 2: Sras Srang
Stop 3: Banteay Kdei
Stop 4: Ta Prohm
Stop 5: Chau Say Thevoda
Stop 6: Ta Keo
Stop 7: Victory Gate
Stop 8: South Gate of Angkor Thom

Nasib tidak patah kaki! Hahahaha Tidak dapat post semua gambar but lets check it out!




Daun kuning pun kuning lahhhh hahahahaha ini masa breakfast. Makan nasi sebab mau tahan lapar dan yes typically Malaysian :D




Angkor Wat! Angkor adalah dari bahasa Sanskrit bermaksud 'Negara' dan Wat bermaksud 'Kuil/temple'. 



Behind the scene! Hahahaha masih di Angkor Wat ni. 2 jam lebih kami di sini dan sempat lagi naik puncak Angkor Wat yang paling tinggi. Baru sini sudah berpeluh-peluh jooooooo



Ini di Sras Srang. Ni lah the royal bath dulu-dulu jooo...tasik gila besar!






Lihat lah mereka yang gigih naik temples. Macam setiap temple kami naik sampai puncak tau. Jangan cakap lah penatnya tu macam mana. But anyway its fun hahahahaha ada jak lucunya. Naik ok tapi turunnya tu nanti berfikir sebab tangga terlalu steep dan bila kau tengok bawah ya ampunnnnn gayatttt. Tapi terpaksa juga slow-slow turun hahaha



South Gate of Angkor Thom! Susah banget mau ambik gambar sini sebab apa? sebab ni jalan raya joo.. tunggu tiada kereta baru boleh bergambar! Tapi memang unik kan ada gate macam ni ada jalan raya pula tu, cuba ada di Malaysia :D 





Ni terang-terang tunjuk temple apa. Cantikk kan ukirannya!



Ni pun masih di Chau Say Tevoda temple lagi! Ni laluan last memang penat tidak payah cakap





Ni dia Tak Keo!




Dan ini adalah lunch kami hahahahahahaha semi vege!






Ada pokok besar dalam temple?? Ini lah keunikan Ta Prohm! Tapi tu lah masuk templenya ada seram-seram hahahahaha tapi memang unikkkkk



Thats all for day 2, sepatutnya ada lagi stop lain kami mau pergi sebab habis stop semua tu baru jam 4 pm ba..masih terang tapi kaki tidak dapat bertahan. Lastly balik lah kami, konon-konon mau pergi swimming pool tapi sampai ke sudah tidak pergi. Sudah lah masa pergi visit ni PMS pulaaaa tu yang tidak best tu.

Malamnya kami makan kimchi okayyyyy hahahahahahahahaha malas turun, sudah beli makanan siap-siap masak naik pergi bilik.

P/s: I'm not into history pasal semua temples tu kayyy, history negara sendiri belum hafal apatah lagi mau ambil tau pasal negara orang. Hahahaha saya pergi sana sebab suka nampak tu building sahaja, camna diorg boleh buat semua temples tu sedangkan dulu-dulu mana ada mesin dan jenteraaa???? guna hamba abdi????? (muka melopong terkejut beruk)

Sunday, October 6, 2019

Siem Reap, Cambodia (Day 1)

Hello Oktoberrrrrrr!

Excited sebab mau buat entri pergi jalan-jalan buang duit tapi meluaskan pandangan yang in a box juga kadang-kadang wkakakakaka.

So trip kedua tahun ini adalah di Siem Reap, Cambodia. Next year cakap dengan sister I mau jalan dalam negara jak, sekali saja lah trip pergi luar sebab 1) penat 2) bila lah mau kahwin ni kalau asyik berjoli saja kerja wkakakaka.

First of all hotel untuk trip ni adalah 4 star, sister dapat cari mur mur dalam booking.my di mana 3 hari 3 malam RM 360 sahaja untuk bilik yang ada 3 bed single. Wow! Rasa penat trip ni sebab jadual pack and in a short time which is only 3 days, selalu kalau pergi trip saya cuti dalam 7 hari hahahahaha jadi jadual pun santaiii gitchew.

1st Oct tu flight jam 10 malam dan kemudian kena delay lagi pergi jam 11 malam. Sampai KL jam 1 pagi, lepas tu lepak makan di KLIA jam 6 subuh tu flight tu Siem Reap dan kami sampai di Siem Reap around jam 8 am 2 Oct.

Oleh sebab kami check in jam 2 petang, kami letak beg di hotel dan jalan-jalan dulu tengok suasana Siem Reap macam mana. Dan kami round segala mall yang famous di Siem Reap guna tuk tuk which cost us USD 10 untuk semua empat (4) mall yang kami round. Mula-mula pergi Lucky Mall, then pergi The Heritage Walk Mall, then seterusnya pergi T-galleria. Dan seterusnya pergi lah pula Siem Reap National Museum sebab bersebelahan sahaja.

Okay yang best kat Lucky Mall sebab dia ada supermarket yang jual pelbagai barangan termasuk souvenirs tau. Tapi masa datang tu kami survey ajeeee sebab tujuan utama adalah cari tempat makan. 

Kat Heritage Walk Mall pula macam kosongggg jewwww, ada restoran makanan Jepun, Korea then ada food court. Jadi mesti lah kami makan food court kan sebab mau rasa local food. Hanya berdoa dalam hati harap makanan tidak manis :D macam pengalaman di Phnom Penh lols. Dan memang diakui susah sikit cari makanan halal di Cambodia. Walaupun saya bukan beragama Islam, tapi lebih kurang lah juga tu kan sebab kami tidak makan pork, seafood etc. hahahahaha. Walaubagaimanapun memang ada differences yang ketara on building design mall ni, unik juga lah tu kan.

Kat T-galleria pula jual duty free products tapi nampak mahal juga hahahahahha jadi kita cuci mata je lahhh. Mostly barangan luar negara macam levis, handbag Micheal Korrs etc lah. Memang untuk orang-orang kaya saja la tu.

Then, Muzium??? Apa yang menariknya sebab esok harinya memang kami plan untuk visit temples and so on and so forth jadi pergi muzium ni nampak lah serba sedikit gambaran tentang temples and history tu semua. Yang unik muzium ni dia ada tayang banyak video or documentary mengenai semua sejarah di Siem Reap ni. Tapi tu lah baru jam 1 petang kan kami tengok video tu sampai tertidur-tidur. Masa sibuk belek-belek, baca-baca informations kan tiba-tiba kau nampak your younger and older sister hilang sudah, sekali keluar rupanya pergi berkipas dan tidur di luar hahahahahaha last-last balik hotel dan tidur dulu.

Sebelah malamnya pula kami pergi cari night market, mau naik tuk tuk tapi receptionist di hotel cakap dekat jewwww kebanyakkan orang jalan kaki. Wow sekali pusing-pusing kami sampai night market lepas tu tembus pergi pub street hahahaha tapi tak jumpa makanan. Yang dapat beli Fried Ice-Cream Roll yang nyummmsss sahaja lepas tu balik hotel makan di hotel restaurant jewwww.

Night marketnya bukan macam kat Malaysia yerrr yang kebanyakkan jual makanan, di sini jual souvenirs, baju, hasil kraf. Pub Street jangan cakap lah memang sesak dengan tourists.



Masa tunggu flight subuh hahahahaha trip kali ni bertiga, my older sister, my younger sister and me


Her (younger sister) first flight! hahaha



The Heritage Walk Mall :) :) Tempat makan masa first day



T-Galleria :) Menarik kan!



T-Galleria 





Siem Reap National Museum! 


Pub Street sangat happening, sangat colourful!






Pergi Pub Street beli fried ice cream roll hahahahahhahahahaha but yes, no alcohol please! Ini negara orang kita datang cuci cuci mata dan luaskan pandangan sahaja. 



Nota kaki: Duduk hutan, upload gambar sikit-sikit jew!

Sunday, September 15, 2019

stay health with neutral product

Lama tidak buat product review hahaha acah acah fames gitchewww hahaha.

Sebelum tu mau share pengalaman lah bagaimana diri ini meningkat remaja dan mula tumbuh segala mak nenek jerawat. Syukur juga selama ini belum pernah kena yang teruk gila babi sebab kawan dan kakak sendiri pernah kena.

Ok, zaman sekolah menengah memang ai flawless gila. Pencuci muka pun guna sabun mandi saja pun ok, hormon belum turun naik yer kawan-kawan hahahahaha. Tapi zaman ini memang ada sudah seorang kawan banyak jerawat, dia pun hairan kenapa kami tiada jerawat. Mungkin dia terlalu banyak berfikir ehhh sampai hormon tidak seimbang.

Then masuk zaman diploma haaa disitu lah segalanya bermula. Semester 1 sampai 3 okay, masuk semester 4 memang sudah start tumbuh jerawat. Mau trip korea pun tidak dapat sudah :D sudah lah pipi sebelah kanan yang banyak sampai kawan tegur kenapa pelik bebeno. 2 3 orang juga lah bertanya. Dan sejak dari itu memang jerawat dan ai berpisah tiada. Macam-macam guna produk dari yang murah kepada yang mahal hahahaha mungkin berkesan tapi ai saja yang tidak tunggu result. Mau cepat jak nampak kesan.

Fair and Lovely
Safi
Garnier
Neutrogena
SebaMed
etc laaa saya pun lupa

Pun masih juga berpisah tiada dengan namanya JERAWAT.

So last year, I think of back to neutral product. Maksud saya guna product yang chemical free since muka ini bertahun-tahun sudah guna produk yang dikilangkan dan memang akan guna chemical ingredient kan.

This product memang saya trust sebab abang saya sendiri yang buat selepas ikut kursus.


Tadaaaaa inilah dia sabun aloevera. Homemade product! Sudah mau masuk 1 tahun lebih tau pakai dan saya sangat puas hati. Pakai original aloevera pula tu!

Bila datang period memang akan muncul juga jerawat tapi dia cepat healing, lepas tu memang kulit muka rasa berseri ajeeeee hilang bintik-bintik hitam segala. Kawan-kawan pun puji pakai produk apa, saya cakap ja pakai sabun lidah buaya. Yang chemical free punya. Glowing ba kena nampak.

Dan thanks God juga lah kan saya beli dengan abang sendiri dapat murah lagi lepas tu kadang dapat free lagi hahaha anywaysss produk ni saya ada jual di vendor box juga.

Jadi my point here is kalau rasa muka tu berjerawattttt banget bagus back to neutral lah, pakai produk yang chemical free manatau muka kita sudah biasa banget dengan bahan kimia tu lah pasal makin teruk. Selain itu kan benda mahal dan benda murah belum tentu dapat heals jerawat kita sebab lain muka, lain reaction to each products kan. Hahahaha ada muka mau produk murah, ada muka mau produk mahal hahahaha saya pernah pakai pencuci muka snail la bird nest la, produk korea la tapi last last mau produk murahhhhhh juga. Hahaha.

Hati-hati juga pilih produk yang kita guna, guna lah yang paraben free, laureth sulphate free and so on and so forth. 

Sekian perkongsian!

Tuesday, September 3, 2019

awkwardddd

Sedang awkward dan yang sama waktu dengannya!

Bagaimana agaknya mau adapt dengan environment yang sebegini harmoni sebab family saya sangat santaiiiiiiii dan tidak begini.

Ini lah bezanya family saya dan family tunang saya yang sangat ketara. Ini yang buat kami sangat berbeza. Dan buat saya awkward balik di kampungnya, dan macam eh boleh kah saya tidak mau balik sini lagi??? grrr but mereka akan jadi family saya juga suatu hari nanti..hurmmmm

Keluarga saya memang rock gila. Kalau kami sampai rumah dari tempat jauh ka apa ka, rarely nampak akan ada adegan jabat tangan, peluk memeluk sebab kami memang macam tu. Direct saja cerita dsb, direct lah buat apa yang anda mahu. Lols. Bukan sebab kami tidak rapat atau tidak saling sayang menyayangi tapi kami memang jenis tidak tunjuk.

Berlainan sangat dengan family tunang saya, kalau kita sampai kena salam dulu kalau boleh seluruh ahli keluarga. Balik atau jalan jauh pun sama. Memang tradition mereka macam tu. Family diorang pula sangat nampak harmoni, ada discussion family bagai. Manakala kami langsung tiada lah macam tu.

Nampak beza kan??

Sampai tunang saya pun hairan, kalau kami balik di kampung saya dia seorang ja salam-salam dengan parents saya bila sampai. Saya buat derkkk hahahaha dia tanya kenapa begitu, saya cakap memang kami begitu. 

Bila sampai kampung dia, saya bawa diri saya macam tu. Kalau jalan balik, saya jalan jak tu..no salam salam bagai. Sampai dia pernah tegur gaya macam tu. Hahahaaaaa

Awkward ba :( macam mana mau adapt dengan environment mereka ni. Bukan tidak bagus, malah contoh yang baik sangat tapi entah lahhhh I memang jahat macam ni dari dulu. Dulu masa jalan pergi Sarawak saja saya salam mama bapa, kalau setakat jalan pergi Keningau ni macam takda pula tau.

Balik dari kampung tunang saya selalu sesal juga dalam hati kenapa family kami tidak begitu. Sampai hari tu masa saya jalan tu anak buah tunang saya cakap "aunty mau balik sudah?" ehhh sayang kah kau dengan saya?? Hahahaha tapi bila saya fikir balik sekarang, kenapa jahat sangat fikiran saya tu. Diorang sebenarnya tunjuk yang diorang concern, yang diorang sayang dengan kita.

Kenapa kami tiada macam tu ehhh?

Saturday, August 17, 2019

baru tadi

Hari ini memang suck!

Hanya orang yang duduk dalam hutan, yang perlu melalui limited kemudahan yang faham perasaan ini. Apa kan daya!

Sudah lah hanya mempunyai kenderaan kecil dan tidak dapat menerima sebarang kerosakan kerana duit pun cukup makan saja hahahaha. Cuba bayangkan kereta saya tu first hand tapi sudah pernah kena hantar pergi bengkel sebab ada benda leaking, dan baikinya bukan guna daun. Lepas tu bagi pinjam kawan, dan mengalami kemalangan. Sudah dibaiki tapi cermin depan belum lagi ganti sampai sekarang. Dan mesti lah kita akan rasa ia bukan baru sangat lagi dahhh. Dan I learnt that people borrowed your things tidak akan menjaga dengan baik barang orang as their own. Sebab dia tidak rasa susahnya tarik benda tu hahahahaha. K laaaa

Lepas tu tadi tunang saya call abang dia turun pergi Keningau, ada outstation seminggu. Ada lah dia kirim barang ni. Dia suruh keluar ambil.

Dan semalam hujan kayy, hari ini dari pagi sudah panas terik. Jadi besar lah harapan mau keluar ni, sekali keluar baru setengah kerat jalan terus saya pusing balik. Teruknyaaaaa!!!

Jalan berlubang-lubang yang dalam dek farm tractor dan double cab keluar masuk hantar buah sawit. Ada kawasan masih belum kering, ada takungan air lagi. Saya cuba juga lalu tapi kereta bunyi krek krek di bawah sebab sapu tanah. Walaupun kereta saya bukan lowered sebenarnya kayyyy..pakai rim 15 pula tu.

Setengah kerat balik dengan menyumpah-nyumpah.

Tunang saya pernah marah hari tu sebab dia suruh balik kampung dia tapi esoknya baru saya keluar, sebab itu juga laaa saya trauma mau keluar sebab jalan macam tu. Tapi saya anggap dia tidak faham dengan perasaan itu sebab dia lelaki. Dia pandai driving di harsh condition sebab dia lelaki. Dia takkan faham.

Hahaha.

Saya sedih sebenarnya jadi perempuan yang begini hahahahahahaha patutnya mau adapt dengan environment begini tapi ai memang tak boleh.

Jadi mereput lah kita hujung minggu ni di rumah.

Bai.

Thursday, August 1, 2019

I thought I'm done

Saya ingat saya tidak dapat lalui MSPO first stage audit dengan baik. Tapi kuasa Tuhan itu lebih besar, nampaknya dia sentiasa nampak usaha saya hampir 2 minggu lewat balik kerja. Hari sebelum audit sampai satu malam tidak tidur. Sebab apa? Sebab jantung saya dup dap dup dap takut tidak dapat lepas sebab bos sudah bagi warning awal-awal.

Dan lepas ni mungkin tidak perlu assist sangat Ranau sebab diorang pun makin expert. Jadi makin kurang beban bantu diorang dalam audit. Second stage audit nanti on September, harap kita dapat lalui dengan tabah lagi lah kennn. Tapi dalam masa yang sama semoga saya dapat kerja lain dalam tempoh itu.

Masa kita borak-borak dengan kawan of course kita rasa itu lah setakat ini experience yang besar, cabaran besar yang kita kena hadapi. Then boleh pula si kawan macam memperlekehkan audit tu, tau lah kan dia kerja government boleh goyang kaki menggemuk saja di sana. Tapi diam jak lah denn. Sudah lah bercakap macam pandai, smallholder pun dia tulis stakeholder. Malas lah mau betul kan. Dia kan pandai. Ini lah contohnya orang yang tidak bagi kita semangat ya kawan-kawan, memang ada jak orang sekeliling kita yang macam ni. Sebab rasa dia lebih baik, jadi dia tidak fikir perasaan orang lain yang berusaha.

Doakan berjaya untuk next audit.

Hahaha.

Wednesday, July 31, 2019

resepi daging yang mudah!

Amboi kemain tajuk entri kan wkakakakkakaka. Lama tidak update pasal masakan ni sebabnya saya bukan pandai masak pun, kalau boleh mau yang mudah-mudah sahaja. Lols.

So here we go!

Sebenarnya resepi ni pun cari-cari di google juga, dan combine lah pelbagai resepi jadi yang mudah sangat ni. Nama resepi adalah Daging Payau (Rusa) Masak Bawang Besar :P

Bahan-bahan:

1) Daging payau sebesar satu genggam tangan yang dipotong kecik-kecik (yang bestnya daging ni mudah dipotong, tidak perlu leceh macam tengok arah aliran urat daging?? hahaha kan daging lembu macam tu, nanti salah potong maka liat lah daging anda nanti..walaupun masak lama)

2) 3 biji bawang putih diketuk

3) 1 biji bawang merah dihiris-hiris

4) 1 biji bawang besar

5) Sos tiram

6) Kicap manis

7) Garam

8) Black pepper

9) Halia. Sebesar ibu kaki hahahahaha hiris-hiris kan

Cara memasak:

1) Masukkan daging dalam kuali, tuangkan air sampai takat melitupi daging sahaja dan biarkan mendidih dan sehingga lah air kering.

2) Semasa proses air kering masukkan bawang putih dan halia.

3) Apabila air kering tuang sedikit minyak ikut suka hati anda.

4) Masukkan bawang merah dan gaul-gaulkan.

5) Tambahkan sos tiram dan kicap manis. Gaulkan lagi.

6) Tambahkan dengan black pepper dan sedikit garam. Gaulkan lagi.

7) Last sekali tambah bawang besar. Gaulkan lagi.

8) Dah nampak bawang besar sudah masak. Siap!

Kalau masakan macam melekit atau langsung tidak menyelerakan sebab tiada kuah, masa masukkan sos tiram dan kicap manis tu boleh tambah sikit air lah kayyyy.

Tadaaaaa...


Tuesday, May 21, 2019

Hi May!

Lama tidak menjenguk blog. Hahahaha 

Anywayss baru balik dari kampung, sempat lah juga menyempat ke Cabana Retreat Kota Belud bersama siblings. Sebab saya kan sejenis orang tua kah apa, hidup ku sendiriiii hahahaha

Ini first time saya balik sendiri, sebelum ni dengan fiance tapi dia turun di Pekan Ranau dan saya teruskan perjalanan balik kampung. At least ada juga peneman dan of course dia yang drive. Tidak lah rasa forever alone.

Kalau sendiri macam-macam boleh jadi tau. Banyak. Lucu pun ada.

Balik KK sendiri masa mau travel pergi Bangkok, jalan pun malam. Boleh-boleh di jalan Pan Borneo sana saya tersesat masuk bahagian tepi jalan raya. Rasa tanah tu gravel baru perasan sudah keluar dari jalan raya. Lepas tu menyalahkan mata yang rabun. Entah bila tah mau buat cermin mata.

Lepas tu hari ni balik Keningau saya rasa paling teruk! Heii apa nak jadi laa nasib baik tiada apa-apa yang sadis berlaku.

Perjalanan dari KB ke Ranau hujan sampai lah Ranau ke Tambunan pun sama. Kan jalan raya kita di Malaysia ni berlubang-lubang. Dan dalam pula tu. Lepas tu penuh dengan lopak kau tidak perasan sudah dia berlubang. Aduhhh I ingatkan bumper kereta sudah tercabut. Punya kuat bunyi. Nasib baik elok juga tapi takut kereta bergerak tayar pancit pula kan. Terpaksa slow. 2 3x masuk lubang. Last-last perasan sendiri macam kereta pancit. Perasaaaaan sendiri.

Syukur alhamdulilah. 

Sorry lah my kereta, walaupun kau hanyalah sejenis Axia yang murahan kata mereka tapi kau tu hasil titik peluh saya. Sedihhhhhhhhh kenapa jalan raya Malaysia ni :( :( 

Monday, May 6, 2019

Trip: Bangkok, Thailand (Day 5)

Day 5 kami join tour ke Ayutthaya, kira-kira 2 jam perjalanan dari Bangkok. Dalam perjalanan tau tak apa yang menarik saya nampak? Hahaha orang isi fuel buka bonet depan isi minyak direct pergi tempat simpanan minyak kenderaan. Betul I bingung kenapa kah begitu? Jadi apa fungsi tempat isi minyak kereta tu? Takpa lah kay mungkin culture mereka.

Ke Ayutthaya ni kami visit beberapa Historic City/Heritage yang telah diiktiraf oleh UNESCO.

1) Wat Yai Chaya Mongkol
2) Wat Maha That
3) The Grand Palace in Ayutthaya (Phra Mongkol Ayutthaya Bophit Palace)
4) Wat Phra Si Sanphet
5) Wat Lokayasutharam
6) Wat Phu Khao Thong

Best tu memang best tapi panasnya ya ampun. Jadi kalau mau join trip sebegini sila lah bawa minuman awal-awal kay.



Gambar di Wat Yai Chaya Mongkol. Mak cik sedang malas download gambar jadi entah apa-apa saja lah gambar sini kay hihihi


Ni masih di Wat Yai Chaya Mongkol lagi ni


Pun masih di tempat yang sama


Ni di Wat Maha That. Kawasan ni sudah musnah disebabkan oleh api semasa Burma menyerang Thailand. 


Ni pun dalam kawasan Wat Maha That. Boleh nampak kan kawasan ni sudah musnah. Tinggal bekas bangunan sahaja.



Ni di Wat Phu Khao Thong. Chedi warna putih dan di puncaknya kita boleh nampak sawah-sawah padi. Kalau masa padi masak mesti cantik.


Ni dalam kawasan Wat Maha That juga ni ya...famous ada kepala Buddha dalam akar pokok. Ceritanya masa zaman dulu orang luar datang ke kawasan tinggalan seperti ini untuk mencuri kepala Buddha untuk dijual. Tapi pencuri tu sempat ditangkap dan kepala Buddha ni terbiar sampai pokok tumbuh dan dia tersisip dalam akar tu. Ia bukan tumbuh dari akar eh. Tempat ni famous betul mau bergambar, susah ambil peluang.



Menarik kan gubahan ni. Ni jak gambar saya ambil masa melawat The Grand Palace. Ceritanya masa kami datang melawat kawasan ni kan Raja Thailand datang melawat kawasan ni dan The Grand Palace ditutup jadi terpaksa ambil gambar ni juga. Sebenarnya dalam The Grand Palace tu ada Buddha besarrr..cee google

Banyak lagi gambar sebenarnya tapi internet dalam hutan tidak memuaskan..Ini sahaja dapat dikongsikan. Well untuk tour ini juga termasuk makan tengah hari secara buffet.  Dan kami sampai di Khao San Road dalam jam 2 petang.

Petangnya jalan-jalan cari souvenir sebab esoknya kami akan balik.

Day 6, awal pagi lagi kami naik Grab Car ke airport sebab flight sister jam 8.50 pagi direct to Kuala Lumpur manakala saya pula jam 9.50 pagi direct to Kota Kinabalu. Jalan bawa haluan sendiri dah sesampai di airport kay.

Tamat trip to Bangkok. Next trip please!