Saturday, August 17, 2019

baru tadi

Hari ini memang suck!

Hanya orang yang duduk dalam hutan, yang perlu melalui limited kemudahan yang faham perasaan ini. Apa kan daya!

Sudah lah hanya mempunyai kenderaan kecil dan tidak dapat menerima sebarang kerosakan kerana duit pun cukup makan saja hahahaha. Cuba bayangkan kereta saya tu first hand tapi sudah pernah kena hantar pergi bengkel sebab ada benda leaking, dan baikinya bukan guna daun. Lepas tu bagi pinjam kawan, dan mengalami kemalangan. Sudah dibaiki tapi cermin depan belum lagi ganti sampai sekarang. Dan mesti lah kita akan rasa ia bukan baru sangat lagi dahhh. Dan I learnt that people borrowed your things tidak akan menjaga dengan baik barang orang as their own. Sebab dia tidak rasa susahnya tarik benda tu hahahahaha. K laaaa

Lepas tu tadi tunang saya call abang dia turun pergi Keningau, ada outstation seminggu. Ada lah dia kirim barang ni. Dia suruh keluar ambil.

Dan semalam hujan kayy, hari ini dari pagi sudah panas terik. Jadi besar lah harapan mau keluar ni, sekali keluar baru setengah kerat jalan terus saya pusing balik. Teruknyaaaaa!!!

Jalan berlubang-lubang yang dalam dek farm tractor dan double cab keluar masuk hantar buah sawit. Ada kawasan masih belum kering, ada takungan air lagi. Saya cuba juga lalu tapi kereta bunyi krek krek di bawah sebab sapu tanah. Walaupun kereta saya bukan lowered sebenarnya kayyyy..pakai rim 15 pula tu.

Setengah kerat balik dengan menyumpah-nyumpah.

Tunang saya pernah marah hari tu sebab dia suruh balik kampung dia tapi esoknya baru saya keluar, sebab itu juga laaa saya trauma mau keluar sebab jalan macam tu. Tapi saya anggap dia tidak faham dengan perasaan itu sebab dia lelaki. Dia pandai driving di harsh condition sebab dia lelaki. Dia takkan faham.

Hahaha.

Saya sedih sebenarnya jadi perempuan yang begini hahahahahahaha patutnya mau adapt dengan environment begini tapi ai memang tak boleh.

Jadi mereput lah kita hujung minggu ni di rumah.

Bai.

No comments:

Post a Comment