On day 3, our tour started at 8 am. Sempat lagi breakfast, naik hotel siapkan diri and then mulakan perjalanan. Siap-siap bawa air mineral sebab tau mesti panas dan penat dan berpeluh-peluh. Dan yang paling tidak best adalah ioll PMS joooo paling tidak best berjalan sebab sakit senggugut, macam tiada mood saja tauuuu.
Basically on day 3, kami visit temples berikut:
1) Angkor Thom - Bayon, Baphuon
2) Phnom Bakheng
3) Naek Paon
4) Ta Som
5) East Mebon
Benda paling famous di Angkor Thom adalah Bayon Temple. Temple ni banyak ukiran face, dan tidak tau lah macam mana orang zaman dulu ukirkan. Faces ni simbolik kepada inner peace, and perhaps even a state of Nirvana. Memang banyak gilaaaa gambar tapi tu lah tidak bagus line di pedalaman ni...sabooo jak lah.
Yaaa kalau pergi visit di Angkor memang lah makin kuat dan cergas lepas kembalinya ke tanah air hahahahahha kalau ikut hati memang den tidak mampu mendaki lagi tapi bila fikir balik susah payah mau datang sini, alang-alang lah kan. Jadi selamat bersenam!
Ni masih lagi di Bayon Temple. And oh! memang ada banyak monyet di sini hahahahaha ada lagi sister saya yang penakut binatang, memang kami cepat-cepat lah masuk dalam. Sebab monyet-monyet hanya ada di luar temple sahaja.
Ni pula adalah di Baphuon temple, maaflah gambar kurang memuaskan hahahahahaha tapi yang pasti walaupun PMS saya masih mampu naik temple ni kayyyy...
Dan ini temple yang saya tidak tahu dekat mana hahahahaha pasal kami lalu banyak temple kecil-kecil dan tourist guide cakap kalau mau jalan, yaaa silakan. Jadi kami ni yang excited pun main masuk saja lah sementara ada peluang kan. Sementara masih belum penat. Haha
Haaa dan ini adalah laluan masuk atau keluar ke Angkor Thom. Mesti ada gate begini sama ada di East, West, North mahupun South.
Dan uniknya lagi hari ketiga ni adalah kita pergi Naek Paon. Satu-satunya temple yang ada dalam kolam. Laluan masuknya pun unik sebab kena lalu bahagian tasik dan kawasan berpaya. Sekali sampai rupanya temple dalam kolam. Kita hanya dapat tengok dari luar sahaja.
Ini adalah di Bakheng Temple. Jooo masa ni last temple sudah dan sis tidak dapat menahan kegembiraan lagi kerana dapat balik hahahahaha sakit kaki walaubagaimanapun semua temple sis berjaya naik kayyyyy.
Anywaysss banyak lagi templess kecil yang kami ada masuk but sajeeee ambil gambar jak. Best memang best sebab banyak ja nampak pelik-pelik dan buat kita wonder how they can do these all?? How? How? Yes its good to see others uniqueness right?
Okay last but not least, we only have three days here. Hari keempat subuh lagi dalam jam 5 am bergerak ke airport, awal pagi lagi flight back to KL and tengah hari flight back to Kota Kinabalu.
Done Siem Reap....next?????
No comments:
Post a Comment