Sunday, December 23, 2018

Kau dah kenapa?

Entah apa bodohnya hari itu. Sudah tahu perempuan tu ada situ, mau juga masuk kedai tu. Tapi terdesak mau cari ubat dan saya malas mau jalan jauh-jauh sebab tujuan kami hanya pergi area sebelah farmasi tu.

Jadi?

Masuk juga lah kedai tu.

Biasa lah kalau tengok dari jauh memang tiada lah perasaan nampak perempuan tu, tapi kalau mau bertentang mata. Tetap juga rupanya ada perasaan sakit hati dan geram dan dan dan haha nasib tidak buat adegan tampar menampar. Eh

Sebab saya memang tau perempuan tu ada sana, dan perempuan tu pula kot kot lah tidak pernah expect saya tinggal di area sini. Jadi masuk saja kedai tu memang saya terus cari ubat yang diinginkan. Cari ubat gastrik saja pun. Tapi tu lah hari tu pergi dengan colleague yang kira pangkatnya tinggi dari saya. 

Tapi ada lah sales girl tu menghampiri kawan saya ni, jadi dia pun panggil saya lah ni. Jadi bercakap lah dulu dengan sales girl tu. Lepas tu tidak dapat ubat saya cari tu. Sekali pusing hilang dah perempuan tu.

Entah apa yang saya rasa.

Yang pasti kalau tidak terdesak saya tidak mau muncul situ lagi.

Kita buat-buat tidak kenal saja lain kali kalau terserempak mana-mana. Takut mood saya swing masa tu.

Oh God, dah bertahun kot kenapa saya masih sakit hati sangat ni. This scar bleeding again and I cannot help it. Pls lah go away. 

Tuesday, December 11, 2018

Takdir?

Kenapa perempuan itu boleh ada di sini?

Bukan dia duduk Sarawak kah, tidak kisah lah mana-mana dia tinggal yang penting saya tidak pernah terfikir dia boleh berada di sini. Di pekan kecil Keningau ini. Why this world so small? Kenapa lah kau tidak duduk KL kerrrr duduk London kerrr?

Saya tidak marah pun, hidup dia kan. But why? Takdir Tuhan? Buat saya berfikir tau, nasib baik juga saya tidak pernah terserempak dengan dia di mana-mana. Tapi kalau terserempak pun apa salahnya, bukan dia kenal saya pun. Buat-buat sajalah tidak nampak.

Bila saya ingat balik macam mana saya dapat tau dia ada di sini.. :D lucu banget dehhhhh

Tau tak hari tu saya minta manager tolong belikan medicinal equipment first aid kamiorang. Dia cari lah kan di farmasi. So balik tu dia bagi lah bil pembelian farmasi since saya yang buat petty cash reimbursement untuk estate.

Besar nama perempuan tu dalam bil pembelian tu. Nama promoter: ANNIE ...... dan saya??? Why this name macam saya kenal..macam nama perempuan celaka tu. Eh terr menyumpah pula hahahaha. 2 3 kali baca sebab seakan tidak percaya perasaan ku kerana heyyy ini hanyalah pekan kecil yang saya tidak impikan pun kau akan sampai ke sini. Dan terus believe lah ni tiada perempuan lain bernama begitu di dunia ini hahahaha. Tapi memang saya tau lah beliau itu memang kerja farmasi pun as a pharmacist assistant tapi tidak sangka jadi promoter pula. Mana satu betul tah..apa-apa lah.

Saya pun imagine lah ni apa perlu saya buat? Perlu kah menjadi seperti dalam movie di mana saya datang ke sana menampar muka beliau kerana sedih dan sakit hati boyfriend telah di rampas oleh seorang perempuan yang tiba-tiba chat di FB messenger minta tinggalkan bf sendiri sebab dia tidak dapat hidup tanpa lelaki itu dan akan bunuh diri jika saya tidak berbuat demikian. Eh panjang pula. Hahaha Perlu keeerrr? Cerita itu sejak 2016 lagi tau, ekau tak move on kenapa????

Jadi I leave it there. Hahaha

Please lah kan, kau tu kenapa tidak move on sampai sekarang? Bukan kau sudah happy dengan bf baru kah? Yang lebih memahami dan lebih lebih lebih segalanya daripada ex-boyfriend kau tu????

Tapi tau macam mana kejadian seterusnya. Hari tu hantar bf I pergi stesen bas balik kampung. Jadi stesennya itu berdekatan saja dari farmasi tu. Dan I kena juga melalui jalan raya situ..jadi kita limpas situ laaa. Memang ada dia berdiri di depan pintu farmasi, mungkin kah promoter kah apakah yang penting itu kerja halal hahahaha. I knew its her sebab memang pernah nampak gambar dia punnn.

And I will not do the scene like I imagine tu. I believe, she has a reason masa dia merayu dengan saya dulu minta saya tinggalkan bf saya, sebab dia tidak dapat hidup tanpa lelaki itu. Only God knew everything how my hurt back then, I kept it in the bottom of my heart so that no one knows. But now, I'm great..my life is even better. I don't want any other bf selain si Jass (bagang jangan kambang lubang hidung).

I just left. 

This is really moving on.

Saturday, November 24, 2018

Tup Island, Krabi


Still cannot move on!

THIS IS SO BEAUTIFUL

Counting days for another trip :)

Thursday, November 22, 2018

Trip: Krabi, Thailand


Day 1: Penerbangan dari Kota Kinabalu – Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur – Krabi, Thailand

Penerbangan dari KK ke KL adalah jam 10.30 pagi dan penerbangan KL ke Krabi adalah jam 5.20 petang. Kami sampai di Krabi International Airport jam 5.40 petang. Selang 20 minit eh? Hahaha no, sebab waktu Krabi lewat sejam dari waktu Malaysia yer kawan-kawan. So, masih siang lah sampai sana.

3 days trip kami stay di Ao Nang area, so sampai airport kami beli tiket bas untuk ke Ao Nang. Actually, ingatkan di sini macam di Cambodia di mana Tuk Tuk ada di airport. Jadi selamba lah konon terus keluar dari airport sebab ingat mau naik Tuk Tuk sahaja, tapi di Krabi takde yerrr jadi kena naik bas. Dan bas ini akan terus hantar anda ke destinasi, jadi tiada lah masalah seperti sesat dsbnya. Kami bayar 150 Baht/person which is about RM 20.

Kami menginap di The Ninth Hotel, my sister yang book dari Booking.Com. Dan for 3 days, kami hanya bayar RM 211. Sorang bayar RM 105.50 sebab kami share bilik. Murah kan! Receiptionist sangat ramah mesra, dan bilik kami di tingkat 4 menghadap bukit. Walaubagaimanapun, hotel ni takda lif jadi sila kan lah anda naik turun tangga setiap hari haha.


Ni lah bukit batunya tu..Area ni memang dikelilingi bukit-bukit batu macam ni

Lepas letak barang segala, terus cari makan di Catalunya Street. Memang meriah sangat street ni. Happening! Jadi kita makan di restoran Thailand Food yang halal. Okay, di sini local people kebanyakannya muslim. Sangat senang cari makanan halal. Sedangkan on the way ke sini pun memang nampak surau dan masjid. Saya makan Pineapple Fried Rice dan minum jus. Bayar 130 Baht/RM 18. Kira mahal ehh.

Siap cari makan kita beli barang makan seperti kopi dan bread untuk sarapan pagi sebabnya hotel tidak provide semua tu, mereka hanya provide cawan dan heater sahaja.

Day 2: Pergi Pulau! (Tup Island, Chicken Island, Poda Island & Phra Island)

Orang pergi Krabi mesti tunjuk pulau-pulau cantik, mandi manda dsbnya kan. Hahaha. So day 2 kami join tour to hopping 4 islands in 1 day trip. Dan perbelanjaan untuk trip in 800 Baht/person which is around RM 110. 400 Baht untuk bayar National Park Krabi, dan 400 Baht lagi untuk kos pengambilan anda dari hotel ke terminal bot, kos longtail boat, makan tengah hari (stail buffet dan of course makanan halal) dan penghantaran balik ke hotel.

Dalam jam 5 petang kami balik dan siap-siap ke Catalunya Street lagi untuk makan. Makan Tom yam dan kemudian jalan-jalan cari ole-ole tapi mahal ya ampun, jadi decide beli di Krabi Town saja nanti.

Kemudian jalan-jalan cari makan lagi, dan yeahh akhirnya saya jumpa Mango with Sticky Rice. Mission accomplished hahaha sebab selalu nampak orang post di Instagram makanan tu, jadi kita pun teringin-ingin juga la makan.



Ni di Chicken Island. Pulau ni tidak boleh diduduki pun, tiada tempat untuk labuhkan sauh pun. Tapi sini tempat cantik dan best untuk snorkeling. Nama Nemo hihi

Ni pula di Phra Island. Masa ni hujan tau tu lah pasal gambar ada kabur sikit.

Krabi ni memang pulau-pulaunya cantik banget, bersih pun ya. Masih teringat-ingat. Bukan sini ja tau pulau-pulaunya. Banyak lagi islands best mcm Phi Phi Island, James Bond Island tapi tidak lah berkesempatan pergi. Masa terlalui mencemburui :D

Day 3: Railay Beach

Okay sebenarnya untuk day 3, plan adalah pergi elephant sanctuary tau tapi tidak jadi sebab my sister anti binatang hahahaha. Jadi doing nothing lor, jalan ke Catalunya Street kemudian ke Center Point seawal jam 9 pagi. Belum buka kedai kot orang hahaha jadi sambil makan pancake dan minum jus laici kami pun nampak lah ramai tourist naik longtail pergi pulau. Rupanya boleh saja pergi pulau tidak payah pakai tour.

Jadi akhirnya kami ke Railay Beach, which is on the other side of Phra Island. Phra Beach macam sebelah hadapan, Railay beach ni dalam pulau yang sama tapi sebelahnya lagi hahaha. Tempat yang sangat cantik. Di Railay Beach ni ada resort, tidak macam islands on day 2 tu, dia bukan boleh didiami oleh manusia pun. Inhabitable islands gitcheww.

Habis menggelapkan diri, dalam jam 3 petang kami pun balik. Kos longtail boat ke Railay Beach 200 Baht/2 ways/person (around RM 27). Masih basah kuyup sempat makan street food sebab lapar banget. Orang sana memang tidak peduli kau basah kuyup kah, jalan pakai bikini kah..or even ada tourist ni tukar baju tepi jalan. Hahaha

Jam 5 petang, kami ke Ao Nang Beach tengok sunset yang tidak menjadi sebab kena tutup awan. Then naik Tuk Tuk pergi Night Market which cost us 50 Baht/person. Dan tau tak rupanya Night Market nya dekat bener, jadi baliknya kami jalan kaki saja lah. Sempat lah makan Crepe yang manis bebeno, sister saya makan papaya salad dan my brother makan sate. Hahahahahaha tu jak kay, sebab Night Market kecil saja kami pun tidak tau mau makan apa. Padahal dengar orang cerita makanan situ sedap..ceiii.

Last last sebelum naik hotel, pergi menapau buah dulu di gerai makcik sebelah hotel. Sebab dia jual buah murah sangat, 30 Baht/pack.







Ni lah Night Marketnya. Cantik kan! Mungkin area baru kot pasal meja dan gerai-gerai pun semua nampak baru. Lighting cantik sangat. Banyak gerai makanan, pastu ada juga jual souvenir sikit.

Day 4: Tiger Cave Temple & Walking Street

Check out dari The Ninth Hotel dalam jam 8 pagi, pastu naik bas ke Krabi Town. Di Krabi Town, kami menginap di Lada Express Hotel. Bilik cute dan comel, dan bersih sangat. Saya tidak ingat berapa kos bilik ni.

Kami kemudiannya ke Tiger Cave Temple, dia punya lokasi tu saya tidak tau lahh hahahaha yang penting sampai hotel tanya receptionist di situ, dia cakap naik bas merah. Jadi kami ikut saja lah hahahaha kos pulang balik 300 Baht. Sebelum pergi tu makan tu dan tadaaaa makanan di Krabi Town sangat jauh murah berbanding di Ao Nang. Makan 30 Baht dan minum 10 Baht. Cuba bayangkan tu…mungkin sebab Ao Nang memang tempat tourist jadi harga barang dan makanan pun murah.

Tiger Cave Temple ni free je admission dan my sister ajak sangat mau naik di puncak bukit yang ada temple nya di atas. 1260 steps to the peak. Mau putus asa saja tidak sebab I bukannya seorang yang bersenam, dan I sangat weakkkkkk grrrrr tapi akhirnya sampai juga hahaha. Di tangga awal-awal masa naik tu banyak monyet, sempat lagi kena curi botol air kakak saya. As I mentioned earlier, dia ada anti binatang jadi sila kan lah tadah telinga dengar beliau menjerit. Tapi bahagian bawah tu saja, atas tu no more binatang jadi okay laaa.

Sempat juga melawat tiger cave temple then bergambar-gambar. Balik dalam jam 11 pagi jee naik bas merah juga sampai Krabi Town. Sudah penat mestilah lapar kan..jadi pergi makan dulu di Walking Street. Dan sini ada bahagian halal tak halal kot, tapi banyak gerai belum buka. Jadi makan saja lah di gerai mana-mana. Ada jual daging katak etc maigaddddd makanan sedap pun rasa tak sedap sebab teringat-ingat. Balik tu sister sempat beli buah, harga murah beno hanya 20 Baht dan saya of course lah Mango with Sticky Rice, harga 40 Baht sajerrr.

Lepas rehat-rehat, then my sister goes to Thai Massage. Tu memang dia punya keinginan masa awal-awal lagi sampai di Krabi haha. Thai massage di Krabi Town lagi mahal dari Ao Nang hahahaha kecian juga dia tak try awal, sebab kami convince lebih baik dia pergi Thai massage after going to temple sebab kena naik bukit kan. Last-last mahal pula.

Pagi-pagi masa kami naik bas ke Tiger Cave Temple, kami ada nampak lah booth tepi sungai di situ berdekatan ja dengan hotel jadi petang tu kami jalan-jalan cuci mata dulu. Pastu my brother said ada night market juga berdekatan situ..okay night market sini lagi besar berbanding Ao Nang. Of course pilihan makanan banyak dan murah-murah pula tu. Beli ole-ole juga di sini sebab jauh lebih murah.

Lepas Night Market, kami ke Walking Street. Rasa jus buah fresh pastu jalan lagi pergi gerai-gerai tepi jalan. Entah jam berapa baru balik, yang pasti bawa makanan banyak. Sampai bilik melahap hahahahaha.



Banyak makanan sedap I tell you, macam-macam memang rambang mata. Pastu murah pula tu. Ni makan dua orang tau hahaha.

Day 5: Krabi-KL, KL-KK

Paginya sakit kaki gara-gara naik temple! Hahaha

Kami check out dalam jam 5.30 pagi, sudah bayar memang teksinya. Dari Krabi Town ke airport, jaraknya 12 KM. Flight jam 8.50 pagi, sampai di KL dalam jam 11 pagi. Pastu memasing lah jalan sendiri hahahaha my sister ke KL Sentral sebab dia memang stay Semenanjung, flight adik saya awal, dan last sekali saya lah ni..sudah lah flight delay. Kita sampai KK dah jam 9 malam, pastu balik Keningau dalam jam 11 malam. Esoknya nasib masih cuti, jadi kita bangun lambat lah yerrrr.

Masih sakit kaki tau sampai sekarang hahaha nampak tak ketidakcergasannya disitu. Hahaha



Duty free item beli di Leon. My first time beli barang di situ. Sales girl kata yang paling sedap antara semua ni adalah Thai Tea Toffee tapi my preference Green Tea Toffee tu. Nyum nyum

P/S: Sorry letak gambar sikit ja pasal internet ku sangat tidak mengizinkan. Entri ni sepatutnya post awal bulan lagi tapi tak dapat attach pictures :(

Sunday, September 30, 2018

facial masker~



I'm a facial masker lover! Eh macam beribu kali sudah saya ulang kan hahahaha. Eh belum habis lagi fikir kenapa gambar di atas jadi up side down padahal check tadi okay jak! Grrr

Anyways, orang asyik tertanya-tanya kenapa I suka sangat pakai facial masker. Apa yang bestnya? Mereka kata muka diorang samaaaa jak tiada beza. Lols 

Saya ni bukan lah macam kulit orang cina yang sedia flawless, putih, takda jerawat dan jeragat. Zaman sekolah menengah jak rasa kulit flawless tau, sampai masuk diploma sem 1, 2 gitu pastu terus boom banyak jerawat sampai malu mau keluar bilik kalau tidak kena tacap muka lols.

Jadi kenapa dengan facial masker? Pasal makcik sudah berumur 29 tahun kayyyyyy..penuaan ketara kalau senyum dan ketawa gelak-gelak, tiba-tiba kau berhenti ketawa sekali ada garis-garis tidak pandai hilang di bawah mata? That garis means kedutssss in the future kan??? Maigadddd. Oleh itu cara untuk menghilangkan kedutsss dan garisan tu melalui facial masker. I don't know others but thats my trick and its working well.

Dan masa best pakai adalah sebelum anda bertemu dengan orang, which means macam saya pagi sebelum pergi kerja saya ambil masa pakai facial masker dalam 15 - 30 mins after mandi pagi. Pastu baru apply lah kosmetik di muka anda. Memang mampu whole day muka rasa awesome! Ada kawan pernah tanya kenapa tiba-tiba muka glowing, pastu nampak segar. Thats the secret!

Apply every 4 days tapi macam mak cik yang pemalas tahap gaban juga ni, every week atau bila rasa tired sangat dengan kerja baru mak cik pakai hahahaha sebab kalau penat memang akan reflect pergi muka juga tau! Memang orang akan perasaan juga anda sedang penat dan stress dengan segala macam di minta, tak gitewww. Dan mak cik tidak kisah lah brand apa sangat pun, kalau pergi Watson memang ke facial masker lah duluan sebab benda lain mahal hahahahahahaa bukan lah maksudnya beli lah 1 2 3 helai untuk stok. Ikut citarasa masa memilih tu jak bukan mesti beli yang branded sahaja or whatever.

Mungkin ada perbezaan juga bagi setiap orang, lain orang lain kulitnya! Tapi cuba laa tips ni manatau kita sama!

Cheers!

Thursday, September 20, 2018

kaktusss~

Siapa peminat kaktus di sini??


Cantik kan??

Ini di gerai tepi jalan di Kundasang Ranau. Murah-murah ajeeee

Bila lah dapat ke sini lagi ni, nanti boleh beli lagi untuk tambah koleksi.

Wednesday, September 19, 2018

Arnab Village @ Kg Kibbas Ranau


This is my first time ever visiting Land of Rabbit :D Saya bukan suka binatang sangat pun tapi nampak ramai yang post sudah datang ke sini. Kalau ikutkan makcik memang tak berapa minat lerrr. Tapi balik kampung hari tu kebetulan lalu simpangnya jadi apa kata kita datang cuci mata saja la owh.




Signboard depannya after kaunter. Bayaran masuk RM 5/person untuk adult. Cute kannnn!



Si rabbit! Saya takut mau pegang arnab jadi gambar dari jauh saja lah. 




Di sini ada banyak rumah-rumah arnab macam ni dan setiap rumah-rumah ni ada arnab berteduh. Kebetulan pula masa datang tu dalam jam 2/3 petang macam tu lah jadi arnab memang malas mau keluar dari rumah mereka.


 Haaaa..rumahnya pelbagai bentuk. Tau tak saya tidak mau pegang arnab hahahahaha penakut tahap gaban.



Ini ada rumahnya yang cute hahahaha. Memang kawasan dalam sini colourful untuk menceriakan suasana. Sebenarnya ada satu lagi rumah rabbit yang comel di sebelah tapi at that time saya mau ambil gambar ada seorang perempuan cina ni duduk situ selfie sendiri bagai jadi kita pun malu mau interrupt dia dengan dunianya sendiri. Hahaha

Di luar Arnab Village ni juga ada gerai menjual makanan dan minuman ringan, jual makanan untuk arnab pun boleh. Recommended untuk dilawati oleh orang yang tidak takut binatang, jangan macam saya jalan-jalan tengokkk saja haha.

Btw di Sabah sekarang macam famous betul benda arnab-arnab ni..banyak tempat ada kawasan pemeliharaan arnab dan dibuka untuk dikunjungi. Kan..kan..

Till next time blog!

Sunday, September 2, 2018

Kiosk @ ASNB

Mungkin kah diri ku yang ketinggalan zaman?  :D

Minggu lalu kebetulan cuti in week days so sebelum balik kampung tiba-tiba seorang mak cik ni tergerak lah hati mau check buku akaun ASB mak cik yang macam dah dua tahun tidak pernah check. Ada juga transfer sikit-sikit every month through Maybank2U jadi mau check juga la ni walaupun sikit hahaha.

Jadi mak cik dengan penuh keyakinan pergi lah kaunter ASNB ni, tup tup abang kat kaunter tu cakap check di kiosk ASNB sahaja. Padahal memang sebelum mak cik sampai ada kawan pesan check di kiosk juga tapi sampai-sampai tidak nampak pun sejenis kiosk itu hahahaha. End up mak cik maluuuu giler ketinggalan jaman.

Kiosk ASNB ni memang friendly betul lah, lepas ni check penyata di situ jeee tidak payah pergi kaunter. Kalau macam mak cik yang malas dan takda masa, entah-entah kena tunggu the next two years agaknya baru pergi check lagi memang benda ni mudah dan cepat. Boleh print out penyata sekali tau, hanya guna kad pengenalan dan cap ibu jari kanan sahaja. Wow!

Dan mak cik juga sudah update nombor telefon dan alamat dari kiosk, lepas ni boleh sign up untuk online melalui www.asnb.com.my ehh..wow! Memang terbaik laaaa tapi kalau balik-balik check bukan dapat apa pun kan kalau tidak menabung hahaha.

Jom menabung, sikit pun tidak apa.

Cheers.

Tuesday, August 21, 2018

Perempuan cantik itu

There is something in my head, it cannot vanished in my mind since it happen. Yesterday, I saw ini satu perempuan santekkkkk. From a woman eyes to other woman hahahaha how I can describe it ah?

1) Rambut curl kena colour warna brown
2) Kulit putih
3) Tinggi pun yang ngam
4) And that woman pakai baju light blue ada strip putih and pakai seluar jean light blue

Jadi kenapa kah?

Sebab dia cantik. Pakai make up tidak terlalu tebal dan dia cantik hahahaha sampai sekarang saya ingat ba muka dia. Saya pergi pejabat pos hari tu kebetulan dia duduk dua kerusi jauh dari saya. Masuk saja dia memang mata saya tengok dia saja. at last tengok-tengok juga tempat lain sebab takut dia terperasan. Kenapa saya rasa dia cantik sangat aaa

Since dia putih jadi pakai make up lagi tambah cantik, pakai blusher light brown eh pastu lipstick pun orange to brown gitu..sesuai dengan rambut colour brown juga.

Apa saya merapu ni.

Yang penting nama kami sama hahahaha kbai dan saya malu masa tunggu kena panggil giliran ambil barang dia berdiri sebelah saya dan dia sangat wangi pakai perfume while me sudah la muka kusam tidak pakai apa-apa pastu perfume pun tiada hahahaha keluar sekejap masa rehat tukar baju t-shirt dengan seluar jeans coklat yang lusuh dan boleh dikatakan longgar sebab balik-balik masuk mesin basuh and thennn bau estate and thennn tidak cantik muka tidak pandai bergayaaaaaaaa.

Kenapa perempuan tu cantik sangat? Jadi inspiration lah ni every time mau keluar tolong lah jaga penampilan sikit jangan macam mak lampir. Huu


Saturday, August 11, 2018

Mari bertani~

Pasal hidup ku sangat bosan. Balik kerja menghadap dinding saja. Tv rosak, yang ada cuma laptop dan movie ulang-ulang tengok saja. Berjoging? Mungkin tidak seaktif itu. Lols

Daripada duduk buat kerja tidak berfaedah, baring dalam bilik tengok siling rumah. Lagi bagus bertanam sayur di belakang rumah, kan? Tapi tanah tidak seindah yang difikir yang boleh menghasilkan tanaman yang subur lahh..saya cuba jee.



Ni kunyit haha. Di tanam dalam modified rain gutter hahaha hari tu rain gutter rumah kena tukar jadi daripada buang, kita isi tanah dan tanam la apa-apa. Ni saya tidak buat aa, ni General Worker kami yang tolong buatkan. Jadi dah boleh menanam.

Kunyit ni sebenarnya saya tanam untuk dapatkan daunnya tu je, guna untuk masak!



Ni kalau rasa-rasa mau makan bayam petik ja daunnya. Ni pun tanam dari akar sayur bayam yang beli di pasar.



Cekur manis! Pun batang tu tanam dari sayur yang beli dari pasar. Sebenarnya yang ni mama kepada ex-housemate saya yang tanam. Jadi saya waris jaga after dia resigned. I thought ni tidak tumbuh owh sebab nampak macam kering. Tengok lah tanah tempat tanam tu.



Oh I have succeed to grow a tomato! Mampu juga beliau berbuah walaupun daun tidak berapa sihat nampak. Ni pun dari sisa tomato beli di pasar, tidak habis dan rosak jadi kita buang bijinya dengan harapan tumbuh.


This is also a tomato! Beliau sudah berbunga. Yang hitam-hitam tu bukan baja eh, tu tanah hitam. Kalau petang-petang bosan, ada lah tu yang pandai cari tanah yang hitam untuk campur dengan tanah asal saya tanam ni. Oren ba tanah dia ni.



Ini lada putih! Semalam jumpa habuk kayu, kita tabur bawah lada ni manatau jadi subur haha



And this is watermelon! Sebenarnya sebelum ni sudah pernah berjaya tanam tembikai di belakang rumah ni. Buah 4 biji jew, 2 biji makan dan bawa ke office dan yang selebihnya hilang dicuri budak-budak. Tapi tidak kisah lah tu..


Ni pun tomato jugaaaa



Ni pun lada putih juga tapi macam dia malu-malu kucing mau tumbuh. Sini sebenarnya bekas saya bakar kayu-kayu di belakang rumah. Sebenarnya tidak boleh membakar eh hahahahaha


Itu di belakang rumah, ni depan rumah pula. Seorang Chestella memang penanam tumbuh-tumbuhan. Hahahaha dan I memang suka tengok kaktus dari dulu. Sampai pernah cakap dengan boipren I nanti kalau sudah kahwin, rumah kami biar penuh kaktus. Hahahahaha angan-angan tu baa



Ni beli tau di Kundasang RM 10/3 pasu tapi saya berjaya tawar-menawar jadi dapat lah 9 dengan harga RM 20. 


Another collection! 

Buat mereka yang di luar sana yang mau bertanam sayur sendiri, boleh jaaa tak kisah lah tangan hijau kah tangan oren kah. I don't know what type of tangan I have hahahahaha saya main taram ja tanam. At least tumbuh.

Tipsnya mudah saja.

1) Tanam anak pokok waktu petang, kalau kawasan gurun macam rumah I (because sini rarely lah hujan turun) kena lah siram setiap hari. Saya siram sebelah petang jak sebab pagi tidak sempat, I is masuk kerja jam 7 pagi.

2) Oleh sebab saya tidak ada baja organik etc. ada baca dalam FB or mana tu lupa sudah, jadi saya cuci sayur untuk di masak or cuci beras sebelum masak tu air beksa cuci tu simpan dalam bekas. Guna tu jak siram sayur. Sedangkan cuci ayam untuk masak pun saya simpan juga air cucian dalam tu hahahaha jangan membazir :D

Ini tips ka? (roll eyes) Hahaha

Sekian perkongsian.

:)

Saturday, August 4, 2018

Desa Dairy Farm @ Kundasang Ranau

My first time kayyy..sila gelak hahahahahaha.

Actually bila my siblings plan pergi sini memang saya sentiasa sibuk dan tidak dapat join. Hanya mampu tengok masa duduk Sarawak dulu diorang pergi sini. 

My experience? Mungkin sebab masa tu weekend and terlalu ramai orang berkunjung sampai kau tiada chance bergambar hahahaha jadi ada lah tidak bestnya sikit.

Kebetulan masa pergi ni saya memang stay di Sabindo Hotel di Ranau, sebab hari sebelumnya saya outstation di Ranau and then esok harinya terus cuti. Kami bertolak awal dalam jam 9 pagi, lepas sarapan di Pekan Ranau terus ke Desa Dairy Farm. Dalam 45 minutes sampai. 

Dalam perjalanan masuk ke Desa ni yang paling bestnya nampak kebun-kebun sayur, pastu angin sejuk-sejuk dari gunung Kinabalu hahaha.


Hai makcik dan pakcik lembu



Harus bergambar di sini kan



Dan oleh sebab makcik seorang ni memang tertarik dengan bunga-bungaan, makcik lebih rela ambik gambar bunga daripada gambar muka sendiri. Hahaha

Ni orkid ungu! ching!



Ni bunga raya! Banyak jenis dan warna bunga raya di sini



Belum search lagi nama bunga ni tapi dia tumbuhan menjalar



Boleh pandang-pandang, tidak boleh petik hahaha kena pagar ni tau, saya ambil gambar dari luar sahaja



Asteraceae family, dalam kumpulan bunga daisy




Sebelum balik, tidak lengkap rasanya kalau tidak beli makanan hasil dari produk susu di sini. Ini Orea Cheese cake! nyum nyum




Even sebenarnya ada jee jual kat market di luar tapi makcik pun ikut berbaris membeli ni! Beli tiga flavour, susu putih@original, sus coklat dan susu + kopi. Dan tau apa jadi??? Den tidak mampu lah minum susu kopi tu uwerkkkkkkkkkkk dibuang begitu saja. Pelik eh rasa dia. Cost us RM 13.00 for the three susu




Dan last sekali!


Ok lah, best nampak lagi gunung Kinabalu. Boleh pergi Mesilau lagi sebenarnya kan, tapi kami tidak pergi. Nampak tak tu saya siap pakai baju lengan panjang, trip nanti sejuk la konon sekali panas kotttt angin saja yang sejuk hahaha. Sempat lagi kami bagi anak lembu makan tapi tidak ambil gambar haha.

Ok lah, sekian perkongsian. Till next time on next destination of cuti-cuti di Sabah!

Tuesday, July 31, 2018

I hope you're fine

Setiap kali benci, sedih, geram dan marah saya selalu pergi balik baca blog ni. Walaupun bukan semua tertulis dalam ni tapi at least bila baca balik ingat semula situasi ketika saya tulis entri tu.

Masa study dulu saya sebenarnya sudah ada blog tapi rasa macam childishnya blog ni so I delete and buat yang baru. Masa study dulu saya di hostel memang kerja depan komputer saja, online ajaaa hahahaa nasib ada kuota internet masing-masing kalau tidak I sentiasa online tau. 40 hours for a week kalau tidak silap, nanti Isnin kena renew 40 hours lagi gitu. Eee panjang pula cerita.

Masa tu kan saya ada follow cerita remaja-remaja juga, ada satu blog Ursulla John tapi sekarang blog tu macam tiada sudah owh. Empunya blog dari Miri dan penulis tu orang Melanau. Dia banyak cerita hal peribadi lah pasal break-up dengan boyfriend, pasal kerja part time, pasal luahan hati dan macam-macam. Dan pasal terfollow tu pun sebab cari lirik lagu Iban, Pulai Pengujung. Hahaha like seriously? Saya dulu duduk Bintulu ada juga terdengar-dengar lagu Iban dan start suka dan start search lirik-liriknya mau save lols!

Dan zaman sekarang zaman canggih manggih ni, saya ada Instagram Account (orang kesah ke??hahaha) yang like everyday akan buka. Jadi satu hari tu terdetik search nama empunya blog itu dulu sebab tiba-tiba dia stop update that blog. And you know what? Sebab saya cam muka blogger tu jadi dengan senang jumpa, saya follow dia.

Tidak habis lagi, nampaknya dia sekarang dah berubah banyak but still the cute girl like in her blog. Baru nampak rupanya dia muda setahun dari saya jew.

Eh random sangat lah kenapa saya cerita pasal benda ni? Pasal saya ada obses kepada cari orang lama dulu yang saya follow cerita diorang??

So since I know her have a problems now, I hope she is fine and strong. She is 7 months pregnant. Kalau dia anggap dunia ni langsung tidak pedulikan dia, she should know that there is a girl here who follow her from her teen's life until now and inspired to her life adventures. Who's care and hope she is always fine there. 

Sekian~

Dari seorang stalker tegar.

Sunday, July 29, 2018

Fatt Choi Coffee Cabin @ Tenom

Siapa sudah pernah pergi ke pekan Tenom?

Selain Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang dan Kilang kopi Yit Foh dan Kilang Fatt Choi, ada satu lagi tempat boleh hang out lepak-lepak, or even dating? Hahahahaha.

Fatt Choi Coffee Cabin!

Hari tu kami ke sana hanya berpandukan waze. Zaman canggih sekarang kan. Tidak perlu tanya sini sana dah, guna mobile apps pun dah okay!

Perjalanan ke sana kena naik bukit lagi, jalan bertar tapi ada yang tidak rata la. Sebenarnya situ ada kabin untuk mereka yang ingin menginap. Tempat hang out pun ada. Yang penting ada serve coffee. Original coffee, macam-macam jenis ada. Dan untuk mereka yang sekadar jalan-jalan dan TIDAK MINUM KOPI, ada juga serve minuman lain tau.

Meh sini saya tunjuk gambar sikit!


Ini pun ada juga! Alat untuk goreng kopi


Ini pun untuk goreng kopi juga


 Ini tempat lepak, boleh tengok pemandangan Tenom



Ini dari sudut berbeza



Sekadar hang out jadi kita minum ni jew! Sebenarnya masa datang sini kami dari beraya dari rumah kawan


Ok lah, not bad! Kalau malam mungkin lagi cantik nampak lampu-lampu di sekitar Tenom. Kalau mau romantik lah ahahahahaha.

Sekian, semoga bermanfaat untuk destinasi seterusnya untuk anda!

Peace!

Sunday, July 22, 2018

benci

Bila nampak jak orang putus cinta, terbawa-bawa pula kisah sedih dulu-dulu saya sendiri. Walaupun hanya tinggal kenangan tapi saya tidak boleh lah kalau nampak orang lain sedih.

Bukan lah bestfriend sangat pun, cuma kenal-kenal ada lah sembang sekali dua. Tapi dia yang saya tau telah merampas kekasih orang lain. Dan saya paling pantang nampak kisah begini sebab saya pernah mengalami situasi yang sama, dan saya tahu macam mana rasa sakitnya kena tinggal dengan orang yang saya sayang. 

Biar lah apa orang kata 'you did not know the whole story, you did not walk through her shoes'. Tapi at first place, kalau sudah tahu orang tu sudah berpunya kenapa ada lagi perasaan ingin mencuba-cuba kalau bukan dia tu memang tujuannya merampas???? Walau dia cantik sekali pun. Please lah..dia tidak fikir kah perasan orang lain, hanya fikirkan perasaan sendiri saja?

Walau dia baik mana sekalipun dengan saya, walau dia cantik sekalipun...saya tidak pernah respect orang perangai begitu!

Hanya orang yang pernah rasa sakitnya dalam hati, yang pernah rasa mau ended up life...yang faham. Semoga kau gembira memusnahkan hidup orang lain!

Friday, July 20, 2018

Taman Pertanian Sabah @ Sabah Agriculture Park

Hari itu planning ke Taman Pertanian menjadi! Weehuuu..Hari itu masa first raya 2018. Baru sempat share di blog ni kah kah kah. Tahun ni penuh kan blog dengan aktiviti berjalan, tak gitchewww? Haha

Perjalanan ke Tenom dari Pekan Keningau lebih kurang dalam 45 minit sahaja, kemudian ke Lagud Seberang dalam 30 minit kot..saya pun lupa. Sibuk dengan Waze sahaja sepanjang jalan hahaha. Sampai dalam jam 9 pagi, kami ingat Taman Pertanian tu close sebab tiada kenderaan satu pun di parking lot dan bunyi manusia pun tiada. Rupanya ada juga, di kaunter dan dua orang sedang duduk-duduk bercerita. Receptionist kata dalam jam 10.30 pagi baru ada train untuk ke kawasan orkid, itu pun tengok bilangan visitor juga. Daripada penat menunggu pastu tidak pasal-pasal tidak jadi, lebih baik kami berjalan. So here we go!




Tiket masuk untuk dewasa RM 10/person





Ke mana kah kita???? Hahaha


Diorang tak bagi map...jadi mak cik google dapat lah yang ni. Hew hew jadi kami berjalan berpandukan map ni saja laa


Jumpa macam-macam spesies tumbuhan. Yang tidak dikenali memang banyak lah hahahaha. Lets check it out!







Ni contoh yang tidak dikenali ni, yang kenal banyak juga laaa.


Taman Pertanian ni ada bahagian Taman Haiwan dan kawasan penternakan madu kelulut juga tau. Penat ya, tapi jalan pun best. Sangat peminat nature punya olang! Hahaha. Part paling bestnya lagi sebab ada Taman Kaktus, maigadddd! Mari sikit saya tunjuk!


Signboard di hadapannya



Love it! Ni baru di luar tau...











Like wow! Mana tah cari taman kaktus begini lagi. Seingat saya di Taman Tumbina, Bintulu dulu takda eh macam ni. Tidak tau la zaman 2018 sekarang. Kami masuk dalam jam 9 pagi, keluar dalam jam 11/12 camtu. Puas hati jalan tengok tumbuhan!

Kalau berkunjung ke Tenom, jangan lupa berkunjung ke Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang.