Sunday, September 30, 2018

facial masker~



I'm a facial masker lover! Eh macam beribu kali sudah saya ulang kan hahahaha. Eh belum habis lagi fikir kenapa gambar di atas jadi up side down padahal check tadi okay jak! Grrr

Anyways, orang asyik tertanya-tanya kenapa I suka sangat pakai facial masker. Apa yang bestnya? Mereka kata muka diorang samaaaa jak tiada beza. Lols 

Saya ni bukan lah macam kulit orang cina yang sedia flawless, putih, takda jerawat dan jeragat. Zaman sekolah menengah jak rasa kulit flawless tau, sampai masuk diploma sem 1, 2 gitu pastu terus boom banyak jerawat sampai malu mau keluar bilik kalau tidak kena tacap muka lols.

Jadi kenapa dengan facial masker? Pasal makcik sudah berumur 29 tahun kayyyyyy..penuaan ketara kalau senyum dan ketawa gelak-gelak, tiba-tiba kau berhenti ketawa sekali ada garis-garis tidak pandai hilang di bawah mata? That garis means kedutssss in the future kan??? Maigadddd. Oleh itu cara untuk menghilangkan kedutsss dan garisan tu melalui facial masker. I don't know others but thats my trick and its working well.

Dan masa best pakai adalah sebelum anda bertemu dengan orang, which means macam saya pagi sebelum pergi kerja saya ambil masa pakai facial masker dalam 15 - 30 mins after mandi pagi. Pastu baru apply lah kosmetik di muka anda. Memang mampu whole day muka rasa awesome! Ada kawan pernah tanya kenapa tiba-tiba muka glowing, pastu nampak segar. Thats the secret!

Apply every 4 days tapi macam mak cik yang pemalas tahap gaban juga ni, every week atau bila rasa tired sangat dengan kerja baru mak cik pakai hahahaha sebab kalau penat memang akan reflect pergi muka juga tau! Memang orang akan perasaan juga anda sedang penat dan stress dengan segala macam di minta, tak gitewww. Dan mak cik tidak kisah lah brand apa sangat pun, kalau pergi Watson memang ke facial masker lah duluan sebab benda lain mahal hahahahahahaa bukan lah maksudnya beli lah 1 2 3 helai untuk stok. Ikut citarasa masa memilih tu jak bukan mesti beli yang branded sahaja or whatever.

Mungkin ada perbezaan juga bagi setiap orang, lain orang lain kulitnya! Tapi cuba laa tips ni manatau kita sama!

Cheers!

No comments:

Post a Comment