Thursday, November 22, 2018

Trip: Krabi, Thailand


Day 1: Penerbangan dari Kota Kinabalu – Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur – Krabi, Thailand

Penerbangan dari KK ke KL adalah jam 10.30 pagi dan penerbangan KL ke Krabi adalah jam 5.20 petang. Kami sampai di Krabi International Airport jam 5.40 petang. Selang 20 minit eh? Hahaha no, sebab waktu Krabi lewat sejam dari waktu Malaysia yer kawan-kawan. So, masih siang lah sampai sana.

3 days trip kami stay di Ao Nang area, so sampai airport kami beli tiket bas untuk ke Ao Nang. Actually, ingatkan di sini macam di Cambodia di mana Tuk Tuk ada di airport. Jadi selamba lah konon terus keluar dari airport sebab ingat mau naik Tuk Tuk sahaja, tapi di Krabi takde yerrr jadi kena naik bas. Dan bas ini akan terus hantar anda ke destinasi, jadi tiada lah masalah seperti sesat dsbnya. Kami bayar 150 Baht/person which is about RM 20.

Kami menginap di The Ninth Hotel, my sister yang book dari Booking.Com. Dan for 3 days, kami hanya bayar RM 211. Sorang bayar RM 105.50 sebab kami share bilik. Murah kan! Receiptionist sangat ramah mesra, dan bilik kami di tingkat 4 menghadap bukit. Walaubagaimanapun, hotel ni takda lif jadi sila kan lah anda naik turun tangga setiap hari haha.


Ni lah bukit batunya tu..Area ni memang dikelilingi bukit-bukit batu macam ni

Lepas letak barang segala, terus cari makan di Catalunya Street. Memang meriah sangat street ni. Happening! Jadi kita makan di restoran Thailand Food yang halal. Okay, di sini local people kebanyakannya muslim. Sangat senang cari makanan halal. Sedangkan on the way ke sini pun memang nampak surau dan masjid. Saya makan Pineapple Fried Rice dan minum jus. Bayar 130 Baht/RM 18. Kira mahal ehh.

Siap cari makan kita beli barang makan seperti kopi dan bread untuk sarapan pagi sebabnya hotel tidak provide semua tu, mereka hanya provide cawan dan heater sahaja.

Day 2: Pergi Pulau! (Tup Island, Chicken Island, Poda Island & Phra Island)

Orang pergi Krabi mesti tunjuk pulau-pulau cantik, mandi manda dsbnya kan. Hahaha. So day 2 kami join tour to hopping 4 islands in 1 day trip. Dan perbelanjaan untuk trip in 800 Baht/person which is around RM 110. 400 Baht untuk bayar National Park Krabi, dan 400 Baht lagi untuk kos pengambilan anda dari hotel ke terminal bot, kos longtail boat, makan tengah hari (stail buffet dan of course makanan halal) dan penghantaran balik ke hotel.

Dalam jam 5 petang kami balik dan siap-siap ke Catalunya Street lagi untuk makan. Makan Tom yam dan kemudian jalan-jalan cari ole-ole tapi mahal ya ampun, jadi decide beli di Krabi Town saja nanti.

Kemudian jalan-jalan cari makan lagi, dan yeahh akhirnya saya jumpa Mango with Sticky Rice. Mission accomplished hahaha sebab selalu nampak orang post di Instagram makanan tu, jadi kita pun teringin-ingin juga la makan.



Ni di Chicken Island. Pulau ni tidak boleh diduduki pun, tiada tempat untuk labuhkan sauh pun. Tapi sini tempat cantik dan best untuk snorkeling. Nama Nemo hihi

Ni pula di Phra Island. Masa ni hujan tau tu lah pasal gambar ada kabur sikit.

Krabi ni memang pulau-pulaunya cantik banget, bersih pun ya. Masih teringat-ingat. Bukan sini ja tau pulau-pulaunya. Banyak lagi islands best mcm Phi Phi Island, James Bond Island tapi tidak lah berkesempatan pergi. Masa terlalui mencemburui :D

Day 3: Railay Beach

Okay sebenarnya untuk day 3, plan adalah pergi elephant sanctuary tau tapi tidak jadi sebab my sister anti binatang hahahaha. Jadi doing nothing lor, jalan ke Catalunya Street kemudian ke Center Point seawal jam 9 pagi. Belum buka kedai kot orang hahaha jadi sambil makan pancake dan minum jus laici kami pun nampak lah ramai tourist naik longtail pergi pulau. Rupanya boleh saja pergi pulau tidak payah pakai tour.

Jadi akhirnya kami ke Railay Beach, which is on the other side of Phra Island. Phra Beach macam sebelah hadapan, Railay beach ni dalam pulau yang sama tapi sebelahnya lagi hahaha. Tempat yang sangat cantik. Di Railay Beach ni ada resort, tidak macam islands on day 2 tu, dia bukan boleh didiami oleh manusia pun. Inhabitable islands gitcheww.

Habis menggelapkan diri, dalam jam 3 petang kami pun balik. Kos longtail boat ke Railay Beach 200 Baht/2 ways/person (around RM 27). Masih basah kuyup sempat makan street food sebab lapar banget. Orang sana memang tidak peduli kau basah kuyup kah, jalan pakai bikini kah..or even ada tourist ni tukar baju tepi jalan. Hahaha

Jam 5 petang, kami ke Ao Nang Beach tengok sunset yang tidak menjadi sebab kena tutup awan. Then naik Tuk Tuk pergi Night Market which cost us 50 Baht/person. Dan tau tak rupanya Night Market nya dekat bener, jadi baliknya kami jalan kaki saja lah. Sempat lah makan Crepe yang manis bebeno, sister saya makan papaya salad dan my brother makan sate. Hahahahahaha tu jak kay, sebab Night Market kecil saja kami pun tidak tau mau makan apa. Padahal dengar orang cerita makanan situ sedap..ceiii.

Last last sebelum naik hotel, pergi menapau buah dulu di gerai makcik sebelah hotel. Sebab dia jual buah murah sangat, 30 Baht/pack.







Ni lah Night Marketnya. Cantik kan! Mungkin area baru kot pasal meja dan gerai-gerai pun semua nampak baru. Lighting cantik sangat. Banyak gerai makanan, pastu ada juga jual souvenir sikit.

Day 4: Tiger Cave Temple & Walking Street

Check out dari The Ninth Hotel dalam jam 8 pagi, pastu naik bas ke Krabi Town. Di Krabi Town, kami menginap di Lada Express Hotel. Bilik cute dan comel, dan bersih sangat. Saya tidak ingat berapa kos bilik ni.

Kami kemudiannya ke Tiger Cave Temple, dia punya lokasi tu saya tidak tau lahh hahahaha yang penting sampai hotel tanya receptionist di situ, dia cakap naik bas merah. Jadi kami ikut saja lah hahahaha kos pulang balik 300 Baht. Sebelum pergi tu makan tu dan tadaaaa makanan di Krabi Town sangat jauh murah berbanding di Ao Nang. Makan 30 Baht dan minum 10 Baht. Cuba bayangkan tu…mungkin sebab Ao Nang memang tempat tourist jadi harga barang dan makanan pun murah.

Tiger Cave Temple ni free je admission dan my sister ajak sangat mau naik di puncak bukit yang ada temple nya di atas. 1260 steps to the peak. Mau putus asa saja tidak sebab I bukannya seorang yang bersenam, dan I sangat weakkkkkk grrrrr tapi akhirnya sampai juga hahaha. Di tangga awal-awal masa naik tu banyak monyet, sempat lagi kena curi botol air kakak saya. As I mentioned earlier, dia ada anti binatang jadi sila kan lah tadah telinga dengar beliau menjerit. Tapi bahagian bawah tu saja, atas tu no more binatang jadi okay laaa.

Sempat juga melawat tiger cave temple then bergambar-gambar. Balik dalam jam 11 pagi jee naik bas merah juga sampai Krabi Town. Sudah penat mestilah lapar kan..jadi pergi makan dulu di Walking Street. Dan sini ada bahagian halal tak halal kot, tapi banyak gerai belum buka. Jadi makan saja lah di gerai mana-mana. Ada jual daging katak etc maigaddddd makanan sedap pun rasa tak sedap sebab teringat-ingat. Balik tu sister sempat beli buah, harga murah beno hanya 20 Baht dan saya of course lah Mango with Sticky Rice, harga 40 Baht sajerrr.

Lepas rehat-rehat, then my sister goes to Thai Massage. Tu memang dia punya keinginan masa awal-awal lagi sampai di Krabi haha. Thai massage di Krabi Town lagi mahal dari Ao Nang hahahaha kecian juga dia tak try awal, sebab kami convince lebih baik dia pergi Thai massage after going to temple sebab kena naik bukit kan. Last-last mahal pula.

Pagi-pagi masa kami naik bas ke Tiger Cave Temple, kami ada nampak lah booth tepi sungai di situ berdekatan ja dengan hotel jadi petang tu kami jalan-jalan cuci mata dulu. Pastu my brother said ada night market juga berdekatan situ..okay night market sini lagi besar berbanding Ao Nang. Of course pilihan makanan banyak dan murah-murah pula tu. Beli ole-ole juga di sini sebab jauh lebih murah.

Lepas Night Market, kami ke Walking Street. Rasa jus buah fresh pastu jalan lagi pergi gerai-gerai tepi jalan. Entah jam berapa baru balik, yang pasti bawa makanan banyak. Sampai bilik melahap hahahahaha.



Banyak makanan sedap I tell you, macam-macam memang rambang mata. Pastu murah pula tu. Ni makan dua orang tau hahaha.

Day 5: Krabi-KL, KL-KK

Paginya sakit kaki gara-gara naik temple! Hahaha

Kami check out dalam jam 5.30 pagi, sudah bayar memang teksinya. Dari Krabi Town ke airport, jaraknya 12 KM. Flight jam 8.50 pagi, sampai di KL dalam jam 11 pagi. Pastu memasing lah jalan sendiri hahahaha my sister ke KL Sentral sebab dia memang stay Semenanjung, flight adik saya awal, dan last sekali saya lah ni..sudah lah flight delay. Kita sampai KK dah jam 9 malam, pastu balik Keningau dalam jam 11 malam. Esoknya nasib masih cuti, jadi kita bangun lambat lah yerrrr.

Masih sakit kaki tau sampai sekarang hahaha nampak tak ketidakcergasannya disitu. Hahaha



Duty free item beli di Leon. My first time beli barang di situ. Sales girl kata yang paling sedap antara semua ni adalah Thai Tea Toffee tapi my preference Green Tea Toffee tu. Nyum nyum

P/S: Sorry letak gambar sikit ja pasal internet ku sangat tidak mengizinkan. Entri ni sepatutnya post awal bulan lagi tapi tak dapat attach pictures :(

No comments:

Post a Comment