Friday, July 20, 2018

Taman Pertanian Sabah @ Sabah Agriculture Park

Hari itu planning ke Taman Pertanian menjadi! Weehuuu..Hari itu masa first raya 2018. Baru sempat share di blog ni kah kah kah. Tahun ni penuh kan blog dengan aktiviti berjalan, tak gitchewww? Haha

Perjalanan ke Tenom dari Pekan Keningau lebih kurang dalam 45 minit sahaja, kemudian ke Lagud Seberang dalam 30 minit kot..saya pun lupa. Sibuk dengan Waze sahaja sepanjang jalan hahaha. Sampai dalam jam 9 pagi, kami ingat Taman Pertanian tu close sebab tiada kenderaan satu pun di parking lot dan bunyi manusia pun tiada. Rupanya ada juga, di kaunter dan dua orang sedang duduk-duduk bercerita. Receptionist kata dalam jam 10.30 pagi baru ada train untuk ke kawasan orkid, itu pun tengok bilangan visitor juga. Daripada penat menunggu pastu tidak pasal-pasal tidak jadi, lebih baik kami berjalan. So here we go!




Tiket masuk untuk dewasa RM 10/person





Ke mana kah kita???? Hahaha


Diorang tak bagi map...jadi mak cik google dapat lah yang ni. Hew hew jadi kami berjalan berpandukan map ni saja laa


Jumpa macam-macam spesies tumbuhan. Yang tidak dikenali memang banyak lah hahahaha. Lets check it out!







Ni contoh yang tidak dikenali ni, yang kenal banyak juga laaa.


Taman Pertanian ni ada bahagian Taman Haiwan dan kawasan penternakan madu kelulut juga tau. Penat ya, tapi jalan pun best. Sangat peminat nature punya olang! Hahaha. Part paling bestnya lagi sebab ada Taman Kaktus, maigadddd! Mari sikit saya tunjuk!


Signboard di hadapannya



Love it! Ni baru di luar tau...











Like wow! Mana tah cari taman kaktus begini lagi. Seingat saya di Taman Tumbina, Bintulu dulu takda eh macam ni. Tidak tau la zaman 2018 sekarang. Kami masuk dalam jam 9 pagi, keluar dalam jam 11/12 camtu. Puas hati jalan tengok tumbuhan!

Kalau berkunjung ke Tenom, jangan lupa berkunjung ke Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang.


No comments:

Post a Comment