Thursday, December 28, 2017
Bath Salt
Thursday, December 7, 2017
manusia itu
Friday, December 1, 2017
Oh 2017
Saturday, September 16, 2017
1st Outstation
Outstation di hutan memang macam-macam experience dapat.
Kali ini dikenakan oleh serangga.
Semalam dalam jam 12 malam belum tidur lagi, tiba-tiba lampu mati. Jadi on la spotlight handphone. Serangga semua terbang pergi arah cahaya. Tiba-tiba ada satu menyinggah di dahi, kuis pakai tangan. Serangga tu sembur sejenis cecair betul-betul tepi mata.
Pedasnya ya ampun.
Kebetulan ada air sejuk atas meja, kawan tolong lapkan sebab tidak mampu buka mata. Pastu perasan memang bengkak.
Lepas cuci muka, letak lah minyak kayu putih.
Tadaaa bangun pagi keesokkan harinya nampak bengkak lagi besar. Terus tak turun office walaupun sebenarnya tinggal di atas office saja.
Sampai sekarang masih ada rasa pedas ni uolls.
Arghhh malasnya turun kerja esok kalau still camni.
Sunday, August 27, 2017
Interview experience
Well, macam orang lain juga saya pun mau share experience interview saya baru-baru ini. Semoga bermanfaat buat kita-kita semua.
Interview kerajaan dalam sini sebenarnya interview dengan RISDA. Dan saya pernah ada experience interview dengan RISDA sebelum ini. My first interview after graduated my bachelor degree in 2014 dan kali ke-2 ini interview untuk penolong pegawai sahaja.
Dan from my first experience, I knew that RISDA interview dia tidak akan tanya pasal fakta-fakta like sejarah RISDA dan yang sewaktu dengannya. Soalannya mesti soalan kena berfikir dan kritis.
So hari tu memang tidak fokus banyak pasal RISDA tapi baca isu-isu semasa dan oleh kerana dah nak hari merdeka dan sekarang SEA games sedang berlangsung, kita lebih fokus kepada tu la.
Dulu dan sekarang rupanya sangat banyak bezanya. Dan oleh sebab itu lah saya hanya ambil cuti sehari sahaja iaitu masa interview sahaja. Sebab dulu datang jam 8 pagi, saya masuk 2nd interview dan dalam jam 9 pagi gitu dah boleh balik. Tapi sekarang dah banyak berubah.
1) Masa registration kena ukur berat dan tinggi
2) Interview session
3) Urine test
4) Examination
Registration pun dah down, pasal staf tu ukur tinggi saya jadi 157 CM. Apakah??? Tinggi saya hanya 154 CM kayyy dan bila ukur berat, terus I jadi underweight. Terus down.
Interview session pula soalannya berbunyi begini,
1) Perkenalkan diri anda.
2) Sebagai seorang penolong pegawai, apakah tugas-tugas anda?
3) Soalan tambahan lain lanjutan dari soalan atas ni, which is
i) Apakah beza kerja kerajaan dengan swasta
ii) Strategi RISDA
Dan interview session kami dalam 45 minit sebab dalam satu group interview ada 5 orang calon dan panel interview ada 4 orang. I believe mereka tu semua orang besar RISDA.
Sebelah petang ada examination session 1 jam, jawab 50 soalan objektif.
Dan akhirnya interview berakhir jam 3 petang dan saya berkejaran balik estate.
Entah dapat kah tidak, yang penting sudah usaha. Kalau ada rezeki Tuhan bagi kan.
Sekian perkhabaran.
Friday, August 18, 2017
Iv kjaan
Tuhan bagi peluang interview dengan kerajaan lagi. Last interview tahun 2014, dan memang my worst interview. Sebab kaku dan blur dan yang sewaktu dengannya.
Interview kali ini ingat tidak mau pergi sebab ia macam nightmare tau. Teringat last interview macam mana. Dengan muka fresh gila dari ladang.
Takpa la kot kita redah saja. Dulu interview pegawai, kali ini penolong pegawai saja. Semoga dipermudahkan oleh Tuhan. Semoga diberi kekuatan.
Dan semoga berjaya!
Saturday, July 1, 2017
Naruko mask 2
Friday, June 23, 2017
Rambut putus
Sejak akhir-akhir ini perasan rambut saya sangat extremely gugur. Luar dari kebiasaan yang buat saya seram sendiri. Bangun pagi dengan rambut berselerak di atas bantal. Tidak pernah lalui sampai sebegitu rupa.
Then check lah di Google kot kot ada apa-apa tips. Tidak jumpa pun, cuma dapat tahu lah kalau bangun pagi rambut berselerak atas bantal itu bukan sebab rambut gugur, tapi rambut putus.
Dan ia disebabkan oleh overdose pergi set rambut lah, pergi rebonding rambut, then pergi curl rambut. Dan saya sendiri sejak kenal fesyen sikit-sikit, zaman 2008 sehingga lah sekarang memang tidak lari dari pergi rebonding rambut. Kalau dah panjang sikit, pergi lagi rebonding. Katanya mau mudah urus rambut. Bukan tu sahaja ntah berapa belas kali warnakan rambut.
Ini lah kot jadinya.
Jadi saya mau rehat kan rambut sekejap kot, biar lah ikat rambut saja selalu. Seram tengok rambut banyak dalam bilik. Orang kata biasa lah tu perempuan akan gugur rambut sampai 100 helai dalam sehari tapi saya ni macam lebih 100 ja.
Dah potong rambut hari tu. Ingat mau potong pendek lagi, tapi pelik lah muka dan saya akan rimas rambut tidak kemas, dan dan dan saya juga suka tarik rambut.
Sekian. Sedih ni. Dah tukar syampu juga. Huuuu
Sunday, June 18, 2017
Naruko Mask
Hello world!
Just bought these face mask at Watson today. Its Naruko brand, from Taiwan. I have tried the maroon colour which is for CO2 pore minimizing and brightening skin.
I like it because its super cool and your face feel fresh. I don't know much about whether it has an effect on my face hahaha because I cannot see any changing yet.
With three pack of face mask at an affordable price, just try it. You will like it.
Recommended!😍
Monday, June 5, 2017
Odop no~
Ika songulun poinsuang id ginawo ku
Odop no om soroho ku id nipi nu
Sinding diti parangahan ku kumaa dika
Owiton nu modop tuong diti
Lumangad oku poinrikau id toguang nu
Kosorou oku poing'igit di longon nu
Sundung id sodu kasasari ko id ginawo ku
Aiso magantob, aiso kopupuson
Tuong diti odop no koupusan ku
Ogumu lo rombituon pointamong dika
Kopiruba to do insan tadau
Kopi'iso tadau sogigisom
Tadau porilombus, misanganu
Ika songulun poinsaralom id koposion ku
Odop no om igitai iti batos toh
Sinding diti polombuson ku kumaa dika
Owiton nu modop tuong diti
Odop no~Fabian William
Saturday, June 3, 2017
Goodbye dear friend
We lost our dearly friend.
A big condolence to his family, especially to his wife.
I knew him as a good guy, not a talkative friend but sometimes can be a naughty guy.
He was one of the team during our conservation study. I also got a chance to joined them during their night spotting in the jungle.
He was good as a coffee-maker too.
I cannot looking into you picture until now. It hurts knowing that you already gone.
Rest in peace Asii.
Wednesday, March 29, 2017
29 Mac
Hello birthday girl!! Buat semua yang birthday hari ni.
You know what, someone I knew ada yang birthday hari ni. And on this lucky day is Nel!
I knew her during our uni life. Paling banyak kenangan dengan dia adalah kenangan berjalan.
Our 1st journey adalah picnic dia Pantai Similaju, Bintulu. 2 lelaki, 3 perempuan masa semester 2 di UPM Bintulu. Sewa kereta Proton kami masa tu. Kenangan paling diingati sebab kerja gila adalah sewa bilik hotel, lepas tu semua menyempit dalam situ. Hahahaha
Our 2nd journey adalah pergi berjimba di Kuching. That time, only the 3 of us dan all Sabahan. Kami sewa bilik hotel murah-murah saja lepas tu sakan lah berjalan tidak ingat dunia. Saya pun sudah lupa mana-mana tempat kami jalan hahaha tapi tepi Sungai Sarawak tu memang saya ada pergi. Petang mesti lepak situ sambil minum-minum ice blend.
Our 3rd journey adalah pergi Miriiiii. Actually pergi dengan geng lain juga. Ni masa dah masuk semester 5 kot, masa ambik bachelor degree da. Walaupun dah berkali-kali pergi Miri tapi berjalan ke tempat menarik tu tak lagi. So that time kami ke Gua Niah, kemudian masa tu kebetulan ada PetroSains jadi menyempat la juga ni. Pergi Luak Bay petang-petang, jalan-jalan ambik angin dan selfieee mwahahaha. Then tidak lupa juga pergi Crocodile Farm. Entah yang ni apa motipp.
Our 4th journey is going to Johor Bahru. Kebetulan tiket flight murah. Sampai sana stay rumah kawan. Kami berjalan shopping mall yang banyak, sampai jam 2 3 pagi baru balik. Pergi pantai juga. Siap bbq lagi kami. Pastu pergi melawat kuil dll lagi.
Eh ada lagi journey tau.
Our 5th journey pergi bergawai rumah kawan di Engkelili Sri Aman. Jalan masuk kampung mereka pun very tough, lalu jalan balak jak kay. Naik 4wheel, duduk belakang kayyy. One week without communication. The best thing adalah kami pergi picnic di waterfall, nampak lah ni orang dari hulu kampung naik perahu lalu sungai. Pastu petang-petang pergi sekolah tengok budak-budak main bola. Sempat juga pergi tangkap udang. Memang merasa betul tinggal rumah orang Iban. Selepas gawai kami sempat lagi pergi Empangan Batang Ai. Ingat sampai sekarang, the scenery is beautiful okay. Kami jak masa tu masih mamai-mamai sebab bergawai sampai jam 5 pagi.
Eh eh tu jak saya ingat. Selebihnya macam biasa lah, cerita kampus jak.
Happy birthday Nanel! MGBU. Semoga sentiasa sukses ya..
Monday, March 20, 2017
19 Mac
Wednesday, March 15, 2017
Ceritera kasut jeww
Thursday, March 9, 2017
8 Mac
Saturday, March 4, 2017
Monotos oku~
Monotos oku minsodu id diah
Poporuol ko nopo ginawoku
Koilo oku suang ginawonu
Haro lisih haro kataadan
Haro lisih haro kataadan
Songira orikot oh timpu
Aiso nasip yoho om iya kopisanganu
Yoho nga nasanganu nodi
Id mato nu, tirak nu di olumis
Iri poh tosorou gisom baino
Nakatalib au nodi gumuli
Langad ku id dia poingopi id ginawo
Id nipi ku miagal podi gulu
Sopi irak otood ginawo
Monotos oku~Sheron Tan
*menggamit memori kbai*
Friday, March 3, 2017
3 Mac
Thursday, February 16, 2017
Happy birthday!
Once I said BFF, I really mean it because I only had a small circle of friends. Apa orang bilang, kualiti bukan kuantiti. Hewhewhew. Boleh kira berapa orang saja kawan rapat saya ni.
Well, her name is Kak Sirah. She is 2 years older than me that's why we called her Kak.
She is amazing woman I tell you.
Dia macam saya juga ada family yang besar. Lebih 10 orang adik beradik, dan dia antara yang ke bahagian sulung-sulung lah. Amazing saya cakap sebab dia tidak makan nasi. Terbiasa dari rumah. Bagi peluang adik-adik makan. Dia makan nasi bila terpaksa sahaja which means masa sakit saja. Pernah dulu macam 2x hantar Kak Sirah naik ambulans malam-malam sebab dia sakit perut. Lupa pasal apa tapi itu first time saya naik ambulans. Haha
Masa Semester 2 ambik Bachelor dulu dia tinggal sebilik dengan dia. Saya bawa sebab dia tinggal seorang dan saya sendiri pun tinggal seorang. Best memories of us masa tu makan sambal ikan bilis dengan timun malam-malam. Hahaha sampai orang bawah migrain sebab Kak Sirah tumbuk sambal. Lols sangat!
Semester 3 macam tak rapat sangat dengan Kak Sirah. Sebabnya mulut beliau memang jenis main lepas. Tidak tahan telinga kot. Lepas kami pergi camping di Lambir Miri baru okay balik. Lepas tu saya dah faham sangat perangai beliau tuuuu.
Dulu malam-malam selalu datang bilik dia mengebas kerepek, tidak pun makan bihun campur sambal, kalau musim buah pergi makan durian beramai-ramai di biliknya.
Kak Sirah lah juga peneman keluar dengan motor pinjam. Ke sana sini dengan dia. Masa final year lagi lah, kami sewa kereta dengan seorang lagi kawan. Then malam-malam lepas siap hantar orang, Kak Sirah pandai datang bilik ajak makan di Marybrown. Dengan dia juga lah hantar pergi siram sayur masa buat final year project. Dengan dia juga lah gigih cari ulat untuk projek saya. Lepas tu saya pun pernah keluar dengan dia malam-malam dalam jam 7 pm gitu cari kulit pisang di gerai mak cik jual goreng pisang untuk projek Kak Sirah.
Banyak sangat memori dengan dia.
Lepas tu apa lagi, dia juga lah orang pertama saya kenalkan dengan my first boyfriend di Bintulu. Lols. Throughout my study saya kan single, last semester baru start bercinta dan dia lah saya kenalkan dulu. Hihi.
Apa lagi eh Kak Sirah, dulu kami pernah pergi rumah orang kampung tepi pantai pergi survey kek lapis. First time rasa rumah bergoyang. Sebab rumah atas air kan. Tidak biasa. Hahaha then pernah kena tahan polis sebab dah jam 7 pm tidak pasang lampu motor sebab lupa. Kan jalan ada lampu jalan. Masa tu renyai-renyai lagi, pakai baju kurung lagi, dan kami baru keluar dari pasar malam di bandar Bintulu. Lols kannnnn.
Semoga Kak Sirah panjang umur, murah rezeki dan happy happy always. Cepat-cepat lah bertemu jodoh. Aminnnnnnnn.
Mengimbau memori pada 16/2/2017
Thursday, February 9, 2017
Sakit menyakit 2
Friday, February 3, 2017
Dewasa ini...
1) Sakit sila faham-faham sendiri pergi urus, jangan mintak kesian dengan mak bapak macam
kecik-kecik dulu pergi hospital kena hantar sampai dalam bilik doktor. Doktor tanya pun taktau mau jawap apa.
2) Masa depan duit sendiri sila fikir sendiri. Duit kau, duit kau lah..lepas potong loan itu ini, duit selebihnya sila guna secara berhemat sendiri. Kalau hujung bulan berkakai, sila berkakai sendiri. Kecuali tidak tau malu mintak mak bapak duit.
3) Makan di kedai/restoran sendirian berhad tanpa rasa diri loser. Tidak kisah orang tengok kah apa kah yang penting perut kenyang. Masa remaja nakkkk juga berteman.
4) Perangai setan haram jadah sekalipun sila lah fikir sendiri. Independent gila sampai kalau buat salah sendiri, sila tanggung sendiri tidak libatkan mak bapak. Kan dah besarrrr.
5) Pergi vacation dengan kawan2 yang sudah bekerjaya. dan guna duit sendiri.
Secara ringkasnya, hidup kau sendiri atur. Tu namanya DEWASA.
Sekian.
Tuesday, January 31, 2017
Sakit menyakit 1
Sudah berada di penghujung bulan Januari 2017.
Cepat kan masa berlalu.
Anywaysss guyss saya kena URINARY TRACT INFECTION or orang biasa kata kencing kotor. Kalau dah nama penyakit, memang lah tidak sedap kan.
Penyebab biasa benda ni berlaku adalah kerap tahan kencing dan salah arah lap bahagian intim, yang mana patut dari depan ke belakang bukannya belakang ke depan. Dan saya rasa saya selalu buat yang first tu. Entah apa yang busy betul kami ni, macam tidak sempat-sempat mau pergi toilet.
Okay, dimulakan cerita ianya bermula dengan kebas kaki sebelah kanan. Ingatkan kena masuk angin sebab saya memang betul-betul duduk bawah aircond di office. Sudahlah kering kan, kena aircond lagi memang bagus sangat laaaaa...lagi mengering diri ini. Lepas tu naik atas sikit lagi, kaki kanan kebas pastu bahagian kanan bawah pusat pula sakit. Dan ingatkan sebab gara-gara minum kopi.
Hari Khamis last week ia jadi semakin teruk sebab saya tidak dapat tidur malam. Kadang sampai belakang pun sakit. Kakak saya cakap mungkin kena angin, sebab saya selalu tidur tidak pakai selimut. Panas ehhhhh di rumah. Jadi kerja kalau sudah kesakitan, bangun malam letak lah ubat gosok biar panas-panas sikit badan dengan tujuan buangkan angin.
Hari Jumaat pergi office sekejap ja, settle hal kerja then blah. Ingat mau pergi klinik lah konon ni tapi rasa dah sihat pula. Inform dengan adik, since dia Medical Assistant dia ada lah tau lebih berbanding kami ni yang hanyalah manusia biasa hahaha main taram ja tau. Dia kata mungkin kena jangkitan, tidak pun sakit perut kah. Sebab he cannot give an answer kalau tidak check sendiri. Walaubagaimanapun dia suruh minum air putih banyak-banyak, then esok kalau masih rasa sakit silakan ke hospital dalam kadar segera.
Hari Sabtu dan Ahad memang masih sentiasa sakit tapi macam ia datang dan pergi. Sebabnya minum air putih banyak banyak banyak. Dan saya google check ada lahh orang-orang bagi tips minum air putih + 1 sudu baking powder every 6 hours untuk neutralkan asid dalam air kencing. Dan saya try.
Malam ahad tidak dapat menahan. Heiiii sakit eh. Esoknya awal pagi dalam 7 am dah ready pergi hospital. Betul-betul tidak tahan.
Result: Kena jangkitan, air kencing menunjukkan ada darah sudah. Ok fine kena bagi antibiotik dan sejenis serbuk yang campur dalam air. Rasa macam lime jewww.
Semalam lepas makan ubat, saya pergi kencing..kencing ada darah. Seram beta. Pagi tadi lepas minum ubat, pergi toilet pun sama. Adik kata untuk permulaan memang macam tu.
Saya harappppppp sangat sangat sangat esok tiada. Saya takut.