Kesinambungan entri ini.
2nd day makan ubat kencing kotor sehingga lah ke hari ini saya masih haid. Dari 31 Jan 2017 yaaaaa...sedap kan rasa :( :(
Hari itu 6 Feb 2017 saya mengalami sakit pinggang yang sangat teruk. To be specific ia betul-betul di bawah tulang rusuk kanan yang paling last. Google punya Google saya ingat mungkin Batu Karang di hempedu. Ceeee Google mesti nampak gitu juga. Oleh sebab tidak tahan, pagi tu saya pergi klinik dulu. End up kena ambil 2x ujian darah dan check air kencing lagi sekali. Paling sedap kena ambil darah la, tangan kanan dan kiri. Dan dapat MC satu hari.
Kena anaemia! Pasal haid masih heavy on 7th day. Hemoglobin tinggal 7.1.
Jadi ubat yang diberi ada lah ubat antibiotik untuk kencing kotor, segala mak nenek ubat tambah darah, vitamin, ubat stopkan darah haid dan ubat tahan sakit.
Hari ini masih period. Tapi okay sikit sebab saya hari-hari makan hati ayam, di rumah minum sup sahaja. Tahan kan diri sebab mau sihat.
Pagi tadi sakit pinggang tu muncul lagi.
Arghhhh stresss jangan la sakit lagiiiiiiiiiiiiiii.
Saya rasa sakit kali ini adalah paling teruk dalam beberapa tahun ini. Well most of the time I rasa sihat yew. Tuhan bagi pengajaran dan pengalaman, dan anda-anda yang sihat sila bersyukur.
No comments:
Post a Comment