Sudah berada di penghujung bulan Januari 2017.
Cepat kan masa berlalu.
Anywaysss guyss saya kena URINARY TRACT INFECTION or orang biasa kata kencing kotor. Kalau dah nama penyakit, memang lah tidak sedap kan.
Penyebab biasa benda ni berlaku adalah kerap tahan kencing dan salah arah lap bahagian intim, yang mana patut dari depan ke belakang bukannya belakang ke depan. Dan saya rasa saya selalu buat yang first tu. Entah apa yang busy betul kami ni, macam tidak sempat-sempat mau pergi toilet.
Okay, dimulakan cerita ianya bermula dengan kebas kaki sebelah kanan. Ingatkan kena masuk angin sebab saya memang betul-betul duduk bawah aircond di office. Sudahlah kering kan, kena aircond lagi memang bagus sangat laaaaa...lagi mengering diri ini. Lepas tu naik atas sikit lagi, kaki kanan kebas pastu bahagian kanan bawah pusat pula sakit. Dan ingatkan sebab gara-gara minum kopi.
Hari Khamis last week ia jadi semakin teruk sebab saya tidak dapat tidur malam. Kadang sampai belakang pun sakit. Kakak saya cakap mungkin kena angin, sebab saya selalu tidur tidak pakai selimut. Panas ehhhhh di rumah. Jadi kerja kalau sudah kesakitan, bangun malam letak lah ubat gosok biar panas-panas sikit badan dengan tujuan buangkan angin.
Hari Jumaat pergi office sekejap ja, settle hal kerja then blah. Ingat mau pergi klinik lah konon ni tapi rasa dah sihat pula. Inform dengan adik, since dia Medical Assistant dia ada lah tau lebih berbanding kami ni yang hanyalah manusia biasa hahaha main taram ja tau. Dia kata mungkin kena jangkitan, tidak pun sakit perut kah. Sebab he cannot give an answer kalau tidak check sendiri. Walaubagaimanapun dia suruh minum air putih banyak-banyak, then esok kalau masih rasa sakit silakan ke hospital dalam kadar segera.
Hari Sabtu dan Ahad memang masih sentiasa sakit tapi macam ia datang dan pergi. Sebabnya minum air putih banyak banyak banyak. Dan saya google check ada lahh orang-orang bagi tips minum air putih + 1 sudu baking powder every 6 hours untuk neutralkan asid dalam air kencing. Dan saya try.
Malam ahad tidak dapat menahan. Heiiii sakit eh. Esoknya awal pagi dalam 7 am dah ready pergi hospital. Betul-betul tidak tahan.
Result: Kena jangkitan, air kencing menunjukkan ada darah sudah. Ok fine kena bagi antibiotik dan sejenis serbuk yang campur dalam air. Rasa macam lime jewww.
Semalam lepas makan ubat, saya pergi kencing..kencing ada darah. Seram beta. Pagi tadi lepas minum ubat, pergi toilet pun sama. Adik kata untuk permulaan memang macam tu.
Saya harappppppp sangat sangat sangat esok tiada. Saya takut.
Tuesday, January 31, 2017
Sakit menyakit 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment