Sunday, August 27, 2017

Interview experience

Well, macam orang lain juga saya pun mau share experience interview saya baru-baru ini. Semoga bermanfaat buat kita-kita semua.


Interview kerajaan dalam sini sebenarnya interview dengan RISDA. Dan saya pernah ada experience interview dengan RISDA sebelum ini. My first interview after graduated my bachelor degree in 2014 dan kali ke-2 ini interview untuk penolong pegawai sahaja.


Dan from my first experience, I knew that RISDA interview dia tidak akan tanya pasal fakta-fakta like sejarah RISDA dan yang sewaktu dengannya. Soalannya mesti soalan kena berfikir dan kritis.


So hari tu memang tidak fokus banyak pasal RISDA tapi baca isu-isu semasa dan oleh kerana dah nak hari merdeka dan sekarang SEA games sedang berlangsung, kita lebih fokus kepada tu la.


Dulu dan sekarang rupanya sangat banyak bezanya. Dan oleh sebab itu lah saya hanya ambil cuti sehari sahaja iaitu masa interview sahaja. Sebab dulu datang jam 8 pagi, saya masuk 2nd interview dan dalam jam 9 pagi gitu dah boleh balik. Tapi sekarang dah banyak berubah.


1) Masa registration kena ukur berat dan tinggi

2) Interview session

3) Urine test

4) Examination

Registration pun dah down, pasal staf tu ukur tinggi saya jadi 157 CM. Apakah??? Tinggi saya hanya 154 CM kayyy dan bila ukur berat, terus I jadi underweight. Terus down.

Interview session pula soalannya berbunyi begini,


1) Perkenalkan diri anda.

2) Sebagai seorang penolong pegawai, apakah tugas-tugas anda?

3) Soalan tambahan lain lanjutan dari soalan atas ni, which is

i) Apakah beza kerja kerajaan dengan swasta

ii) Strategi RISDA


Dan interview session kami dalam 45 minit sebab dalam satu group interview ada 5 orang calon dan panel interview ada 4 orang. I believe mereka tu semua orang besar RISDA.


Sebelah petang ada examination session 1 jam, jawab 50 soalan objektif.


Dan akhirnya interview berakhir jam 3 petang dan saya berkejaran balik estate.


Entah dapat kah tidak, yang penting sudah usaha. Kalau ada rezeki Tuhan bagi kan.


Sekian perkhabaran.


No comments:

Post a Comment