Sunday, April 5, 2020

Tomyam ayam simple

My version :) :) Sesuai untuk anda-anda yang bujang dan makan single mingle di rumah macam saya :)

Bahan-Bahan (untuk hidangan SEORANG):
1) Bawang putih 3 ulas (dihiris nipis-nipis)
2) Sebatang serai (diketuk)
3) Isi ayam (sesuai untuk seorang)
4) Pes tomyam 1 paket
5) Lobak merah 1/2 biji (dihiris tebal-tebal)
6) Lada putih 3 biji (potong-potong)
7) Sawi (2 kuntum :D kuntum ehhhh)
8) Bunga kantan 2 3 helai sahaja

Cara memasaknya:

Panaskan minyak dan masukkan minyak masak, bawang putih dan serai. Agak-agak sudah wangi, masukkan isi ayam. Gaulkan. Masukkan pes tomyam dan tuangkan segelas air (kalau rasa tidak cukup tambah lah lagi air yerrrrr). Tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan lobak merah, lada putih dan bunga kantan. Oleh sebab tidak mau sawi terlalu masak, agak-agak lobak merah sudah masak baru masukkan sawi. Kemudian tambahkan sedikit garam (Tidak payah ajinomoto sebab pes tu sudah ada perasa). Sudah mendidih, tutup api dan boleh lah hidangkan.

Lada putih tu sebenarnya optional. Kalau suka makan pedas macam I sila lah tambahkan, lebih dari tiga biji pun boleyyyyy



Hasilnyaaaaaaa


Boleh lah untuk buat makan-makan masa MCO ni. Macam-macam dah saya makan ni, mentang-mentang sendiri di rumah makan lah apa sahaja yang ada. Tiba-tiba saya makan oat lah, buat smoothies lah buat jus lah hahahahaha nasib baik esok kerja cam biasa. Masa weekend ni lah masa untuk membalun makanan. Bagaimana dengan anda?? :D

No comments:

Post a Comment