Saturday, April 18, 2020

Resepi Bihun Sup

Masa PKP ni memang semua sudah try macam-macam resepi baru kan! Hahaha macam saya kepingin Bihun Sup ni pun sebab nampak orang post di IG. Damn!! Oleh itu, ada lah juga resepi baru guna segala bahan yang ada di rumah dibuat memandangkan saya sudah set dalam sebulan, sekali sahaja keluar. Itu pun selepas gaji hahahaha jadi in between tu makan saja la stok makanan di rumah, kalau tidak cukup pergi lah keluar ke mini market terdekat ataupun minta staf tolong belikan kalau diorang lalu kedai runcit.

So here we go!

Bahan-Bahan hidangan untuk seorang:

1) Bihun 1 keping
2) Bawang merah 1 biji (Dipotong halus-halus)
3) Bunga cengkih 2 biji
4) Ayam (Siap dipotong-potong ikut saiz yang anda suka)
5) Lobak merah (Optional)
6) Lobak putih (Optional)
7) Secukup rasa
8) Air secukupnya
9) Garam secukupnya
10) Daun bawang

Cara memasak:

Panaskan kuali, masukkan minyak masak, masukkan ayam dan gaulkan. Bila ayam sudah masak masukkan bawang merah dan bunga cengkih. Selepas ada bau wangi bawang dan bunga cengkih, masukkan air secukupnya. Tunggu sampai mendidih, kemudian masukkan sayur. Sayur tu boleh lah ikut suka masing-masing kan mau masuk sayur apa, yang saya gunakan tu sayur yang ada dirumah. Hahaha. Lepas tu masukkan Secukup Rasa, garam secukupnya. Last sekali daun bawang. Selepas sup mendidih baru lah masukkan bihun. Tunggu ia masak secukupnya baru lah padamkan api.

Lepas tu boleh lah hidangkan :D :D



Bila kau boring dengan makanan berminyak atau lauk pauk yang lebih kurang sama jak setiap hari, akan ada masa kau teringin makan makanan bersup-sup pula kan. As for me jangan tanya lah, memang sejak azalinya makan lauk berkuah atau bersup. Tidak sedap makan kalau rasa lauk kering saja!

Sekian perkongsiann!

Baii.

No comments:

Post a Comment