Sunday, December 6, 2020

of being at home todayyy

 Hello again Blog! I try to post an entry since yesterday but I can't express things...tau sangat sis sedang serabut hahahaha.

Takdaaa yang menarik pun dengan kehidupan ai, cuma macam biasa lah like hundred times suda demotivated and give up but I'm still not quit again. Sebab ingat segala macam komitmen. But today I am taking on leave just to rest at house. Padahal buat kerja juga ba, you know me I'm so committed with my work (laaaa sangat kan) kalau saya masih stay in the estate. Cuba kalau saya betul cuti di kampung hahahahahaha.

Saya rasa macam kerja saya di office tidak pandai siap ba, lepas tu bawa balik kerja di rumah kau pun cam malas pula mau buat. Kenapa ehhh begitu? Toxic sangat kah orang di office??? Hahahahaha nda la ba cuma banyak betul distraction lain, which means sedang kau fokus buat kerja ni tiba-tiba ada orang datang minta ini itu lah. Kalau lagi storekeeper tiba-tiba tiada, kau lagi lah pula yang pergi keluarkan barang di stor. Jadi kerja kau sendiri tidak siap-siap. Sebenarnya saya mau kejar recheck documents untuk MSPO, baru Principle 3 di situ lah balik lagi buat Purchase Request dengan Good Received Note. Bagus kalau sikit lol, 2x submit masih lagi banyakkkkkkkkkk. Aiiiihhhh entah lahhh. That's why I'm doing my job at home today, so that besok boleh focus sama dokumen MSPO. Jadi hari ni mesti siapppp kerja ai di rumah kayyyy. Hahahaha

Makin tua sis rasa dengan keserabutan ni, rambut serabai, kening tidak berukir, rambut putih pun start tumbuh. Ceii semua la baa rasa tidak best. Belum lagi jerawat sana sini. Suda try produk itu ini masih juga sama. Hurmmmmmm. Belum lagi sekarang ni sikit-sikit bergaduh sama tunang sebab dia insecure betul lah sejak akhir-akhir ni, saya lambat reply mesej di marah. Diingat saya mau pergi bercurangggg lah sana cissss macam lah perempuan murahan betul ba. Sikit-sikit rindu tu kau pendam saja lah, macam lah semua orang tidak begitu jaman now masa PKP ni. Sabooo jak lah. Ehhh melalut pula.

K lah bai...jaga diri uolls. 

Sambung next entri :D

Saturday, November 7, 2020

quick message

Betul-betul lah tahun ni memang tahun yang akan diingati sampai bila-bila. Dengan Covid-19 melanda, sana sini sudah jadi zon merah :( :( Don't know what will happen again next year. What a year! Tidak lama lagi masuk kita di bulan terakhir 2020, lepas tu the next month already 2021!!!

Semoga semuanya baik-baik sahaja lah yerrr..finger crossed! Walaupun ada yang diberhentikan kerja atau kebetulan akan jobless because of some thing happen, yaaa rezeki itu mungkin bukan untuk kita sekarang. Please be patient, jangan fikir yang negatif. Everything gonna be alright, eventually! Biar lah kerja di kampung kah tanam-tanam, atau toreh getah kah yang penting dengan cara yang halal untuk mendapatkannya.

May god bless us all.

Stay safe, stay health and stay at home.

Positif saja laaaa kita.

Sunday, July 12, 2020

Hello July!

Hi July!!

Bosan juga masa PKPB ni tidak boleh ke mana-mana kan, kalau tidak mungkin weekend tidak sudah nampak batang hidung ai di estet ni...sanaaa sudah pergi berjimba.

Boringggg betul hidup rasa macam no life sangat, sudah lah tinggal sendiri. Bila rasa macam kebuluran yang teramat sangat baru pergi cari makan di dapur, kalau tidak baringggg ja pegang handphone all the time. Tidak pun sambung kerja office di rumah, betul-betul life unbalanced.

Walaubagaimanapun yang bestnya PKPB ni dapat save money. Tapi tu lah kalau sudah keluar duit nanti tidak ingat dunia. Awal bulan ni tunang saya datang jadi keluar lah kami ni, lols habisss RM 700 joooo hahahaha saya tidak tau apa saya beli. Minggu ni keluar lagi pergi Tamu Sook lols. Sebenarnya RM 700 yang saya keluarkan dari atm. Mula-mula 500 jak tau lepas habis beli barang macam tinggal 50, sampai estet nanti pergi kedai rumah sebelah lagi mesti tidak cukup. Lastly, pergi ambik lagi 200. Jadi bulan ni over budget lah pulaaa, mau bagi mama duit pun macam tidak lepas ni sebab duit boleh ambik dalam bank tinggal 200 joooo. Lepas gaji balik baru bagi mama duit lah hahahaha sandi kan.

Dalam socmed pun nampak macam sudah kurang yang post masak-masak sudah, semua sudah bosan kah?? Barang masak kuih muih ai masih ada tu tapi buatnya tidak tau bila. Next month, ada housemate baru masuk di rumah ni entah lah apa dia fikir dengan segala barang keperluan buat kuih gueee tu. Oven pun dah takda ni suruh tunang saya bawa balik hari tu. Kebetulan dia bawa kereta ai balik kampung buat sementara waktu. Sini kan hujan memanjanggggg kereta pun macam takda guna saja, parking memanjang jewww jadi sarang labah-labah hahahahaha sebab jalan tidak elok, ai is not brave enough to go out with that harsh condition. So better dia bawa balik lah dulu. 

Dengan konon-kononnya ai sedang serius save money this year, doa-doakan lah gue cepat kahwin yeee temen-temen. Hahahahahaha kita tengok next year macam mana. Banyak sebenarnya mau luahkan sini tapi ai is lupa sudah.

Apa-apa pun, stay safe and stay health everyone. Jangan lupa SOP social distancing & frequently wash your hand with soap or hand sanitizer!

Till then, xoxo.

Sunday, June 7, 2020

Jealousy?

Kita manusia memang tidak sempurna. Jadi belajar lah dari segala ketidaksempurnaan itu. Dengan itu kita akan lebih bersyukur dengan hidup kita. Dengan itu kita akan dapat peace of mind, tidak lah sampai ada yang tidak dapat tidur malam sebab cemburu dengan orang lain. 

Betul. Dulu masa mula-mula saya kerja di kedai telefon dulu, kawan saya seorang sudah start kerja MPOB tau. Jadi memang ada terbit rasa cemburu dalam hati sebab orang lain dapat kerja bagus-bagus lepas habis study sedangkan kita struggle gila-gila cari opportunity. Tapi cemburu tu macam tu saja laaaa sebab kita tau juga we have different life pace. Jadi sejak dari kerja kedai telefon, kerja research assistant, management executive, project executive sampai lah sekarang admin executive. Memang tidak dapat-dapat pun kerja kerajaan..tapi guee redhaaa je. Yang penting life journey to become better itu ada. Gitchewwww

Takda lah kan sampai tidak boleh tidur malam jealous sama orang lain.

Tapi ada satu orang ini, orang kampung saya juga cuma kami tidak sebaya lah. Saya tengok dia cantik orangnya, awal pula tu dapat kerja..kerja kerajaan lagi. Dapat peluang sambung study lagi sambil bekerja. Mungkin saya yang tidak terlalu ambil berat pasal dia dulu tapi dia memang ada follow IG saya. Lepas tu saya pun follow back lah dia tapi tidak kena approve aa. Lamanya tu mau dekat 2 tahun request to follow saya tu hahahahahaha. Apakah maknanya, dia tidak mahu kita follow dia lah tu kan. Kalau seminggu tidak nampak saya ok lagi, ni dekat 2 tahun ba. Lepas tu memang ada history dulu bapa dia kurang senang dengan bapa saya. Saya pun berfikir juga apa kaitannya dengan saya?? hahahaha kalau jumpa di mana-mana senyum juga tu, adakah dia juga ada dapat trait dari bapa dia?

Sebab dari sudut pandangan saya dia cukup sudah segalanya, apa lagi yang dia tiada. Kerja ada, berpelajaran (orang bilang banyak degree dia LOL), kereta besar, kerja pun dekat kampung saja takda lah macam kita ni struggle juga mau find time untuk cuti balik kampung. Apa lagi ehhhh? Apa kau tengok dengan diri saya, kau mau cari orang yang kau boleh jadi bahan gossip kah, make fun kah apa kah??

Apa-apa lah kan. Hanya dia yang tahu. Sibuk mau stalk orang LOL tidak juga kalah kau tu.

Seriously, saya tidak pernah terfikir pasal dia sampailah baru-baru ni abang sulung saya cerita sikit pasal bapa dia tu. Baru saya mau pergi tengok IG dia baru perasan tidak pernah di approve pula hahahahahahaha.

Biar lah orang.

Bai.

Saturday, May 30, 2020

Random ranting

Kotobian tadau tagazo do kaamatan!!

Bagaimana sambutan Kaamatan di tempat anda?

Saya di estet ni hahaha semalam balik sini sebab ada farewell party dan sambutan raya dan sambutan kaamatan juga. Nasib juga sebenarnya balik semalam, sebab malamnya hujan di sini jadi jalan masuk estet masih licin. Ini lah rintangan paling besar di sini, JALAN TANAH MERAH!

Saya tidak pasti adakah disebabkan saya memang suka hidup bersendirian atau kah memang sudah biasa berjauhan dengan family, tapi bila balik kampung saya akan stress sekejap. Hahaha ini lah itu lah tidak kena di hati. Tambah lagi saya balik kampung tiada air lah hahaha terus saya rindu pula balik estet. Tapi bila sudah sampai estet, rindu lah pula di kampung sebab ada family. Boleh kacau anak buah saya. Hahahaha entah lah kenapa ni tidak reti bersyukur agaknya. Moga dijauhkan dari perasaan yang tidak baik.

Dan hari ni saya dapat perkhabaran bahawa esok ada training clerk akan masuk bantuin gue. Sedang berfikir apa mau bagi dia buat kerja, jadi apa-apa yang pending saja lah saya akan bagi dia buat hahaha maksudnya di sini bagi dia buat the basic seperti taip-taip, tukang call-call sahaja hahahaha. Untuk permulaan lah kan. Semoga kerja ku akan sentiasa update lepas ni hahahaha. Bila kena tambah kerja ni, saya pun sudah start bingung..banyak betul mau dibuat.

Walau apapun, life goes on!

Sekian luahan dan pembebelan. Hi June!

Saturday, May 16, 2020

Trending??

Apa yang trending di mata anda ketika ini? Oleh sebab PKPB, masa kita banyak dengan handphone scrolling down social media. Hahaha sampai kadang lupa pasal kerja at last masa suku masa terakhir di office baru gerigau, baru rasa tidak siap kerja. 

Saya bukan orang yang jenis ikut trend tau hahaha hanya jadi pemerhati, hampir juga terjebakkk tapi belum lagi lah kan. Sebab fikir diri ini is matang. You should be matang at this age, pls!! Jadi terpaksa lah buat-buat matang. Hahaha

1) Orang post makanan yang diorang masak. Sampai ramai yang terjebak. Ada juga ikut sikit-sikit, tapi patut masuk group resepi tidak jadi. Pasal asyikkkk tak jadi jak masakan gueee, ada jak spoilnya.

2) TikTok. Ramai betul post video TikTok zaman now. Ada yang best, ada yang tidak hahahahaha.

3) Makin ramai budak remajaaaa jadi cantik dalam social media, jadi seksi sampai tidak cukup kain. Demimu IG dan followers gitchewwww. Tapi realitinya in real life masih pakai duit mak bapak, kalau takda mak bapak tak hidup mereka. Masih budak hingusan ba yang lain, kalau kena buang dalam hutan boleh mati sebab cannot survive bilang diurang. Hahahaha. Dalam IG kemain kau flawless, putih melepak sekali dalam real life jauh panggang dari api hahaha.

4) Ramai jadi Beauty Product Consultant? Macam Mary Kay hahaha. Bukan saya tidak minat tapi takda duit dan takda kecekalan. Best of luck to all of you. Ramai lah post di IG sudah jadi cantik dalam 2 3 hari, tiada kulit kusam, tiada jerawat. Tidak pasti lah in real life kan. Sebab cosmetic saya takda lah minat sangat sebab saya bukan pandai mekap. Jangan hairan lah kalau semua orang lain sudah jadi cantik, yang anda masih lagi di takuk yang lama hahahaha apa-apa lah kan, asal masing-masing bahagia. Kadang jealous juga, tapi kita kena tengok juga kemampuan sendiri. 

5) Of course makin banyak tutorial bermekap kan..best juga tengok, tapi macam no. 4 kena tengok kemampuan diri sendiri. Hahahaha

Tu jak kot. Anything else???

Hahahahaha.

Tahun 2020 ni memang tahun yang akan diingati sampai bila-bila, dengan Corona Virus ni juga lah tiba-tiba banyak benda jadi trending. Hopefully the world will heal soonest! 

Baii.

Sunday, May 3, 2020

Moments to remembered

My ex-boss was passed away on 22nd April 2020. Sudden news, kau tidak sempat bernafas dengar berita tup tup dia pergi. You're gone too soon, Bos Tim :( you'll always in my heart.

This my ex-bos dia memang friendly orangnya. Circa 2015 saya sampai di Keningau, specifically Sook Keningau. Baru mula kerja, saya langsung tidak kenal siapa-siapa dalam ex-company saya tu. Iklan kerja tu pun saya main apply saja di Sabah Job Centre, saya langsung tidak tau Sook Keningau itu macam mana rupanya bentuknya :D main terjah saja apply sebab I really need a job. 

September 2015. Saya kena ambil di Pekan Keningau kemudian sampai di Sook Keningau, kemudian masuk camp 45 minit dari Pekan Sook. Kemudian masuk Pingas Camp about 45 minutes from Base Camp. Lol

Sekali sampai sanaaaaa hahahaha sabo jak lah ai, nasib sudah beli barang sikit-sikit. Lepas tu makan pun di kantin jadi at least ada juga tempat makan. Dan masa ni saya tinggal dengan ex-bos saya ni. 3 orang kerani bujang tinggal dengan dia termasuklah saya. Dari situ lah saya rapat dengan dia, dia memang friendly orangnya.

Semua jadi senang sebab ada dia HAHAHA saya ingat lagi kami pernah pergi beraya dengan dia di rumah pekerja sampai tengah malam baru balik, lepas tu kalau weekend dia balik kami tengok movie hantu guna TV dia. Kami karaoke pakai barang dia hahahaaha lepas tu kalau dia balik dia masak makanan western suruh kami try. Lepas tu candle light dinner lagi dengan dia hahahaha. Setup tempat di belakang rumah dia, pasang-pasang lilin bagai. lepas tu ada wain-wain lagi. Lols

Sampai lah saya kena transfer di Base Camp baru saya tinggal dengan staf-staf perempuan yang bujang!

Sampai lah saya sudah resign dari sana pun dia masih juga contact kadang-kadang, tanya khabar, bila mau hang out pergi happy hour.

Tidak sangka betul! 

Kalau takda dia, saya tidak tau macam mana mau adapt dengan new environment di camp dulu. Dia yang kenalkan dengan semua orang, walaupun masih awkward dia bawa saya pergi pembukaan tanah di Pandiwan even though baru 2 hari saya bekerja masa tu just to make me comfortable with the place, untuk berkenal-kenalan dulu dengan staf lain. I really appreciated that sebab selepas saya kena transfer, saya kena deal dengan orang-orang tu juga akhirnya.

On 20th April kira-kira jam 1 petang dia dijumpai pengsan dalam bilik, kena hantar pergi hospital esoknya result diagnosis adalah kena Strok. On 22nd April, he was passed away. Tidak sempat pun pergi melawat dia sebab PKP, lepas PKP nanti plan mau melawat kubur dia :( :(

RIP Bos Tim :(

Saturday, April 18, 2020

Resepi Bihun Sup

Masa PKP ni memang semua sudah try macam-macam resepi baru kan! Hahaha macam saya kepingin Bihun Sup ni pun sebab nampak orang post di IG. Damn!! Oleh itu, ada lah juga resepi baru guna segala bahan yang ada di rumah dibuat memandangkan saya sudah set dalam sebulan, sekali sahaja keluar. Itu pun selepas gaji hahahaha jadi in between tu makan saja la stok makanan di rumah, kalau tidak cukup pergi lah keluar ke mini market terdekat ataupun minta staf tolong belikan kalau diorang lalu kedai runcit.

So here we go!

Bahan-Bahan hidangan untuk seorang:

1) Bihun 1 keping
2) Bawang merah 1 biji (Dipotong halus-halus)
3) Bunga cengkih 2 biji
4) Ayam (Siap dipotong-potong ikut saiz yang anda suka)
5) Lobak merah (Optional)
6) Lobak putih (Optional)
7) Secukup rasa
8) Air secukupnya
9) Garam secukupnya
10) Daun bawang

Cara memasak:

Panaskan kuali, masukkan minyak masak, masukkan ayam dan gaulkan. Bila ayam sudah masak masukkan bawang merah dan bunga cengkih. Selepas ada bau wangi bawang dan bunga cengkih, masukkan air secukupnya. Tunggu sampai mendidih, kemudian masukkan sayur. Sayur tu boleh lah ikut suka masing-masing kan mau masuk sayur apa, yang saya gunakan tu sayur yang ada dirumah. Hahaha. Lepas tu masukkan Secukup Rasa, garam secukupnya. Last sekali daun bawang. Selepas sup mendidih baru lah masukkan bihun. Tunggu ia masak secukupnya baru lah padamkan api.

Lepas tu boleh lah hidangkan :D :D



Bila kau boring dengan makanan berminyak atau lauk pauk yang lebih kurang sama jak setiap hari, akan ada masa kau teringin makan makanan bersup-sup pula kan. As for me jangan tanya lah, memang sejak azalinya makan lauk berkuah atau bersup. Tidak sedap makan kalau rasa lauk kering saja!

Sekian perkongsiann!

Baii.

Saturday, April 11, 2020

how's your weekend?

Baru habis video call dengan bff masa study dulu. Rinduuuuuuuu!

Semua dah makin tua, nampak sangat dah start kedut sana sini. Cuba bayangkan kami tinggalkan zaman universiti tahun 2014 lagi. Lols

Thanks God juga saya masih lagi bercontact dengan bff lepas study walaupun masing-masing ada haluan dan cabaran masing-masing. Tapi tu lah bukan lah selalu yaaaa, boleh dikira pakai jari hahahahahaha sebab semua sibuk dengan hidup masing-masing kan. Ada pula hati konon mau reunion nanti pergi trip di BALI. Lols

Bila lah tu agaknya :D 

Kawan-kawan ai dua orang sambung study ambil Master Degree. Wow! Salute to them! Bukan semua orang ada semangat itu. Macam saya laaaa hahahahaha takda semangat langsung, yang ai tau mau kerja kerja kerja sampai lah umur 40 lepas tu retired duduk kampung. Jadi sekarang lah masanya save money hahahaha.

Thanks to my friends, di ingat juga rupanya. Gara-gara PKP lah semua hidup boring jadi video call lah kunun kita. Satu kawan saya terdampar di hostel UPM Serdang, seorang lah terdampar di rumah with family dan seorang lagi which is me terdampar di estet masih kerja macam biasa. Hahahaha

Happy weekend everyone!

Bai.

Monday, April 6, 2020

Corona Virus #3

Bagaimana update terbaharu di tempat anda?

Setelah sekian lama ehhhh tidak lah lama sangat ba cuma 2 minggu duduk memerap di dalam estet tidak keluar ke mana-mana pasal bekalan masih cukup. Sehingga lah duit cash di tangan sudah habis (sampai terpaksa pinjam duit kawan maiggaaddd) baru lah keluar pergi beli barang di pekan.

Akibat takut sangat lah ni kan plus mau ikut saranan pihak berkuasa suruh STAY AT HOME untuk membendung penularan wabak.

Tapi tau tak apa first experience saya turun Pekan Keningau??? Hahaahha punya ramai orang, punya banyak kereta sampai cari parking di area Public Bank susahnya?? Macam bukan MCO bah! Adalah juga polis ronda-ronda, ada juga social distancing 1 meter untuk every bank and store tapi RAMAINYA ORANG???

Baru imagine Pekan Keningau tu macam Pekan Zombie macam di KB. Lol

Saya keluar dengan housemate tau. Lain-lain kereta since sudah ada labah-labah buat sarang di kereta dan tujuan juga adalah untuk isi minyak kereta. Walaupun duduk dalam estet, kadang berjalan juga kereta pergi isi air di kampung, pergi mini market terdekat jadi minyak kereta habis juga kennnnn.

Entah lah apa yang difikir, macam kami pun ikut trend panic buying juga hahahahahaha macam jak tidak mau keluar sudah lepas ni kan. Sampai rumah baru perasan banyaknya barang dibeli doiiii (tepuk dahi).


Ni baru sampai rumah. Duduk-duduk hilangkan penat dulu.






Stok mee segera tidak boleh blah! Macam lah suka sangat makan mee segera kan hahahahahaha stok mee segera setahun




Saya sebenarnya bukan suka breakfast tau pagi-pagi hahahaha tapi tiba-tiba macam orang sihat lah kunun siap beli oat, siap beli chia seed. Kita tengok lah nanti habis kah tidak tu..harap-harap habis lah sebab saya pun memang bosan makan nasi ni sekarang. Mau try makanan lain pula, tukar selera. As for the Chia Seed?? Sebab influenced by my older sister. Dia breakfast makanan sihat jak semua jadi sebab umur sudah meningkat, tahun ni sudah 31 jadi mari lah juga kita ikut makan makanan sihat sikit.




Apa saya mau tunjukkan di sini adalah krimer tu hahahahaha bertin-tin dibeli. Entah untuk apa lah tu kan. Kebetulan masuk kedai U Plus yang RM 2.50 semua barang tu jadi apa lagi terrrr beli lah pula krimer bertin-tin. Nanti kreatif lah tu masak atau buat jus pakai krimer hahahaha


Dan itu lah pengalaman pertama kami panic buying. Ni belum lagi tengok peti sejuk penuh dengan bahagian freezer pun penuh. Dengan keropok jajan dan biskut yang beli banyak. Boleh bolehnya housemate saya beli biskut + keropok sampai RM 50??? Dia bawa keluar dari kedai sekarung makanan hahahaha seriously. Tu cashier pun masukkan dalam 1 beg plastik besar saja, betul-betul sekarung :D :D 

Sunday, April 5, 2020

Tomyam ayam simple

My version :) :) Sesuai untuk anda-anda yang bujang dan makan single mingle di rumah macam saya :)

Bahan-Bahan (untuk hidangan SEORANG):
1) Bawang putih 3 ulas (dihiris nipis-nipis)
2) Sebatang serai (diketuk)
3) Isi ayam (sesuai untuk seorang)
4) Pes tomyam 1 paket
5) Lobak merah 1/2 biji (dihiris tebal-tebal)
6) Lada putih 3 biji (potong-potong)
7) Sawi (2 kuntum :D kuntum ehhhh)
8) Bunga kantan 2 3 helai sahaja

Cara memasaknya:

Panaskan minyak dan masukkan minyak masak, bawang putih dan serai. Agak-agak sudah wangi, masukkan isi ayam. Gaulkan. Masukkan pes tomyam dan tuangkan segelas air (kalau rasa tidak cukup tambah lah lagi air yerrrrr). Tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan lobak merah, lada putih dan bunga kantan. Oleh sebab tidak mau sawi terlalu masak, agak-agak lobak merah sudah masak baru masukkan sawi. Kemudian tambahkan sedikit garam (Tidak payah ajinomoto sebab pes tu sudah ada perasa). Sudah mendidih, tutup api dan boleh lah hidangkan.

Lada putih tu sebenarnya optional. Kalau suka makan pedas macam I sila lah tambahkan, lebih dari tiga biji pun boleyyyyy



Hasilnyaaaaaaa


Boleh lah untuk buat makan-makan masa MCO ni. Macam-macam dah saya makan ni, mentang-mentang sendiri di rumah makan lah apa sahaja yang ada. Tiba-tiba saya makan oat lah, buat smoothies lah buat jus lah hahahahaha nasib baik esok kerja cam biasa. Masa weekend ni lah masa untuk membalun makanan. Bagaimana dengan anda?? :D

Tuesday, March 24, 2020

Corona Virus #2

Update from first entry about our experience here.

Even though we are less exposed to this virus due to we live in the rural area aka hutan (hahahaha) but we still have strict precaution to prevent it from happening here. Yala kan manatau workers dari Indonesia bawa virus or orang luar yang datang masuk estate for example orang luar datang jual ikan dan yang sewaktu dengannya. Memang kita tidak benarkan masuk sekarang, malah orang baru pun tidak di ambil. Dan pekerja dalam sini dilarang keluar.

Food supplies untuk estate pun sudah dibeli. In case lah kan.. untuk prevent our workers from kebuluran hahahaha sayur boleh cari tapi barang asas mesti lah kena ada kan. With cheaper price tau jual dengan workers, langsung tiada ambil keuntungan. Salah satu kebajikan untuk mereka lah.

Cuba bayangkan SARDIN kami jual dengan workers RM 1.20 sahaja 1 tin (high quality juga sebab sardin buatan Malaysia), KOPI TENOM 80 gm RM 1.20, gula, garam, mee segera, beras 10 Kg, ikan masin dannnnn minyak masak dalam plastik. Haaa minyak masak ni ada mahal sikit RM 3.20/pek. Sebab beli bundle kan jadi dapat harga murah, itu yang jual dengan pekerja pun murah juga. Minyak masak pun kami takda ambil untuk, memang macam tu harganya. 1 kotak dalam RM 58 +, dalam 1 kotak ada 17 plastik sahaja.

Selain itu, sebelum masuk office kami disediakan handwash dan air cuci. Lepas tu dalam office pula disediakan hand sanitizer dan sarung tangan.

How about you all??

Begini lah experience simple dari orang duduk estet.

Baii.

Saturday, March 21, 2020

Corona Virus #1

We can get through this!!

Am I the only one masih ketinggalan jaman masih guna blog untuk share my thought and opinion? Who else still using blog until now to write up their life journey? Hahahahaha hanya terfikir. I'm here to jot down about Corona Virus as a life lesson and my memory in the future. Just ignore this post if you don't like it. Haha

Masa Movement Control Order diumumkan oleh Perdana Menteri, mau juga ikut-ikutan bercuti di rumah. Tapi tiba-tiba dapat arahan yang industri kelapa sawit beroperasi seperti biasa. So here we are, still working and I'm okay with that. Yalah kalau tidak kerja hujung bulan ni gaji taraaaaa..kecian juga dengar ada yang sudah balik kampung sebab tiada pendapatan di bandar sebab diorang gaji hari saja. Tidak kerja, tiada lah duit..gitchewww. 

Kebetulan masa diumumkan Order tu saya akan bercuti esoknya, mau sambut birthday di kampung tapi tidak kesampaian. My brother tidak galakkan balik. Baru sehari saya duduk di staff quarters di estet, esoknya turun kerja sudah. Boring gilaaaaa...sudah biasa kerja pula. Plus duduk di hutan ni apa aktiviti yang kau dapat expect selain tengok drama Korea dan movies. Nasib baik ada Netflix.

Disini ada seorang staf yang sedang dikuarantin 14 hari. Lepas balik kampung di Kota Belud, terus dia demam dan sakit tekak masa balik sini. Masa pergi test hari tu result adalah negatif, tapi kena suruh kuarantin 14 hari lagi. I hope the result will be negative, if not we all here will be doomed.

Other than that, office kami setiap hari disembur dengan pembasmi kuman. Campuran clorox dengan air, and semua staf diberikan masing-masing sabun Dettol. Lepas tu as for me mesti minum air banyakkkk sebab cuaca di sini memang panas yang cenderung menyebabkan selsema dan demam. Lagi-lagi saya ni minum air manis sikit, kejap lagi start lah sakit tekak dan start lah mau rasa demam. Tu lah harus minum air banyakkkkkk. I hope you guys too aaa..

I hope everything will be fine here. Nasib baik kelmarin bos kami keluar apalagi minta tolong lah beli sayur banyak-banyak untuk bekalan since I'm a fan of vegetables, I cannot live without them. I better have vegetables than meat or chicken or eggs or processed foods or etc. hahahahahahaha I really can't. Sanggup makan sayur ulam dari makan sosej, lebih kurang lah begitu...kambingggg sangat hahahaha. But of course we need to go out to buy some groceries, jadi pergi mini market saja beli lah barang makan kering such as maggie (it's a must, just in case kami akan mengalami kekurangan makanan. Think for the worst hahahahaha), kari ayam dalam tin (they also sell sardines but MADE FROM CHINA hahaha which is a big NO for me), sausages and etc..barang peribadi pun beli juga manatau tidak dibenarkan keluar sudah. And taraaaaa today we got news that "WE ARE PROHIBITED TO GO OUT FROM THIS ESTATE" walaupun kerajaan announce hanya ketua rumah boleh keluar, but our management had decide that we cannot go out from here. Thanks God that I already buy the necessities and food supplies yesterday. I hope it can tampung us until 31st March or until gaji.

I see people kept posting about panic buying, ada yang marah ada juga yang sokong. Mungkin panic buying tidak patut lah kalau di bandar-bandar kaaaaan sebab banyak supplies and ketua keluarga masih boleh keluar. But as for us??? We need that PANIC BUYING. Hahaha sebabnya kami tidak dibenarkan langsung untuk keluar.

Stay safe everyone. Stay at home!! Baii..

Saturday, March 14, 2020

Todayyy

People is weird. You think you knew well your friend but end up you surprised with their act. With what they are up to. 

My friend, R bukan nama sebenar (hahahaha) memang kawan rapat saya masa saya mula-mula kerja dalam company yang okayyy sikit (hahahaha i mean here is I started working with established company with the 'executive' position, sebelumnya I kerja di kedai handphone aje using my SPM and kadang-kadang jadi promoter untuk tampung hidup lols). 

Jadi ceritanya even saya sudah berpindah randah tempat kerja, dia still kerja at the same place. Dan satu hari dia mesej saya meluah perasaan. Sebab dia tiada tempat meluah perasaan plus what she had been done was secret from anyone there. Because ia betul-betul so wrong!

R dia sudah berkahwin. Masa dia start mesej saya semula dia sudah ada seorang anak. And guess what she was done??? Bercinta dengan colleague in secret padahal laki dia sendiri pun kerja di tempat yang sama. Macam mana tu? Kau tidak surprised dengan keadaan begitu? Tu lah semua yang dia buat adalah in SECRET. No one knows even her bff ka colleague yang dia paling rapat sekalipun. Because its so wrong! Kalau kita dengar sekalipun memang benda pertama memang kita marah. 

Tapi I didn't judge her anyway. Bukan saya kenal lelaki tu. Cuma saya kesal saja sebab masa dia nikah dan sanding dulu saya ada datang meraihkan dan berharap dia bahagia dengan suami dia. Tapi dalam rumah tangga mungkin ada pasang surutnya, dia gaduh teruk dengan laki sampai satu saat dia sedar dia mencintai orang yang selalu dengar luahan hati pasal rumah tangga dia dan akhirnyaaaaaa.....

Lelaki itu mau bertunang!

Di situ dia mula galau. Diorang sudah ada hubungan istimewa lebih satu tahun dalam diam. Kalau laki R outstation, J bukan nama sebenar datang rumah. Dan yang lebih-lebih tu I tidak tau lah tapi katanya tiada sampai hal-hal yang lebih-lebih tapi hanya Tuhan yang tau segalanya kalau dia tipu. Sebab cara dia sakit hati tu lain macam tapi I positif jak lahh.

R mau break dengan J tapi J tidak mahu. Lol lelaki apakah begitu? Ketara sangat kau player. Dia mau bertunang tapi dalam masa yang sama tidak mau break dengan R. Lepas tu drama terus berlarutan sampai part R mesej-mesej tunang J. Ada saya nasihat R supaya move on dan lepaskan J tapi ntah lah kan macam mana, dia boleh berlarutan dari Mei 2019 sampai lah Mac 2020. Macam tidak selesai-selesai, bagaimanakah itu?

Saya selalu ingatkan dia supaya move on, jangan biarkan rumah tangga dia musnah. Dan sekarang dia berbadan dua anak kedua. Tapi masih lagi cerita itu berlarutan.

J si player tu sudah mempermainkan beberapa perempuan lain dan si R ni sakit hati, tidak tau pasal apa tapi yang pasti J sampai menggelarnya yang bukan-bukan. Lepas tu R pegi mesej tunang J di FB mahupun SMS biasa, lepas jak tau kejadian begitu tunang J terus block R dari segala-galanya. Maksudnya memang dia mahu percayakan J sampai bila-bila. Lols takut kena tinggal tunang, tengok muka pun memang sudah berumur sikit. Saya tidak tau apa lagi usaha lain R sampai dia puas hati. Bertuah lah J mempermainkan R, nampaknya kau kena!

Boleh J marah dia jangan libatkan tunangnya, tapi dia di sini senang hati mainkan hati perempuan, rosakkan anak perempuan orang. Lepas tu mau tunang dengan orang baik-baik. Banyak cantik muka luuu..harap spesies begini hilang dari muka bumi. Sebab dulu saya dengar juga cerita dia main hati perempuan dengan mengaku masih bujang, lepas tu kapel sekejap sampai tahap merosakkan anak orang dan end up tinggalkan orang. Semoga kita, anak-anak, kazen mazen, saudara mara tidak jumpa lelaki buaya begini.

R saya harap dia dapat move on dan lupakan pengalaman pahit dia, semoga dia jadi isteri yang baik kepada suaminya dan jadi mama yang baik untuk anak-anaknya. Lupakan lah lelaki begitu, move on laaaaa panjang sangat sudah cerita diorang ni, I saja jadi pendengar setia. Masuk 2 tahun sudah. Saya harap dia moving forward, anggap saja lah pengalaman dan JANGAN BUAT LAGI. JANGAN BUAT LAGI SEBELUM KANTOIII, GILA!

Jangan judge. Saya simpan sini sebagai pengajaran dan menjadi kenangan suatu hari nanti.

Bai. 

Thursday, March 12, 2020

thought

Bila perasaan cinta itu hilang, segalanya berubah. Yang manis sudah hilang, semua nampak pahit. Semua kesedaran muncul. Kenapa lah dulu tidak dapat berfikir waras, benar lah 'cinta itu buta'.

Hargai apa yang kita ada sekarang. Kerana adanya dia, baru kita sedar sebenarnya dahulu kita diperkotak-katikkan, dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri. Baru kita sedar sebenarnya cinta dan bahagia itu luas, bukan hanya dengan dia yang dulu.

Semoga semua yang masih kecewa, sakit hati kerana ditinggalkan ketika ini bertabah, bersabar dan kuat. Kerana cinta yang lebih baik pasti akan datang.

Walaupun tidak sempurna, bahagia yang ada akan lebih baik kerana kita sudah sedar dan belajar dari masa lalu. 

Sunday, March 8, 2020

Silent Treatment

Selfish kah saya buat begitu dengan orang?

Sebab kita paling concern perasaan dia, dia pula langsung tidak fikir perasaan kita. Mau start war kah apa? Sebab saya sudah biasa buat silent treatment dengan orang ni. Sejak dari zaman study lagi.

Kau acah-acah lah depress, kau cerita lah dengan orang. Sebab jenis saya hal begitu saya tidak pernah cerita dengan orang, baik dihadam sendiri. Muka semua orang bermuka-muka, tiada seorang pun boleh saya percayai. Kan semua ada mulut.

Jahatnya akuuu..tapi saya mau protect perasaan sendiri. Daripada saya terus sakit hati, bila kau start mau buat hal sendiri rasakan lah saya pun boleh buat hal sendiri. 

Hi Mac!!



P/S: Pergi stay 1 night di hotel sebab sebulan duduk hutan, minggu lalu pun tidak keluar. I iz sangat BOSANNNNNNNN

Saturday, February 8, 2020

Of being 51 Kgs

Bahagia sangat kah???

Hahaha.

Dulu zaman study berat saya hanya 43 Kg, then kalau naik pun sampai 45 Kg saja. Masa mula kerja dulu pun sama, lepas kena tinggal boipren lagi lah teruk turun sampai 39 Kg. Then kerja di tempat baru naik lah 47 Kg, then naik lagi 49 Kg and now taraaaaaaaa 51 Kg hahaha.

I should control my food consumption now!! 

Perubahan ketara yang pertama mestilah perut kemudian tulang leher. Dulu tulang leher saya sangat ketara tau, bila ambil gambar part paling mau tutup tu tulang leher. Macam orang tidak makan beribu tahun saja hahaha. Perut buncit pun macam saya rasa masalah besar bila pakai baju kecik sikit ataupun ketat. Adoiii malu perut tidak 6 packs! Tidak dapat mau bergaya sikit. Entah macam mana orang lain boleh confident gila berjalan diluar dengan perut buncit macam pregnant 3 bulan hahahahahaa.

Start petang ni buat bangkit tubi laaaa hahahahahaa. Tidak macam kureaaa sudah ni.

Seram saya imagine diri gemuk macam bab* sampai tedaaaa leher! Lols

Kbai.

Semoga anda diluar sana pun berjaya capai target body goal masing-masing :)

Monday, January 20, 2020

Maragang Hill, Mesilau Kundasang

Trip last minutes yang mencemaskan tapi kami berjaya sampai juga.

Cuba bayangkan colleagues kami yang lain ada affected by flood, kami pula tergesa-gesa keluar dari estate sebab mau hujan. Kalau hujan saja, confirm tidak dapat keluar sebab pakai kereta kecil.

Maragang Hill siapa tidak tahu? Trending betul pergi hiking tempat ni sekarang. Masa mula-mula buka, Guide yang bawa kami cakap boleh sampai 500 orang naik sehari, cuba bayangkan tu. So diluar sana jangan segan jangan malu, cuba lah hiking sini pula. Tu lah juga sebabnya me and my housemate pun terjebak gara-gara mau bergambar di tempat yang dinamakan Maragang Hill hahaha sampai plan last minutes dengan colleagues yang jauh nun di sana di Ranau.

So kami menginap di Kampung Mesilau Kundasang malam sebelum esoknya memulakan hiking. Tu pun penginapan bajet saja tapi takpa kami rela hahaha jadi kami menginap di Qistina Inap, kawan yang carikan. Malamnya tidak payah cakaplah betapa sejuknya, susahnya mau tidur. Adoii macam mana lah orang Kundasang mau tidur lena malam kan, satu lapis stoking pun tidak cukup owh. Saya ni memang ada alergik sikit dengar nama sejuk hahahaha.

Trip ini seawal 6.00 pagi, itu pun lambat juga jadi sebenarnya kami start hiking jam 6.30 pagi la. Sebabnya masa di kaunter sempat pula beli baju Maragang Hill, lepas tu sempat lagi tukar sebelum memulakan perjalanan.

Sebelum memulakan hiking, kami ada briefing dengan Guide lagi. Kami seramai 9 orang, ada 2 orang guide yang turut serta dalam perjalanan. Dan yang bestnyaaa hahahaha malam sebelum ada hujan jadi laluan hiking kami licin. Apa boleh buat lah kan, redah saja la.



Sedikit sebanyak gambar hahahahaha nampak tu berlopak-lopak



Sejuk yang amat yaaa tapi bila sampai di pertengahan jalan, kau akan start berpeluh-peluh dan kepanasan. Last-last buka baju sejuk sudah. Tapi masa turun balik sudah sejuk lagi, jadi pakai lagi baju tebal hahaha.







 Sampaiiiiiii tapi tidak sempat bergambar dengan Gunung Kinabalu. Kami tidak bernasib baik kata Guide. Lagipun biasanya orang ambil time yang jam 3 pagi ba, kami saja yang jalan jam 6 pagi lols. Cuba bayangkan kawan kami yang lambat keluar sebab affected by flood sampai jam 1 pagi, gimana sihhhh mau naik jam 3 pagi.




We are on top of Maragang Hill, ho yeahhhhhh!


 Menurut guide, selain pakej hiking seperti kami ni ada lagi pakej star gazing di mana kena start naik jam 10 malam pergi tengok bintang-bintang sampai lah ke subuh, pakej untuk camping pun ada juga. Selain tu pakej hiking ada start jam 3 pagi dan ada start jam 6 pagi. 

Tapi tu lah kalau hujan susah sikit, ada adegan tergelincir tergelincir. Jadi kena berhati-hati lah. Mau juga jogging-jogging lah kan sebulan kah sebelum pergi hiking. Boleh tahan juga bagi yang newbieee macam gue walaupun perjalanan tidak lama. Maragang Hill ni 2,322 m from sea level! Untuk pengetahuan hahaha jadi sendiri faham lah ya jauhnya.

Until next trip! See you soon :)



 

Friday, January 17, 2020

Progress itu dinamakan azam baru

This year untuk menjadikan azam baru menjadi kenyataan dan lebih efisien, saya telah membeli Budget Planner murs murs dari Shoppee. Itu dia!! Hahahaha kita tengok nanti ya sama ada menjadi kah tidak teknik baru ni.

Setakat ini masih okay lagi, setiap perbelanjaan day by day di catat owh. Tiada ambil gambar pula Budget Planner gueee nanti lah yerrr I belanja gambar hahaha. Yang penting saya pun sikit pening nampak Budget Plannernya, detail sungguh tapi takpa lah. Ni mengajar kita menjadi super saverrrrr hahahhahaa rasa makin kedekut pun ada tau. Tauuuu! Hahahaahaa

Tu jak lah kot semenjak menjak ada Shoppee ini macam makin boros ba. Aduiii teringat duit ada sikit lagi di bank, gatal lah tangan tu.

Bagaimana dengan anda? Jangan mudah mengalahhhh debilang tu lagu. Apa-apa pun dari kita saja baitu!

Tuesday, January 7, 2020

Hello 2020!

Hello everyone!!

Apa azam baru anda? Lols macam ketinggalan jaman jak tanya azam baru sekarang ni. 

Boleh tak saya mau continue dengan azam baru saya tahun lalu yang macam kurang menjadi tu hahahaha sebab tahun lalu azam baru saya mau kumpul duit tau untuk kahwin. But end up 2x setahun juga pergi berjalan poya-poya dengan my sisturrrs.

Ada juga save lah sikit tapi boleh buat kahwin pun hahahahahaa terlampau sikit.

Bagaimana dengan anda? Mesti ada azam baru kan!

Dan tahun ni saya rasa mau berjalan dalam negeri saja la. Tu pun macam kepuasan suda akooo...samaaaaa jak dia punya tarikan tu ai macam mau stop stop sudah.

Anywayssss nanti ai update mana-mana tempat saya sudah berjalan di Sabah and lagi satu writing challenges saya tahun lalu tidak habis lols. Boring ba topiknya, nanti ai cari lagi baru writing challenges untuk tahun ni hahaha.

'Til then, XOXO