Saturday, May 5, 2018

Sinurambi Tambunan @ Tambunan Viewing Point





Siapa sudah pernah sampai sini? Saya ni duduk saja di Keningau yang tidak jauh pun dari Tambunan, tapi tidak pernah sampai sini - __ - Hari tu sister went to Keningau, hantarkan kereta untuk I buat pergi berjalan-jalan hahaha jadi selama 3 days diorang di Keningau takkan lah tidak bawa diorang pergi berjalan kan. Fikir punya fikir mana tempat best, jadi bawa lah ke sini. First time juga ni datang sini.


Sinurambi Tambunan ni bentuknya macam Wakid. Kraf tradisi orang Dusun yang digunakan untuk angkat padi. Maaf lah gambar di kecil kan pasal muka I dah la tak santekkk dan posing pun sangat 'menarik' - __ - Sebenarnya saya mau tunjukkan bentuk binaan di belakang tu.



Dan ini lah serba sedikit apa yang anda boleh lihat di atas Sinurambi tersebut. Sila maafkan masa kami datang cuaca panas terik dan pakai kamera Iphone 5s sekali pun tengok lah hasilnya sayang sekalian. A nice place to visit, nampak kawasan Tambunan termasuk pekannya. Kalau sendiri datang lagi seronok uolls. Sebab boleh lihat dengan mata sendiri.

Masuk free okay. Ada tandas awam, bayar 50 sen. Lepas tu di perkarangan gate ada jual makanan dan minuman ringan. Ketika kami sampai pun, sebelum sampai ke kawasan Sinurambi ada kawasan sedang dalam pembinaan. Mungkin buat resort kah restoran kah tidak pasti lah. Kawasan ni memang sesuai untuk dikomersialkan. Cewahhhh

Kalau dari arah Keningau, jalan terus melalui jalan ke Tambunan. Sampai round about Sompoton di Pekan Tambunan, belok ke kanan. Terus kan perjalanan sehingga lah nampak signboard ke Sinurambi Tambunan. Jalan ada mencabar sedikit sebab berbukit. Walaubagaimanapun, Axia sekali pun bolah lalu lalalalala dari kita saja baituuu perjalanan jalan batu dalam 3 KM okay. Mungkin di masa hadapan mungkin akan dipertingkatkan mutu jalan kot sebab nampak gaya dalam tu memang sedang di majukan. Kalau dari arah Kota Kinabalu, sampai round about Sompoton di Pekan Keningau belok ke Kiri.

No comments:

Post a Comment