Wednesday, December 20, 2023

of being at home

Sejak tidak bekerja ni macam-macam dalam kepala otak mau dibuat untuk mencari side income. Sebab nampak di media sosial macam-macam cara orang menjana pendapatan sekarang melalui hujung jari sahaja kan.

First and foremost, biras saya ada bawa join Snuppee Mall. Mesti orang tau juga ni kan, kira agak famous juga di media sosial ni. Jadi sis pun join lah under dia walaupun orang kata macam-macam tentang Snuppee ni..tup tup saya dah sebulan juga dengan Snuppee, memang ada keluarkan modal RM 50. Dan sis sudah withdraw minimum income la iaitu RM 33 :D patutnya sudah boleh withdraw lagi tapi guna duit tu untuk rolling semula. Biar pun sikit, ada lah juga dinampak di account public bank yang sekarang sememangnya kosong hahaha.

Kedua, sis buat affiliate di Tiktok yaa..sebabnya kerja kau hari-hari scrolling video di Tiktok banyaklah lalu affiliate2 marketing. Memang dulu masa di Keningau my housemate kan sudah start buat affiliate di Tiktok. Rajinnya la dia live, sikit2 live masa kami keluar hang out tapi sis ni sejenis tidak up to date dengan teknologi. Bila kerja kau main hp sahaja baru laaa nampak sendiri. Jadi sis pun start laa belajar2 macam mana buat account affiliate, macam mana buat video walaupun sudah pernah kena violation from Tiktok :D, kemudian belajar edit video di capcut. Sampaikan macam ketagih mau edit video sebab template di capcut comel-comel hahaha. Kalau mau tanya berapa saja lah pendapatan tu tidak ke manapun, nampak orang lain ribu-riban. Kadang putus asa juga sebab susah laaa mau dapat income, berhari-hari sales 0. Dua tiga kali jaa ada sales. Walaubagaimanapun, kalau rasa-rasa mau follow di Tiktok, ni account saya yaa..klik di sini

Ketiga, ni baru semalam yaa hahaha baru sis belajar tentang Shopee affiliate dengan Lazada affiliate ya kawan-kawan. Memang sudah register sebelum ni tapi tidak tau macam mana mau mulakan. Jadinya sis baru buka channel dalam Telegram. Rasa mau buka page juga di FB nanti tapi macam banyak sangat lah pula kerja kan. Sudi lah kiranya join channel saya di telegram yaaa..boleh klik di sini

Tahun depan sis akan ada interview ni harap-harap dapat kerja lah, kalau tidak kita nyambung gini saja lah kot..please pray for me. Semoga ada rezeki join affiliate ni :)

Monday, December 18, 2023

kebuncitan membuncitkan

Baru sebulan lebih jadi suri rumah berat badan dah naik dari 52 Kg to 55 Kg. Yang paling ketara pembuncitan telah berlaku. Baru berapa hari cuba untuk bersenam untuk mengecilkan perut tapi nampaknya masih tiada perubahan. Jadinya hari ni cuba untuk tidak makan nasi, tukar lah makan benda lain iaitu bubur, makan buah, makan coklat untuk menghilangkan lapar tapi nampaknya tidak berjaya. Hari ini sahaja, sudah dua kali keluar masuk tandas gara-gara sakit perut sebab perut kosong, rasa berangin. Mau tidak mau makan nasi juga. Por que??? 

Nampaknya terima takdir saja lah kalau naik lagi berat badan, memang my body tidak boleh tinggal nasi laaaa sangat lah typical Malaysian. 

Dah lah dalam kepala otak sekarang ni fikir mau masak apa lagi lepas ni XD

Monday, December 11, 2023

orang pun pandai sakit hati

Orang kata kalau menolong seseorang jangan lah mengharap balasan. Orang yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima gitcheww. Tapinya agak tiada adab lah kalau kau minta tolong dengan orang, lepas tu tidak tau terima kasih.

Beberapa orang sudah saya jumpa memang tiada adab, mau anggap ignorance tapi hmmm memang tiada adab laa sudah la minta tolong, kau minta tolong secara beradab pun tidak apatah lagi berterima kasih. Kita pula yang sakit hati.

Adakah saya yang membiasakan orang lain senang buat saya seperti itu? Mau kena tilik diri sendiri juga ni. Huuuu habis sakit hati hari ni.

Lepas ni boleh kah pura-pura tidak nampak chat orang?? Spesies orang begitu rasa diri yang terpaling tinggi, mau ucap terima kasih atas pertolongan orang pun susah. Rasa terpaling bos di muka bumi. Orang yang kena rasa bersalah tidak reply, tidak jawab call dia.

Minta dijauhkan orang-orang begini di masa depan. Huuuu (rolling eyes)

Friday, December 8, 2023

Focus!

Here I am again ranting about life. Since duduk rumah saja, ada lah kawan-kawan yang chat meluah perasaan mengeluh pasal tempat kerja. Dan that kawan sudah berbelas tahun kerja ya, pengalaman di tempat kerja tu bukan alang-alang banyak dah. Lain lah sis kerja baru berapa tahun, almost 9 years saja kali dan sis tidak banyak drama masa bekerja dulu. Ada drama di office tapi tidak lah sampai membuatkan saya stress berhari-hari, stress pasal kerja ada lah. My record almost 7 years kerja di tempat yang sama, ada drama tapi sis tidak pernah layan pun. Ada orang bercakap di belakang tidak pernah layan pun walaupun sakit hati sebab kita sendiri ni pun mungkin celupar mulut juga kan, ikut mengumpat juga orang lain.

Caranya senang saja, focus on your goal! Tidak perlu fikir pasal benda remeh-temeh setakat colleague tidak suka kau, mengumpat kau, yang penting kerja kita siap sudah laa. Apa mau fikir pasal orang lain? Kau bekerja untuk dapat gaji maaa.

Ni kan si kawan ni sampai masalah collegue yang tidak bercakap dengan dia, mengumpat dia, sampai ke telinga bos. Collegue sana sampai kan dengan bos, colleague satu lagi komplen dengan bos juga. What??? Sampai kan bos panggil semua suruh meluah perasaan, sampai kan adalah adegan hempas menghempas meja. Ada lah colleague yang rasa di pulau, rasa tidak wujud di office. Omgeee office apa tu??? Sampai kan bos yang mau selesaikan masalah diorang. Omgeee malunyaa sudah tua-tua pula tu, umur ada yang 40 lebih tahun tapi perangai macam budak-budak.

Walauapapun, harap mereka dah okay la kan..focus dengan your goal, orang lain kau letak tepi laa yang penting diorang tidak kacau kerja kau, tidak sabotaj kerja okay laa. Kalau sudah melampau kena bersuara laa tapi setakat mengumpat di belakang tu remeh-temeh betul laa sis.

Dunia ini keras! hahaha kena kuat sikit.

Perkongsian dari suri rumah berjaya XD




Wednesday, December 6, 2023

Aok dah kenapa?

Ada orang belum move on kah tu? Orang sudah berapa bulan resigned masih di cari-cari tanya pasal dokumen, filing, softcopies. The thing is, orang sudah handover semua sebelum jalan takda juga bilang unproper way, ikut peraturan juga one (1) month notice, done handover baru jalan.

Kalau kata kita ni yang buat kerja tidak up to date, kenapa setiap kali audit tiada masalah dokumen and filing? Dan kita ni sudah cukup baik laa multitask, patutnya kena hire sorang lagi untuk kerja tu tapi kita yang buat kan tanpa kenaikan gaji pun. Kalau ada yang cakap kerjanya tidak update masa jalan, mau juga ku lempang muka tu. Lagipun kan kalau update awal, banyak benda lagi akan kita ubah last minute buang masa jaa. Kebetulan lagi masa mau resign tu, last 3 weeks saya kena suruh join training di HQ jadinya begitu laaa. Saya siapkan mana yang mampu, filing semua yang ada atas meja saya dan chowww.

Tapi semua benda sebelum jalan kita sudah handover tau, instead of asking me why not asking the one who was handover and take responsibility of the things? Ingat orang mau sibuk lagi kah fikir pasal kamu? Hahahaaa orang mau buka laptop pun jaman now is payah. Cukup-cukup lah dulu I have been nice, kena suruh turun Ahad saya turun tapi sekarang no more. Bukan saya bergaji dengan kamu lagi hahahaa. Please know the boundary laa, kita tiada kaitan lagi.

Jahat tak sis? berapa bulan sudah ni masih tidak move on susah juga. Dah lah meminta tolong teda sikit pun terima kasih, makin panas la sis.

Kbai.