Wednesday, December 20, 2023
of being at home
Monday, December 18, 2023
kebuncitan membuncitkan
Baru sebulan lebih jadi suri rumah berat badan dah naik dari 52 Kg to 55 Kg. Yang paling ketara pembuncitan telah berlaku. Baru berapa hari cuba untuk bersenam untuk mengecilkan perut tapi nampaknya masih tiada perubahan. Jadinya hari ni cuba untuk tidak makan nasi, tukar lah makan benda lain iaitu bubur, makan buah, makan coklat untuk menghilangkan lapar tapi nampaknya tidak berjaya. Hari ini sahaja, sudah dua kali keluar masuk tandas gara-gara sakit perut sebab perut kosong, rasa berangin. Mau tidak mau makan nasi juga. Por que???
Nampaknya terima takdir saja lah kalau naik lagi berat badan, memang my body tidak boleh tinggal nasi laaaa sangat lah typical Malaysian.
Dah lah dalam kepala otak sekarang ni fikir mau masak apa lagi lepas ni XD
Monday, December 11, 2023
orang pun pandai sakit hati
Friday, December 8, 2023
Focus!
Wednesday, December 6, 2023
Aok dah kenapa?
Ada orang belum move on kah tu? Orang sudah berapa bulan resigned masih di cari-cari tanya pasal dokumen, filing, softcopies. The thing is, orang sudah handover semua sebelum jalan takda juga bilang unproper way, ikut peraturan juga one (1) month notice, done handover baru jalan.
Kalau kata kita ni yang buat kerja tidak up to date, kenapa setiap kali audit tiada masalah dokumen and filing? Dan kita ni sudah cukup baik laa multitask, patutnya kena hire sorang lagi untuk kerja tu tapi kita yang buat kan tanpa kenaikan gaji pun. Kalau ada yang cakap kerjanya tidak update masa jalan, mau juga ku lempang muka tu. Lagipun kan kalau update awal, banyak benda lagi akan kita ubah last minute buang masa jaa. Kebetulan lagi masa mau resign tu, last 3 weeks saya kena suruh join training di HQ jadinya begitu laaa. Saya siapkan mana yang mampu, filing semua yang ada atas meja saya dan chowww.
Tapi semua benda sebelum jalan kita sudah handover tau, instead of asking me why not asking the one who was handover and take responsibility of the things? Ingat orang mau sibuk lagi kah fikir pasal kamu? Hahahaaa orang mau buka laptop pun jaman now is payah. Cukup-cukup lah dulu I have been nice, kena suruh turun Ahad saya turun tapi sekarang no more. Bukan saya bergaji dengan kamu lagi hahahaa. Please know the boundary laa, kita tiada kaitan lagi.
Jahat tak sis? berapa bulan sudah ni masih tidak move on susah juga. Dah lah meminta tolong teda sikit pun terima kasih, makin panas la sis.
Kbai.
Tuesday, November 21, 2023
bermalas-malasan
Mengagahi bangun hari ni. Nasib husband pergi outstation pagi tadi jadi boleh tidur semula. Sakit segala sendi-sendi bangun tadi pagi, padahal semalam demam jaa. Baru tidak mau kena angin kipas sebab rasa sejuk, tapi at the same time rasa tidak dapat bernafas lah pula kalau langsung tiada angin kipas sikit. Gimana sih! Lastly mau tidak mau, on juga lah kipas pergi No. 1.
Tup tup bangun pagi ni sakit segala sendi joo.
Okay laaa, kena senam sikit lah ni. Body ache sana sini sebab body tidak aktif, baru semalam aktif sikit tanam bawang dalam polibeg jadi lah pula begini. Ceiii.
Saturday, November 18, 2023
Penggangguran
Monday, October 30, 2023
Keliaran
I just learned that rupanya keliaran itu sudah bersama dengan manusia sejak zaman tak berapa nak moden lagi cumanya sis yang ketinggalan zaman, masih zaman paleolitik, mesolitik, neolitik. Zaman dulu kan masih tiada internet, belum ada the power of viral in social media. Padahal sebenarnya ada je pun keliaran tu, ada je pun adegan rampas-rampas laki orang, curang-mencurang, mengandung sebelum kahwin, gugurkan anak dan segalanya lah yang kurang bermoral.
Tidak di sangka-sangka ada di kalangan orang sekeliling yang rupanya macam tu juga di zaman dahulu cuma takda yang cerita. Bila orang berumur sikit menggamit memori baru kita dengar cerita macam-macam.
Semoga dijauhkan daripada perkara- perkara begitu, curang mencurang dan rampas merampas.
Nafsu serakah tu rupanya tidak ditelan zaman.
Astagaaa..
Wednesday, October 4, 2023
Life changing?
Hello world!
After 6 years and few months akhirnya sisturr berhenti kerja. Eventually! My last day was on 30th September 2023. Baru berapa hari ni macam tidak keruan sudah sebab biasa dengan rutin bekerja kan. Namun begitu, tiada penyesalan di hati sisturrr yaaa.
Bila lagi mau merasa menjadi housewife? Lepas kahwin belum pernah lagi tinggal sebumbung dengan suami sampai sebulan pun. Rasa macam bercinta-cinta saja ni, balik rumah 2 3 hari pastu masuk estet lagi, kerja lagi. Dan yang susahnya bila my husband dapat kerja kerajaan setahun yang lalu, dia kena pindah Sandakan. Sebelum tu memang dia stay di Ranau saja jadinya saya boleh balik every weekend ataupun kalau saya busy, dia boleh masuk di estet.
Sampai masanya saya yang harus mengalah dan kena sacrifice my career. Dah habis bayar PTPTN so lega lah juga sebenarnya. Ia semuanya kebetulan.
Next month sisturr pindah Sandakan daa!
Tuesday, August 1, 2023
cyst
Lama tidak bersiaran di sini hahahahaaaa lama banget ni! Kenapa tiba-tiba saya buka blog ni yang recent orang baca pasal entri TAKDIR? guee hahahahaaa pasal gf baru ex-boyfriend dulu hahaaa. Biar lah malas I delete.
Saya kan macam baru keluar dari hutan, baru nampak outside world sebab lalui experience baru. Tau tak gaiss sis baru tau pasal cyst boleh juga developed in breast? omgeeee.
Ceritanya masa awal bulan April ada lump muncul di bawah breast kiri. Kalau bukan sebab tiba-tiba masa bangun pagi breast sebelah kiri sakit, saya mungkin tidak akan perasan lump tersebut. Ingatkan ia permulaan kepada bisul so kebetulan keluar masa Good Friday saya pergi farmasi minta ubat antibiotik untuk bisul. Lepas ubat tu habis, ia masih statik di situ. Jadi masa cuti raya bawa husband pergi klinik lah pula lagi, and the doctor suggested to do an ultrasound.
Nasib sangat baik sebab saya dapat appointment sekejap saja padahal my lil bro cakap biasanya klinik swasta pun akan selalu full slot. Dan biasanya klinik specialist dalam diagnostic hanya akan terima appointment sahaja, mereka tidak layan walk in. Jadi better call dulu minta appointment supaya tidak banyak urusan dan tidak penat. Berapa hari sebelum tu sudah fikir macam-macam sebab takut kanser tapi positif lagi kanser payu dara biasa bermula dari bahagian sebelah ketiak. Dan saya baru tau breast boleh tumbuh cyst gaissss. Memang ada satu yang saiz besar sikit tapi sekali di check kiri dan kanan cyst banyak gaisss tapi dalam saiz kecil-kecil. Kau check sendiri pun tidak rasa dengan sentuhan. So the doctor suggested me to stop taking my women wellness supplement, konon-konon mau berusaha untuk pregnant jadi I’m taking supplement beli dari farmasi masa hujung bulan Februari. Biasanya supplement untuk regulate hormone akan ada kesan sampingan seperti itu ya gaisss.
Baru sedar menjaga kesihatan dalaman sangat susah, makan supplement untuk kesihatan tapi kita tidak tau juga effectnya kepada badan kita. Sama ada dia okay atau akan ada side effect. Sedangkan dalam fikiran saya dulu supplement tu hanya makanan tambahan yang akan memberi zat/nutrisi tambahan kepada badan dan tidak akan bagi effect sampingan yang bawa penyakit.
Sangat recommended Klinik CDC Keningau yang provide medical diagnostic imaging center. Senang urusan dan staf doktor pun friendly! sebab saya datang dari Ranau, result of my diagnostic kan diorang tolong hantar pakai box express yang penting kita bayar the fee, which is sangat convenient untuk orang yang datang dari jauh kan. Tidak perlu balik ke Keningau ambil result sahaja after a week pergi buat pemeriksaan.