Wednesday, August 18, 2021

selamat hari jadi

Happy birthday to my old friend, Chiah! Happy 32 to you hahahaha.

Saya start rapat dengan dia ni masa Form 2 tau, entah lah Form 1 kenapa saya tidak rapat dengan dia saya pun lupa. Tapi Form 2 saya start rapat dengan dia sebab kelas kena duduk in partner, jadi saya duduk dengan dia. Sampai lah Form 5 yer kawan-kawan. Kalau dia rambut pendek, sis pun rambut pendek tu dulu. Betul-betul pengaruh rakan sebaya hahaha. 

Habis Form 5 dia masuk PLKN, sebelum dia jalan kan saya sempat jumpa dia di pekan lepas tu saya masuk diploma di UPM memang tidak lah pernah jumpa dia sampai lah kami buat reunion. Sekali jak ya kawan-kawan hahahaha. Sebabnya masa kami masuk Form 6, kami masuk kelas sains dan saya seminggu jak p sekolah sebab malass mau masuk kelas sains. Sudah-sudah lahh Form 4, 5 kelas sains...kalau bijak sangat tidak apa juga kan. Yang ni setakat cukup makan jak. Sementara tunggu kelulusan pindah pergi kelas kemanusiaan, sis duduk rumah saja hahaha. Nasib baik dapat masuk ambik diploma di Sarawak. Jadi memang tidak sempat jumpa dia, lepas saya jalan baru dia masuk kelas Form 6.

Kalau dari segi penampilan dia memang orang have have, sebab saya hanya orang kampunggg hahaha ada segan juga lah dengan kawan-kawan sekelas saya dulu. Sebab kita ni siapa laaa ba kan. Saya banyak belajar dengan dia dari yang baik mahupun yang kurang baik hahahaha dari yang belajar kepada yang mengumpat. Dia juga terror Bahasa Inggeris, saya selalu tiru dia. Masa Form 4 kalau cikgu praktikal yang mengajar, kami escape pergi library hahahaha masa kelas Bahasa Inggeris lah tu. Masa Form 5 kami juga pergi Kuiz Sejarah. Kami juga geng crush eh tidak juga, suka tengok-tengok Cikgu Sejarah kami dulu. Paling excited kalau dia yang mengajar. Pastu masa Form 5, kami juga group masa speaking Bahasa Inggeris. Cikgu Bahasa Inggeris masa tu lembut jak bercakap tu lah penyumbang utama kepada kredit juga BI sis, kalau tidak ke laut agaknya. Banyak lah memori dengan dia hahahahaha. 

Happy birthday Chiah. Saja buat entri dalam blog supaya saya akan ingat sampai bila-bila. Semoga cepat dapat juduhhhhh hahaha murah rezeki dan panjang umur. Thank you for being part of my life journey :) :)

No comments:

Post a Comment