Saturday, August 28, 2021

bukan vegetarian tapi tu lahhhhh

Happy weekend! Masa untuk update blog :D

Anywayss saya baru jak makan tengah hari tadi, uolls pula bagaimana? and typical me orang kampung yang lebih memilih untuk makan sayur dari daging-dagingan (hahahaha) jadi lauknya tadi rebung masak lemak cili api dengan panaskan lauk semalam jakk sardin tumis campur terung dan cili padi. Eh sejenis juga tidak dapat kalau tidak makan pedas jooo..jadi sekarang end up sakit ulu hati. Terlebihhh sudah.

Kalau tidak cukup kenal dengan saya memang akan hairan kenapa memilih untuk makan sayur jak. Hahahaha sebab at least sayur tu ada rasa berlainan, cuba makan ayam..apa-apa saja resepi sekali pun rasa ayam tu tetap sama. Adakah anda merasakan benda yang sama atau adakah hanya saya yang memahami perasaan itu. Hahahahaha bosan sudah dengan rasa itu. Tua sangat kah diri ku?

Lagi pula memang terbiasa dari kecil tidak makan ayam pun. Saya tidak ingat lah kan masa kecik-kecik macam mana tapi masa saya sekolah menengah, saya ada alergi dengan ayam. Lepas makan ayam akan keluar gatal-gatal merah di tangan mahupun di kaki. Masa awal-awal saya study di Sarawak dulu adalah part of my life yang worst, mau adapt dengan environment tu susahnya. Selalu tidak dapat turun kelas gara-gara bangun pagi tiba-tiba muka kau kembang. Lepas tu ikut kawan p makan KFC, lepas jak makan tu memang akan terus keluar gatal-gatal. Sampai pernah pekerja di farmasi tu cakap kau ni berkurapkah? Padahal orang belum terangkan baaa...sampai-sampai jak terus ditanya begitu. Lepas kejadian tu memang akan spare ubat alergi dalam dompet sebab ia akan datang tanpa di duga. Malamnya makan nasi goreng kampung baa tiba-tiba bangun pagi muka kembang, apa lagi saya salah makan ni??? Gitchew la tu ceritanya. Tapi lama-lama alergi tu hilang, saya tidak pasti macam mana ia berlaku tapi memang sekarang saya boleh makan ayam dengan gembiranya sudahhh. Hahaha cuma tu lah bukan peminat sangat.

Tu lah sebab dan kenapanya saya sangat simple dalam makanan. Kau bagi jak lah sayur. Sampai husband saya selalu mengeluh kenapa lah bininya ni simple betolll. Dia pun tidak dapat ikut rentak saya ya sebab dia peminat daging dan lagi cerewettttttt hahahaha. Tapi nampaknya tahun ni baru saya jumpa seorang yang lebih kurang dengan saya. Yang lebih banyak makan sayur daripada daging. Hahahaha nampaknya bukan saya seorang, dan sejenis saya bukannya rare di dunia ini. Hahahaha

Yaa dan saya juga pemakan nasi tegar. Kalau tiada nasi, mati lah sis. Hahahaa tidak boleh tidak makan sikit pun nasi dalam sehari. Walau makan sebanyak mana tapi akan tetap rasa lapar dengan nasi. Do you understand what I mean? Hahahaha.

Sekian luahan pasal makan :D

Tuesday, August 24, 2021

heran sis!

Orang bila dengar kita kerja dalam hutan macam-macam lah yang diorang fikir. Fikiran katak di bawah tempurung lah pokoknya hahahaha macam mengolok pun ada kedengaran kadang-kadang sebab yalaaaa duduk dalam hutan kan, semua limited dan diorang anggap kita pun ketinggalan jaman sikit (kah banyak?) lols. Tu lah lain kali mau mengata orang kan cuba dulu pergi tengok-tengok tempat orang baru start bercakap. Cuma mungkin yalaaaa anggap jak la tidak faham :D

1) Bila kerja di estet, diingatnya kita pun kerja menombak sawit. Hahahaha. Saya balik kampung adakah kau nampak sis makin ber muscle? Lols. Lembik juga ni. Kau ingat sis harvester kah apa hahaha. Sebenarnya dalam estet pun ada kategori juga pekerjanya, dari general worker, field worker, harvester, office cleaner, staff, driver. Sama juga kerja di bandar joo. Jadi sis admin executive kerja tukang masak keww??? Logik lah sikit fikiran. And fyi, kami kerja dalam office biasa juga mungkin tidak lah office up to date macam uolls sebab office pun kayu jeww tapi the function is the same, office pun ada kipas, penghawa dingin, komputer, printer apa lagi kau mau?? Hahahahaha.

2) Bila kerja di estet, diingatnya kita tidak pernah makan ayam KFC, makan pizza. Diingatnya kita 1 tahun baru keluar dari estet hahahahahaa. Lucu amat dong! Kalau dapat keluar every weekend pun bolehhh, cuma tu lah malas. Bagus lagi sis avoiding world tengok drama Korea ka Turki ka dalam bilik sambil nangis-nangis sendiri layan perasaan. Boleh sampai tu pekan setiap minggu sis kalau mau..dari kau saja tu.

3) Bila kerja di estet, kita tinggal di rumah kayu yang tidak lama lagi mau runtuh hahahaha. Lols kalau pergi company besar rumah staf entah-entah kalah rumah kau sis. Rumah batu lagi. Kalau company kecil yalah masih rumah kayu tapi setiap rumah ada jak kemudahannya semua. Peti sejuk, dapur gas, gas, perabot, kipas, katil tilam almari pokoknya semua ada lengkap. Tong gas pun kalau habis company juga yang tanggung refill. Takda yang perlu anda sediakan, hanya beli periuk pinggan mangkuk dan makanan kau sendiri jak.

Ada lagi soalan yang lebih padu dari di atas?? hahahaha tidak dilayan susah juga kan..cara bercakap macam kita ni terperuk dalam hutan paling kolotsss. Tolong laaaa hahahaha kalau tidak tau apa-apa bagus diam!

Sekian luahan orang dari hutan :D

Wednesday, August 18, 2021

selamat hari jadi

Happy birthday to my old friend, Chiah! Happy 32 to you hahahaha.

Saya start rapat dengan dia ni masa Form 2 tau, entah lah Form 1 kenapa saya tidak rapat dengan dia saya pun lupa. Tapi Form 2 saya start rapat dengan dia sebab kelas kena duduk in partner, jadi saya duduk dengan dia. Sampai lah Form 5 yer kawan-kawan. Kalau dia rambut pendek, sis pun rambut pendek tu dulu. Betul-betul pengaruh rakan sebaya hahaha. 

Habis Form 5 dia masuk PLKN, sebelum dia jalan kan saya sempat jumpa dia di pekan lepas tu saya masuk diploma di UPM memang tidak lah pernah jumpa dia sampai lah kami buat reunion. Sekali jak ya kawan-kawan hahahaha. Sebabnya masa kami masuk Form 6, kami masuk kelas sains dan saya seminggu jak p sekolah sebab malass mau masuk kelas sains. Sudah-sudah lahh Form 4, 5 kelas sains...kalau bijak sangat tidak apa juga kan. Yang ni setakat cukup makan jak. Sementara tunggu kelulusan pindah pergi kelas kemanusiaan, sis duduk rumah saja hahaha. Nasib baik dapat masuk ambik diploma di Sarawak. Jadi memang tidak sempat jumpa dia, lepas saya jalan baru dia masuk kelas Form 6.

Kalau dari segi penampilan dia memang orang have have, sebab saya hanya orang kampunggg hahaha ada segan juga lah dengan kawan-kawan sekelas saya dulu. Sebab kita ni siapa laaa ba kan. Saya banyak belajar dengan dia dari yang baik mahupun yang kurang baik hahahaha dari yang belajar kepada yang mengumpat. Dia juga terror Bahasa Inggeris, saya selalu tiru dia. Masa Form 4 kalau cikgu praktikal yang mengajar, kami escape pergi library hahahaha masa kelas Bahasa Inggeris lah tu. Masa Form 5 kami juga pergi Kuiz Sejarah. Kami juga geng crush eh tidak juga, suka tengok-tengok Cikgu Sejarah kami dulu. Paling excited kalau dia yang mengajar. Pastu masa Form 5, kami juga group masa speaking Bahasa Inggeris. Cikgu Bahasa Inggeris masa tu lembut jak bercakap tu lah penyumbang utama kepada kredit juga BI sis, kalau tidak ke laut agaknya. Banyak lah memori dengan dia hahahahaha. 

Happy birthday Chiah. Saja buat entri dalam blog supaya saya akan ingat sampai bila-bila. Semoga cepat dapat juduhhhhh hahaha murah rezeki dan panjang umur. Thank you for being part of my life journey :) :)

Wednesday, August 11, 2021

Tip unggul :D

Kalau ada hati mau bekerja lama di satu-satu tempat sebab you memang sudah selesa dan malas mau cari kerja lain yang memerlukan anda start again semuanya lah kan, tips paling berguna adalah avoid conflict dengan colleagues. Supaya takda lah yang dikatakan berpuak-puak dan terutamanya yang gegirls kan takda lah umpat mengumpat di belakang. But at the end of the day, begitu lah ba kehidupan. Susah juga mau avoid tapi boleh cuba.

Sis sudah pecah rekod tau sini, masuk 5th years dah! LOL antara tips untuk kekal unggul di posisi adalah...

1) Jangan terlalu rapat. Dengan sesiapa pun. Maksudnya di sini boleh berkawan, tapi jangan cerita kan semua perihal diri kau dari A sampai Z. Manusia akan berubah, percaya lah! Bila manusia start berubah, di situ lah nanti akan ada yang mengumpat, membuka pekung di dada. Yes kawan, tapi tidak perlu lah berlebih-lebihan. Kecuali lah kau adik-beradik kerja satu tempat.

2) Jangan jaga tepi kain orang. Ada orang dia suka post pasal hal peribadinya di media sosial, di status Whatsapps kan..apa-apa jak lah bukan hal peribadi pun ya contohnya dia cuti pergi makan itu ini, jalan sana-sini. You better not knowing all of their stories. Macam sis walau serapat manapun dengan colleagues kan, status Whatsapps diorang jarang saya buka. Buka facebook lagi jarang. Sebab bila kita terlalu banyak dan dalam kenal seseorang, kita akan mula judge people. Oh begini rupanya dia, oh begitu rupanya dia. Last-last kita nampak orang banyak kekurangan (yang tidak baik) nah di sana lah kau start mengumpat dengan puak @ sekutu mu di office. Sampailah ada nanti benda yang tidak baik terjadi. Biar lah orang kata sis ignorance, saya memang malas ambil tau sangat pasal orang. Kadang kalau ada orang yang 'baik' sangat tu sampai tanya lagi, ada buka status Whatsapps saya? Hahaha selalunya bagi alasan line tidak okay ataupun tengok status Whatsapps dari paling bawah ke atas jadi selalu tidak buka status terutamanya yang sekejap-sekejap up status.

3) Walau macam mana sekalipun keadaannya di office hari ni, tidak perlu up status. Contohnya kau kena marah kah, orang lain kena marah kah, ada orang gaduh kah tidak perlu lah up perasaan kau di status manapun hahahahaha. Kau sakit hati kena umpat, kau sakit hati dengan colleagues sekalipun tidak payah up lah yaaa. Sebab ia akan memanjangkan cerita @ mengeruhkan keadaan. Anggaplah ia a part of the job. Macam sis selalu jak sakit hati dengan colleagues, ada masanya kita meluah juga dengan orang lain tapi tidak pernah sekali pun up status sedang marah kah apa ya. Boleh up status tapi status untuk kau sendiri jak..maksud saya di sini gambar diri sendiri buat kerja pastu bagi kata semangat pada diri sendiri. Tapi meluah kau sakit hati, komplen sana sini tu bukan professional namanya hahahaha. Biar lah orang ingat kau okayyyy ja padahal dalam hati... Dan untuk yang ketiga ni, bila kita start sakit hati dengan orang memang akan nampak pada riak muka kita apatah lagi kalau kau teda tempat meluah kan hahahhaaa. Kalau saya, balik rumah saya tidak akan bercakap dengan. Sejukkan hati sendiri, me time semoga esok bangun kita bersemangat. Sakit hati sampai minggu-minggu tu, tu lah sebabnya ada satu tahap saya akan keluar sendiri, pergi check in di hotel sendiri. Kalau tidak, tidak akan hilang sakit hati tu.

Dan kalau boleh elakkan sesi membawang selalu, lebih banyakkan dengan diri sendiri hahahaha walaupun ada orang cakap sis macam mental, balik rumah berkurung jak dalam bilik. Sebenarnya sis paling banyak muhasabah diri, kuatkan semangat, buat benda yang saya suka macam masak-masak, menanam bunga gitchewww best lagi kawan dengan diri sendiri. Takda menyakitkan hati orang lain, orang lain pun takda sakit hati dengan kita. Gitcheww.4

Bermanfaat kah??

Hahaha.

Sekian perkongsian. Kbai

#sebabsisharinisakithati

Tuesday, August 10, 2021

Sheer UV Defense Milk SPF50+/PA+++ Mary Kay

Nampak tajuk entri pun sudah tau sis mau review produk hahaha saya suka mau review yang ni sebab this is my second product yang saya beli selepas join Mary Kay. 



Apa yang best dengan produk ni? Dia sangat ringan sampai after pakai pun rasa macam tidak pakai apa-apa. Serius!

Macam mana boleh terr beli? Haha sebab nya sis ni sejenis baru sedar akan dunia sebenar :D mungkin sebab dulu acuh tidak acuh dengan penjagaan muka terutamanya pemakaian sunscreen. Jadi semakin meningkat umur ni kita nampak start ada bintik-bintik coklat di kulit muka yang mana rasa annoyed bila godek muka depan cermin. Lepas tu bercerita dengan kawan, dia cakap tu kena sinaran matahari lah which lead to jeragat dan ia akan susah hilang dari muka. Adalah sangat penting pakai sunscreen setiap hari. Dan baru saya pun tersedar di bumi nyata hahahaha. Umur 32 kau tidak boleh buat derkkk dengan muka sendiri, nanti menyesal di kemudian hari. Kena jaga dari sekarang!! Jadi saya memang cari sunscreen untuk muka, sunscreen yang body lotion ada jewww beli dari Guardian tapi saya was-was pakai tu pada muka. Why? macam mana kalau kulit muka saya tiba-tiba tumbuh jerawat?? Takutttt terguna produk yang tidak sesuai. Jadi alang-alang sudah jadi IBC Mary Kay, saya pun beli lah produk ni khas untuk muka. Mau masuk 8 bulan dah pakai ni, sangat jimat! Orang nampak harga produk Mary Kay mahal kan tapi sebenarnya jimat jeww sebab guna sikit saja. Sudah la setiap hari pakai ni p kerja tau. Biar lah lambat sekali pun sis bangun, at least yang ni tetap kena ada di muka..yang lain tiada pakai pun takpa. Even menghadap komputer saja pun kita sudah terdedah dengan blue light tau? Ia akan mempercepatkan penuaan pada muka. Don't you know that? Hahaha saya pun baru tau!

Apa kandungan dalam produk ni? Mengandungi Titanium Dioxide sebagai tambahan kepada chemical sunscreen untuk two-way UV protection, mengandungi ekstrak buah tembikai jadi baunya menyelerakan hahahaha dan sesuai untuk oily skin. Tapi sis yang normal skin pun okay jak pakai. Dan yang bestnya produk ni, dia memang sesuai untuk Asian Skin. Kenapa?? Kan sini panas gilaaa babeng jadi mesti lah ada produk dari Mary Kay yang sesuai untuk kiterrr tak gitcheww? Hahahaha

Semoga bermanfaat kepada mereka-mereka yang sedang mencari sunscreen untuk muka, approach lah mana-mana IBC Mary Kay yang terdekat hahaha.

Sekian perkongsian!

Dari newbie IBC Mary Kay :D