Saturday, August 28, 2021

bukan vegetarian tapi tu lahhhhh

Happy weekend! Masa untuk update blog :D

Anywayss saya baru jak makan tengah hari tadi, uolls pula bagaimana? and typical me orang kampung yang lebih memilih untuk makan sayur dari daging-dagingan (hahahaha) jadi lauknya tadi rebung masak lemak cili api dengan panaskan lauk semalam jakk sardin tumis campur terung dan cili padi. Eh sejenis juga tidak dapat kalau tidak makan pedas jooo..jadi sekarang end up sakit ulu hati. Terlebihhh sudah.

Kalau tidak cukup kenal dengan saya memang akan hairan kenapa memilih untuk makan sayur jak. Hahahaha sebab at least sayur tu ada rasa berlainan, cuba makan ayam..apa-apa saja resepi sekali pun rasa ayam tu tetap sama. Adakah anda merasakan benda yang sama atau adakah hanya saya yang memahami perasaan itu. Hahahahaha bosan sudah dengan rasa itu. Tua sangat kah diri ku?

Lagi pula memang terbiasa dari kecil tidak makan ayam pun. Saya tidak ingat lah kan masa kecik-kecik macam mana tapi masa saya sekolah menengah, saya ada alergi dengan ayam. Lepas makan ayam akan keluar gatal-gatal merah di tangan mahupun di kaki. Masa awal-awal saya study di Sarawak dulu adalah part of my life yang worst, mau adapt dengan environment tu susahnya. Selalu tidak dapat turun kelas gara-gara bangun pagi tiba-tiba muka kau kembang. Lepas tu ikut kawan p makan KFC, lepas jak makan tu memang akan terus keluar gatal-gatal. Sampai pernah pekerja di farmasi tu cakap kau ni berkurapkah? Padahal orang belum terangkan baaa...sampai-sampai jak terus ditanya begitu. Lepas kejadian tu memang akan spare ubat alergi dalam dompet sebab ia akan datang tanpa di duga. Malamnya makan nasi goreng kampung baa tiba-tiba bangun pagi muka kembang, apa lagi saya salah makan ni??? Gitchew la tu ceritanya. Tapi lama-lama alergi tu hilang, saya tidak pasti macam mana ia berlaku tapi memang sekarang saya boleh makan ayam dengan gembiranya sudahhh. Hahaha cuma tu lah bukan peminat sangat.

Tu lah sebab dan kenapanya saya sangat simple dalam makanan. Kau bagi jak lah sayur. Sampai husband saya selalu mengeluh kenapa lah bininya ni simple betolll. Dia pun tidak dapat ikut rentak saya ya sebab dia peminat daging dan lagi cerewettttttt hahahaha. Tapi nampaknya tahun ni baru saya jumpa seorang yang lebih kurang dengan saya. Yang lebih banyak makan sayur daripada daging. Hahahaha nampaknya bukan saya seorang, dan sejenis saya bukannya rare di dunia ini. Hahahaha

Yaa dan saya juga pemakan nasi tegar. Kalau tiada nasi, mati lah sis. Hahahaa tidak boleh tidak makan sikit pun nasi dalam sehari. Walau makan sebanyak mana tapi akan tetap rasa lapar dengan nasi. Do you understand what I mean? Hahahaha.

Sekian luahan pasal makan :D

Tuesday, August 24, 2021

heran sis!

Orang bila dengar kita kerja dalam hutan macam-macam lah yang diorang fikir. Fikiran katak di bawah tempurung lah pokoknya hahahaha macam mengolok pun ada kedengaran kadang-kadang sebab yalaaaa duduk dalam hutan kan, semua limited dan diorang anggap kita pun ketinggalan jaman sikit (kah banyak?) lols. Tu lah lain kali mau mengata orang kan cuba dulu pergi tengok-tengok tempat orang baru start bercakap. Cuma mungkin yalaaaa anggap jak la tidak faham :D

1) Bila kerja di estet, diingatnya kita pun kerja menombak sawit. Hahahaha. Saya balik kampung adakah kau nampak sis makin ber muscle? Lols. Lembik juga ni. Kau ingat sis harvester kah apa hahaha. Sebenarnya dalam estet pun ada kategori juga pekerjanya, dari general worker, field worker, harvester, office cleaner, staff, driver. Sama juga kerja di bandar joo. Jadi sis admin executive kerja tukang masak keww??? Logik lah sikit fikiran. And fyi, kami kerja dalam office biasa juga mungkin tidak lah office up to date macam uolls sebab office pun kayu jeww tapi the function is the same, office pun ada kipas, penghawa dingin, komputer, printer apa lagi kau mau?? Hahahahaha.

2) Bila kerja di estet, diingatnya kita tidak pernah makan ayam KFC, makan pizza. Diingatnya kita 1 tahun baru keluar dari estet hahahahahaa. Lucu amat dong! Kalau dapat keluar every weekend pun bolehhh, cuma tu lah malas. Bagus lagi sis avoiding world tengok drama Korea ka Turki ka dalam bilik sambil nangis-nangis sendiri layan perasaan. Boleh sampai tu pekan setiap minggu sis kalau mau..dari kau saja tu.

3) Bila kerja di estet, kita tinggal di rumah kayu yang tidak lama lagi mau runtuh hahahaha. Lols kalau pergi company besar rumah staf entah-entah kalah rumah kau sis. Rumah batu lagi. Kalau company kecil yalah masih rumah kayu tapi setiap rumah ada jak kemudahannya semua. Peti sejuk, dapur gas, gas, perabot, kipas, katil tilam almari pokoknya semua ada lengkap. Tong gas pun kalau habis company juga yang tanggung refill. Takda yang perlu anda sediakan, hanya beli periuk pinggan mangkuk dan makanan kau sendiri jak.

Ada lagi soalan yang lebih padu dari di atas?? hahahaha tidak dilayan susah juga kan..cara bercakap macam kita ni terperuk dalam hutan paling kolotsss. Tolong laaaa hahahaha kalau tidak tau apa-apa bagus diam!

Sekian luahan orang dari hutan :D

Wednesday, August 18, 2021

selamat hari jadi

Happy birthday to my old friend, Chiah! Happy 32 to you hahahaha.

Saya start rapat dengan dia ni masa Form 2 tau, entah lah Form 1 kenapa saya tidak rapat dengan dia saya pun lupa. Tapi Form 2 saya start rapat dengan dia sebab kelas kena duduk in partner, jadi saya duduk dengan dia. Sampai lah Form 5 yer kawan-kawan. Kalau dia rambut pendek, sis pun rambut pendek tu dulu. Betul-betul pengaruh rakan sebaya hahaha. 

Habis Form 5 dia masuk PLKN, sebelum dia jalan kan saya sempat jumpa dia di pekan lepas tu saya masuk diploma di UPM memang tidak lah pernah jumpa dia sampai lah kami buat reunion. Sekali jak ya kawan-kawan hahahaha. Sebabnya masa kami masuk Form 6, kami masuk kelas sains dan saya seminggu jak p sekolah sebab malass mau masuk kelas sains. Sudah-sudah lahh Form 4, 5 kelas sains...kalau bijak sangat tidak apa juga kan. Yang ni setakat cukup makan jak. Sementara tunggu kelulusan pindah pergi kelas kemanusiaan, sis duduk rumah saja hahaha. Nasib baik dapat masuk ambik diploma di Sarawak. Jadi memang tidak sempat jumpa dia, lepas saya jalan baru dia masuk kelas Form 6.

Kalau dari segi penampilan dia memang orang have have, sebab saya hanya orang kampunggg hahaha ada segan juga lah dengan kawan-kawan sekelas saya dulu. Sebab kita ni siapa laaa ba kan. Saya banyak belajar dengan dia dari yang baik mahupun yang kurang baik hahahaha dari yang belajar kepada yang mengumpat. Dia juga terror Bahasa Inggeris, saya selalu tiru dia. Masa Form 4 kalau cikgu praktikal yang mengajar, kami escape pergi library hahahaha masa kelas Bahasa Inggeris lah tu. Masa Form 5 kami juga pergi Kuiz Sejarah. Kami juga geng crush eh tidak juga, suka tengok-tengok Cikgu Sejarah kami dulu. Paling excited kalau dia yang mengajar. Pastu masa Form 5, kami juga group masa speaking Bahasa Inggeris. Cikgu Bahasa Inggeris masa tu lembut jak bercakap tu lah penyumbang utama kepada kredit juga BI sis, kalau tidak ke laut agaknya. Banyak lah memori dengan dia hahahahaha. 

Happy birthday Chiah. Saja buat entri dalam blog supaya saya akan ingat sampai bila-bila. Semoga cepat dapat juduhhhhh hahaha murah rezeki dan panjang umur. Thank you for being part of my life journey :) :)

Wednesday, August 11, 2021

Tip unggul :D

Kalau ada hati mau bekerja lama di satu-satu tempat sebab you memang sudah selesa dan malas mau cari kerja lain yang memerlukan anda start again semuanya lah kan, tips paling berguna adalah avoid conflict dengan colleagues. Supaya takda lah yang dikatakan berpuak-puak dan terutamanya yang gegirls kan takda lah umpat mengumpat di belakang. But at the end of the day, begitu lah ba kehidupan. Susah juga mau avoid tapi boleh cuba.

Sis sudah pecah rekod tau sini, masuk 5th years dah! LOL antara tips untuk kekal unggul di posisi adalah...

1) Jangan terlalu rapat. Dengan sesiapa pun. Maksudnya di sini boleh berkawan, tapi jangan cerita kan semua perihal diri kau dari A sampai Z. Manusia akan berubah, percaya lah! Bila manusia start berubah, di situ lah nanti akan ada yang mengumpat, membuka pekung di dada. Yes kawan, tapi tidak perlu lah berlebih-lebihan. Kecuali lah kau adik-beradik kerja satu tempat.

2) Jangan jaga tepi kain orang. Ada orang dia suka post pasal hal peribadinya di media sosial, di status Whatsapps kan..apa-apa jak lah bukan hal peribadi pun ya contohnya dia cuti pergi makan itu ini, jalan sana-sini. You better not knowing all of their stories. Macam sis walau serapat manapun dengan colleagues kan, status Whatsapps diorang jarang saya buka. Buka facebook lagi jarang. Sebab bila kita terlalu banyak dan dalam kenal seseorang, kita akan mula judge people. Oh begini rupanya dia, oh begitu rupanya dia. Last-last kita nampak orang banyak kekurangan (yang tidak baik) nah di sana lah kau start mengumpat dengan puak @ sekutu mu di office. Sampailah ada nanti benda yang tidak baik terjadi. Biar lah orang kata sis ignorance, saya memang malas ambil tau sangat pasal orang. Kadang kalau ada orang yang 'baik' sangat tu sampai tanya lagi, ada buka status Whatsapps saya? Hahaha selalunya bagi alasan line tidak okay ataupun tengok status Whatsapps dari paling bawah ke atas jadi selalu tidak buka status terutamanya yang sekejap-sekejap up status.

3) Walau macam mana sekalipun keadaannya di office hari ni, tidak perlu up status. Contohnya kau kena marah kah, orang lain kena marah kah, ada orang gaduh kah tidak perlu lah up perasaan kau di status manapun hahahahaha. Kau sakit hati kena umpat, kau sakit hati dengan colleagues sekalipun tidak payah up lah yaaa. Sebab ia akan memanjangkan cerita @ mengeruhkan keadaan. Anggaplah ia a part of the job. Macam sis selalu jak sakit hati dengan colleagues, ada masanya kita meluah juga dengan orang lain tapi tidak pernah sekali pun up status sedang marah kah apa ya. Boleh up status tapi status untuk kau sendiri jak..maksud saya di sini gambar diri sendiri buat kerja pastu bagi kata semangat pada diri sendiri. Tapi meluah kau sakit hati, komplen sana sini tu bukan professional namanya hahahaha. Biar lah orang ingat kau okayyyy ja padahal dalam hati... Dan untuk yang ketiga ni, bila kita start sakit hati dengan orang memang akan nampak pada riak muka kita apatah lagi kalau kau teda tempat meluah kan hahahhaaa. Kalau saya, balik rumah saya tidak akan bercakap dengan. Sejukkan hati sendiri, me time semoga esok bangun kita bersemangat. Sakit hati sampai minggu-minggu tu, tu lah sebabnya ada satu tahap saya akan keluar sendiri, pergi check in di hotel sendiri. Kalau tidak, tidak akan hilang sakit hati tu.

Dan kalau boleh elakkan sesi membawang selalu, lebih banyakkan dengan diri sendiri hahahaha walaupun ada orang cakap sis macam mental, balik rumah berkurung jak dalam bilik. Sebenarnya sis paling banyak muhasabah diri, kuatkan semangat, buat benda yang saya suka macam masak-masak, menanam bunga gitchewww best lagi kawan dengan diri sendiri. Takda menyakitkan hati orang lain, orang lain pun takda sakit hati dengan kita. Gitcheww.4

Bermanfaat kah??

Hahaha.

Sekian perkongsian. Kbai

#sebabsisharinisakithati

Tuesday, August 10, 2021

Sheer UV Defense Milk SPF50+/PA+++ Mary Kay

Nampak tajuk entri pun sudah tau sis mau review produk hahaha saya suka mau review yang ni sebab this is my second product yang saya beli selepas join Mary Kay. 



Apa yang best dengan produk ni? Dia sangat ringan sampai after pakai pun rasa macam tidak pakai apa-apa. Serius!

Macam mana boleh terr beli? Haha sebab nya sis ni sejenis baru sedar akan dunia sebenar :D mungkin sebab dulu acuh tidak acuh dengan penjagaan muka terutamanya pemakaian sunscreen. Jadi semakin meningkat umur ni kita nampak start ada bintik-bintik coklat di kulit muka yang mana rasa annoyed bila godek muka depan cermin. Lepas tu bercerita dengan kawan, dia cakap tu kena sinaran matahari lah which lead to jeragat dan ia akan susah hilang dari muka. Adalah sangat penting pakai sunscreen setiap hari. Dan baru saya pun tersedar di bumi nyata hahahaha. Umur 32 kau tidak boleh buat derkkk dengan muka sendiri, nanti menyesal di kemudian hari. Kena jaga dari sekarang!! Jadi saya memang cari sunscreen untuk muka, sunscreen yang body lotion ada jewww beli dari Guardian tapi saya was-was pakai tu pada muka. Why? macam mana kalau kulit muka saya tiba-tiba tumbuh jerawat?? Takutttt terguna produk yang tidak sesuai. Jadi alang-alang sudah jadi IBC Mary Kay, saya pun beli lah produk ni khas untuk muka. Mau masuk 8 bulan dah pakai ni, sangat jimat! Orang nampak harga produk Mary Kay mahal kan tapi sebenarnya jimat jeww sebab guna sikit saja. Sudah la setiap hari pakai ni p kerja tau. Biar lah lambat sekali pun sis bangun, at least yang ni tetap kena ada di muka..yang lain tiada pakai pun takpa. Even menghadap komputer saja pun kita sudah terdedah dengan blue light tau? Ia akan mempercepatkan penuaan pada muka. Don't you know that? Hahaha saya pun baru tau!

Apa kandungan dalam produk ni? Mengandungi Titanium Dioxide sebagai tambahan kepada chemical sunscreen untuk two-way UV protection, mengandungi ekstrak buah tembikai jadi baunya menyelerakan hahahaha dan sesuai untuk oily skin. Tapi sis yang normal skin pun okay jak pakai. Dan yang bestnya produk ni, dia memang sesuai untuk Asian Skin. Kenapa?? Kan sini panas gilaaa babeng jadi mesti lah ada produk dari Mary Kay yang sesuai untuk kiterrr tak gitcheww? Hahahaha

Semoga bermanfaat kepada mereka-mereka yang sedang mencari sunscreen untuk muka, approach lah mana-mana IBC Mary Kay yang terdekat hahaha.

Sekian perkongsian!

Dari newbie IBC Mary Kay :D

Thursday, July 29, 2021

Mary Kay Botanical Effect Cleanser

Ececehh lama tidak bersiaran dalam blog ni (acah-acah fames) hahaha baru hari ni rajin update pasal Mary Kay walaupun sebenarnya sis ada kerja office lagi tertangguh, kena buat malam ni. Hahaha harus tunggu feel menulis tu.

Anywayss guys sis sudah guna pencuci muka Botanical Effect Mary Kay dalam 4 bulan lebih. Hanya cleanser sahaja. Penggunaan satu tiub cleanser tu dalam 3 - 6 bulan bergantung kepada kekerapan, dan kuantiti yang kita gunakan. 4 bulan ja sis habiskan satu tiub tu, sekarang sudah masuk tiub kedua. Mungkin sebab kuantiti digunakan banyak sikit kot, pasal cleanser ni tiada buih jadi kadang tu ter over pakai lah pula hahaha. Sis pun sudah konsisten cuci muka dua kali sehari jak sekarang, tidak akan lebih. Kalau tengah hari lepas rehat dan mau masuk office semula, sis cuci muka pakai air ja untuk refreshing semula muka kemudian tap tap dengan compact powder sikit then jalan gi office. Gitchewww..

Okay orang jarang tegur sis makin melawa hahahaha tapi tetiba last week masa video call dengan husband dia puji kulit sis makin bersih dan putih. Ehhh? Sampai dua tiga kali tanya balik dengan dia sebab tidak percaya. Hahaha..memang sis pun perasan ada perubahan muka tapi takkan lah kita tripp lebihhh macam paling cantik di muka bumi ni kan hahaha. Anywaysss thanks to Mary Kay :) jumpa suda produk yang kita mahu. After dua tiub Botanical Effect Cleanser ni, sis mau berubah kepada pencuci muka Timewise Anti Aging dah nanti sebab memang itu lah goal sis hahaha iaitu mengurangkan penuaan since this year dah masuk 32 tahun uolls! Sob sob hahaha.

Kenapa sis mula pakai dengan Botanical Effect Cleanser terlebih dahulu sedangkan kalau BC iklan Mary Kay kan sebenarnya Botanical Effect Set khas untuk remaja? Boleh jeee kita guna sebenarnya terutama kepada mereka yang sebelum ni guna local products ataupun segala skincare timbang kilo gitcewww. Bagi sis pula, sebabnya sebelum ni pakai local products and then sebab mau serasikan dulu produk Mary Kay ni dengan kulit sis. Sebenarnya lepas habis satu tiub mau start guna Timewise anti aging tu tau tapi masa raya hari tu order banyak sikit dapat lah free gift Botanical Effect Cleanser satu tiub, tu lah sekarang masih pakai lagi sampai habis dua tiub.

Okayyy sebenarnya set Botanical Effect ni fungsinya adalah seperti berikut yer kawan-kawan, in case kamu sedang cari pencuci muka kan sekarang terbaca lah pula entri sis hahaha.

1) Sesuai digunakan oleh remaja seawal 11 - 22 tahun. Tapi lain umur pun boleh guna jaaa terutama yang mau start pakai Mary Kay sebelum ni pakai local products.

2) Memberikan kelembapan kepada kuliy dengan serta merta.

3) Mengurangkan kekusaman kulit.

4) Membuatkan kulit menjadi sihat dan lebih seimbang.

5) Membuatkan kulit berasa tenang terutama sekali untuk kulit yang rosak akibat penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia tinggi dan bahaya.

6) Bahan utama dalam set ini adalah bahan-bahan botani iaitu: Silymarin yang berfungsi sebagai antioksida kuat untuk melindungi dan menenangkan kulit dan Luo Han Guo yang dirumus seperti teh tradisi untuk menguatkan sistem imunisasi.

Ada dua jenis formula yerrr..formula untuk kulit kering/sensitif dan formula normal. Sis guna formula normal sekarang.

Let's cantekkk beramai-ramai this year walaupun selalu stay at home sahaja :) Anywayss selain pencuci muka Botanical Effect ni sis sudah guna juga produk Mary Kay lain secara perlahan-lahan.

1) Timewise 3D Eye Cream

2) Timewise Day Cream Broad Spectrum

3) Milky Sunscreen SPF 50+

4) Skinvigorate Brush & Facial

5) Serum C + E


Tapi bukan setiap hari pakai sebab kadang datang malas, kadang lambat bangun pergi kerja jadi pakai ala kadar jewww tapi apa pun sis tidak pernah lupa pakai Sunscreen setiap hari. Baru sis tau it is a must! Jangan luga gunakan sunscreen anda juga tau :)

Kbai. Semoga bermanfaat kepada uolls!

Saturday, June 5, 2021

pkp life?

 So how your pkp life so far?

Sejak PKP di umum kan hari tu belum pernah lagi saya turun pergi pekan sampai lah kelmarin. Memang tidak dinafikan kereta makin sikit berlegar di Pekan Keningau. After 5 pm banyak dah kedai mau start tutup, apa yang dikhabarkan ada pihak berkuasa akan datang meronda. After 7 pm pekan akan start sudah jadi pekan zombie hahahaha.

Apa drastic changes yang ketara adalah pertambahan abang-abang pakai baju pink hantar makanan. Yess abang Food Panda! Nampaknya rakyat jelata Keningau betul-betul stay at home ehh hahahaha senang lah ada Food Panda, tidak perlu masak di rumah. Buat yang bekerja dan ada anak-anak di rumah (ya lorr cuti sekolah kan) jadi senang lah suruh jak abang Food Panda hantar. Source of income untuk yang diberhentikan kerja atau tempat kerja tutup masa PKP ni. 

Kalau harap bantuan kerja dari kerajaan semata, susah juga kan. Keluarkan KWSP pun masih susah juga, apa lagi yang tinggal di bandar. Tidak dapat bayangkan.

K lah bai (sambil hirup kopi, makan biskut, dan chill dengar lagu dari youtube :D)

Friday, June 4, 2021

Oh keretaku!

Tarikh yang sis akan sentiasa ingat sampai bila-bila. When you don't have your family on your side, when you're alone in stranger world dan terpaksa kau buat semuanya sendiri. Maka terjadi lah detik seperti ini....



Hahahaha tukar tayar sendiri joo! Tayar kereta sis sebenarnya sudah seminggu pancit dan tiada siapa yang mau tolong tukar since sebelum ni memang sudah pernah pancit tayar sebelah kanan belakang. Masa tu semua mau ikut tolong tapi kali ni tiada yang bersuara aa. Saya minta tolong, diajar lagi pasang jack dan tukar pergi spare tyre sendiri. Tidak kau sedih?

Kecil hati? Tidak la juga cuma terkilan at first kita kan perempuan lemah. Ceii padahal sebenarnya kita boleh ja buat kan. Oleh sebab mau keluar weekend ni dan tayar masih pancit dengan itu rajin lah saya google dan tengok di youtube macam mana tukar tayar kereta hahahahaha sebabnya sampai bila dibiarkan begitu kan. Dalam youtube kau nampak benda tu macam simple jew tapi sebenarnya tidak, kena kerah tenaga perempuan juga. Nasib baik lah ada laki I tunjuk macam mana skill buka nut tayar tu tau. Kalau tidak memang tidak tukar lah sampai bila-bila. 

So tadi sebenarnya sis telah berjaya longgarkan nut ja lepas tu ketatkan semula kepada keadaan yang kurang ketat lah. dah pasang jack dan naikkan sikit pun. Esok tinggalkan naikkan lagi jack supaya tayar tu tidak mencecah tanah and then longgarkan sampai habis nut dan keluar kan tayar dan gantikan dengan tayar spare. And then ketatkan balik nut lah. Nasib baik lah dia buat hal selepas beli nut untuk spare tyre sis tau.

Selama ni spare tyre saya tu takda nut yang sesuai kepadanya. Tengok rim tu laki I yang pergi tukar jadi nut dah berbeza. Nasib baik ingatkan dia hari tu untuk beli nut spare tyre tu sebab sis ni selalu jalan sendiri ke mana-mana. 

Syukur juga ada pengajaran begini, at least kalau ada apa-apa di jalan raya after this. I mean kalau tayar pancit di tengah jalan lah pula, boleh juga tukar sendiri kan. Tapi minta dijauhkan lah :D

Hari kejadian 4/6/2021 jam 5.40 pm.

Tidak dapat siapkan tadi sebab mau gelap sudah. Tu lah esokk after office hour baru sis tukar hahaha. Lagipun segan kepada penglihatan orang ramai yang lalu lalang. But whateverrr lah baa kan.

Thursday, June 3, 2021

I hope you all are fine!

 Hello uolls! Kotobian tadau tagayo do kaamatan and selamat hari gawai! Stay at home ke tu???

Kami macam biasa lah duduk dalam estate sahaja..terperuk lah sini sampai 14hb Jun. Lagi pula tayar kereta sis pancit jadi memang stay at home saja la ni. Mau pinjam pam manual tiada siapa yang ada. Haishh ada juga saya pergi tukar tayar spare ni nanti ganti di Keningau jak, susah-susah. Hurmm

Lemah la jadi perempuan.

Macam sis pun down dengan semua perkara sekarang ni, entah laaaa entah laaaa kenapa kehidupan begini. Banyak dalam fikiran sampai kadang tidak dapat tidur malam. Semuanya pasal kerja, semuanya pasal mau kejar kerja. Tak bosan kah??

Mungkin tiba masanya mau berhenti.

Buntu.

Buntu!

Hahahaha.

Harap semuanya akan jadi okay semula esok hahaha. Asyik mengeluh, lupa bersyukur dengan Tuhan masih ada tempat kerja, masih boleh bekerja, dan masih ada punca pendapatan ketika ini.

Hurm.

Uolls pun mesti ada benda yang sedang difikirkan, struggling in a situation yang orang lain tidak faham langsung, dan dalam situasi yang kita tidak boleh describe or we cannot tell others because of privacy and so on and so forth.

I hope you guys okay too..we all in same boat right now, maybe different situation tapi rasa down nya sama. 

Kbai saja datang mengeluh dalam blog ni after 2 days straight balik after jam 10 pm from office and today also almost 7 pm baru dapat balik.

Wednesday, May 26, 2021

Mary Kay - Skinvigorate Brush & Facial

 Tetiba rajin update pasal produk Mary Kay :D sebulan yang lalu sis sudah jadi member Mary Kay aka Independent Beauty Consultant Mary Kay. Gara-gara mahu dapat harga produk lebih murah. Kalau bab sales and marketing ni sis lemah yaa teman-teman tapi kalau mau skin analysis or skin consultation, sis cuba yang terbaik hihi.

Anywayss the first and second things sis sudah beli adalah Skinvigorate Brush and Facial..memang dari awal aim ni sebabnya kawan saya seorang sudah pakai the brush for almost 6 months and the result is wow! Dia rasa kulit sangat bersih sampai boleh nampak pori dan terbuka luas after cuci, and after that senang la apply apa-apa products macam moisturizer kah serum kah. Kannn.

So after a month sis pakai beauty tool ni, guess what?? Mesti lah positif kan. Bukan setiap hari pun pakai ni masa cuci muka sebab kadang pakai face scrub jadi tidak digalakkan pakai sekali dengan skinvigorate brush sebab boleh buat kulit anda menjadi kering. Sebab brush ni is one type of exfoliator juga. Memang rasa muka akan sangat bersih.

Untuk Facial head tu pula...okayy guna semasa kita apply serum supaya kulit dapat absorb serum semaksimum yang mungkin. Hanya untuk serum ya! Dan kalau sis ikut kerajinan juga pampering my skin but since baru lagi kan, every two days sis urut-urut muka sebelah malam. Facial head ni berfungsi untuk melancarkan peredaran dalam dalam kulit muka kita selain boleh relax muka, kurangkan penuaan kulit dan yang sewaktu dengannya lah.

And guess what? Hahaha sebab sebelum ni sis ada masalah penuaan yang ketara which is ada garis-garis halus bawah mata dan tepi mata yang sangat ketara. Baru 32 tahun kott! Sampai dah pernah ditegur pun oleh orang sekeliling dan sis sangat maluuu :( sebab rakan sebaya lain tiada pula macam diriku. Baru sebulan pakai kan dah makin kurang garis-garis halus uolls. Orang pun tidak bercakap sudah hahahaha

 

Gambar ni bukan gambar ehsan google ya, gambar sis sendiri tengok lah tu editnya pun tidak hahaha.

Kalau berminat dengan produk Mary Kay boleh je komen-komen kat sini, sis boleh bantu. Tidak pun cari lah orang-orang terdekat yang sudah menjadi IBC Mary Kay yerr. Let's spread the benefit of Mary Kay tools yang best ni :)

Kalau pasal produk skincare nya belum berani bagi honest review since sis pun belum beli complete set yer everyone. Baru yang ni pasal memang sudah guna sendiri. Love love love sangat!

And one thing lagi yang best dengan Mary Kay ni, bila kita order produk kan dapat banyak free gift best-best. Masa first month order, dapat free gift Indulge Soothing Eye Gel yang berharga RM 94/unit..siapa mau bagi free macam tu kan. Dan kebetulan masa sis sign up jadi member tu anniversary apa tah dalam Mary Kay, dapat free gift make up pouch yg glitter glitter pinky wow! Tetiba ja city link call bagitau ada barang Mary Kay sampai. Dapat satu lagi collection baru.

And then tadi sebenarnya sis baru placed order untuk bulan ni, sebab ni baru bulan kedua dan sis pun malehhh lagi cari orang. Beli untuk diri sendiri jak hahahaha dapat 2 free gift..wowwww! yang satu pencuci muka botanical effect harga RM68/pcs and ada satu lagi free gift tapi tau tak, saya tidak ingat. Nanti sampai baru I share kat blog. Hihi excited pula.

Okay laaa sekian perkongsian about Mary Kay Product

XoXo

IBC Ester


Thursday, May 20, 2021

Messed up!

Since last week masa kerja sorang-sorang di office sampai lah ke hari ini kepala ku memang messed up dengan banyak-banyak benda sampai kadang-kadang reports pun tidak tau yang mana satu. My boss sampai geleng kepala bila dia tanya report, saya blur.

Saya rasa saya betul-betul dah overload. Buat kerja orang sampai kerja sendiri huru-hara. Lepas tu tadi pagi boss ada suruh buat report itu ini, satu pun langsung belum di buat ba. Apakah yang terjadi dengan diriku ini!

Sampaikan part purchasing ni pun dibawa balik hari-hari tapi terbuatnya tidak. Maigaddd bila ditanya baru buat :(

Lepas tu mau tidak mau kita kena ada juga set goal untuk personal life kita kan. Jadi tadi on 8 pm, saya join live power13 mary kay sampai jam 9 lebih. And then sibuk sembang dengan my ex-roommate, pastu register ESRS mary kay jadi sampai lah ke jam ini. Damn! Malam ni satu kerja pun tidak jalan. Besok mau kena rajin :( :( sangat!

Dah lah Sabtu sis mau cuti!!

Breathe. Breathe. Move on!

Thursday, May 13, 2021

apakah yang berlaku?

Saya betul-betul tidak faham dengan cuaca dunia Keningau ni sekarang panasnya bukan alang-alang, dalam rumah pun rasa terbakooo. Padahal sudah on kipas pergi No. 3 lagi. 

Hairan!

Mau kena pakai sunblock juga ni dalam rumah kalau begini.

Macam mana lah yerr suri-suri rumah tangga diperumahan kami ni..panasnya ni. Baru half day dalam rumah suda mandi tadi pagi, tengah hari sudah rasa tidak selesa lepas tu mandi lagi. Dah lah dengan kekurangan air kami ni adoiii.

Dengan udara yang terlalu kering ni, saya ada beli diffuser untuk di bilik dari Shoppee. Tidak sabar mau guna tapi masih dengan runner housemate saya. Entah bila lah mau ambil kan. Adoii sis tidak tahan lama-lama dengan cuaca dan udara sebegini.

Bertabah lah cuti-cuti ni duduk dalam rumah pun rasa tidak selesa :( :(

P/S: Selamat Hari Raya uolls! Dah pergi beraya rumah jiran-jiran ja kelmarin, berjaya pergi 3 rumah jew. Hari ni duduk rumah je laaaa..esok kerja kott.

#staysafe #stayathome

Wednesday, April 28, 2021

walk with Mary Kay

Dari tahun lalu lagi cari produk untuk anti-aging terutamanya di bahagian bawah dan tepi mata sebab sudah mulai ketara garis-garis halus penuaan uolls. Macam beberapa kali bos saya tegur tepi mata saya sudah ada garis-garis halus. Malu uolss! Baru 32 sudah begini apatah lagi kalau lebih tua dari tu, tak gitcheww hahahaha.

So saya pun start pakai Luvqis skincare. Bukan tak okay, dia memang okay dengan saya cuma dia tidak ada jual produk spesifik untuk eye cream. Ada lah beli di Watson konon-konon eye cream tapi macam tiada perubahan pun.

So starting this year kan mencari lagi saya eye cream sebab tidak puas hati. Nampak ramai sudah jadi IBC Mary Kay tapi tidak confident join sebab rasa tidak mampu. Lols yalah gaji cukup-cukup makan saja. Sampai lah one day, my bff share pasal Mary Kay di group kami. Seperti kami wanita-wanita sudah berumur sedikit ini memang akan bincang pasal kulit dll hahahaha jadi dia share kebaikan dia pakai eye cream Mary Kay.

Tu lah sebenarnya sebab utama saya pun join Mary Kay hahaha sebab mau beli product dia saja dulu. Memang sudah aim sedia mau beli dulu Skinvigorate brush..kononnya nanti the next month baru beli produk lain.

Tapi bulan ni saja, sudah grab beberapa item
1) Skinvigorate Brush
2) Lipstick Semi-Matte Apricot
3) Timewise Age Minimize 3D Eye Cream
4) Skinvigorate Massage Head
5) Timewise Firming Eye Cream
6) Milk Sun Care SPF 50+ / PA+++

Masa join Mary Kay tu kan kena bagi starter kit which have sample pack Timewise firming eye cream, Black Charcoal Mask and all I can say is WOW! Tu lah terrr beli lah pula suda.

Pengalaman saya yang baru dekat sebulan pakai Skinvigorate brush ni (masih newbiee hahahaha) is wow! Rasa muka bersih sangat selepas cuci muka. Memang masa mula-mula pakai kan kita rasa pelik tengok muka di cermin sebab nampak pori-pori kulit muka kan luas betol hahahaha sebab berus tu dia membersihkan hingga ke liang pori. Lepas tu apply serum memang best sebab dia absorb masuk ke dalam kulit. Masa mula-mula pakai tu kan tiba-tiba berhenti pakai sehari dua sebab eeee peliknya muka ku besarnya pori lepas cuci muka pun kita perasan ada whitehead terkeluar2 :D

Timewise firming eye cream pula memang wow! tu lah terus mau beli sebab memang ketara perubahan pakai. kita urut-urutkan dia pada bawah mata dan tepi mata, kita pun perasan memang akan mula ada perubahan selepas beberapa hari.

Jadi selepas godek2 produknya baru beli tu lah. Tau kahh apa sebab beli lipstick tu??? sebab saya memang pakai lipstick matte sahaja sebab lagi best pakai, senang apply dan sis hanya ada satu gincu uolss tu pun mau habis sudah. Tu lah sebabnya beli dari Mary Kay jak lah try-try hahaha.


Tunjuk lah sikit gambar Timewise firming eye cream nya kan hahahaha..kawan saya ada puffy and dark circle di bawah mata, sekali pakai ni nampak perubahan ketara. Tu lah dia berani share di group kami.

Semoga bermanfaat entri kali ni guysss, kepada yang sedang cari produk seperti ni boleh try Mary Kay juga. Mahal sikit tapi worth it, lagipun dia tahan lama guyss pencuci muka pun boleh tahan sampai 6 bulan gitcheww.

Until next entry..baii.

Wednesday, April 14, 2021

Hi Mary Kay!

Dan tiba-tiba sis register Mary Kay dan sudah dapat starter kit kelmarin. Gigih pergi ambil di City Link Keningau masa rest. Hahaha

Dan just now sudah try 1 sampel Charcoal Mask dengan Timewise Eye Cream. Tengok lah nanti ya macam mana budget kiterr mau beli.

Saya join Mary Kay sebab aim skinvigorate brush nya. Dan mungkin sekarang Timewise Eye Cream juga :) belum lagi sampai tahap mau serius jual-jual tapi sebenarnya kelmarin sudah promote dengan older sisters juga dalam family group hahahaaha. Kita tengok lah nanti macam mana ya plan :)

What about yours? Apa the next step in your life?

See you again next time blog :) sis sekarang sibuk buat MSPO documentation di samping kerja estet macam biasa.

Kbai.

Thursday, April 8, 2021

Sim Card Tone Wow

Hi baru rasa mau sharing pasal sim card Tone Wow di sini. Padahal sim ni sudah lama pun, ramai sudah guna. And to tell you, saya bukan penjual aktif, saya hanya pengguna biasa sahaja yang kemudiannya terpaksa rela jual hahahaha.




Ni pakejnya sekarang tau, kalau dulu mula-mula saya pakai pakej RM 30 tu sahaja lepas tu sekarang beralih kepada pakej RM 50/month tu. Sangat berbaloi-baloi hahaha free call, pastu kuota internet kalau tidak habis bulan ni boleh carry forward. Dan sis selalu tidak habis pun tapi kalau ada masa-masa tu marathon drama Korea memang terguna-guna la kuota yang kena carry forward tu.

Mula-mula masuk sini dulu pakai line Maxis sebab memang azalinya Maxis lah yang digunakan di kampung sebab tu jak yang line okay. Sini dulu ok-ok laaa, memang ada guna no. digi juga tapi letap sim dalam tab untuk online tengok2 movieee jewww. And then tiba-tiba company tukar line di office pergi Celcom, sebab sebelum tu memang pakai apakah namanya tu tarik line Maxis hahahaha. 

Ada kawan seorang ni sibuk promote Tone Wow ni, sebab line Digi sini kira okay juga jadi beli lah lepas dengar dia punya iklan yang banyak. RM 10 sahaja dan kemudian pakej RM 30 tu laaa setiap bulan. Lepas tu si kawan ni lah pula yang sampai expired dia punya sim card tidak di isi-isi reload. Jadi setiap kali orang mau beli sim card dengan dia, dia suruh saya yang daftar hahahaha. Ada lah beberapa yang saya tolong daftarkan tapi tidak ke mana, sekejap jak tidak aktif sudah diorang. Hari tu ada 2 orang yang lama aktif dengan nombor tu..dan yang bestnya sis dapat komisen hahaha komisen tu kalau dah sampai RM 30, secara automatik akan dimasukkan ke akaun kita yang didaftarkan semasa register sim card. Hanya dua orang sahaja orang yang saya daftarkan, sudah 3x sis dapat komisen tau. Lepas tu seorang tiba-tiba inactive.

Dalam beberapa bulan yang lalu ada daftarkan seorang lagi, dan sekarang masih ada dua orang aktif di bawah saya. So dapat lah komisen setiap kali mereka topup gitchewww. Sim card tu ada untuk beli new number dan ada juga untuk change number sahaja contohnya masih guna nombor telefon yang sama tapi berubah kepada telco Tone Wow.

So siapa yang ada hati mau berubah kepada Tone Wow, memang saya maklumkan semua yang iklan-iklan kata ada komisen lah tu betul. Kalau aktif lagi jual memang boleh jadi pendapatan lumayan juga. Dan pakej internet pun berbaloi (bagi saya lahh) sebab saya ni free call ke semua rangkaian, jadi save sangat terutama yang malas berchat..yang lebih suka direct call sahaja. Dan kuota pun boleh carry forward ke bulan hadapan kalau tidak habis dalam bulan ni.

Semoga bermanfaat perkongsian sissss hahaha. kbai

Sunday, March 28, 2021

yeahhh finally!

Baru habis baca entri masa sis heartbroken dulu, masih teringat-ingat rasa sedihnya tu macam mana. Betul lah, semakin lama kita meninggalkan saat itu semakin kita akan lupa kesedihan tu. Dan semuanya akan tinggal kenangan.

After all, the one who leave me at loss for leaving me. Cause at that time I loved him from the bottom of my heart. Jadi saya rasa saya tidak rugi apa-apa. Dia yang rugi tinggalkan saya sebab dia takkan jumpa orang lain yang sama. Apa-apa pun mungkin dia juga lebih bahagia sekarang jadi teruskanlah!

Pasal apa saya pergi baca balik entri sedih tu sebab mengingatkan the journey sudah terlalu jauh dan ia tidak perlu diingat semua sudah. Iolls dah move on gitchewww.

And iolss dah berjaya kahwin on 26th March 2021!! Weehuuuu after all the cabaran and halangan kioo akhirnya berjaya pergi sign surat kahwin. Hahahaha sandingnya belum ada lagi laa..tunggu lah keadaan membaik dulu and we are free from Covid-19. Yang entah bila. 

Apa perasaan i lepas kahwin?? Hahaha macam tiada apa-apa juga cuma dah lega laa semua sudah urus. Lepas ni tunggu rezeki Tuhan bagi manatau tahun depan ada sudah baby digendong-gendong hahahaha.

Thanks to my husband, kalau bukan dia ntah bila la weolls kahwin kan sebab kalau harap sis ni yang tidak boleh rentas daerah since Keningau is PKP now until 4th April tidak lah kena urus tu. Jadi iolls hanya ambil masa sehari sahaja untuk balik pergi sign surat kahwin. Hahaha

Naik pangkat sis dari Ms to Mrs!


Haha kbai.

Sunday, March 7, 2021

begini lahhh tidak boleh rentas daerah

Happy weekend everyone!!

As for me, I stayed di Pekan Keningau hari ni baru balik. Saja pergi buang stress, makan-makan dan avoiding people hahahaha.

Too much things happened lately. Dan sis ni jenis suka lonely kan, saya tidak boleh lah kalau saya sudah lah stress ada lagi benda yang membingitkan telinga. So since sy sibuk mengurus juga dokumen dan gambar passport untuk register kahwin jadi sis pun stay outside laaa.

So yesterday, sampai jak Keningau terus pergi cari hotel dan check in. Lepas tu pergi cuci kereta since kereta entah macam apa sudah, cuci luar dan dalam. Walaubagaimanapun, yang sis tidak puas hati tu lumpur yang macam bertitik-titik di depan kereta pun tidak bersih baa. Sampai sy yang pergi gosok pakai jari boleh bersih baaa, pekerja car wash tu memang betul-betul tidak ikhlas lah buat kerja.

Then after that pergi cuci pakaian pula, cuci dan keringkan. Dalam jam 4 petang begitu sudah siap, sebenarnya lepas tu mau pergi jalan-jalan lagi tapi sakit perut lah pula. So naik pergi hotel lah buang hajat, mandi dan bersiap untuk keluar lagi. 

Untuk dinner pergi lah try minuman hipster yang generasi muda sekarang sibuk show off di socmed. Yang ada di Keningau ni selain Tealive hanya lah U Tea jadi sis pergi lah try U Tea..not bad lah tasty juga. Lepas tu sebab tengah hari sudah makan nasi, jadi untuk malam pergi lah take away Pizza. 

Malamnya makan, minum dalam bilik relaxing sambil tengok Tv siaran cina LOL dan buka tik tok. Tanpa ada bunyi-bunyian lain yang membingitkan telinga baaa..wow so best! Rasa peaceful yang teramat. Tau lah di rumah ni takda kalis bunyi jadi macam-macam kau dengar, tu pun rasa stress. Ni lah baa siapa suruh terlalu introvert.

So this morning bangun dalam jam 8 lebih, bersiap dan check out. Lepas tu pergi ambil gambar passport, sempat lagi cuci mata di kedai baju sekejap sementara tunggu gambar passport siap. Walaupun gambar passport sis hambar, entah lah buruk bebenor tapi malas lah fikir hahahaha.

Jadi lepas tu pergi makan ngau chap combination with kopi o ping nyum nyum nyum. 

Cukup lah untuk pergi enjoying my own company this weekend. Until next time, myself!

Saturday, February 13, 2021

This too shall pass?

Heavy heart since yesterday.

Until I prayed last night with my decision or is there any helps for me to come?

Or just wait for the day to come?

Guess this time it is serious, and I may leave here soon.

I don't know where to go.

You think it's the best to go but you actually have so many commitments that you don't have any other options than stay.

I may really leave this time?


Saturday, February 6, 2021

Halangan #2

Hellooooo bulan Februari dah ni dan PKP dilanjutkan sampai 18 Februari. Jangan mimpi lah akan stop PKP nanti yaaa, akan disambung lagi tu nanti. Mana-mana lah kan yang penting COVID-19 dapat dibendung, cepat sihat dunia!!! Sis redha tidak dapat register kahwin lagi tahun ni..redha! Orang cakap boleh lah pergi register kahwin, yang penting jangan buat majlis. Tapinyaaa sis ni di luar daerah, mau dua daerah kena lalu untuk balik KB. Jadi sekian terima kasih, cuba lagi next time.

Dan estet diwajibkan membuat swab test untuk pekerja asing, jadi company kami sudah buat last Saturday. Syukurrr semua negatif.

Walaupun tahun lalu harga sawit agak memberangsangkan tapi projek lain company kami di Indonesia terjejas teruk, jadi tahun ni takdaaa bonus! Tapi sis redhaaa jewww sebab kawan-kawan saya kerja di company lama dulu sudah 2 tahun no bonus no increment, before the COVID-19 lagi. Jadi sis bersyukur saja, at least kami tahun lalu masih dapat lagi kan. Kita pun faham ekonomi dunia memang terjejas teruk.

Kira bersyukur lah ni kita masih bekerja, orang lain dengarnya ada yang dikurangkan gaji, ada company gulung tikar jadi stafnya unemployed. Harap kita bertabah semua yaaa.

Dugaan juga buat saya bulan ni hahahaha mau tukar tayar sudah kereta tapi sis tidak tau lah mau urus hahahaha newbieee selalunya tunang yang buat, oleh sebab PKP terpaksa p bengkel sendiri lah ni. cissss benci I mau urus benda begini..cisssss

Ok la..sekian omelan bulan 2. Baii

Saturday, January 9, 2021

Halangan #1

Hanya mampu mengeluh.

Banyak khabar angin suda bertiup mungkin akan kembali PKP macam mula-mula dulu kan. Betul-betul lah COVID ni buat kita huru-hara tapi mau buat macam manaaaa. Semoga dunia akan semakin membaik. Tidak perlu lah mau buat perkumpulan dan majlis-majlis waktu begini, saya hairan macam mana boleh lepas majlis kahwin time begini aaaa.

Sis pula buntu sebab ingat bulan ni mau urus register kahwin. LOL register saja okayyyy no majlis-majlis. Tapi itu lahhh kalau kembali tidak dapat rentas daerah gimana itu??? Mau tunda lagi?? Expired nanti perjanjian tunang gueee hahahahaha.

Semoga dipermudahkan lahhh malas suda mau fikir jauh betul ni.

Semoga berjaya kahwin tahun ni!! Hahaha 32 is just a number tapi sis gerun juga kadang-kadang nampak tu number makin meningkat dari tahun ke tahun. 

Saturday, January 2, 2021

Hello 2021!

Hello Blog!

Rasanya lama nda sharing benda baik dan bermanfaat dalam blog ni hahaha lagi pun sis asyik sibuk dan sekarang banyak other social media option. Dilupakan pula blog gueee yang orang bilang kira ketinggalan jaman la ni kan, but anyway menulis di sini lagi best sebab boleh luah semua tulis panjang-panjang hahahaha.

Masa zaman saya study dulu kerja dalam bilik selalu surf internet saja jadi kerjanya godek blog. Zaman 2010 - 2014 kira top juga blog selain FB hahahaha tapi blog yang saya minat2 baca and scroll dulu pun tidak sudah kena update oleh empunya.

So anywaysss apa azam baru tahun 2021 anda2 semua?? Dengan adanya wabak pandemik sekarang ai tiada lah azam yang besar betoll macam life goal sangat hahaha cukup lah tahun ni dapat kahwin :D

Baru rasa diri ni memang an adult sudah owh bila cakap pasal kahwin. Selalu ada juga perasaan menafikan yang diri sudah makin tua, masih mau enjoy dan kumpul duit sendiri. Tapi sis is 32 this year okayyyy memang kawan sis dua orang masih bujangan, tidak pasti juga bila plan diorang kahwin tapi sis takda lah mau ikut-ikutan hahaha pasal hidup kami different. Hala tuju berbeza. Diorang orangnya bekerjaya dan mungkin mereka senang untuk tidak berkahwin dulu. Tapi sis?? I macam dah putus asa pasal kerja dan fikir mau pencen awal saja hahahahaha lepas fiance punya sumber kewangan makin stabil, sis mau berhenti kerja sudaaa..orang bilang rezeki ada di mana-mana kan. Nanti pandai lah cari kerja dekat2 dengan rumah kah apa kah. Kerja kuli company saja kan..kita pun tidak tau sampai bila saja company mau hire, tak gitchewww? Sis mau fikir simple aje sekarang, dah tua ni rambut pun start beruban fikir hal dunia.

So goal tahun ni kahwin dan start simpan duit for future family hahahahaha apa-apa pun start dengan urus kahwin dulu lahhh.

Wish me luck yaaa...kbai.