Saturday, October 26, 2019

reward yourself

even it is the smallest or cheaper things :)

harta tidak boleh bawa mati ya kawan-kawan, jangan kedekut sangat untuk pampering yourself. After all its your hard work, isn't it?

nampak kawan-kawan selalu beli barang mahal for rewarding themselves, even ada yang pergi melancong jauh-jauh tengok tempat orang. Yang kita ni hanya mampu wahhhhhh, knew that mereka bukan show off atau menunjuk-nunjuk. Sudah namanya IG tu untuk share adventure and life masing-masing kan.

and for myself kan saya memang suka berjalan tapi tu pun atas kemampuan sahaja, bulan-bulan lah save money kan. kalau pasal pakaian mahal dan berjenama kah, makanan hipster kah memang tidak lah. pakaian saya langsung tidak ikut trend, kalau baju tahun 2011 belum rosak memang masih pakai lagi tu sampai sekarang :D : D seriously banyak sangat pakaian dari dulu masih pakai, ada yang sudah masuk almari pun dicari balik. sebabnya malas beli baju baru, baju lama masih banyak yang bagus. takda orang pakai pasal saya seorang jak yang muat di rumah hahahaha. nampak tak body sentiasa maintain?? hahahaha from 43 Kg, now 49 Kg but still S baaa.

dan itu lah masalahnya saya, saya kedekut pasal kebendaan kepada diri sendiri. saya lebih save money kepada benda-benda besar.

oleh kerana semua di hujung jari sekarang, start lah rewarding myself dengan benda-benda fancy yang biashe biasheee jer tapi bagi saya sendiri, saya langsung tidak pernah kisah sebelum ni.

For example,

Perfumeee??? Hahaha

Seumur umur ku ni paling mahal perfume pernah dibeli hanya Victoria Secret tu pun kawan yang bawa beli satu set lepas tu ambil seorang satu hahahaha ingat lagi kami beli di Imago.

Nampak tak tu??

Kalau sekarang jangan kau harap lah, saya pakai body mist yang RM 3 saja tu beli di market biasa, hanya untuk bagi wangi baju masa iron sebab kadang-kadang baju dalam almari kalau lama sudah tidak dikeluarkan macam dia ada bau-bau semacam.

untuk reward pertama kalinya adalah perfume Victoria Secret. Beli 4 terus hahahahahahahaha reward sangat tu.

tidak sabar tunggu sampai hahaha.

jangan segan-segan, even its the smallest things or cheaper things..yang penting hati suka. kan kan kan

Monday, October 21, 2019

Siem Reap, Cambodia (Day 2)

Day 1, klik sini.

Okay for Day 2, kami tour Angkor temples naik tuk tuk. 1 day tour kay, dengan cuaca panas memang bergelap lah kau balik. Kaki jangan cakap lah memang penat. Di Angkor ni memang famous dengan tour temples, dia ada dua route which is small circuit and big circuit. And you know what kebanyakkan tourist situ from China dan dari Western. Jarang nampak yang pakai tudung, mungkin sebab temples kan. Lagi pun susah cari makanan halal. Ada jak sebenarnya yang visit juga sebab kawan saya seorang dari Semenanjung and he's Malay dan of course muslim pun lagi dulu pergi melancong di Angkor.

So masa Day 1 sebenarnya my sister sudah deal dengan receiptionist dan book tuk tuk untuk tour kami dalam Day 2 ni. Sepatutnya Day 2 start on 8.00 am kami gerak dari hotel but tau lahhh kan ada jak lambatnya jadi 8.30 am baru gerak dari hotel. Kami siap-siap breakfast di hotel restaurant since memang breakfast free pula kan..dan buffet pula suka hati anda makan apa. Dan makanan pun western jadi hahahahaha of course tidak manisssss. Like like hahaha.

Basically, temples kami visit on Day 2 adalah berikut:

Stop 1: Angkor Wat
Stop 2: Sras Srang
Stop 3: Banteay Kdei
Stop 4: Ta Prohm
Stop 5: Chau Say Thevoda
Stop 6: Ta Keo
Stop 7: Victory Gate
Stop 8: South Gate of Angkor Thom

Nasib tidak patah kaki! Hahahaha Tidak dapat post semua gambar but lets check it out!




Daun kuning pun kuning lahhhh hahahahaha ini masa breakfast. Makan nasi sebab mau tahan lapar dan yes typically Malaysian :D




Angkor Wat! Angkor adalah dari bahasa Sanskrit bermaksud 'Negara' dan Wat bermaksud 'Kuil/temple'. 



Behind the scene! Hahahaha masih di Angkor Wat ni. 2 jam lebih kami di sini dan sempat lagi naik puncak Angkor Wat yang paling tinggi. Baru sini sudah berpeluh-peluh jooooooo



Ini di Sras Srang. Ni lah the royal bath dulu-dulu jooo...tasik gila besar!






Lihat lah mereka yang gigih naik temples. Macam setiap temple kami naik sampai puncak tau. Jangan cakap lah penatnya tu macam mana. But anyway its fun hahahahaha ada jak lucunya. Naik ok tapi turunnya tu nanti berfikir sebab tangga terlalu steep dan bila kau tengok bawah ya ampunnnnn gayatttt. Tapi terpaksa juga slow-slow turun hahaha



South Gate of Angkor Thom! Susah banget mau ambik gambar sini sebab apa? sebab ni jalan raya joo.. tunggu tiada kereta baru boleh bergambar! Tapi memang unik kan ada gate macam ni ada jalan raya pula tu, cuba ada di Malaysia :D 





Ni terang-terang tunjuk temple apa. Cantikk kan ukirannya!



Ni pun masih di Chau Say Tevoda temple lagi! Ni laluan last memang penat tidak payah cakap





Ni dia Tak Keo!




Dan ini adalah lunch kami hahahahahahaha semi vege!






Ada pokok besar dalam temple?? Ini lah keunikan Ta Prohm! Tapi tu lah masuk templenya ada seram-seram hahahahaha tapi memang unikkkkk



Thats all for day 2, sepatutnya ada lagi stop lain kami mau pergi sebab habis stop semua tu baru jam 4 pm ba..masih terang tapi kaki tidak dapat bertahan. Lastly balik lah kami, konon-konon mau pergi swimming pool tapi sampai ke sudah tidak pergi. Sudah lah masa pergi visit ni PMS pulaaaa tu yang tidak best tu.

Malamnya kami makan kimchi okayyyyy hahahahahahahahaha malas turun, sudah beli makanan siap-siap masak naik pergi bilik.

P/s: I'm not into history pasal semua temples tu kayyy, history negara sendiri belum hafal apatah lagi mau ambil tau pasal negara orang. Hahahaha saya pergi sana sebab suka nampak tu building sahaja, camna diorg boleh buat semua temples tu sedangkan dulu-dulu mana ada mesin dan jenteraaa???? guna hamba abdi????? (muka melopong terkejut beruk)

Sunday, October 6, 2019

Siem Reap, Cambodia (Day 1)

Hello Oktoberrrrrrr!

Excited sebab mau buat entri pergi jalan-jalan buang duit tapi meluaskan pandangan yang in a box juga kadang-kadang wkakakakaka.

So trip kedua tahun ini adalah di Siem Reap, Cambodia. Next year cakap dengan sister I mau jalan dalam negara jak, sekali saja lah trip pergi luar sebab 1) penat 2) bila lah mau kahwin ni kalau asyik berjoli saja kerja wkakakaka.

First of all hotel untuk trip ni adalah 4 star, sister dapat cari mur mur dalam booking.my di mana 3 hari 3 malam RM 360 sahaja untuk bilik yang ada 3 bed single. Wow! Rasa penat trip ni sebab jadual pack and in a short time which is only 3 days, selalu kalau pergi trip saya cuti dalam 7 hari hahahahaha jadi jadual pun santaiii gitchew.

1st Oct tu flight jam 10 malam dan kemudian kena delay lagi pergi jam 11 malam. Sampai KL jam 1 pagi, lepas tu lepak makan di KLIA jam 6 subuh tu flight tu Siem Reap dan kami sampai di Siem Reap around jam 8 am 2 Oct.

Oleh sebab kami check in jam 2 petang, kami letak beg di hotel dan jalan-jalan dulu tengok suasana Siem Reap macam mana. Dan kami round segala mall yang famous di Siem Reap guna tuk tuk which cost us USD 10 untuk semua empat (4) mall yang kami round. Mula-mula pergi Lucky Mall, then pergi The Heritage Walk Mall, then seterusnya pergi T-galleria. Dan seterusnya pergi lah pula Siem Reap National Museum sebab bersebelahan sahaja.

Okay yang best kat Lucky Mall sebab dia ada supermarket yang jual pelbagai barangan termasuk souvenirs tau. Tapi masa datang tu kami survey ajeeee sebab tujuan utama adalah cari tempat makan. 

Kat Heritage Walk Mall pula macam kosongggg jewwww, ada restoran makanan Jepun, Korea then ada food court. Jadi mesti lah kami makan food court kan sebab mau rasa local food. Hanya berdoa dalam hati harap makanan tidak manis :D macam pengalaman di Phnom Penh lols. Dan memang diakui susah sikit cari makanan halal di Cambodia. Walaupun saya bukan beragama Islam, tapi lebih kurang lah juga tu kan sebab kami tidak makan pork, seafood etc. hahahahaha. Walaubagaimanapun memang ada differences yang ketara on building design mall ni, unik juga lah tu kan.

Kat T-galleria pula jual duty free products tapi nampak mahal juga hahahahahha jadi kita cuci mata je lahhh. Mostly barangan luar negara macam levis, handbag Micheal Korrs etc lah. Memang untuk orang-orang kaya saja la tu.

Then, Muzium??? Apa yang menariknya sebab esok harinya memang kami plan untuk visit temples and so on and so forth jadi pergi muzium ni nampak lah serba sedikit gambaran tentang temples and history tu semua. Yang unik muzium ni dia ada tayang banyak video or documentary mengenai semua sejarah di Siem Reap ni. Tapi tu lah baru jam 1 petang kan kami tengok video tu sampai tertidur-tidur. Masa sibuk belek-belek, baca-baca informations kan tiba-tiba kau nampak your younger and older sister hilang sudah, sekali keluar rupanya pergi berkipas dan tidur di luar hahahahahaha last-last balik hotel dan tidur dulu.

Sebelah malamnya pula kami pergi cari night market, mau naik tuk tuk tapi receptionist di hotel cakap dekat jewwww kebanyakkan orang jalan kaki. Wow sekali pusing-pusing kami sampai night market lepas tu tembus pergi pub street hahahaha tapi tak jumpa makanan. Yang dapat beli Fried Ice-Cream Roll yang nyummmsss sahaja lepas tu balik hotel makan di hotel restaurant jewwww.

Night marketnya bukan macam kat Malaysia yerrr yang kebanyakkan jual makanan, di sini jual souvenirs, baju, hasil kraf. Pub Street jangan cakap lah memang sesak dengan tourists.



Masa tunggu flight subuh hahahahaha trip kali ni bertiga, my older sister, my younger sister and me


Her (younger sister) first flight! hahaha



The Heritage Walk Mall :) :) Tempat makan masa first day



T-Galleria :) Menarik kan!



T-Galleria 





Siem Reap National Museum! 


Pub Street sangat happening, sangat colourful!






Pergi Pub Street beli fried ice cream roll hahahahahhahahahaha but yes, no alcohol please! Ini negara orang kita datang cuci cuci mata dan luaskan pandangan sahaja. 



Nota kaki: Duduk hutan, upload gambar sikit-sikit jew!