Saturday, August 17, 2019

baru tadi

Hari ini memang suck!

Hanya orang yang duduk dalam hutan, yang perlu melalui limited kemudahan yang faham perasaan ini. Apa kan daya!

Sudah lah hanya mempunyai kenderaan kecil dan tidak dapat menerima sebarang kerosakan kerana duit pun cukup makan saja hahahaha. Cuba bayangkan kereta saya tu first hand tapi sudah pernah kena hantar pergi bengkel sebab ada benda leaking, dan baikinya bukan guna daun. Lepas tu bagi pinjam kawan, dan mengalami kemalangan. Sudah dibaiki tapi cermin depan belum lagi ganti sampai sekarang. Dan mesti lah kita akan rasa ia bukan baru sangat lagi dahhh. Dan I learnt that people borrowed your things tidak akan menjaga dengan baik barang orang as their own. Sebab dia tidak rasa susahnya tarik benda tu hahahahaha. K laaaa

Lepas tu tadi tunang saya call abang dia turun pergi Keningau, ada outstation seminggu. Ada lah dia kirim barang ni. Dia suruh keluar ambil.

Dan semalam hujan kayy, hari ini dari pagi sudah panas terik. Jadi besar lah harapan mau keluar ni, sekali keluar baru setengah kerat jalan terus saya pusing balik. Teruknyaaaaa!!!

Jalan berlubang-lubang yang dalam dek farm tractor dan double cab keluar masuk hantar buah sawit. Ada kawasan masih belum kering, ada takungan air lagi. Saya cuba juga lalu tapi kereta bunyi krek krek di bawah sebab sapu tanah. Walaupun kereta saya bukan lowered sebenarnya kayyyy..pakai rim 15 pula tu.

Setengah kerat balik dengan menyumpah-nyumpah.

Tunang saya pernah marah hari tu sebab dia suruh balik kampung dia tapi esoknya baru saya keluar, sebab itu juga laaa saya trauma mau keluar sebab jalan macam tu. Tapi saya anggap dia tidak faham dengan perasaan itu sebab dia lelaki. Dia pandai driving di harsh condition sebab dia lelaki. Dia takkan faham.

Hahaha.

Saya sedih sebenarnya jadi perempuan yang begini hahahahahahaha patutnya mau adapt dengan environment begini tapi ai memang tak boleh.

Jadi mereput lah kita hujung minggu ni di rumah.

Bai.

Thursday, August 1, 2019

I thought I'm done

Saya ingat saya tidak dapat lalui MSPO first stage audit dengan baik. Tapi kuasa Tuhan itu lebih besar, nampaknya dia sentiasa nampak usaha saya hampir 2 minggu lewat balik kerja. Hari sebelum audit sampai satu malam tidak tidur. Sebab apa? Sebab jantung saya dup dap dup dap takut tidak dapat lepas sebab bos sudah bagi warning awal-awal.

Dan lepas ni mungkin tidak perlu assist sangat Ranau sebab diorang pun makin expert. Jadi makin kurang beban bantu diorang dalam audit. Second stage audit nanti on September, harap kita dapat lalui dengan tabah lagi lah kennn. Tapi dalam masa yang sama semoga saya dapat kerja lain dalam tempoh itu.

Masa kita borak-borak dengan kawan of course kita rasa itu lah setakat ini experience yang besar, cabaran besar yang kita kena hadapi. Then boleh pula si kawan macam memperlekehkan audit tu, tau lah kan dia kerja government boleh goyang kaki menggemuk saja di sana. Tapi diam jak lah denn. Sudah lah bercakap macam pandai, smallholder pun dia tulis stakeholder. Malas lah mau betul kan. Dia kan pandai. Ini lah contohnya orang yang tidak bagi kita semangat ya kawan-kawan, memang ada jak orang sekeliling kita yang macam ni. Sebab rasa dia lebih baik, jadi dia tidak fikir perasaan orang lain yang berusaha.

Doakan berjaya untuk next audit.

Hahaha.