Tuesday, July 31, 2018

I hope you're fine

Setiap kali benci, sedih, geram dan marah saya selalu pergi balik baca blog ni. Walaupun bukan semua tertulis dalam ni tapi at least bila baca balik ingat semula situasi ketika saya tulis entri tu.

Masa study dulu saya sebenarnya sudah ada blog tapi rasa macam childishnya blog ni so I delete and buat yang baru. Masa study dulu saya di hostel memang kerja depan komputer saja, online ajaaa hahahaa nasib ada kuota internet masing-masing kalau tidak I sentiasa online tau. 40 hours for a week kalau tidak silap, nanti Isnin kena renew 40 hours lagi gitu. Eee panjang pula cerita.

Masa tu kan saya ada follow cerita remaja-remaja juga, ada satu blog Ursulla John tapi sekarang blog tu macam tiada sudah owh. Empunya blog dari Miri dan penulis tu orang Melanau. Dia banyak cerita hal peribadi lah pasal break-up dengan boyfriend, pasal kerja part time, pasal luahan hati dan macam-macam. Dan pasal terfollow tu pun sebab cari lirik lagu Iban, Pulai Pengujung. Hahaha like seriously? Saya dulu duduk Bintulu ada juga terdengar-dengar lagu Iban dan start suka dan start search lirik-liriknya mau save lols!

Dan zaman sekarang zaman canggih manggih ni, saya ada Instagram Account (orang kesah ke??hahaha) yang like everyday akan buka. Jadi satu hari tu terdetik search nama empunya blog itu dulu sebab tiba-tiba dia stop update that blog. And you know what? Sebab saya cam muka blogger tu jadi dengan senang jumpa, saya follow dia.

Tidak habis lagi, nampaknya dia sekarang dah berubah banyak but still the cute girl like in her blog. Baru nampak rupanya dia muda setahun dari saya jew.

Eh random sangat lah kenapa saya cerita pasal benda ni? Pasal saya ada obses kepada cari orang lama dulu yang saya follow cerita diorang??

So since I know her have a problems now, I hope she is fine and strong. She is 7 months pregnant. Kalau dia anggap dunia ni langsung tidak pedulikan dia, she should know that there is a girl here who follow her from her teen's life until now and inspired to her life adventures. Who's care and hope she is always fine there. 

Sekian~

Dari seorang stalker tegar.

Sunday, July 29, 2018

Fatt Choi Coffee Cabin @ Tenom

Siapa sudah pernah pergi ke pekan Tenom?

Selain Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang dan Kilang kopi Yit Foh dan Kilang Fatt Choi, ada satu lagi tempat boleh hang out lepak-lepak, or even dating? Hahahahaha.

Fatt Choi Coffee Cabin!

Hari tu kami ke sana hanya berpandukan waze. Zaman canggih sekarang kan. Tidak perlu tanya sini sana dah, guna mobile apps pun dah okay!

Perjalanan ke sana kena naik bukit lagi, jalan bertar tapi ada yang tidak rata la. Sebenarnya situ ada kabin untuk mereka yang ingin menginap. Tempat hang out pun ada. Yang penting ada serve coffee. Original coffee, macam-macam jenis ada. Dan untuk mereka yang sekadar jalan-jalan dan TIDAK MINUM KOPI, ada juga serve minuman lain tau.

Meh sini saya tunjuk gambar sikit!


Ini pun ada juga! Alat untuk goreng kopi


Ini pun untuk goreng kopi juga


 Ini tempat lepak, boleh tengok pemandangan Tenom



Ini dari sudut berbeza



Sekadar hang out jadi kita minum ni jew! Sebenarnya masa datang sini kami dari beraya dari rumah kawan


Ok lah, not bad! Kalau malam mungkin lagi cantik nampak lampu-lampu di sekitar Tenom. Kalau mau romantik lah ahahahahaha.

Sekian, semoga bermanfaat untuk destinasi seterusnya untuk anda!

Peace!

Sunday, July 22, 2018

benci

Bila nampak jak orang putus cinta, terbawa-bawa pula kisah sedih dulu-dulu saya sendiri. Walaupun hanya tinggal kenangan tapi saya tidak boleh lah kalau nampak orang lain sedih.

Bukan lah bestfriend sangat pun, cuma kenal-kenal ada lah sembang sekali dua. Tapi dia yang saya tau telah merampas kekasih orang lain. Dan saya paling pantang nampak kisah begini sebab saya pernah mengalami situasi yang sama, dan saya tahu macam mana rasa sakitnya kena tinggal dengan orang yang saya sayang. 

Biar lah apa orang kata 'you did not know the whole story, you did not walk through her shoes'. Tapi at first place, kalau sudah tahu orang tu sudah berpunya kenapa ada lagi perasaan ingin mencuba-cuba kalau bukan dia tu memang tujuannya merampas???? Walau dia cantik sekali pun. Please lah..dia tidak fikir kah perasan orang lain, hanya fikirkan perasaan sendiri saja?

Walau dia baik mana sekalipun dengan saya, walau dia cantik sekalipun...saya tidak pernah respect orang perangai begitu!

Hanya orang yang pernah rasa sakitnya dalam hati, yang pernah rasa mau ended up life...yang faham. Semoga kau gembira memusnahkan hidup orang lain!

Friday, July 20, 2018

Taman Pertanian Sabah @ Sabah Agriculture Park

Hari itu planning ke Taman Pertanian menjadi! Weehuuu..Hari itu masa first raya 2018. Baru sempat share di blog ni kah kah kah. Tahun ni penuh kan blog dengan aktiviti berjalan, tak gitchewww? Haha

Perjalanan ke Tenom dari Pekan Keningau lebih kurang dalam 45 minit sahaja, kemudian ke Lagud Seberang dalam 30 minit kot..saya pun lupa. Sibuk dengan Waze sahaja sepanjang jalan hahaha. Sampai dalam jam 9 pagi, kami ingat Taman Pertanian tu close sebab tiada kenderaan satu pun di parking lot dan bunyi manusia pun tiada. Rupanya ada juga, di kaunter dan dua orang sedang duduk-duduk bercerita. Receptionist kata dalam jam 10.30 pagi baru ada train untuk ke kawasan orkid, itu pun tengok bilangan visitor juga. Daripada penat menunggu pastu tidak pasal-pasal tidak jadi, lebih baik kami berjalan. So here we go!




Tiket masuk untuk dewasa RM 10/person





Ke mana kah kita???? Hahaha


Diorang tak bagi map...jadi mak cik google dapat lah yang ni. Hew hew jadi kami berjalan berpandukan map ni saja laa


Jumpa macam-macam spesies tumbuhan. Yang tidak dikenali memang banyak lah hahahaha. Lets check it out!







Ni contoh yang tidak dikenali ni, yang kenal banyak juga laaa.


Taman Pertanian ni ada bahagian Taman Haiwan dan kawasan penternakan madu kelulut juga tau. Penat ya, tapi jalan pun best. Sangat peminat nature punya olang! Hahaha. Part paling bestnya lagi sebab ada Taman Kaktus, maigadddd! Mari sikit saya tunjuk!


Signboard di hadapannya



Love it! Ni baru di luar tau...











Like wow! Mana tah cari taman kaktus begini lagi. Seingat saya di Taman Tumbina, Bintulu dulu takda eh macam ni. Tidak tau la zaman 2018 sekarang. Kami masuk dalam jam 9 pagi, keluar dalam jam 11/12 camtu. Puas hati jalan tengok tumbuhan!

Kalau berkunjung ke Tenom, jangan lupa berkunjung ke Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang.


Sunday, July 15, 2018

Perangai Pelik

Setiap orang mesti ada habit dia yang lain daripada yang lain kan. Or am I the only one? Haha

Macam suka korek hidung kah (eh pengotor!), tapi itu tidak rare!

SAYA SUKA MAKAN KOPI HITAM

Believe or not?

Saya sangat suka terhidu bau kopi asli, and its started from that. Tahun 2015 masa training safety & health officer, dan on off sehingga lah sekarang!

I know it is not good for my health because ia berkafein. And saya makan ba itu kopi, dia tidak rosakkan buah pinggang ka kalau makan selalu? Haha berbelah bahagi sudah fikiran beta. Trying to drink much plain water saja ni sekarang untuk avoiding any negative effect to my health.

Now am trying to avoiding the coffee already. Tidak beli sudah, kalau mau pun minum yang di office punya. Sebab di office saya malu mau makan depan orang.

Nanti tidak pasal-pasal dikata GILA!


Sunday, July 1, 2018

Ikan masak ampap


Macam-macam version ada. Tapi yang ni cara saya, ikut cara mama saya masak :) 


Bahan-bahan:

1) Ikan basung (6 - 7 ekor)
2) Kunyit hidup (sebesar ibu jari)
3) Halia (sebesar ibu jari)
4) Asam jawa
5) Garam & ajinomoto
6) Air secukupnya

Cara memasak:

1) Masukkan ikan basung yang telah dibersihkan ke dalam kuali
2) Campurkan sekali halia dan kunyit hidup yang telah dibersihkan dan ditumbuk kasar
3) Letakkan air secukupnya, sehingga paras melitupi kuantiti ikan
4) Pasang api sederhana besar
5) Biarkan sehingga air surut
6) Tambahkan jus asam jawa 
7) Biarkan air surut sedikit
8) Tambahkan garam dan ajinomoto
9) Sebenarnya tambah cili padi pun okay, ikut selera (*optional)
10) Tunggu sehingga air surut
11) Boleh dihidangkan





Hasilnya!