Saturday, February 17, 2018

Kek Marjerin Kukus

Sekadar perkongsian kali ini resepi mudah dan pantas.

Bahan-bahan:

Tepung 1 1/2 kg

Marjerin a.k.a planta 1 cawan

Soda bikarbonat 1 sudu kecil

Gula 1 cawan

Serbuk koko

Cara:

1) Masukkan dalam bekas; tepung, marjerin yang telah dicairkan, gula dan soda bikarbonat.

2) Gaulkan sehingga sebati. Guna mixer lagi bagus sebab cepat dan pantas.

3) Asingkan kepada dua bahagian. Satu bahagian letakkan serbuk koko kemudian gaulkan sehingga sebati.

4) Masukkan dalam loyang kukus. kalau loyang kecil jangan letak sampai betul-betul full sebab kek akan mengembang. Campur lah dua bahagian tadi supaya rasa juga coklat. Nyum nyum

5) Kukuskan dalam tempoh 30 - 40 minit.

6) Dah siap boleh hidang.

Senang kan??? Sangat cepat dan pantas.


Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment