Tuesday, January 31, 2017

Sakit menyakit 1

Sudah berada di penghujung bulan Januari 2017.

Cepat kan masa berlalu.

Anywaysss guyss saya kena URINARY TRACT INFECTION or orang biasa kata kencing kotor. Kalau dah nama penyakit, memang lah tidak sedap kan.

Penyebab biasa benda ni berlaku adalah kerap tahan kencing dan salah arah lap bahagian intim, yang mana patut dari depan ke belakang bukannya belakang ke depan. Dan saya rasa saya selalu buat yang first tu. Entah apa yang busy betul kami ni, macam tidak sempat-sempat mau pergi toilet.

Okay, dimulakan cerita ianya bermula dengan kebas kaki sebelah kanan. Ingatkan kena masuk angin sebab saya memang betul-betul duduk bawah aircond di office. Sudahlah kering kan, kena aircond lagi memang bagus sangat laaaaa...lagi mengering diri ini. Lepas tu naik atas sikit lagi, kaki kanan kebas pastu bahagian kanan bawah pusat pula sakit. Dan ingatkan sebab gara-gara minum kopi.

Hari Khamis last week ia jadi semakin teruk sebab saya tidak dapat tidur malam. Kadang sampai belakang pun sakit. Kakak saya cakap mungkin kena angin, sebab saya selalu tidur tidak pakai selimut. Panas ehhhhh di rumah. Jadi kerja kalau sudah kesakitan, bangun malam letak lah ubat gosok biar panas-panas sikit badan dengan tujuan buangkan angin.

Hari Jumaat pergi office sekejap ja, settle hal kerja then blah. Ingat mau pergi klinik lah konon ni tapi rasa dah sihat pula. Inform dengan adik, since dia Medical Assistant dia ada lah tau lebih berbanding kami ni yang hanyalah manusia biasa hahaha main taram ja tau. Dia kata mungkin kena jangkitan, tidak pun sakit perut kah. Sebab he cannot give an answer kalau tidak check sendiri. Walaubagaimanapun dia suruh minum air putih banyak-banyak, then esok kalau masih rasa sakit silakan ke hospital dalam kadar segera.

Hari Sabtu dan Ahad memang masih sentiasa sakit tapi macam ia datang dan pergi. Sebabnya minum air putih banyak banyak banyak. Dan saya google check ada lahh orang-orang bagi tips minum air putih + 1 sudu baking powder every 6 hours untuk neutralkan asid dalam air kencing. Dan saya try.

Malam ahad tidak dapat menahan. Heiiii sakit eh. Esoknya awal pagi dalam 7 am dah ready pergi hospital. Betul-betul tidak tahan.

Result: Kena jangkitan, air kencing menunjukkan ada darah sudah. Ok fine kena bagi antibiotik dan sejenis serbuk yang campur dalam air. Rasa macam lime jewww.

Semalam lepas makan ubat, saya pergi kencing..kencing ada darah. Seram beta. Pagi tadi lepas minum ubat, pergi toilet pun sama. Adik kata untuk permulaan memang macam tu.

Saya harappppppp sangat sangat sangat esok tiada. Saya takut.


Tuesday, January 24, 2017

Kimchi homemade

Hi there!

Long time didn't post about food, right? Bukan lah pro memasak, kampungan ja.

Since I'm a die-hard-fan of Running Man (sigh, the RM will over soon) and knows a lot of Korean food from that show. And juga menyebabkan diri berminat untuk makan makanan Korea. Just to try out betul kah sedap macam Jae Suk makan dalam RM. Sebab dia makan semua macam sedapppppp jew. Kan.


Tadaaaaaa...sorry I malas crop gambar tu jadi kecil kay. Saya telah berjaya membuat homemade kimchi. Itu pun after second trial. Masa mula-mula tu hanya Tuhan yang tau rasanya. Adeii. Bau sos ikan jaaaa.

Yang tidak menjadi tu pun dapat dari blog, tapi tangan tidak sama so you should what it means la. Of course lah yang saya buat tidak menjadi. Namun berjaya di makan campur dalam sup tom yam gitewww.

First trial bahan-bahannya adalah.....
1) Sayur kicai
2) Lobak merah
3) Bawang besar
4) Epal merah
5) Sos ikan
6) Serbuk cili
7) Garam

Cara membuatnya adalah...
Sayur kicai cuci helai demi helai, letak garam dan perap semalaman. Esoknya lobak merah, bawang besar, epal merah dipotong sesuka hati dan digaulkan bersama sos ikan dan serbuk cili. Sayur kicai dicuci semula, potong suka hati dan gaulkan bersama bahan sebelumnya tu. Tadaaaa siap, biarkan dalam sehari dua dan boleh lah dihidangkan.

Tidak sedap sebab sos ikan terlalu banyak, sukatan kena ikut kuantiti sayur-mayur anda sebenarnya. Lagi satu kelemahan first trial adalah masa gaul tu main tuang suka hati serbuk cili dan sos ikan suka hati ke dalam campuran sayur mayur. Mungkin tidak sekata, lalu lah kejadiannya TIDAK SEDAP.

Second trial bahan-bahannya adalah....(ni siap pergi check youtube tau takkkk)
1) Sayur kicai
2) Lobak merah
3) Lobak putih
4) Bawang besar
5) Onion panjang tu
6) Serbuk cili
7) Sos ikan
8) Garam

Cara membuatnya adalah....
Sayur kicai dipotong kecil ikut suka hati, cuci dan gaul dengan garam. Selepas 30 minit gaul sekali lagi (tak payah campur apa-apa). Lobak merah, lobak putih, bawang besar dan onion panjang dipotong suka hati dan digaul bersama. Sos ikan, serbuk cili pun digaul bersama dalam bekas asing. Kalau rasa serbuk cili tidak mampu digaul dengan baik dengan kuantiti sos ikan yang sedikit (sebab kalau banyak, kimchi jadi bau ikan hewhewhew kalau saya tidak suka!) tambah lah sedikit air masak sampai campuran tadi pekat. Ok then selepas sayur kicai tadi perap selama sejam, cuci guna air bersih. Kemudian Bahan sayur mayur selain kicai tadi gaul dengan campuran cili + sos ikan, dah gaul gaul gaul sehingga sebati, gaulkan pula sayur kicai sedikit demi sedikit sampai habis. Masukkan dalam bekas tunggu lah sehari dua dan boleh dihidangkan.

Yang second trial I cakap luuu macam tidak sampai seminggu dah habis. Lols.

Kimchi home made rupanya senang banget dibuat.

Silakan mencuba hasil resepi newbieeee.

Kbai.

Sunday, January 22, 2017

Tips cantik mudah

Kakak saya ada kawan, umur 30-an tapi muka nampak masih muda. Tiada jerawat pula tu.

Kawan tu baru start dalam bulan Jun tahun lalu. MINUM AIR PUTIH 3 LITER SEHARI.
Tu ja. Mudah.

Tapi tu ja la katanya, kena tahan hati balik balik ke tandas.

Saya baru start tadi. Baru habis 350 ml, pun da mau rasa terkencing ni. Hahaha teruskan usaha untuk jadi sihat.

Hewhew. Kbai.

Monday, January 16, 2017

Garnier - Fruit Energy

Baru pakai dua hari sebab Garnier Aqua Defence saya sudah habis. Kebetulan masa pergi Guardian hari tu tiada stok, jadi cari yang lain.

Paling penting untuk produk ini ialah PARABEN FREE kay.

Kegunaan untuk defend acne & brighten your skin. Belum ada kesan, sebab baru dua hari pakai. Tapi saya suka bau dia. Rasa macam letak muka dalam jus buah. Wangi buah...gilaaaa hahaha saya suka.
Kebetulan pula sekarang period, jerawat sana sini memang tidak hairan kalau kulit tidak bertukar flawless serta merta hahahaha.